Tak suka tapi Cinta
Babak 31
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2932

Bacaan






Aisyah menuruni anak tangga penthouse milik mereka. Dia melihat Haziq sedang leka menonton filem inggeris di kaca televisyen LCD jenama LG EG9600 itu. Langkah kaki diatur memasuki dapur. Aisyah membancuh air kopi untuk dua cawan. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk suaminya seorang itu. Niatnya untuk berbincangkan sesuatu.

Kedua-dua cawan itu dibawa di atas dulang bercorak bunga merah. Cawan kopi itu diletakkan di atas meja kaca di hadapan Haziq. Mata jejaka itu langsung tidak berganjak dari melihat pada skrin televisyen yang melekat di dinding rumah.

Aisyah melabuhkan duduknya selang satu bantal pada sofa yang sama diduduki Haziq. Memikirkan ayat yang sesuai untuk memulakan perbincangan antara mereka. Sejak mereka berkahwin ini, Aisyah sudah cukup lega dengan sikap Haziq. Jika dibandingkan dengan dahulu, Haziq langsung tidak mahu bercakap atau memandang dirinya. Apatah lagi bertoleransi. Sekarang, sikap itu semakin lama semakin tidak kelihatan. Cuma, jika jejaka itu sedang marah. Perangai suka memerintahnya masih kekal ada. Mungkin, Puan Sri Zetty sudah menasihati jejaka ini agar tidak suka membulinya seperti dahulu. Mungkin.

“Kau nak apa?” tanya Haziq tiba-tiba, mematikan lamunan Aisyah.

Aisyah berdehem sebentar sebelum memulakan bicara. “Abang Haziq, Sya nak minta sesuatu boleh?”

Haziq tidak bersuara. Matanya masih tertancap pada skrin televisyen.

“Erm, Sya nak minta izin esok Sya nak temankan kawan sya ke Pavillion. Boleh?”

Haziq mengambil remut televisyen lalu langsung mematikannya. “Kawan?”

Aisyah mengangguk. “A’ah kawan.”

Haziq senyum sinis. “kau nak jumpa Hazdriq? Macam tu?”

Serta merta Aisyah menggelengkan kepalanya. “Ish! Mana ada. Sya nak temankan kawan perempuan sya. Dia nak jumpa kawan dia. Tu je. Tak ada kena mengena langsung dengan Abang Ha.”

Haziq tidak bersuara. Dia menjeling ke arah tersedianya kopi dihadapannya. Aisyah tersenyum. “Minum la. Sya buatkan untuk abang Haziq.”

“Apa ni? Nak ambil hati aku ke? Supaya kau boleh pergi? Macam tu?”

Aisyah tersengih disebelah Haziq. “menjadi tak? Hehehe…”

Haziq ketawa kecil. Beberapa minit kemudian ketawanya hilang hanya pandangan serius diberikan kepada Aisyah. “No! Jangan Harap!” perintahnya lalu bingkas bangun menapak naik ke tingkat atas.

“Alaaa…. Kalau ye pun minum la kopi ni dulu! Membazir amalan SYAITAN!” sengaja Aisyah menekankan perkataan syaitan itu kuat-kuat.

Aduh! Mamat ni! Sengaja la tu tak bagi! Kalau bukan sebab kau suami aku, takkan aku minta izin segala. Entah apa angina mamat ni nak kongkong aku pula sekarang ni. Apa salah aku? Adui.

“Terpaksalah aku minum seorang untuk dua cawan kopi ni. Dah la tengah malam pula. Alamatnya tak boleh tidur la ni!” gumam Aisyah seorang diri di ruang tamu itu.

__

“Kenapa mata kau sembab weh?” Tanya Lulu. Hendak ketawa pula melihat diri Aisyah yang matanya tidak ubah seperti mata panda.

“Aku tak boleh tidur malam tadi.” jelas Aisyah dengan nada malas. Dia terasa mengantuk sangat sekarang. Badannya lemah kerana tidak mendapat tidur yang cukup.

“Kenapa tak boleh tidur pula? Kau buat apa?” tanya Lulu.

“Aku minum dua cawan kopi!”

Lulu ketawa. “Ya Allah, yang kau cari nahas tu kenapa? Pergi minum dua cawan kopi buat apa?”

‘Ini semua mamat tu la! Ingatkan nak buat baik bagi dia minum kopi. Tengok dia selalu stay up setiap malam buat kerja. Ingat dia minum. Sekali dia pergi macam tu je?’ Aisyah hanya membalas kata-kata itu di dalam hatinya sahaja. Menyesal pula dia.

“Kau jadikan temankan aku ke pavilion kejap lagi?” tanya Lulu.

“Sorry Lulu. Aku tak boleh.. aku…” belum habis Aisyah menghabiskan kata-katanya. Sebuah pesanan ringkas masuk. Bukan daripada orang yang dikenalinya.

Aisyah tersenyum. Mesej tersebut daripada setiausaha peribadi milik Haziq. Beliau mengatakan bahawa Haziq tidak dapat mengambil dirinya hari ini kerana mesyuarat kecemasan diadakan sekarang ini. Ini peluang baginya!

“Aku jadi temankan kau! Jom!” ajak Aisyah bersemangat.

“Eh kelas undang-undang ukur kan ada lepas ni?” kata Lulu.

“Kelas cancel la. Kau tak dapat notis ya? Ha ni…” jelas Aisyah lalu menunjukkan pesanan ringkas melalui kumpulan whatsapp bagi subjek undang-undang.

Lulu tersenyum. “Jom!”

__

Kereta diparkir di tempat letak kereta bahagian bawah bangunan Times Square. Lulu keluar dari kereta begitu juga dengan Aisyah. Berkerut dahi Aisyah. “Lulu, kita bukan nak pergi Pavillion ke tadi?”

“Last minute tukar tempat.” Jawab Lulu ringkas.

“Kenapa?”

“Entah! Jom la kita naik.” Ajak Lulu lalu menekan punat ‘alarm’ kereta MyVi warna hitam miliknya.

“Assalamualaikum Jai? Kami dah sampai.” Aisyah mencuri-curi dengar perbualan Lulu dengan seseorang dari telefon bimbitnya.

“Okay. Kami ke sana. Tunggu tau” kata Lulu lalu menutup perbualan mereka.

“Jom! Dia orang tengah tunggu kita tu.” beritahu Lulu lalu masuk ke dalam lif. Aisyah ikut dari belakang.

“Dia orang? Kau kata dia seorang je?” tanya Aisyah. Dia mula merasa tidak sedap hati. Biar betul Lulu ni. Tadi cakap seorang sahaja.

“Erm! Aku pun baru tahu. Dia bawa seorang lagi rakan dia.” Jelas Lulu. Punat dua ditekan.

“Kau kenal mereka ni dekat mana? Dia budak universiti kita ke?”

“Wechat” jawab Lulu ringkas.

“What?! Wechat? Kau biar betul? And kau tak pernah kenal lelaki ni?” tanya Aisyah bertubi-tubi. Tangannya sudah mencari telefon bimbit di tas tangannya.

“Alaa… relax la. Dia orang cuma nak berkenalan jela. Chill!”

Perbualan mereka terhenti apabila lif berhenti di tingkat satu. Beberapa orang masuk membuatkan Aisyah bergerak ke belakang sedikit. Jauh daripada Lulu. Aisyah menaip sesuatu di dalam telefon bimbitnya. Apabila lif tiba di tingkat dua, kedua-dua gadis itu keluar lalu menapak laju ke balkoni berhampiran.

“Jai!” jerit Lulu separuh kuat sambil melambai-lambai tangannya.

Kelihatan dari jauh dua orang lelaki sedang tersenyum ke arah mereka. Kedua-dua mereka berpenampilan up-to-date. Seorang jejaka berkaca mata, seorang lagi jejaka berambut pacak. Kedua-dua mereka berpakaian kasual. Segak bergaya. “Hai. Lama ke tunggu?” sapa Lulu.

“Baru je lagi. I habis shooting terus datang sini jumpa you” jejaka berambut pacak bersuara. “Oh. Ni kawan you?” tanyanya pula. Jejaka berkaca mata hanya diam di sebelahnya.

Lulu mengangguk sambil menepuk lembut bahu Aisyah. “A’ah. Jai, kenalkan sahabat baik I, Aisyah. Aisyah, kenalkan yang rambut pacak ni Jeremy.”

“Hai. Tapi kenapa panggil Jai?” tanya Aisyah memandang Lulu agar memberikan penjelasan kepadanya.

Jai ketawa. “Nama tu melekat dekat I dari zaman sekolah lagi. Sebabnya pun I tak tahu. Girls, kenalkan member I, Syed” Jai memperkenalkan rakannya yang berwajah serius di sebelahnya. Jejaka berkaca mata bernama Syed hanya menunduk hormat kepada kami.

“You. I lapar. Jom makan dekat sana” ajak Lulu manja. Gadis itu berjalan beriringan dengan jejaka bernama Jai. Meninggalkan Syed dan Aisyah di belakang. Terpaksalah Aisyah berjalan beriringan dengan jejaka berkaca mata ini pula.

Mereka memilih restoran Boat Noodle sebagai pilihan makanan makan tengahari mereka. Aisyah hanya lalu makan semangkuk sahaja. Hanya Lulu dan Jai yang beriya makan. Manakala Syed pula hanya minum air yang dipesannya.

“Syed, awak tak makan ke?” tanya Aisyah. Dia mahu cuba beramah mesra dengan Syed. Nanti dia dikatakan sombong pula.

“Saya tak lapar.” Ringkas sahaja jawapan Syed. Langsung tidak memandang wajah Aisyah.

“Syed ni tengah jaga badan. Tak lama lagi company kami akan ada selection model. Untuk cover majalah.” Jelas Jai. Mungkin dia terdengar perbualan mereka.

Aisyah mengangguk. “Awak kerja apa Jai?”

“Modelling. We both are. Tapi, syed ni part-time je. Sebab dia ni masih student lagi.” Jelas Jai panjang lebar. Lulu dan Aisyah mengangguk faham.

“Patut la. Macam mana pula awak boleh kenal dengan Lulu?” tanya Aisyah lagi.

Jai tersenyum. “Kami dah lama kenal la. Budak Lulu ni dulu bukan bergaya pun. I yang buat makeover dekat dia tahu” Jelas Jai tersenyum bangga.

Dahi Aisyah berkerut. “Dah kenal lama? Tapi tadi Lulu cakap korang kenal dekat Wechat”

“Wechat? I mana ada wechat” ujar Jai. Lulu di sebelahnya sudah ketawa.

“Lulu!”

“Sorry… kau la, risau sangat. Aku dengan Jai ni kawan lama. Lama juga la, dalam lapan tahun macam tu.” Jelas Lulu masih dengan sisa tawanya.

Aisyah mencubit manja lengan Lulu. “Aww!”

“Hadiah sebab ‘gurau’ dengan aku”

Lulu sambung ketawanya membuatkan Aisyah memberikan beberapa cubitan lagi pada lengan gadis itu. Sampai hati! Aku ingatkan betul la kau tak kenal dia orang!

__

Aisyah berjalan perlahan sambil melihat beberapa jenis pakaian yang terpamer pada setiap kedai yang ada di hadapan matanya. Walaupun hakikatnya dia tidak suka berjalan tanpa tujuan, tetapi disebabkan hari ini dia harus menemani Lulu terpaksalah dia menunjukkan minat untuk ‘mencuci mata’ bagi menghilangkan bosannya. Aisyah menoleh kebelakang, kelihatan Syed setia mengekorinya. Keluhan keluar dari bibir gadis itu. Lulu, ini semua rancangannya. Dia pasti! Masih ingat lagi apa yang gadis itu katakan kepadanya.

“Kami nak ke kedai tingkat atas ni. Korang pergi la jalan-jalan dulu. Nanti kalau ikut kami rasa bosan pula.”

Sebuah lagi keluhan keluar dari bibir gadis itu. “Awak bosan ke berjalan dengan saya?” tanya Syed. Mengeluarkan suara garau yang jarang kedengaran kerana dia jarang bersuara.

Aisyah menggeleng. “Tak la” jawab Aisyah ringkas sahaja. Dia ingin melangkah ke kedai berhampiran mereka yang ada terpamer beberapa jenis kasut pula, tetapi tangannya terasa seperti ditarik lembut dari belakang membuatkan gadis itu menoleh.

“Ya Syed?”

Syed cepat-cepat menarik tangannya dari bersentuhan dengan tangan Aisyah. Tindakannya sebentar tadi pun tidak sengaja. “Sorry. Tadi saya panggil awak. Tapi awak tak dengar. Jom la duduk sekejap”

Aisyah mengangguk. Mereka melabuhkan duduk di bangku yang ada berhampiran. Tidak ada diantara mereka pun yang bersuara. Masing-masing melayani perasaan masing-masing. Aisyah menjeling sebentar ke arah Syed. Jejaka ini boleh tahan tampan juga orangnya. Bergaya dan ada karisma yang tersendiri.

“Maaf.” Ucap Syed setelah lama mendiamkan diri. Aisyah menoleh memandang Syed di sebelahnya.

“Maaf?”

“Saya tahu tujuan Jai ajak saya temankan dia. Mereka nak pasangkan kita jadi pasangan.” Jelas Syed. Aisyah mengangguk.

“Mungkin… tengok perangai pelik si Lulu tu pun dah tahu. Dia memang tak boleh berbohong.” Kata Aisyah lalu ketawa.

“Buat masa ni saya tak boleh nak sayangkan sesiapa. Hati saya sudah ada pada seseorang. Jadi saya nak minta maaf dengan awak.” Syed tundukkan wajahnya.

Aisyah ketawa lagi. Membuatkan Syed berpaling menoleh memandangnya pelik.

“Awak, saya pun tak rasa nak sayangkan sesiapa sekarang ini. Saya pun anggap kita ni kawan je. Janganlah rasa bersalah dengan diri sendiri. Saya tahu, kita ni dah kena main dengan member sendiri. ” Jelas Aisyah. Buat kesekian kalinya, Syed tersenyum. Manis sekali. Untung siapa yang berjaya memikat hati lelaki ini.

“Sorry… saya ingat…”

Belum sempat Syed menghabiskan kata-katanya, Lulu dan Jai datang menyapa mereka. “Ha! Borak apa ni?” sergah Lulu.

“Tak ada borak apa yang penting pun. Kau orang dari mana?” tanya Aisyah lalu bingkas bangun dari duduknya. Begitu juga dengan Syed.

“Jalan-jalan je. Jom kita ke sana nak?” ajak Jai pula.

“Lulu!” panggil seseorang tidak jauh dari mereka. Aisyah dan Lulu menoleh memandang gerangan yang memanggil Lulu. Lulu kelihatan terkejut manakala Aisyah bersahaja sahaja wajahnya.

“Qaliff? Apa yang kau buat dekat sini?” tanya Lulu kebingunggan. Setahunya, dia sudah lama tidak bercakap dengan jejaka ini, pasti sahaja jejaka ini tidak akan tahu lokasi mereka.

Lulu menoleh memandang Aisyah. “Aisyah, kau bagitahu dia ke?”

“arrr…” belum sempat Aisyah bersuara, Qaliff terlebih dahulu memotong.

“Lulu, aku tahu aku tak layan kau dua tiga hari ini. But, please jangan pergi blind date dengan dia. Aku tak suka.”

“Blind date?” tanya Lulu kembali. Keningnya terangkat sebelah.

“Aisyah cakap dengan aku.. kau minta dia temankan kau pergi blind date dengan laki tu.” jelas Qaliff. Sewaktu dia berada di dalam bilik professor Amin, dia mendapat pesanan ringkas daripada Aisyah. Dengan segera juga dia meminta diri lalu bergegas kemari.

“Eh! Salah faham ni!” Lulu menidakkan apa yang dikatakan oleh Qalif.

“Apa? salah faham?” Qaliff terkejut. Kedua-dua Lulu dan Qaliff menoleh memandang Aisyah yang bersembunyi dibelakang Syed.

“Aisyah?” tanya Lulu dan Qaliff serentak.

“Aaa… Qaliff.. ni salah faham je. Sorry! Lulu pun.. Sorry!” Aisyah meminta maaf kepada kedua-dua mereka yang ada di hadapannya.

Jai ketawa. Pandangan mereka semua beralih pula kepada jejaka itu. Apa yang kelakarnya?

“Qaliff right? Kenalkan, nama I Jeremy… I dengan Lulu hanya kawan sahaja. Salah faham sahaja ni” jelas Jai masih dengan sisa tawanya. “Oh! Ini Syed, member i. tapi I tak tahu la mereka ni blind date ke tak. Nampak mesra je.” Kata Jai memandang ke arah Syed dan Aisyah.

Belum sempat Aisyah untuk bersuara, dia merasakan dirinya di dalam pelukan seseorang. Kesemua mereka terkejut dengan adengan itu. Aisyah menoleh memandang gerangan yang berani memeluk pinggangnya dari arah belakang. Macam mana dia ada dekat sini?

Hampir terkeluar jantungnya kerana orang yang memeluknya itu tidak lain dan tidak bukan suaminya sendiri. Adam Haziq!

“Sorry! She’s mine”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku