Tak suka tapi Cinta
Babak 26
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5256

Bacaan






Tepat jam dua pagi, Aisyah terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa kering sekali. Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya. Tidak mahu Haziq yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya terbangun. Gara-gara tidak sampai hati apabila diminta tidak balik oleh Puan Sri Zetty, Aisyah dan Haziq membuat keputusan untuk bermalam disitu sahaja. Sudahlah dia terpaksa bermalam bersama dengan jejaka yang benci akan dirinya, sekarang bilik tidurnya pula yang menjadi mangsa kerana jejaka itu enggan dirinya menjejakkan kaki langsung kedalam biliknya. Entah apa yang disorokkan pun Aisyah tidak mengerti.

Perlahan-lahan Aisyah menapak keluar dari bilik itu dan terus ke dapur yang terletak di ruang bawah sekali. Lampu dapur jenis malap dibuka bagi mengurangkan rasa silau di malam hari itu. Selesai meneguk air bagi menghilangkan dahaganya, Aisyah meletakkan kembali botol air itu di dalam peti sejuk.

Aisyah menapak semula untuk naik ke bilik akan tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya sedang duduk termenung di hadapan kolam. Abang Ha!

Perlahan-lahan langkah diatur dengan niat mahu menegur jejaka yang sedang jauh termenung itu. Disebelah jejaka itu terdapat sebuah AlQuran lama. Dia kenal AlQuran itu! Ya! AlQuran yang menjadi hadiah daripadanya buat jejaka yang disayanginya itu. Sudah berapa tahun hadiah itu diberi sehingga dia tidak ingat hari jadi keberapa dia menghadiahkan AlQuran tersebut.

“Abang Ha?” tegur Aisyah dengan nada perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Hadzriq yang sedang leka termenung.

Hadzriq menoleh sebentar. “Aisyah? Tak tidur lagi?”

Aisyah tersenyum. “Terbangun. Dahaga.” Ringkas sahaja jawaban yang diberi gadis itu.

Hadzriq merenung wajah Aisyah yang sudah melabuhkan duduknya di sebelah kerusinya. Renungan yang dirasakan sedikit lain daripada sebelum ini menjadikan Aisyah berasa sedikit tidak selesa. “Kenapa pandang Sya macam tu?”

Hadzriq tersenyum. “Sya nampak cantik sekarang.”

Tidak semena-mena, wajah Aisyah merona merah. Segan kerana dipuji sebegitu sekali. Hadzriq tersenyum lagi. Wajahnya ditundukkan seperti memikir suatu yang sangat berat.

“Abang Ha ada masalah ke?” Tanya Aisyah dengan nada lembut. Dia tahu Hadzriq pasti ada masalah. Dia kenal wajah Hadzriq begitu. Dia tahu ada sesuatu yang menimpa diri lelaki itu.

Hadzriq tersenyum. Dia kemudian menggelengkan kepalanya. “No. It’s nothing. Abang long mana?” Tanya Hadzriq cuba menukar topik perbualan mereka.

“Abang Haziq tidur. Nak tahu, dia tidur macam baby! Siap hisap ibu jari lagi!” ujar Aisyah membuka cerita kepada Hadzriq.

Hadzriq ketawa kecil. “Really?”

Aisyah menganggukkan kepalanya. “Betul! Macam tak percaya kan? Luar nampak ganas macam Singa Jantan! tapi bila waktu tidur.. alahai! Macam baby Harimau la!”

Kedua-dua mereka tertawa. Tidak berapa lama kemudian, mereka kembali diam. Suasana sunyi kembali menyapa. Hanya bunyi cengkerik kedengaran.

“Sya bahagia dengan Abang Long?” Tanya Hadzriq tiba-tiba.

Lama Aisyah mendiamkan diri. “Bahagia.” Hanya sepatah sahaja yang mampu diungkapkan oleh Aisyah. Mana mungkin dia bahagia jika dia harus tinggal dan hidup bersama orang yang benci akan dirinya.

“Maafkan Abang Ha..”

“Maafkan kenapa? Abang Ha bukannya buat salah pun” Aisyah memandang wajah Hadzriq yang dari tadi hanya tertunduk.

“Maafkan Abang Ha sebab…”

“Cantik spot korang dating ni” tegur satu suara tidak jauh dari mereka. Hadzriq berpaling melihat gerangan yang menegurnya manakala Aisyah hanya duduk kaku. Dia tahu siapa yang menegur mereka. Jika didengar dari cara percakapnya yang kasar, ini pasti tidak lain tidak bukan si Adam Haziq!!!

“Abang Long” ujar Hadzriq lalu bingkas bangun. Aisyah masih tidak berganjak dari duduknya.

Haziq melangkah menghampiri Aisyah. Hatinya panas apabila melihat Aisyah bersama Hadzriq ketika ini. “Bangun” arah Haziq dingin sahaja kepada Aisyah.

Aisyah masih tidak berganjak dari duduknya. Haziq menarik tangan Aisyah membuatkan gadis itu terdorong bangun.

Haziq menarik tangan Aisyah sehingga mereka hilang dari pandangan Hadzriq. Hadzriq tertunduk lemah. dia seperti menyesal kerana tidak memberitahu sesuatu yang sangat penting kepada Aisyah sebentar tadi. Kini, semuanya sudah terlambat. Hanya keluhan sahaja yang keluar dari mulut jejaka itu.

Haziq menghempas pintu biliknya. Tubuh Aisyah dilempar di atas katil bersaiz Queen itu. Aisyah berasa takut dengan diri Haziq yang sekarang. Sudah berbelas tahun perangai jejaka ini tidak dilihatnya, kini perangai itu kembali membuatkan dirinya ketakutan. Bantal di sebelahnya menjadi tempat dia berlindung.

“Kau buat apa dengan dia?” Tanya Haziq dengan nadanya yang sangat dingin. Langkah kaki dirapatkan ketubuh Aisyah yang semakin kebelakang.

“Tak ada apa-apa. Kami cu.. cuma berbual je” jelas Aisyah sedikit tergagap-gagap. Tubuhnya tersandar pada besi kepala katil.

Bantal yang menjadi pelindung buat Aisyah ditarik lalu dilemparkan ke lantai. Haziq mendepakan tangan di kiri dan kanan bersebelahan dengan bahu Aisyah membuatkan gadis itu tidak dapat lari kemana-mana. Mata itu merenung sepasang anak mata milik Aisyah. Lama mereka berpandangan begitu. Semakin lama pandangan Haziq menjadi semakin lembut daripada sebelumnya membuatkan Aisyah juga membalas pandangan itu. Tanpa sedar, tangan kanan Aisyah mengusap lembut pipi kiri Haziq. Haziq merapatkan wajahnya dengan wajah Aisyah. Semakin lama semakin dekat.

Tok! Tok! Tok!

“Aisyah? Haziq? Kamu berdua tak apa-apa ke?”

Bunyi ketukan pada pintu bilik menyedarkan mereka daripada terus melakukan perbuatan yang sangat tidak dijangkakan. Haziq menjarakkan dirinya jauh daripada Aisyah. Dia juga kelihatan seperti terkejut dengan perlakuannya sendiri. Manakala Aisyah tertunduk malu. Wajahnya merona merah. Jantungnya berdegub kencang. Dia juga tidak menyangka dia akan mengusap pipi jejaka itu walaupun jejaka itu suaminya yang sah.

Haziq membuka pintu bilik mereka. Tersembul wajah Puan Sri Zetty yang menunjukkan riak risau. “Kamu berdua okay? Mama dengar bunyi kuat dari bilik kamu tadi. macam ada benda jatuh”

“Oh… Haziq jatuh katil tadi. nyenyak sangat tidur sampai tak sedar terjatuh katil” bohong Haziq.

“Kamu ni. Habit kamu yang satu tu langsung tak berubah. Kesian bini kamu! Aisyah mana?” Tanya Puan Sri Zetty cuba ingin membuka luas pintu bilik itu tetapi dihalang oleh Haziq.

“Aaaaa… Dia tengah tidur tu mama. Jangan risau, Aisyah terima Ziq seadanya.”

Puan Sri Zetty ketawa kecil. “Kamu berdua ni sweet pula lepas nikah ni. Mama sambung tidur balik la kalau macam tu. Kamu jangan lupa basuh kaki sebelum masuk tidur balik ya” Nasihat Puan Sri Zetty lalu meninggalkan Haziq yang sudah tersenggih seperti kerang busuk sahaja dihadapan mereka.

Haziq menutup pintu bilik itu rapat. Dia melihat Aisyah sudah menyelubungkan dirinya di dalam selimut yang sederhana tebal itu. Malas hendak menjelaskan apa yang terjadi sebentar tadi kepada isterinya, dia memilih untuk berdiam sahaja. Dia tahu Aisyah belum tidur lagi. Entah kenapa dia jadi berat untuk menjelaskan apa yang terjadi tadi. Haziq melabuhkan duduknya disebelah Aisyah lalu baring mengiring arah bertentangan dengan gadis itu. Dia berharap gadis itu tidak memikirkan yang bukan-bukan sudah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku