Tak suka tapi Cinta
Babak 34
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3041

Bacaan






Haziq meletakkan briefcasenya di atas meja kerja di dalam bilik pejabatnya. Dia kemudian melangkah menghampiri cermin kaca yang ada di hadapan mejanya. Merenung jauh ke luar. Memerhati pergerakan kereta yang sedang sesak di jalan raya berdekatan dengan bangunan pejabat milik keluarganya. Tangannya di letakkan di atas dada kiri. Sejak kebelakangan ini, jantungnya sering berdegub laju tanpa sebab. Emosinya juga begitu. Semuanya kerana kehadiran Aisyah. Sebelum ini, dia tidak pernah merasai semua ini selain merasa benci kepada gadis itu. Apakah perasaan itu kembali semula? Tidak. Tak mungkin.

Dahulu dia sering membuli gadis itu tanpa sebab. Entah kenapa, dia suka melihat gadis itu membuat muka sedih dan menangis di hadapannya. Tidak ada sehari pun yang dia tidak membuli gadis itu. Macam-macam cara dia gunakan. Daripada mengejek dan menghina sehinggalah menjadikan gadis itu orang gajinya yang tidak berbayar disekolah.

Sebab apa dia membuli gadis itu? Dia sendiri tidak tahu. Yang di tahu, dia suka melihat gadis itu seperti itu. Pernah sekali dia membuat gadis itu menangis di hadapan rakannya sendiri kerana dia mendapat tahu gadis itu meminati salah seorang daripada rakannya. Dia sengaja mahu memalukan Aisyah ketika tu. Dia tidak suka gadis itu tersenyum kepada orang terdekatnya termasuklah sahabat dan adik kembarnya. Hatinya jadi sakit.

Kini, gadis yang dibencinya itu sudah menjadi isterinya yang sah hanya di sebabkan oleh sebuah wasiat yang ditulis oleh papanya sendiri. Sudahlah hubungannya dengan arwah tidak berapa baik ketika arwah masih hidup dek kerana dia pernah berkeras mahu bekerja ke dalam bidang yang diminatinya iaitu bidang ukur tanah, sekarang ini dia diminta untuk menikahi gadis yang bukan pilihannya pula? Gadis yang pernah dibuli dan dibenci olehnya pula. Apa yang cuba dilakukan oleh arwah papanya? Dia bukannya suka menerima arahan seperti adik kembarnya Hadzriq kerana dia sendiri jenis yang suka memberontak. Tetapi dek kerana arwah papanya sudah meletakkan syarat bahawa jika dia tidak menikahi gadis itu, hartanya bakal ditarik dan diberi oleh Hadzriq? Tidak! Dia tidak boleh terima semua itu. Nasib baik juga gadis naïf itu sudi membantunya. Menerima pernikahan ini sehingga tamat tempoh yang diberi dengan hati terbuka.

“Bro?” panggil seseorang membuatkan Haziq memalingkan wajahnya memandang gerangan yang membuatkan lamunannya terhenti.

“Bro, Sejak bila kau masuk ni?” Tanya Haziq. Senyuman diberikan kepada seorang jejaka yang segak berpakaian sut hitam dan bercermin mata. Melangkah lalu menyalami tangan jejaka itu.

Jejaka bercermin mata itu menyambut huluran tangan Haziq. Mereka berjabat tangan lalu memeluk satu sama lain. “Aku dah lama dekat sini. Kau tu je, termenung jauh. Aku panggil kau tiga kali bro”

Haziq mempersilakan jejaka bercermin mata itu duduk di sofa yang ada di dalam bilik pejabatnya. “Kau apa khabar?” tanya Haziq melabuhkan duduknya di atas disofa tunggal.

“Alhamdulillah baik. Sorry aku tak dapat attend wedding kau hari itu. Aku kena bertugas luar. Ada urusan sedikit.”

“kau ni Fariq, tak habis-habis dengan kerja. Kasihan isteri kau. Dia tengah mengandung kan?” tanya Haziq kepada jejaka yang namanya Fariq. Sahabat Haziq sejak bangku sekolah lagi.

“A’ah, anak sulung kami. Jangan risau, kalau aku ada kerja aku hantar dia duduk dengan mama aku. So, tak adalah aku risau sangat nanti.” Jelas Fariq. Dia risau jika dibiarkan isterinya bersendirian, akan jadi sesuatu yang tidak diingini pula.

“Nasib baik ada auntie Marlia.” Kata Haziq. Seketika kemudian perbualan mereka terhenti, dua cawan minuman di bawa masuk oleh tea lady untuk dihidangkan kepada mereka.

“Kau macam mana sekarang? Seronok jadi suami orang?” gurau Fariq. Dia kenal sahabatnya seorang itu. Sejak dulu, jejaka itu mempunyai suatu sifat dingin dan kepala. Tidak ada seorang pun gadis yang mahu mendekati jejaka itu. Pernah suatu ketika, ada seorang gadis memberi surat salam perkenalan kepada Haziq. Tetapi jejaka itu menolak pelawaan gadis itu mentah-mentah dengan mengoyakkan surat tersebut di hadapan muka gadis tersebut. Sejak dari itu, tidak ada seorang pun yang berani mendekati Haziq. Cuma, ada seorang gadis yang baginya manis dan ayu sahaja yang selalu dia nampak ada di sisi Haziq. Nak kata mereka bercinta, tidak pula. Walaupun begitu, dia tahu sahabatnya itu seorang yang baik hati. Keras di luar, tetapi di dalam hati sahabatnya itu merupakan seorang yang sangat penyayang.

“Boleh la” ringkas sahaja jawapan Haziq.

“Boleh la je?”

Haziq hanya menjongketkan bahunya. “Entah. Aku dengan dia bukan kahwin atas dasar cinta.”

“Tak apalah bro, janji sekarang kau dah ada bini. Ramai tau member kita yang tak fikir langsung untuk bina sebuah masjid. Masih dengan perangai seolah mereka itu masih remaja lagi.” Keluh Fariq. Haziq tersenyum.

“Eh minum la.” Haziq mempersilakan Fariq untuk minum air yang dihantar oleh tea ladynya sebentar tadi. Lama mereka berdiam. Menikmati air yang dihidangkan.

“Fariq, aku nak tanya kau something” kata Haziq cuba untuk bertanyakan sesuatu kepada sahabatnya.

“Apa dia?”

“Kau cintakan isteri kau?” tanya Haziq. Fariq tersenyum lalu meletakkan cawan yang diminumnya di atas meja. Wajah Haziq ditenungnya.

“Mestilah cinta. Kalau tak, tak ada makna aku kahwin dengan dia. Aku sayangkan dia dan nak bahagiakan dia. Nak jadikan hubungan kami halal dan diredhai oleh Allah. Bukan hanya kerana nafsu suka itu semata-mata.” Jelas Fariq panjang lebar. Jelas sekali nampak sahabtnya bahagia dengan isteri yang dicintainya.

“Macam mana kau tahu kau cinta dia?” tanya Haziq berminat pula ingin tahu. Kerana dia tidak pernah merasai semua itu. Tidak pernah sekalipun bercinta dengan mana-mana gadis. Walaupun banyak gadis cuba merapatinya.

Fariq tersenyum. “You don’t know when it comes. You just have to feel it.”

Berkerut dahi Haziq. “What are trying to say Fariq?”

Sekali lagi Fariq tersenyum. Benar sahabatnya itu naïf tentang cinta. “Bila cinta itu datang, automatik kau akan rasa ingin sayangkan gadis tersebut. Mula-mula kau akan rasa tidak senang duduk. Fikiran kau akan selalu memikirkan dia. Even the simplest thing like dia pakai stoking warna apa dan dia suka makan apa. Dari berfikir tentang dia, kau akan mula memberi perhatian kepada dia. Kau akan perasan dia lain apabila dia ada masalah. Walaupun dia tak beritahu. Kau nak sentiasa ada di sisi kau dan bila kau lihat dia dengan jejaka lain walaupun sahabat dia sahaja. Kau nak memiliki dia.” Jelas Fariq panjang lebar.

Haziq terdiam seketika. Semua apa yang dikatakan oleh sahabatnya dirasai olehnya terhadap Aisyah. Apakah dia sudah mula menyayangi gadis itu. Malah mencintai dia? Benarkah?

“Siapa dia?” tanya Fariq.Haziq hanya tersenyum. Tidak menjawab pertanyaan Fariq tersebut.

“Your wife isn’t it?” Fariq cuba meneka. Berubah wajah Haziq. Fariq hanya ketawa. Lucu melihat ekspresi wajah yang dibuat Haziq ketika ini. Kelihatan seperti budak remaja yang baru belajar erti cinta.

“Betul kan?”

Haziq hanya mengangguk. “Entah la. Sejak kebelakangan ni, aku rasa semua apa yang kau cakap tadi dekat dia. Tapi, aku tak tahu nak buat apa.”

“Apa maksud kau?” tanya Fariq.

“Kami bernikah bukan atas dasar cinta. Dan hubungan kami sebenarnya bukan macam orang lain. Lebih kepada musuh. Macam mana pula aku boleh sukakan dia? Ni pula nak bercinta dengan dia. Mustahil!” keluh Haziq.

“Bro, try. Selagi kau tak cuba untuk berkawan atau rapat dengan dia. You never know what the result will be right?” nasihat Fariq lalu menepuk beberapa kali bahu sahabatnya itu.

Mencuba? Dia harus mencuba untuk berkawan dengan Aisyah? Tetapi bagaimana? Nak bercakap dengan gadis itu pun dia kekok, ini kan pula nak berkawan dengannya. Kusut betul perasaan ini!

“Encik Adam Haziq”

Bunyi interkom mematikan lamunan Haziq. Jejaka itu melangkah menghampiri meja dan menekan punat pada telefon yang ada di atas meja tersebut.

“Yes Zila?” Jawab Haziq.

“Encik Saiful dari Shah Trade Holding Sdn Bhd, sudah ada di bilik menunggu sekarang.” Beritahu Zila, setiausaha kepada Haziq. Zila sudah lama bekerja dengannya sejak jejaka itu menetap di luar negara lagi. Apabila Haziq mendapat arahan daripada Puan Sri Zetty untuk terus menetap di Malaysia, Zila juga turut ikut jejaka itu menetap di sini.

“Okay. Lagi lima minit saya ke sana.Get everything ready. I don’t want any mistake like you did last time.” Arah Haziq. Dia kesal kerana pertama kalinya Zila membuat kesilapan di dalam tender mereka. Sebelum ini, gadis itu tidak ada langsung cacat cela di dalam kerjanya. Entah kenapa, kebelakangan ini, gadis itu seperti hilang fokus bekerja. Membuatkan tender terpenting buat syarikat mereka hampir terlepas dari genggaman.

“Baik Encik Adam Haziq.” Talian intercom dimatikan. Fariq bingkas bangun lalu melangkah kea rah Haziq yang masih berdiri di hadapan meja kerjanya.

“Bro, try. Jangan lupa. Oh ye, girls suka bunga. Why not kau mulakan dengan beri dia bunga? Tak pun coklat.” Ujar Fariq. Jejaka itu kemudiannya meminta diri kerana dia juga mempunyai urusan yang harus diselesaikan. Dia sengaja singgah sebentar untuk berjumpa dengan sahabatnya kerana sudah lama tidak berjumpa sejak Haziq berpindah ke luar Negara.

Haziq berfikir sejenak. Mungkin benar kata Fariq. Dia harus mencuba nasibnya. Dia mahu mencuba untuk menarik perhatian Aisyah. Mungkin dengan cara ini dia dapat membuang perasaan yang sentiasa resah dan gelisah yang sentiasa ada di dalam hatinya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku