Tak suka tapi Cinta
Babak 33
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2935

Bacaan






Aisyah melangkah masuk melalui pondok pengawal kondominium kediaman mereka. Dia baru sahaja pulang dari rumah kedua-dua orang tuanya. Tetapi sayang, kedua-dua Baba dan Ibunya tidak ada di rumah. Sudahnya dia membawa pulang kembali bekal makanan yang dibungkus untuk mereka. Langkah Aisyah terhenti apabila terlihat susuk seseorang tidak jauh darinya yang sedang berdiri di hadapan pintu lobi blok kondominiumnya.

“Adam Haziq?!” cepat-cepat dia menyembunyikan dirinya pada tiang konkrit yang ada berhampiran dengannya. Kalau dia nampak aku kat sini mesti banyak pertanyaan dia nanti! Dah la aku keluar senyap-senyap je ni! Matilah aku! Bukan tak tahu, kalau si Haziq tu membebel mengalahkan perempuan!

“You kenapa Zila? Suka buat I pening kan?”

Zila? Aisyah menjenguk sedikit kepalanya. Dengan siapa pula dia berbual tu? Kelihatan Haziq sedang memegang telefon bimbitnya ke telinga kanannya. Oh! Tengah cakap dekat telefon ke?

“Lain kali jangan buat silap lagi.” Ujar Haziq. Tangannya sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Nampak macam marah je? Takkan gaduh dengan girlfriend kot? Dia ada girlfriend ke? Taste macam mana makwe dia tu ek?

Aisyah tersentak. Eh kejap! Kenapa aku kena fikir semua tu?

“I ke sana sekarang” Aisyah kembali menyembunyikan dirinya apabila mendapati Haziq berpaling ke arahnya. Fuh! Lagi sedikit je nak kantoi! Seketika kemudian bunyi enjin menderum. Aisyah kembali menjengukkan kepalanya. Kereta milik Haziq sudah tidak ada pada petak parkir aksesori untuk kediaman mereka.

“Dia pergi mana ek?” tanya Aisyah sendirian. Tangannya mengaru kepala berbalut tudung yang tidak gatal. Mungkin dia nak pergi jumpa girlfriend dia tu la kot.

Aisyah menggelengkan kepalanya berkali-kali. Eh! Buat apa aku fikir lagi pasal dia? Baik aku cepat-cepat naik. Nanti dia balik, kantoi pula! Kaki melangkah laju masuk pintu lobi menuju ke lif. Berharap Haziq tidak patah balik. Sejak jejaka itu menjadi suaminya, semua benda perlu diberitahu. Kalau tak, ada sahaja kata-kata bebelan yang diberikan. Sakit woooo telinga!

__

Aisyah duduk berteleku di atas tikar sejadah menunggu waktu fardhu isyak. Sejak semalam Lulu dan Qaliff langsung tidak membalas pesanan ringkas darinya. Mesti mereka kecil hati dengan dirinya kerana tidak beritahu perkara yang penting sebegini. Aisyah pasti!

Keluhan berat keluar dari mulut Aisyah. AlQuran ditangan dipeluk rapat ke dada. Dia tahu, semua ini salahnya. Dia sepatutnya berterus terang sahaja tentang statusnya dan beritahu sahaja Haziq merupakan suaminya. Sepatutnya dia kongsikan sahaja apa sahaja yang berlaku ke atas dirinya kepada dua orang sahabat yang dia sayangi. Tak perlu untuk berahsia seperti ini.

“Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini. Tabahkanlah hati ini untuk mengharungi ujianMu. Dan, lembutkanlah hati kedua-dua orang sahabatku Ya Allah.”

Kedua-dua belah tangan diraupkan kemuka. Mengaminkan doa.

Tok! Tok!

Bunyi pintu bilik di ketuk dari luar bilik. Aisyah bingkas bangun untuk membuka pintu biliknya. Ini pasti Haziq. Siapa lagi yang akan mengetuk pintu biliknya jika bukan suaminya seorang itu.

Pintu dikuak, tersembul wajah Haziq di hadapan muka pintunya. “Ya? Abang Haziq nak apa?” tanya Aisyah. Tangannya masih memeluk AlQuran di dada.

Haziq seperti kaku berdiri memandang Aisyah yang dibaluti dengan kain telekung. Matanya langsung tidak lari dari merenung wajah gadis itu. Ada debaran yang sukar untuk ditafsirnya. Hendak dikatakan dia baru lepas berlari, tidak pula. Jantungnya berdegub dengan begitu laju sekali.

“Abang Haziq?” panggil Aisyah lagi sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka jejaka itu.

Haziq tersentak. “Aaaa.. apa dia?”

Dahi Aisyah berkerut. Aik? Dia yang ketuk pintu aku, datang sini bagai. Tanya ‘apa dia?’ pula dekat aku?

“Bukan Abang Haziq ke yang ketuk pintu Sya tadi? ada apa-apa yang boleh Sya tolong?” tanya Aisyah. Pelik betul dengan perangai Haziq ketika ini.

“Oh… Aku ketuk ke tadi?” tanya Haziq. Soalannya seperti orang bodoh sahaja.

Bertambah kerut di dahi Aisyah. “A’ah… Takkan sendiri ketuk, sendiri lupa kot?”

“Oh.. Aku just nak tanya, kau dah makan ke?” tanya Haziq sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Sya dah makan dah. Petang tad…” Aisyah tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya. Dia berfikir. Ini kalau aku bagitahu dia, mesti dia nak membebel kejap lagi.

“Kau pergi rumah Ibu dengan Baba kan?” tanya Haziq. Mulut Aisyah terbuka sedikit. Terkejut. Ini kes skodeng aku ke apa? macam mana dia tahu?

“Sorry abang Haziq! Sya bukan tak nak bagitahu abang Haziq. Pagi tadi kan Abang Haziq ada meeting. Tak nak la kacau.” Aisyah memohon maaf. Muka di buat sedih untuk merayu meminta simpati.

“Lain kali bagitahu.” ujar Haziq lalu menapak meninggalkan Aisyah di hadapan muka pintu.

“Abang Haziq!” panggil Aisyah membuatkan langkah Haziq terhenti. Namun dia langsung tidak menoleh memandang wajah isterinya.

“Abang Haziq dah makan?” tanya Aisyah. Haziq hanya menganggukkan kepalanya. Haziq kembali melangkahkan kaki meninggalkan Aisyah, tetapi sekali lagi Aisyah memanggilnya.

“Terima kasih sebab ambil berat dekat saya” Ucap Aisyah. Ucapan itu ikhlas dari hatinya. Sekali lagi Haziq hanya menganggukkan kepalanya lalu beredar meninggalkan Aisyah dengan sebaris senyuman di bibir. Makna disebalik senyuman itu? Dia sendiri tidak mengerti. Yang dia tahu, hatinya terasa sedikit berbunga ketika ini. Terasa seronok apabila Aisyah mengucapkan kata terima kasih kepadanya. Walaupun kata-kata itu sudah banyak kali didengari daripada pelbagai orang yang dia jumpa, rasa seronok itu langsung tidak sama daripada kata-kata Aisyah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku