Tak suka tapi Cinta
Babak 29
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4299

Bacaan






Kereta pacuan berwarna merah kuning itu berhenti di hadapan pintu masuk kondominium mewah yang terletak berhampiran dengan pusat Bandar. Aisyah keluar dari perut kereta lalu membayar tambang teksi yang dinaikinya tadi. selesai membayar, Aisyah menapak masuk ke dalam lobi kondominium.

“Aisyah” panggil seseorang sebaik sahaja Aisyah melepasi sofa menunggu yang terletak di dalam lobi tersebut.

Aisyah tersenyum. “Abang Ha”

Hadzriq bangun lalu menghampiri Aisyah. “Baru balik?”

“A’ah… Abang Haziq minta Sya balik kalau hari minggu. Tak nak rumah tu selalu kosong katanya.” Jelas Aisyah. Walaupun mereka berkahwin bukan atas dasar cinta. Namun, semua yang diminta Haziq perlu dituruti. Haziq merupakan suaminya yang sah.

Hadzriq mengangguk faham. “Temankan Abang Ha sekejap boleh?”

“Nak ke mana?” tanya Aisyah.

“Makan. Lapaaarrrr” ujar Hadzriq sambil mengusap perutnya. Wajahnya sengaja dibuat-buat seolah benar-benar lapar.

Aisyah ketawa. “Okay! Tapi biar Sya naik dulu. Nak tukar baju”

“Alaa… tak pe, dah lawa dah ni. Tak tahan sangat lapar! Pleassseeeeeeee” rayu Hadzriq. Matanya sengaja dikelip beberapa kali.

“Okay Okay! Jom!” akhirnya Aisyah bersetuju juga. Hadzriq tersenyum gembira. Mereka menapak keluar daripada lobi bersama-sama. Hadzriq membukakan pintu kereta BMW putih untuk Aisyah. Aisyah tersenyum lalu masuk ke dalam perut kereta. Disebalik kegembiraan mereka, ada sepasang mata yang sejak tadi tajam memerhati gelagat mereka. Hatinya panas melihat adegan itu. Tanpa berfikir panjang, kereta BMW milik Hadzriq diikuti dari belakang.

__

“Aisyah nak makan apa?” tanya Hadzriq sambil melihat menu yang ada di hadapan matanya.

“Erm… Entah! Semua nampak sedap” Aisyah terasa seperti rambang mata pula apabila melihat menu yang ada dihadapannya. Sangkaannya Hadzriq akan membawanya ke restoran yang ada berhampiran dengan rumahnya. Tetapi sangkaannya jauh sekali meleset. Jejaka ini malah membawanya makan tengahari di hotel lima bintang yang terletak di tengah pusat Bandar Kuala Lumpur.

Selepas membuat beberapa pesanan, Hadzriq memandang Aisyah. Wajah gadis seperti tidak berapa selesa dengan keadaan sekelilingnya. Hadzriq tersenyum. “Kenapa buat muka macam tu?”

“Abang Ha ni! Cakap nak pergi makan!”

Hadzriq ketawa. “Lah.. makan la ni. Kan dekat restoran ni?”

“Ni restoran dalam hotel. Lima bintang pula tu! ingatkan nak pergi kedai dekat dengan rumah je” Aisyah mencebik. Dia berasa sangat tidak puas hati dengan apa yang Hadzriq lakukan. Tetapi dia tidak boleh menyalahkan jejaka ini seratus peratus. Salahnya juga kerana tidak bertanya terlebih dahulu. Nasib baiklah pakaian ini bercirikan kasual. Cuba kalau dia buat perangainya dengan memakai selekeh? Mahu tergelak pengunjung yang menikmati makanan mereka di sini. Huhu… buat malu sahaja.

“Sya” panggil Hadzriq dengan nada lembut.

“Ya?”

“Abang Ha ada benda nak discuss dengan Sya” kata Hadzriq. Mata hazel itu merenung sepasang anak mata Aisyah.

“Bincang apa tu abang Ha?” tanya Aisyah dengan nada lembut. Dia merasakan renungan yang diberi oleh Hadzriq lain dari sebelum ini. Seminggu lepas, renungan ini juga yang diberikan kepadanya. Ada maksud yang tersiratkah? Hadzriq mempunyai masalahkah?

“Abang Ha… Abang Ha…” kata-kata Hadzriq yang tersekat membuatkan rasa ingin tahu semakin kuat dalam diri Aisyah.

“Abang Ha rasa abang Ha masih cintakan Aisyah” Tangan Aisyah dicapai dan digenggam. Aisyah terkedu sebentar. Dia sendiri terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Hadzriq.

“Aaaa…. Abang Ha… Apa ni? Sya kan dah kahwin dengan Abang Haziq” kata Aisyah cuba menarik tangannya dari terus digenggam jejaka itu.

“Sya, Abang Ha tahu Sya bohong Abang Ha kan?” tanya Hadzriq. Tangan Aisyah masih lagi dalam genggamannya walaupun gadis itu cuba untuk menarik tangannya beberapa kali.

“Bohong apa yang Abang Ha cakap ni?”

“Abang Ha tahu sya bohong kami semua. Sya sebenarnya tak bahagia dengan Abang Haziq kan?”

Tangan Aisyah direntap oleh seseorang daripada genggaman Hadzriq. Aisyah dan Hadzriq kedua-dua mereka terkejut. “Enough”

“Abang long” Hadzriq segera bangun. Begitu juga Aisyah walaupun tangannya kini berada di dalam genggaman Haziq.

“Apa yang kau cuba nak buat ni?” tanya Haziq. Nada suaranya begitu dingin sekali. Tajam pandangan yang diberi kepada adik kembarnya.

Hadzriq melawan pandangan itu semula. Dia juga tidak mahu mengalah. “Aku tahu kau tak bahagia dengan Aisyah. Kau hanya pergunakan dia.” Suaranya cuba dikawal walaupun beberapa pengunjung yang ada disitu sudah berpandangan.

“Apa?”

“Aaa… Abang Haziq ni semua salah faham. Abang Ha dia tak bermaksud pun apa yang dia cakap” Kata Aisyah cuba meleraikan pergaduhan yang bakal tercetus di antara kedua-dua adik beradik ini.

“Kau diam” marah Haziq. Aisyah terdiam. Tidak jadi untuk cuba membantu.

Kolar baju Hadzriq dicengkam dengan sebelah tangan sasa milik Haziq. “Kau dengar sini. Aku tak suka barang aku diusik. Kalau kau usik dia lagi. Nahas!”

“What if I do?” cabar Hadzriq.

“Apa?” berkerut dahi Haziq.

Hadzriq tersenyum. Tangan Haziq ditepis kasar agar melepaskan kolar bajunya yang mulai ronyok. “Dulu mungkin aku bodoh. Tapi sekarang tidak lagi. Aisyah milik aku sejak mula lagi. Ingat tu!” selepas mengatakan kata-kata tersebut, Hadzriq mengorak langkah pergi daripada mereka.

Aisyah terkejut. Apa semua ini? Kenapa Haziq di sini? Bukankah jejaka ini ada di luar Negara menguruskan urusan perniagaannya di sana? Dan, kenapa pula dengan Hadzriq? Aku miliknya sejak mula? Apa ni?!!!

__

Aisyah menutup perlahan pintu rumah mereka. Sejak kejadian di restoran lima bintang itu sehinggalah sekarang, Haziq langsung tidak bersuara. Hanya muka ketat itu sahaja yang terpamer. Takut pula Aisyah ingin menegur jejaka itu.

Haziq duduk termenung di sofa yang menghala ke dinding dan televisyen yang ada diruang tamu rumah tersebut. Aisyah mematikan niatnya untuk ke dapur. Dia ingatkan jejaka itu akan terus masuk kedalam biliknya, tetapi sekarang ini jejaka itu duduk senyap sahaja di sofa tersebut tanpa berkata sepatah pun.

Baru dua anak tangga dinaiki, nama Aisyah sudah dipanggil oleh Haziq membuatkan Aisyah kembali ke ruang tamu semula. Dia duduk di sofa yang ada berhampiran dengan suaminya. Wajah yang masih tegang itu dipandangnya.

Sudah lebih lima minit dia duduk disitu, tetapi satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut Haziq. Akhirnya Aisyah bangun lalu mengambil segelas Air masak yang ada di meja makan dan diletakkan di hadapan Haziq. Dia berharap agar kemarahan yang ada di dalam diri Haziq dapat reda sedikit. Walaupun dia tidak tahu, kenapa jejaka itu marah ketika ini. Nak kata jejaka itu cemburu? Mustahil! Nak kata jejaka itu sayangkan dia? Mustahil! Jadi sebab apa jejaka itu marah akan dirinya? Dia sendiri tidak tahu.

“Mulai hari ini. Aku nak kau report dekat aku every detail yang kau buat setiap hari. Every minute, every second!”

“Ha?!” ternganga sedikit mulut Aisyah setelah ayat-ayat itu ditutur oleh Haziq. Biar betul! Takkan aku nak berak pun nak bagitahu kau! Takkan aku nak korek hidung pun aku nak bagitahu kau! Gila!

“Kau tak dengar ke? And one more thing, aku nak kau Sms dekat aku jadual waktu kelas kau. Juga, lepas ni kau kena selalu balik rumah. Bukan hanya pada hari sabtu ahad sahaja. Sekarang ini, HARI-HARI kau kena balik rumah ni! Aku akan ambil kau” sekali lagi Haziq memberi arahan kepada Aisyah membuatkan gadis itu hampir tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Haziq.

“Tapi…”

Belum habis Aisyah menghabiskan kata-katanya, Haziq terlebih dahulu memotong. “No but! Muktamad!” tutur Haziq lalu bangun dari duduknya. Dia menapak naik kebiliknya membiarkan Aisyah yang masih terkejut dengan apa yang dikatakannya tadi. dia sendiri kenapa dia melakukan semua itu. Apa yang dia tahu, dia tidak mahu Hadzriq rapat lagi dengan Aisyah. Kerana dia sendiri tidak suka melihatnya. Apatah lagi jika berlaku adegan seperti tadi. hatinya terasa sakit sangat sewaktu adik kembar dan isterinya berpenganggan tangan.

Aisyah terasa mahu menjerit sahaja ketika ini. Bantal yang ada disebelahnya diambil lalu dia menjerit sekuat hatinya. Dia geram betul dengan arahan yang berunsur berat sebelah itu! Dulu bukan main tak kisah jika aku nak pergi mana, buat apa semua! Ini setiap saat nak aku bagitahu kau!!!! Arhhhhh!!!! GERAMNYAAAA!!!!!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku