Tak suka tapi Cinta
Babak 27
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2218

Bacaan






Seminggu sudah berlalu. Dan kini Aisyah sedang sibuk menyiapkan diri untuk peperiksaan akhir mereka yang tinggal lagi sebulan lebih sahaja. Banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji. Dia mahu membuat semua orang bangga dengan pencapaiannya. Dia tidak mahu menghampakan mereka yang telah banyak berkorban untuknya.

“Aisyah!” tegur Lulu sambil memeluk sahabatnya daripada belakang. Aisyah yang sedang tekun menelaah bacaannya langsung tidak terkejut dengan sergahan sahabat karibnya itu. Dia sudah masak benar dengan perangai sahabat yang sanggup bersusah senang dengannya itu.

“Kau tak bosan ke duduk dalam library ni dari pagi tadi? dah makan ke belum?” Tanya Lulu yang sudah melabuhkan duduknya dihadapan Aisyah.

Aisyah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

“Aisyah. Nak tanya boleh?” tanya Lulu. Namun pertanyaannya tidak diendahkan oleh sahabatnya yang sedang tekun membuat kiraan dihadapannya.

“Aisyah” panggil Lulu sekali lagi.

Sekali lagi sahabatnya tidak mengendahkan dirinya. Khusyuk betul minah ni kalau buat kira-kira.

“Aisyah!” panggil Lulu sediki kuat dari tadi. beberapa pelajar yang rasa sedikit terganggu dengan suara Lulu yang kuat sebentar tadi menegur gadis itu semula. Lulu meminta maaf kerana salahnya menguatkan suara sehingga pelajar lain rasa terganggu.

“Kau dah kenapa?” tanya Aisyah berasa pelik dengan sahabatnya itu. Sudahlah panggilnya seperti dia tidak punya telinga.

“Kau la. Aku panggil dari tadi tak dengar” jelas Lulu.

“Yeke? Sorry” kata Aisyah lalu menggenggam tangan Lulu.

“Aku nak tanya kau ni”

“Tanyalah” balas Aisyah. Buku Hidrografi dihadapannya dibaca sekilas lalu.

“Kenapa aku tengok kau sejak balik dari cuti ni bukan main happy lagi? Did something happened?” tanya Lulu. Dia perasan perangai sahabatnya yang lain dari sebelum ini. Sesuatu sudah jadi ke?
Aisyah mengelengkan kepalanya. “Nothing. Aku just gembira kita dah start kuliah je”

Lulu merenung wajah Aisyah. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh sahabatnya ketika ini. Benarkah?

Aisyah ketawa kecil. Sebenarnya dia gembira bukan sebab itu sahaja. Sebab utama dia berasa sangat gembira ialah ketiadaan Haziq di hadapan matanya. Malah jejaka itu memberitahu dirinya bahawa dia harus berada outstation selama sebulan lebih di London bagi menguruskan perniagaan mereka disana. Puan Sri Zetty mengarahkan bahawa Haziq membawa Aisyah bersama, tetapi Aisyah memberi alasan bahawa dia harus menghadiri setiap sesi kuliahnya, ini menjadikan mereka tidak dapat pergi ke London bersama. Pelajaran harus juga diutamakan.

“Aisyah” panggil Lulu lagi.

Aisyah mengangkat kepalanya memandang Lulu. Wajah gadis itu kelihatan berseri-seri sekali. “Kau nampak ceria. Ada apa-apa ke?”

“Malam ni aku ada family gathering!” katanya separuh menjerit. Sekali lagi mereka mendapat amaran daripada pelajar lain kerana membuat bising.

“Really? Waahh!! Bagus la! Dekat mana?” tanya Aisyah mula berminat dengan berita yang baru sahaja diberitahu oleh Lulu sebentar tadi.

“Skillet At 163”

“Bagus la! Makanan kat sana sedap-sedap!” kata Aisyah.

“I know right? Aku just happy sebab parents aku akhirnya nak berjumpa satu sama lain. Tahu jela mereka dah lama sangat bergaduh. Kesian dekat adik aku dua orang yang masih bersekolah rendah tu. hari-hari dengar mereka bertekak antara satu sama lain di rumah” ujar Lulu mengadu kepada Aisyah. Sudah menjadi kebiasaan antara mereka untuk berkongsi cerita apa sahaja kerana mereka merupakan rakan baik semenjak di sekolah menengah lagi.

“Bestnya! Mesti…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan ayatnya, Lulu terlebih dahulu memotong percakapan mereka. “Esok aku bagitahu detailnya dekat kau! Sekarang ni aku nak pergi shopping kejap! Nak pakai dress lawa-lawa! Bye!”

Aisyah ketawa kecil. Dia gembira apabila melihat sahabat baiknya ceria. Sudah agak lama juga Lulu berasa sedih dengan nasib keluarganya. Lulu merupakan seorang sahabat yang sangat tabah. Dia langsung tidak menunjukkan riak resah pada wajahnya. Walaupun Lulu dibesarkan dari keluarga yang serba lengkap, namun Lulu langsung tidak berasa bahagia. Ayahnya yang sering pulang lewat kerana bekerja manakala ibunya pula sibuk bermesyuarat semenjak perniagaannya berkembang maju sejak Lulu berusia tiga tahun lagi.

Aisyah kembali menyambung menelaah buku dihadapannya. Dia berdoa agar pertemuaan Lulu dengan kedua-dua ibu bapanya berjalan lancar seperti yang diharapkan oleh sahabatnya itu. InshaaAllah.

___

“Huargghh!” Aisyah menutup mulutnya dari menguap. Masuk kali ini, sudah lebih lima kali dia menguap. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi, dia sedar dia harus segera tidur tetapi disebabkan kedegilannya dia gagahkan juga dirinya.

Bunyi melodi pada telefon bimbit Aisyah menandakan sebuah pesanan ringkas masuk. Segera dicapai telefon bimbit itu.

Assalamualaikum Kak Aisyah! Dah tidur ke?

Aisyah tersenyum. Zurina. Dia gemar benar menghantar pesanan ringkas kepadanya selewat ini.

Waalaikumusalam. Belum lagi. Zurin tengah buat apa tu?

Zurin tengah minum coffee dengan Abang Long ni. Dia belanja! Agak rare juga la. Hehehehe…

Aisyah ketawa kecil. Dia faham maksud gadis itu. Haziq seorang yang tidak gemar menunjukkan sikap pemurahnya. Hanya orang tertentu sahaja dia prihatin. Belum sempat Aisyah membalas pesanan ringkas itu, sebuah lagi pesanan ringkas masuk. Kali ini Zurina menghantar sebuah gambar dia bersama Haziq sedang menikmati sarapan pagi.

Gambar itu direnung oleh Aisyah. Wajah suaminya ditatap. Walaupun dia gembira dia tidak akan berjumpa dengan jejaka itu selama sebulan lebih, tika ini dia merasa rindu pula dengan jejaka ini. Dia suka melihat jejaka itu tersenyum seperti di dalam gambar yang baru dihantar oleh Zurina ini. Bibirnya yang kemerahan itu jelas menunjukkan jejaka ini langsung tidak pernah menyentuh mana-mana rokok, shisha ataupun vape. Kulitnya yang putih mulus itu nampak sedikit kemerahan di bahagian hidung dan telinga. Mungkin sejuk sangat disana. Tanpa sedar, Aisyah tersenyum sendirian. Sudah gilakah dia???

Tiba-tiba Aisyah teringat peristiwa mereka bermalam di rumah Puan Sri Zetty seminggu lepas. Serta merta wajah Aisyah merona merah. Ya Allah! Yang aku pergi ingat tu semula kenapa?? Entah-entah jejaka itu sengaja ingin mempermainkan dirinya. Tahu sahajalah sikap suka membuli jejaka itu sejak kecil. Dirinya juga sering menjadi mangsa keadaan.

Kak Aisyah??

Sorry Sorry.. Kak Aisyah terlelap tadi. hehehe…Aisyah berbohong sedikit. Dia tidak mahu Zurina sangka yang bukan-bukan. Lagipula dia tidak mahu Zurina atau sesiapa pun tahu akan hal itu. Biarlah peristiwa itu dia sahaja yang simpan.

Sorry ganggu Kak Aisyah!! Ni ha… Abang Long yang suruh tanya khabar kak Aisyah. Rindu la tu.

Hampir tersedak air liur Aisyah membaca pesanan ringkas yang baru sahaja dihantar oleh gadis itu. Rindu? Adam Haziq Bin Tan Sri Jamal rindu aku??!!! MUSTAHIL!!!

Hehehe…hanya itu sahaja yang mampu ditaip dan dihantar oleh Aisyah. Dia tidak tahu mahu membalas apa lagi kerana dia sangat terkejut ketika ini. Rasa macam bermimpi pula.

Ok la Kak Aisyah, Kak Aisyah tidur la. Sorry ganggu. Muah! XOXO.. Assalamualaikum.

Aisyah meletak telefon bimbit itu dihadapannya. Dia masih tidak percaya bahawa jejaka itu rindu akan dirinya. Biar betul!!! Mungkin Zurina sengaja mahu membahan dirinya. Tapi, gadis itu tidak pandai menipu apatah lagi membahan orang. Gadis itu sangatlah telus.

Kepala digelengkan beberapa kali. Malas mahu memikir, Aisyah membuat keputusan untuk tidur sahaja. Nanti jikalau difikir lagi mahu jadi gila dirinya. Ish ish ish….



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku