Tak suka tapi Cinta
Babak 32
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2906

Bacaan






“Sorry! She’s mine” beritahunya. Pelukan dieratkan.

“Abang Haziq buat apa dekat sini?” bisik Aisyah. Dia cuba meleraikan pelukan itu perlahan-lahan namun gagal. Haziq memeluknya dengan erat sekali.

“Maaf ya. Encik ni siapa?” tanya Lulu.

` “A’ah.. encik salah orang ni” kata Qaliff pula. Dia sudah bersedia untuk mempertahankan Aisyah jika lelaki itu benar bukan orang yang dikenali gadis itu. Selamba sahaja memeluk rakannya. Sudahlah Aisyah seorang yang sangat menjaga batas aurat antara dia dan lelaki. Ini pula, jejaka ini selamba sahaja dia memeluk gadis itu.

Haziq meleraikan pelukan pada pinggang Aisyah lalu dia beralih memeluk bahu gadis itu pula. “Saya Adam Haziq bin Tan Sri Jamal. Suami kepada Aisyah.” Haziq memperkenalkan dirinya.

“Apa?!” Lulu dan Qaliff spontan terjerit setelah mendapat tahu status lelaki itu kepada Aisyah. Biar betul?!! Aisyah sudah berkahwin?

Haziq tersenyum. “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak bawa isteri saya yang SAH ni balik. Assalamualaikum.” Kata Haziq lalu menarik Aisyah yang hilang kata-kata untuk bersuara didalam pelukannya. Lulu dan Qaliff sudah tergamam dan kaku berdiri memandang ke arah Aisyah dan Haziq yang semakin menjauh. Jai sudah tersenyum. Manakala Syed memandang susuk tubuh Aisyah yang semakin menghilang.

Haziq menggenggam kuat tangan Aisyah sehingga ke parkir kereta. Punat ‘alarm’ kereta ditekan. “Masuk!” dingin sahaja suara Haziq menyuruh gadis itu masuk.

“Tak nak!” Aisyah membantah. Bantahan daripada Aisyah membuatkan Haziq menutup kembali pintu kereta di tempat pemandu. Pandang tajam di beri kepada Aisyah.

“Kenapa Abang Haziq buat semua ni?” tanya Aisyah. Di cuba memandang Haziq yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sangat tajam. Jelas menunjukkan jejaka itu sedang marah.

Haziq memandang sekelilingnya seketika. Nasib sahaja tiada orang disekeliling mereka. “Kau marahkan aku?” tanyanya.

“Ya! Sya tak suka cara Abang Haziq tadi! tahu tak pernikahan kita ni satu rahsia?!”

“Jadi?” tanya Haziq. Dia sudah menapak menghampiri Aisyah.

Aisyah tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia memberanikan dirinya memandang Haziq yang kini sudah berada disebelahnya. “Sya tak suka Abang Haziq buat semua ini tanpa berbincang dengan Sya!”

“So, kau suka la kalau berfoya-foya dengan jantan lain? Jantan tadi tu?” suara Haziq sudah mulai tinggi. Dia langsung tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya.

“Jantan mana?” tanya Aisyah. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan Haziq.

“Kau tanya jantan mana? Berani kau tanya aku kan?”

Aisyah menelan air liurnya. Haziq nampakkah Syed memegang tangannya tadi. walaupun Syed tidak sengaja, tetapi ia boleh menimbulkan fitnah juga. “Abang Haziq, semua ini salah faham.”

“Salah faham kau cakap? Sebelum ini dengan Hadzriq… sekarang ni dengan jantan tu. lepas ni dengan jantan mana pula?! Dasar perempuan murahan!” lantang Haziq bersuara.

Jantung Aisyah dirasakan seperti mahu berhenti berdegub sahaja. Air mata sudah mula bertakung di tubir matanya. Perempuan murahan? Sampai hati jejaka ini mengelarkan dirinya sehina begitu.walaupun dia sudah biasa dihina oleh jejaka ini, tetapi digelar perempuan murahan merupakan suatu yang sangat menjatuh maruahnya.

Air mata yang ditahan tidak dapat ditampung lagi. Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipinya. “Abang Haziq, sehina Sya. Seteruk Sya… Sya takkan sesekali menduakan Abang Haziq. Sya hormat Abang Haziq sebagai suami Sya. Apatah lagi ingin main kayu tiga di belakang Abang Haziq. Sya masih ingat tuhan. Sya masih ingat Allah.” Air mata dikesat lembut dari pipinya. Haziq terkedu melihat air mata di pipi Aisyah. Dia tidak menyangka kata-katanya bakal membuatkan gadis itu menangis.

“Lelaki tadi tu Syed. Kawan kepada Lulu. Sahabat Sya. Dia tak sengaja pegang tangan Sya. Tapi, dia pegang baju Sya sahaja. Kami langsung tidak bersentuhan kulit. Fasal Abang Ha, memang Sya sayangkan dia. Tapi sejak Sya sudah menjadi isteri Abang Haziq, perasaan sayang itu Sya dah buang jauh-jauh. Sya minta maaf kalau Sya menyusahkan Abang Haziq.” Jelas Aisyah panjang lebar. Dia kemudian menapak pergi jauh dari Haziq yang seakan terkedu dengan apa yang terjadi.

“Aisyah!” panggil Haziq tetapi tidak dihiraukan gadis itu. Aisyah tetap berjalan laju meninggalkannya.

Haziq menggenggam kunci yang ada di tangannya. Dia berlari-lari anak mendapatkan Aisyah. Tangan gadis itu ditarik lalu dipeluk kemas di dalam pelukannya.

“Lepaskan Sya!” Aisyah cuba untuk melepaskan dirinya dari dipeluk oleh Haziq. Tetapi, usahanya sia-sia sahaja. Tenaganya tidak dapat melawan tenaga seorang lelaki. Sudahnya Aisyah mengalah lalu menangis semahu-mahunya di dalam dakapan Haziq.

“Maafkan aku” ucap Haziq lalu mencium lembut dahi Aisyah. Hatinya menjadi resah apabila melihat gadis itu mengalirkan air matanya. Sakit dan sangat perit. Itu yang dirasainya. Tubuh gadis itu dipeluk erat. Cuba menenangkan emosi dan hati gadis yang telah dia sakiti.

__

Usai menunaikan solat subuh, Aisyah termenung sendiri di atas tikar sejadah. Mengingat semula apa yang telah terjadi petang semalam. Semuanya kacau bilau. Rahsia yang selama ini disimpan, terbongkar dek kerana suaminya sendiri. Pasti Lulu dan Qaliff menyalahkan dirinya kerana tidak memberitahu kepada mereka sesuatu yang sangat penting seperti hal perkahwinannya.

Telefon bimbit tidak jauh darinya dicapai. Tiada sebarang pesanan ringkas atau panggilan masuk datang dari telefonnya. Sudah berpuluh kali dia menelefon kedua-dua sahabatnya. Juga sudah banyak kali dia menghantar pesanan ringkas ingin menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. Tetapi, sama sahaja. Usahanya sia-sia sahaja.

Aisyah menyentuh dahinya. Dia jadi teringat pergaduhannya dengan Haziq semalam. Entah kenapa, hatinya menjadi tenang apabila berada di dalam pelukan jejaka itu. Jejaka yang menenangkan dirinya setelah mereka bergaduh. Masih terasa lagi kehangatan tubuh Haziq yang memeluknya. Bau haruman perfume yang ada pada tubuh jejaka itu sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang ketika itu sedang terluka.

Aisyah menggelengkan kepalanya. Ish! Tak mungkin aku sudah mula menyukai jejaka itu? Tak. Tak mungkin!

Aisyah melipat sejadah dan menyangkut telekung pada tempatnya. Dia kemudian keluar dari biliknya lalu turun menuju ke dapur bagi menyiapkan sarapan buat Haziq. Walaupun mereka jarang bercakap dan berkahwin bukan atas pilihan sendiri, tanggungjawab sebagai seorang isteri harus dilakukan.

Langkah Aisyah mati apabila mendapati makanan sudah tersedia di atas meja makan. Bihun goreng, roti bakar, dan air milo panas sudah tersedia di atas meja. Siapa yang masak? Dalam rumah ini Cuma ada dia dan Haziq. Takkan Haziq yang masak kut?

Aisyah mengambil sekeping nota yang ada di atas meja tersebut.

Sorry …

Aisyah tersenyum sendiri. Haziq yang memasakkan untuknya. Tak sangka. Tetapi, banyak sangat makanan ni. Aku ke yang kena habiskan? Mungkin aku boleh bawa sedikit makanan ini ke rumah Baba dan Ibu? Nasib baik hari ini hari minggu. Boleh la dia kerumah orang tuanya. Haziq pula waktu begini sibuk dengan urusan perniagaannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku