Tak suka tapi Cinta
Babak 24
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2865

Bacaan






Bunyi papan kekunci komputer riba tidak henti-henti daripada tadi. Mata Aisyah langsung tidak lari dari menatap skrin pada komputer tersebut. Terlalu banyak yang perlu disiapkan. Mana tidaknya, lagi dua hari dia akan kembali kuliah tetapi satu kerja pun tidak disiapkannya lagi.

‘Grrrruuuuu~

“Aduh! Perut ni… time ni la kau nak buat hal” Aisyah mengusap lembut perutnya yang tidak henti-henti berbunyi dari tadi.

Grruuuuuu~

Aisyah segera bangun lalu berlari-lari anak keluar dari biliknya dan segera turun ke bawah untuk memasak sesuatu. Jam di dinding di pandang sekilas. Tepat jam satu pagi. Dari pagi dia tidak makan apa-apa, mana mungkin perutnya tidak lapar.

Pintu peti ais dibuka. Dia melihat bahan-bahan yang ada tetapi satu pun tidak menarik minatnya. Pintu peti ais itu ditutup kembali.

“Tak ada Maggie ke ea?” kata Aisyah sendirian. Kepala yang tidak gatal itu digaru.

Aisyah menyelongkar pula kabinet kayu yang ada. Namun hampa. Apa yang dicarinya langsung tidak jumpa. Yang ada hanyalah perencah-perencah masakan dan kotak cereal.

“Eh kejap, yang atas tu belum check lagi.” Di ambil kerusi berhampiran untuk menjadi tempat dia panjat. Berseri-seri wajah Aisyah apabila dapat cari apa yang diinginkan. Entah kenapa, dia merasakan dirinya tidak dapat diimbang.

“Ahhh!!!”

Disangkanya dia akan jatuh terduduk ke belakang menyembah lantai. Entah macam mana dia boleh berada di dalam dakapan Adam Haziq. Mata mereka bertaut. Lagi sekali. Degupan ini datang. Entah kenapa, jika terpandang akan sepasang anak mata milik Haziq, hatinya akan menjadi tenang sekali.

“What are you doing?” Tanya Haziq dengan suaranya yang tidak pernah tidak dingin itu. Aisyah cepat-cepat mengalihkan renungan matanya.

“Errr… Sya lapar” Jawab Aisyah sambil tersenyum bak kerang busuk sahaja di hadapan Haziq. Haziq menurunkan Aisyah dari dakapannya.

“Kau nak makan apa?” Tanya Haziq lagi.

“Eh tak apa. Sya nak makan Maggie je” kata Aisyah sambil menayangkan sebuah paket Maggie itu di hadapan Haziq.

“Really?” Tanya Haziq sekadar inginkan kepastian.

“Apa? Salah ke Sya nak makan ni? Bukannya selalu pun.” Aisyah mencebik tanda tak puas hati. Ini mesti nak cakap buruk la dekat dirinya.

Haziq mengambil paket Maggie dari tanggan Aisyah. Aisyah tegamam sebentar. Disangkakan Haziq akan membuang paket tersebut, namun sangkaannya tidak sama sekali benar. Haziq dilihatnya sedang memanaskan kuali di atas dapur elektrik di hadapannya.

“Errr… Sya boleh masak la abang Haziq”

“Tadi ambil barang pun dah nak jatuh, nanti kau masak entah apa pula jatuh. Silap hari bulan dapur ni pula terbakar” leter Haziq. Pedas sekali perliannya di pendengaran Aisyah.

Aisyah tidak dapat membalas perlian Haziq. Dia hanya mampu mencebik tanda tidak puas hati. Entah kenapa, ada sebaris senyuman di bibir Haziq. Mungkin lucu apa yang dibuat Aisyah itu.

“Sya ni menyusahkan abang Haziq kan?” tanya Aisyah. Wajahnya ditundukkan. Namun pertanyaan itu langsung tidak dibalas oleh Haziq. Jejaka itu lebih memilih untuk mendiamkan diri.

“Abang Haziq buat apa tengah malam ni? Kenapa tak tidur lagi?” tanya Aisyah lagi. Cuba untuk memulakan topik perbualan antara mereka.

“Kerja” ringkas sahaja jawapan yang diucap oleh Haziq.

Aisyah menganggukkan kepala. “Samalah. Assignment Sya banyak sangat, dari pagi buat sampai sekarang tak siap-siap. Nasib baik dah tinggal sikit je lagi”

Haziq tekun memasak membuatkan Aisyah terdorong untuk melihat apa yang diletakkan oleh jejaka itu di dalam kuali. Nampak sibuk je. Padahal masak Maggie je.

Baru sahaja Aisyah ingin melangkah melihat apa yang dimasak oleh Haziq, akan tetapi dengan sekelip mata sahaja makanan yang dimasak sudah siap untuk dihidangkan. Disangkanya Haziq akan memasak Maggie yang diambilnya daripada Aisyah, namun apa yang ada di hadapan Aisyah bukanlah Maggie tetapi pasta.

“Makan la. Tadi kata lapar sangat” arah Haziq lalu memberikan isterinya itu garfu dan sudu.

Aisyah ambil huluran yang diberi oleh Haziq. Jejaka itu langsung angkat kaki dari dapur itu. “Abang Haziq tak nak makan sekali?” tanya Aisyah. Garfu ditangan sudah sedia di hadapan mulutnya.

Haziq menghentikan langkahnya. Dia berpaling dan berjalan laju kea rah Aisyah. Tangan gadis itu yang sedang memegang erat garfu digenggam lalu disuakan kemulutnya.

Hampir terkeluar biji mata Aisyah kerana tindakan luar jangkaan Haziq. Jejaka itu kemudian melangkah pergi setelah mendapat suapannya.

Merona merah wajah Aisyah. Aduh! Kenapa aku pergi tanya dia tadi? kan kau sendiri yang malu!!!

Aisyah menyuakan garfu berisi pasta kedalam mulutnya. “Sedapnya!!” puji Aisyah. “Terima Kasih!!” jerit Aisyah separa kuat supaya Haziq mendengar ucapannya itu. Siapa sangka jejaka yang bermuka masam itu mampu memasak masakan sesedap ini? Dah pula tu, sanggup dia masakkan untuknya tengah malam begini.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku