Tak suka tapi Cinta
Babak 23
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4247

Bacaan






“Aisyah, Haziq… nanti kalau kelapangan mari la sini selalu ya?” ucap Encik Kamal. Haziq hanya tersenyum sambil menyalami tangan kedua-dua orang tua Aisyah.

Aisyah memeluk erat Puan Hani. Dia sangat manja dengan mereka. Mana tidaknya, Aisyah merupakan anak tunggal kepada mereka. Hanya Aisyah sahaja mereka memberi kasih sayang yang melimpah ruah.

“InshaaAllah Ibu dan Baba. Nanti kalau Ibu dan Baba ada masa, jemput la ke rumah kami.” Ujar Haziq.

“InshaaAllah. Drive carefully.” Nasihat Puan Hani. Haziq hanya mengangguk.

Kereta yang dipandu Haziq keluar dari halaman rumah lalu berlalu pergi jauh dari kediaman ibu bapa Aisyah. Aisyah termenung jauh di sebelah Haziq. Matanya tidak beralih dari memerhati keluar tingkap kereta.

“Ada barang tertinggal tak?” Tanya Haziq setelah agak lama mendiamkan diri. Kereta mereka sudah berada di tengah lebuhraya. Jika Aisyah ada tertinggal apa-apa, boleh sahaja dia berpatah balik.

Aisyah hanya menggelengkan kepalanya tanpa membicarakan sepatah perkataan pun. Haziq kembali focus pada kereta yang dipandunya.

Bunyi deringan pada telefon bimbit Aisyah mematikan lamunannya. Sebuah pesanan ringkas baru sahaja masuk.

Aisyah!!!!!!!!!!!

Berkerut dahi Aisyah membaca pesanan ringkas datang dari Qaliff itu.

Kenapa?

Pinjam assignment! Hehehe…

Aisyah menarik nafas lega. Kau ni! Aku ingatkan apa la tadi!

Hehehe… Aku lupa nak buat. Kau dah siapkan?

Belum. Huhu

Tipulah! Habislah! Kau tahu kan lusa kita dah start kuliah? Dah la kelas pertama kita nanti kelas Madam Fatimah!

Aisyah ketawa kecil. Dia teringat waktu Qaliff pernah di denda oleh Dr. Fatimah untuk subjek Linear Algebra mereka.

Jangan risau. Madam tak ada minggu depan.

Serius?!!!

Ya! Dah! Tak payah nak serabut sangat…

Aisyah meletakkan telefonnya di atas dashboard sebentar. Dia sedar bahawa kereta yang dipandu sudah sampai ke destinasi. Cepat-cepat dia mengambil tas tangannya yang terletak di tepi kakinya. Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi lagi. Belum sempat Aisyah ingin mengambil telefon tersebut, Haziq terlebih dahulu mengambil dan membacanya.

“Errr… Abang Haziq tu telefon Sya” kata Aisyah cuba ingin mengambil telefon itu dari genggaman Haziq.

Belum sempat Aisyah mengambilnya, Haziq sudah mencampakkan telefon itu kembali ke riba Aisyah. “ Kau main kayu tiga dengan aku?”

“Apa yang abang Haziq cakap ni?” Tanya Aisyah. Namun pertanyaan itu langsung tidak dijawab oleh Haziq. Aisyah membuka pesanan ringkas yang di kirim oleh Qaliff Asyraff.

Okay! Sayang kau lebih!

Keluhan keluar dari bibir Aisyah. “Let me explain”

“No need.” Kata Haziq dengan nada dingin.

“Tak, abang Haziq dah salah sangka ni” ucap Aisyah cuba menjelaskan maksud di sebalik pesanan ringkas itu.

“Look. Aku tak kisah kau nak buat apa dalam hidup kau. Lantak kau. But, selama kau hidup dengan aku. Tolong jangan buat orang fitnah bukan-bukan”

“Apa maksud abang Haziq?” Tanya Aisyah. Dia tidak mengerti apa yang ingin dikatakan oleh suaminya itu.

Kereta diberhentikan di parkir bawah kondominiumnya. Haziq memberi pandangan tajam kepada Aisyah di sebelahnya. “Selama kau jadi isteri aku. Jauhkan dari benda yang boleh mendatangkan fitnah. Aku tak nak orang kata aku dayus tak reti jaga bini!” ujar Haziq lalu keluar dari keretanya.

Aisyah terkedu dengan apa yang dikatakan Haziq. Apa salahnya? Kenapa dia nak marah aku sangat? Dulu dia juga kata dia tak kisah dengan siapa aku berhubung dan berkawan. Ish! Serabut aku dengan mamat ni!!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku