Tak suka tapi Cinta
Babak 28
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3171

Bacaan






Aisyah menapak masuk ke dalam kuliah yang sedang riuh dengan suara rakan sekelasnya bertanyakan kerja yang seharusnya dihantar hari ini. Leher dipanjangkan mencari tempat kosong yang ada. Dari jauh Qaliff melambai-lambaikan tangannya memberi isyarat bahawa ada tempat kosong di sebelahnya. Aisyah tersenyum lalu menapak perlahan ke arah tempat yang diduduki oleh Qaliff.

“Assalamualaikum. Mana Lulu? Tak sampai lagi ke?” tanya Aisyah sejurus memberi salam kepada sahabatnya. Qalif hanya menjongketkan bahu menandakan dia tidak tahu dimana sahabatnya yang seorang itu. Biasanya waktu-waktu begini pasti sahabatnya seorang itu sudah datang ke kuliah. Agak pelik juga kerana ini kali pertama Lulu tidak kelihatan lagi sedangkan sesi kuliah mereka bakal bermula.

“Assalamualaikum guys.” Sapa Encik Harris sejurus masuk ke dalam dewan kuliah itu.

“Waalaikumusalam prof!” sambut semua pelajar yang ada di dalam dewan itu.

Encik Harris meneruskan sesi kuliah yang tergendala dek kerana cuti semester minggu lalu. Kelihatan semua pelajar memberikan penuh perhatian di dalam sesi kuliahnya. Mana tidaknya, sikap Encik Harris yang sangat senang didekati dan seorang yang murah dengan senyuman itu menyebabkan semua pelajar senang belajar dengannya. Lain pula dengan Aisyah, hari ini dia tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya pada apa yang diajar oleh Encik Harris di depan mereka semua. Di dalam fikirannya memikirkan sahabatnya yang tidak datang ke kuliah. Pelik! Lulu tidak pernah ponteng sesi kuliah. Jika sahabatnya itu terpaksa ponteng, dia pasti akan memberitahu Aisyah dan Qaliff berkenaan hal itu. Tapi kali ini, langsung tidak ada sebarang berita daripada gadis itu.

Lulu, kau dekat mana?

Aisyah menekan butang send untuk dihantar kepada sahabatnya itu. Mungkin jika Aisyah menghantar pesanan ringkas ini Lulu akan membalas memberitahu alasan sahabatnya itu tidak hadir kuliah.

Selang beberapa minit, Aisyah memeriksa telefon bimbitnya tetapi masih tidak ada sebarang pesanan ringkas yang masuk. Aisyah mula berasa tidak sedap hati.

“Aisyah” Panggil satu suara di hadapan Aisyah membuatkan Aisyah mendongak dengan segera.

“Ya Encik Harris.”

“Please focus. Dari tadi saya tengok awak tengok handphone awak sahaja. Ada perkara yang emergency ke?” tanya Encik Harris prihatin.

Aisyah tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. “No Sir. Sorry…”

Encik Harris juga turut tersenyum. “Messege boyfriend kamu nanti-nanti je ya?”

Kata-kata Encik Harris disambut tawa daripada Qaliff yang duduk disebelahnya. Aisyah menyiku Qaliff disebelahnya. Geram pula dia apabila Qaliff mengambil peluang ini mentertawakan dirinya. Sudahnya dia menjadi perhatian pelajar lain pula sekarang ini. Adui!

__

“Baiklah class. Saya extend lagi masa untuk kamu semua hantar assignment itu sampai minggu depan. Make sure kamu semua buat okay?” Ujar Encik Harris lalu keluar dari dewan kuliah tersebut.

Kata-kata daripada Encik Harris sebentar tadi mendapat sorakan gembira daripada pelajar yang masih ada di dalam kelas itu. Siapa sahaja yang tidak suka jika kerja yang diberi itu ditambah tempoh masa lagi?

“YES!!! Selamat aku!” Sorak Qaliff sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Lagaknya seperti memenangi pingat emas olimpik sahaja.

“Weh Aisyah. Member baik kau ni mana?” tanya Qaliff. Dia juga risau kerana ini kali pertama Lulu tidak hadir tanpa sebarang berita.

“Itu la… aku risau la Qaliff. Jom pergi rumah dia.” Ajak Aisyah.

“Nak buat apa?” tanya Qaliff berasa hairan dengan ajakan Aisyah itu.

“Nak tengok kalau si Lulu tu okay ke tak je”

“Kau jangan buat gila. Dia okay je tu. lagipun kita ada kelas lagi kan lepas ni?” ujar Qaliff.

Ada betul juga kata Qaliff itu. Jika dia pergi kerumah Lulu sekarang, pasti menimbulkan tanda tanya. Sudahlah rumah Lulu sering tidak ada orang. Bagaimana jika mereka benar-benar pergi tetapi Lulu tiada? Sudahlah mereka ponteng kelas, baying si Lulu pun tidak kelihatan. Tak ke naya namanya.

“Erm… Eh aku nak ke café kejap. Kau nak kirim apa-apa?” tanya Aisyah.

“Tak kot. See!” kata Qaliff sambil menunjukkan sebungkus Tupperware berisi makanan didalamnya. Qaliff kelihatan tersenyum bahagia. Ini mesti kes peminatnya memberikannya makanan lagi. Untunglah hari-hari dapat makan free.

Aisyah mengemas barangnya lalu melangkah keluar dari dewan menuju ke cafeteria di fakultinya. Dari jauh kelihatan ramai pelajar berada di dalam café itu. Sudahlah Aisyah tidak suka bersesak-sesak. Tetapi apakan daya, dia sudah berasa dahaga sangat. Dia terpaksa juga menempuhinya.

Aisyah tidak jadi melangkah apabila terpandang pada susuk tubuh yang sangat dikenalinya yang membelakanginya. Lulu! Laju sahaja Aisyah menapak menghampiri gadis itu yang sedang berehat di bawah pondok berhampiran dengan cafeteria.

Langkah dihentikan betul-betul dibelakang gadis itu apabila dia mendapati gadis itu sedang memegang beberapa dokumen rasmi. Aisyah menjadi tertarik apabila perkataan ‘Tahniah’ tertera pada isi kandungan surat tersebut.

“Tahniah?”

Lulu terkejut lalu bingkas bangun dari duduknya. “Aisyah” Kata Lulu.

“Tahniah kenapa tu Lulu?” tanya Aisyah. Perasaan ingin tahu itu sangat kuat.

“Oh.. ni.. tak ada apa-apa.” kata Lulu. Cuba menidakkan apa yang dikatakan oleh Aisyah.

Aisyah cuba merenung anak mata milik Lulu. Namun gadis itu cepat-cepat menundukkan wajahnya. “Lulu, kau ada benda yang kau sorokkan ke?”

Lulu tidak bersuara. Wajahnya masih ditundukkan.

Aisyah menghelakan keluhannya. “Tak apalah kalau kau tak nak kongsi. Aku nak pergi café. Nak kirim?”

Lulu hanya menggelengkan kepalanya. Pelik! Aisyah mengangkat kedua-dua bahunya. Mungkin ada sebab gadis itu merahsiakan perkara itu. Tak apalah. Itu hak gadis itu. Dia tidak mahu memaksa.

Baru beberapa langkah, nama Aisyah dipanggil membuatkan kepalanya menoleh sebentar. “Ya?”

Lulu kelihatan seperti mahu memberitahunya sesuatu.

Aisyah tersenyum. “It’s okay beb. When you are ready. Ok?”

“Aku akan ke U.K”

Aisyah hilang kata-kata. Berita yang baru sahaja diberitahu oleh Lulu begitu memeranjatkan dirinya. “Apa?”

Lulu menapak menghampiri Aisyah. “Aku diterima untuk menjadi ketua projek GNSS. Untuk pertandingan buat peta di sana.”

“Well, that’s good news u dummy!!!” hampir menjerit Aisyah memberi pujian itu kepada Lulu. Dipeluk erat gadis dihadapannya itu. Dia berasa sungguh bangga kerana mempunyai sahabat yang begitu berbakat sehingga bertanding ke luar Negara. Dirinya sendiri tidak pernah diberi peluang sebegitu.

“Thank you beb. Sorry tak bagitahu kau awal-awal. Aku ingat kau nak marah dekat aku.”

“Kenapa kau fikir macam tu pula?” tanya Aisyah. Keningnya diangkat sebelah.

“Sebab Qaliff macam marah aku je”

“Qaliff?” tanya Aisyah semula. Ini apa cerita tiba-tiba dengan Qaliff pula?

Lulu memimpin tangan Aisyah untuk mereka sama-sama duduk di pondok berhampiran mereka. “Semalam aku ada cerita pasal ni dekat Qaliff. Tapi dia macam marah aku pula.”

“Kenapa dia nak marah kau?”

Lulu hanya menjongketkan bahunya. “Entah! Sebab tu aku rasa serba salah nak bagitahu kau. Aku tak nak kau pun marah dekat aku”

“Berapa lama kau dekat sana?”

“Erm.. dalam setengah tahun” ujar Lulu sambil melihat kertas tawaran ditangannya.

“Lamanya.”

Lulu mengangguk. “Selain masuk pertandingan tu. aku dapat tawaran jadi assistant lecturer untuk Prof Amin.”

Aisyah menganggukkan kepalanya. Dia kenal benar pensyarah mereka itu. Beliau pasti akan membuat kajian jika sesuatu yang difikirkannya menjadi tanda soal dan tiada jawapan.

Aisyah mengenggam kedua-dua tangan sahabatnya. “I am so proud to have you as my best friend. Kenapa pula aku nak marah kau? You deserve this. I know you can do it. Cuma tu la, aku mesti akan rindukan kau.”

Lulu akhirnya tersenyum. “I will miss u too. Kau la sahabat aku dunia akhirat!”

Kedua-dua mereka berpelukan. Aisyah bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang sangat menyayangi dirinya luar dan dalam. Pasti sahaja dia akan merindui gadis ini. Kini, dia tinggal beberapa minggu sahaja dapat bersama kerana kedua-dua mereka bakal menamatkan zaman university mereka tidak lama lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku