Tak suka tapi Cinta
Babak 30
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3114

Bacaan






Haziq memakirkan kereta betul-betul di hadapan fakulti Aisyah. Kehadiran mereka mengundang perhatian pelajar-pelajar yang ada disitu. Mana tidaknya, jejaka ini membawa kereta mercedez benz miliknya yang tidak berbumbung. Aisyah jadi segan pula apabila menjadi objek perhatian. Dia tidak menyangka Haziq benar-benar serius ingin menghantar dan mengambilnya. Dia sangkakan arahan itu dibuat ketika marah dan jejaka itu akan melupakannya. Namun jangkaannya meleset jauh!

“Balik nanti aku ambil dekat sini juga” tegas sahaja suara Haziq. Aisyah hanya mengangguk tanpa langsung memandang wajah Haziq yang kacak berkaca mata hitam dan bersut biru gelap di tempat duduk pemandu. Dia sudah cukup malu menjadi perhatian pelajar-pelajar di fakultinya, dia tidak mahu membuang masa lagi bertekak dengan jejaka ini.

Setelah Aisyah keluar dari perut kereta, Haziq memandu laju keluar dari fakulti tempat Aisyah menuntut pelajaran. “Ish! Saje je nak bawa kereta tu! macam tak ada kereta lain je! Saje la tu nak malukan aku!” bentak Aisyah. Terasa mahu mengambil gambar jejaka itu sahaja lalu dipijak-pijak! Geram sangat!

“Aisyah!” tubuh gadis itu dipeluk erat dari belakang.

“Lulu, kau ni buat aku terkejut je”

Lulu sudah tersengih di belakang Aisyah. Pelukan dileraikan. “Eh, mana Qaliff?” tanya Aisyah sambil memandang sekeliling mereka.

Lulu hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“Aik? BFF sendiri pun tak tahu ke?” Aisyah menyiku lembut gadis itu.

“BFF kau. Bukan BFF aku” Lulu mencebik. Ini mesti kes gaduh mereka tidak baik lagi.

“Gaduh lagi?” tanya Aisyah. Mereka menapak menghampiri bangku yang ada berhampiran.

“Aku pun tak tahu la Sya. Entah angin apa yang ada dekat si Qaliff tu. tadi aku tegur je dia macam biasa, tapi dia buat tak tahu pula dengan aku.” Ujar Lulu. Dia terasa juga dengan sikap Qaliff yang tiba-tiba sahaja tidak mahu berkawan dengannya. Entah apa yang dia sudah lakukan dia sendiri tidak tahu.

“Mungkin dia ada masalah lain kot. Hari itu aku ada ternampak dia baru keluar dari bilik Prof Amin. Sebelum ni pun dia ada banyak kali mundar mandir dekat depan bilik prof tu.” Kata Aisyah. Lulu mengangguk. Mungkin juga jejaka itu punya masalah. Dia kenal dengan sikap Qaliff yang satu itu. Jika dia ada masalah, dia lebih suka untuk menyelesaikan sendiri dari mendapat bantuan daripada orang lain.

“Eh Sya… tadi tu siapa?” tanya Lulu tiba-tiba.

“Ha?” Aisyah cuba untuk berpura-pura tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Lulu.

“Siapa tu? Handsome kot! Tak pernah aku tengok lelaki se handsome mamat yang hantar kau! Boyfriend kau eh?” sangkal Lulu. Aisyah mengelengkan kepalanya.

“Bukanlah!”

“Habis tu? Suami kau? Hahahaha…”

Aisyah yang baru sahaja minum beberapa teguk air mineral menjadi tersedak. Lulu menepuk perlahan belakang badan gadis itu. “kau kenapa ni? Takkan terkejut kut? Aku gurau jela”

“Kau ni, jangan buat gurau masa aku tengah minum boleh?”

Lulu tersengih. “eh jom la kita masuk kelas. Nanti lambat pula” ajak Lulu. Mereka bangun lalu menapak naik anak tangga untuk ke bilik kuliah yang sepatutnya mereka masuki.

__

“Qaliff!” jerit Aisyah sedikit kuat di koridor hadapan kelas yang baru mereka habis. Qaliff tersenyum sambil melambai-lambai tangannya kea rah Aisyah. Namun apabila Lulu datang menghampiri Aisyah, Qaliff kelihatan mematikan lambaiannya lalu dia mencapai telefon bimbit yang ada di kocek seluarnya. Dia langsung berjalan jauh meninggalkan mereka.

“Eh? Dah kenapa dia? Tadi okay je…” suara Aisyah tanda dia pelik dengan perangai Qaliff sebentar tadi. sebelum Lulu bersamanya, elok sahaja jejaka itu melambaikan tangannya. Tetapi apabila Lulu berada disebelahnya, lain pula jadinya.

“Kan aku dah cakap. Mamat tu pelik! Sya, aku ada buat salah ke dengan dia?” rintih Lulu. Dia terasa benar dengan perangai Qaliff kali ini.

“Kebetulan tu. tengok tadi dia angkat telefon kan? Ada emergency la tu. positif!” nasihat Aisyah sambil menepuk lembut bahu kanan sahabatnya. Ini tidak boleh jadi ni. Dia harus bertanya Qaliff kenapa sejak kebelakangan ini jejaka itu menjauhkan diri daripada Lulu.

“Aisyah..”

“Herm?” Aisyah memandang wajah sahabatnya disebelah. Mereka menuruni tangga untuk pulang berehat kerana mereka sudah tidak ada lagi kuliah pada hari ini.

“Esok lepas kelas boleh tak temankan aku pergi pavillion?” tanya Lulu.

“Kau nak buat apa dekat sana?” tanya Aisyah. Bukan dia tidak mahu setuju terus dengan permintaan Lulu, dia berhak tahu tujuan kenapa Lulu memintanya meneman gadis itu ke sana.

“Aku ada nak jumpa someone. Seganlah nak jumpa berdua je dengan dia. Kau temanlah aku ya?” pinta Lulu lagi.

Aisyah tersenyum. “Ini mesti boyfriend baru kau ni?”. Lulu merupakan seorang yang cantik dan pandai bergaya. Tidak hairanlah ramai jejaka yang memikatnya. Tetapi pelik, tidak ada seorang pun yang berkenaan di hatinya.

“Bukan boyfriend la. Kawan je. Cuma nak kenal-kenal macam tu je.” Jelas Lulu. “Please!” rayu Lulu sambil memeluk lengan sahabatnya. Meminta agar Aisyah bersetuju untuk menemaninya.

“Tengok la dulu ye. Apa-apa aku call”

Pin!

Bunyi hon mengejutkan kedua-dua gadis yang sedang rancak berbual. Aisyah mengeluh sebentar. Dia kemudian memandang jam tangan pada pergelangan tangan kirinya. Tepati masa betul mamat ni!

“Eh! Tu mamat yang hantar kau pagi tadi kan? Kenal kan la dekat aku, mana tahu jodoh ke?” Lulu ketawa dengan gurauan yang dibuatnya sendiri.

Entah kenapa hati Aisyah dipagut rasa cemburu apabila perkataan ‘jodoh’ itu disebut oleh Lulu. “Tak payah! Dia tu garang macam singa. Nanti kau menyesal!” ujar Aisyah. Dia sengaja memburukkan Haziq kepada Lulu. Dia merasa tidak mahu mereka berkenalan.

“Yeke? Erm… aku dah la tak suka lelaki garang. Tak jadi la”

“Herm! Bagus! Eh aku pergi dulu ya? Nanti singa tu mengamuk pula.” Aisyah menapak menghampiri kereta milik Haziq. Di dalam kereta, Haziq kelihatan segak berkaca mata hitam. Kenapa aku cakap macam tu pula dengan Lulu? Kenapa hati aku ni sakit pula tiba-tiba? Ish! Hai la hati, kau jangan macam-macam!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku