Tak suka tapi Cinta
Babak 25
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3090

Bacaan






“Kita nak pergi mana?” Tanya Aisyah kepada Haziq. Wajah Haziq yang sedang fokus pada pemanduannya direnung.

“Rumah mama” ringkas sahaja jawapan yang diberi Haziq. Barangkali malas mahu melayan Aisyah.

“Oh… kenapa?” Tanya Aisyah lagi.

“Mama suruh” sekali lagi sebaris jawapan sahaja yang diberi.

“Kenapa mama suruh?” Tanya Aisyah lagi. Dia masih tidak mengerti kenapa dia harus ke rumah Puan Sri Zetty.

“Tsk! Kau ni banyak Tanya kan?” Marah Haziq. Dia sudah mula naik berang.

“Yela Yela… Tak Tanya dah!” protes Aisyah. Tanya je, bukannya susah mana pun nak jawap apa yang aku Tanya tu!

Haziq menjeling sekilas ke arah Aisyah. “Kita pergi rumah mama sebab nak bincang pasal resepsi belah aku.”

Baru sahaja Aisyah ingin menanyakan lagi soalan, Haziq sudah terlebih dahulu memotongnya. “Sebab belah aku tak buat lagi. Hari itu buat belah kau je. Itu yang mama nak buat. Dia nak bincang dengan kita”

Aisyah mengangguk faham. Patutlah awal pagi lagi dia sudah disuruh oleh Haziq bersiap, rupanya Puan Sri Zetty yang suruh mereka ke sana. Kalau nak harap si suaminya bawanya berjalan-jalan? Jangan harap la! Dah la kahwin pun terpaksa.

__

“Kak Aisyah!!” jerit Zurina dari muka pintu. Tubuh gadis yang sudah menjadi kakak iparnya dipeluk erat sekali. Aisyah membalas pelukan tersebut.

“Rindunya dengan Kak Sya!!!!” ujar Zurina sambil meloncat-loncat persis kanak-kanak lima tahun.

“Aku kau tak rindu?”

“Buat apa nak rindu along?” Tanya Zurina kembali. Sengaja mahu mencari fasal dengan abang sulungnya. Aisyah ketawa kecil. Tidak menyangka Haziq akan terkena dengan usikan Zurina.

“Jom masuk! Mama tengah tunggu Kak Sya dan Abang Long tu” ajak Zurina lalu menarik lembut lenggan sasa Adam Haziq dan tangan Aisyah.

“Assalamualaikum Mama” sapa Haziq lalu menyalami tangan wanita berusia itu. Begitu juga dengan Aisyah. Dipeluk erat tubuh itu. Rindu! Entah kenapa, setelah menjadi isteri kepada Adam Haziq, dia merasa sedikit kekok pula.

“Kamu sihat Aisyah?” Tanya Puan Sri Zetty.

Aisyah mengangguk. “Alhamdulillah Sihat mama”

“Betul? Kamu nampak kurus sejak kahwin ni. Kamu buli dia lagi ya Haziq?” sangkal Puan Sri Zetty kepada Haziq. Bukan boleh percaya sangat anak sulungnya itu.

“Really? Kalau Sya ada yang tak kena je mesti salah Ziq la ma?” Tanya Haziq kembali. Dia sedikit tidak puas hati kerana mamanya asyik menyebelahi Aisyah. Kerana kesilapannya dahulu yang sering membuli gadis itu, kini dia dicop ‘pembuli’ sampai bila-bila oleh mamanya sendiri.

“Eh tak ada la ma… Sya sihat je. Mungkin Sya fikir kerja sya yang tak siap tu kut” Aisyah cuba menafi apa yang disangka oleh Puan Sri Zetty. Parah ni kalau kedua-dua beranak itu bergaduh. Terpaksa la pula nanti dia jadi orang tengah antara mereka. Bertambah benci lagi la mamat tu dekat aku nanti.

“Betul ni?” Tanya Puan Sri Zetty lagi untuk kepastian.

“Betul! Lagipun Abang Haziq ada masakkan untuk Sya. Sedap! Mama you should try it!” Puji Aisyah sambil menunjukkan tanda ‘good’ di hadapan Puan Sri Zetty.

“Abang Long masakkan?” Tanya Zurina sedikit terkejut.

“Kau ada masalah ke kalau aku masak?” Tanya Haziq dingin.

“Hehehe.. tak ada apa-apa. Abang Long ni dari dulu asyik garang! Ingatkan sejak kahwin ni angin tu dah normal. Nampaknya sama je.” Digenggam kedua-dua tangan Aisyah yang sedang duduk disebelahnya. “Tabahlah wahai kakak iparku!”

Aisyah dan Puan Sri Zetty ketawa kecil. Adam Haziq pula sekadar mengukirkan sebaris senyuman sahaja. Eh kejap! Dia senyum?

“Assalamualaikum Ma… Eh? Abang Long pun ada? Ada apa-apa ke ni?” Tanya Hadzriq lalu melabuhkan duduknya di sofa tiga sebelah Aisyah.

Aisyah merasa sedikit kekok apabila duduk rapat bersebelahan Hadzriq. Kalau dulu dia langsung tidak kisah, tetapi entah kenapa kini dia merasa sangat kekok. Tambah pula dia merasakan aura seram datang daripada Haziq yang tidak habis merenung dirinya itu.

“Waalaikumusalam. Kamu dari mana Hadzriq?” Tanya Puan Sri Zetty. Dia hairan dari mana datangnya anak keduanya itu. Pembantunya baru sahaja memberitahu Hadzriq keluar tidak lama tadi. Tahu-tahu ada pula dia.

“Lepak dengan kawan tadi” kata Hadzriq dengan senggihan. Dia meletakkan tangan kirinya di penyandar sofa belakang Aisyah.

Dengan tiba-tiba Adam Haziq bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke arah duduknya Aisyah. Dia menarik Aisyah agar bangun dan duduk di sebelahnya. Jauh daripada Hadzriq.

Hadzriq tersedar bahawa Aisyah bukan lagi solo, dia kini sudah berkahwin jadi wajar sahaja abang sulungnya itu marah. “Sorry. Ha tak sedar tadi”

“Kamu ni Ha… Aisyah dah jadi kakak ipar kamu pun kamu lupa” tegur Puan Sri Zetty.

Aisyah menundukkan wajahnya. Ini pertama kali Haziq menunjukkan rasa marahnya dihadapan Hadzriq. Jika sebelum ini dia langsung tidak kisah jika Hadzriq disekelilingnya. Aisyah memandang wajah Haziq yang hanya diam disebelahnya. Wajah itu kelihatan tegang sekali. Marah sangatkah dia?

“Mama nak cakap berkenaan majlis kamu berdua.” Ujar Puan Sri Zetty. Dia ingin segera memulakan topik perbualan punca mereka semua berkumpul.

“Majlis apa ma?” Tanya Aisyah. Dia tidak mengerti majlis apa yang dikatakan Puan Sri Zetty. Setahunya, majlis pernikahan dan resepsi mereka sudahpun berlalu.

“Kan aku dah cakap dalam kereta tadi?” bisik Haziq separuh berbisik. Aisyah mencebik. Nak Tanya pun salah!

“Majlis resepsi belah mama pula.” Jawab Zurina.

“Mama nak buat majlis ni dua bulan hadapan. Kamu rasa macam mana?” Tanya Puan Sri Zetty kepada Aisyah dan anak sulungnya Adam Haziq.

“Ziq tak kisah.” Jawab Haziq.

“Aisyah?” Tanya Puan Sri Zetty. Wajah gadis itu direnungnya.

“Erm.. Sya pun tak kisah mama” jawab Aisyah.

“Good! Maaf mama terpaksa postpone majlis kamu berdua. Sebab mama kena pergi outstation sebulan ni.” Jelas Puan Sri Zetty.

Aisyah mengangguk. “Tak apa mama. Sya faham. Hehehe”

“Zurin pun kena balik kolej sebab cuti dah nak habis. Sorry kak Aisyah” kata Zurina memohon maaf kepada Aisyah, kakak iparnya.

“La… kenapa nak sorry pula? Kak sya okay je”

Aisyah memandang Hadzriq yang diam semenjak tadi. Wajah jejaka itu sedikit kelam daripada tadi. Ada apa-apa yang terjadikah?

“Abang Ha?” panggil Aisyah dalam dia tidak sedar. Semua mata tertumpu padanya. Termasuklah Hadzriq.

Hadzriq melakarkan senyuman yang paling manis buat Aisyah. “Ya Sya?”

“Errm… Abang Ha okay?” Tanya Aisyah.

“Okay… kenapa pula tak okay?” Jawab Hadzriq. “Mama, kalau tak ada apa-apa lagi, Ha naik atas ya?” kata Hadzriq lalu bingkas bangun dari duduknya.

Aisyah menghantar Hadzriq yang kian menjauh dari mereka dengan renungan sahaja. Dia pasti, jejaka itu ada sesuatu yang disembunyikan. Dia kenal perangai jejaka itu.

“Amboi sweetnya. Teringat cinta lama?” sinis sahaja perlian Haziq dalam bisikannya. Dia mengambil peluang ini apabila Puan Sri Zetty dan Zurina yang sedang rancak berbual. Entah kenapa, hatinya panas apabila isterinya memberikan perhatian kepada adik kembarnya.

Aisyah membuang keluhan dibibir. “Kalau ya?” balas Aisyah cuba mencabar perlian sinis suaminya.

“Baguslah. Aku tak sangka kau jenis perempuan macam ni”

Aisyah terkedu. Dipaling mukanya memandang wajah Adam Haziq yang sedang sinis tersenyum. “Apa maksud abang Haziq?”

“Amboi… sweetnya abang long dengan Kak Sya. Tahu la baru kahwin, jangan la bersweet depan kami” tegur Zurina dengan usikan nakalnya. Puan Sri Zetty sudah ketawa disebelahnya. Aisyah pula sudah tertunduk malu.

Haziq tersenyum dia memeluk bahu isterinya, Aisyah. “Siapa tak sayang bini”

Hampir termuntah Aisyah tika ini apabila Haziq berlakon ‘sweet’ dihadapan mama dan adik iparnya. Kalau depan orang bukan main nak ber’sweet’ dengan aku!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku