Tak suka tapi Cinta
Babak 35
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2399

Bacaan






Aisyah melangkah laju keluar dari dewan kuliahnya. Tamat sudah sesi kuliahnya untuk semesternya yang terakhir ini. Minggu depan sudah mula peperiksaan akhir. Banyak yang perlu dilakukan. Banyak juga yang perlu diulangkaji. Mata Aisyah melilau memandang sekelilingnya. Mencari kelibat Lulu dan Qaliff. Dia harus bertindak meminta maaf dengan segera. Dia tidak mahu lagi mereka kecewa dengan dirinya. Dia sendiri rasa sunyi sejak ketiadaan Lulu dan Qaliff.

Langkah laju diatur ke dalam kafeteria. Sekali lagi dia memandang sekeliling dan cuba mencari dua sahabatnya. Namun hampa. Kedua-dua sahabatnya tidak juga kelihatan.

“Aisyah” tegur seseorang di belakangnya.

Aisyah menoleh. “Oh Nabilla. Kenapa?” tanya Aisyah dengan nada lembut.

“Prof Haris nak jumpa. Katanya nak bincang tentang prestasi awak.” Beritahu Nabilla, salah seorang rakan sekelasnya. Encik Harris nak jumpa dengannya? Ini mesti pasal prestasi aku yang semakin merosot. Encik Harris bukan sahaja merupa pensyarah dalam salah satu subjeknya, beliau juga merupakan Pensyarah penasihat buatnya. Tugas pensyarah penasihat ialah untuk memberikan nasihat dan jalan keluar untuk pelajar yang dijaganya.

“Okay, terima kasih ya” ucap Aisyah lalu melangkah keluar dari kafeteria dan menuju ke bilik Encik Harris.

__

Pintu bilik yang tertulis nama “Proffesor Harris” terbuka dari dalam. Tersembul wajah Aisyah yang melangkahkan kakinya keluar dari bilik tersebut. Tangan kanannya diletakkan ke dada. Nasib baik prestasinya sudah bertambah baik. Jika sebelum masuk ke dalam bilik tersebut dia risau jika Encik Harris akan membebel kepada dirinya tentang prestasinya yang kian merosot dek kerana kerja kumpulan yang dilakukannya dengan beberapa orang rakan sekelas mereka tempoh hari. Semuanya kerana salah seorang dari mereka yang tidak membuat kerja seperti yang ditugaskan, habis kesemua ahli mendapat markah yang tidak sepatutnya mereka dapat. Sudahlah itu, orang yang membuat hal itu langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya kerana menyebabkan mereka mendapat markah kumpulan yang paling terendah.

“Fuh! Nasib baik!”

Baru sahaja Aisyah ingin melangkah pergi dari hadapan pintu bilik Encik Harris, dia terlihat dua susuk tubuh sahabatnya. Dengan serta merta, dia melangkah laju kakinya mengejar mereka.

“Lulu! Qaliff!” panggil Aisyah. Sedar dengan panggilan tersebut, Lulu dan Qaliff cepat-cepat beredar. Lari daripada menjumpai Aisyah.

“Lulu, Qaliff… tunggu!” dek kerana langkah mereka yang lebih laju daripada Aisyah, kedua-dua Lulu dan Qaliff hilang dari pandangan dengan sekelip mata sahaja. Sudahnya Aisyah lelah sendiri. Dia berputus asa mahu mengejar sahabatnya itu. Langkah diatur ke arah pondok berhampiran yang ada di taman mini fakulti mereka.

Hatinya sedih kerana Lulu dan Qaliff tidak mahu berjumpa dengannya. Dia tahu semua ini salahnya. Dia tidak sepatutnya merahsiakan semua ini dari mereka seperti mereka tidak ada langsung merahsiakan apa-apa darinya. Jika dahulu dia memberitahu sahaja apa yang berlaku, pasti semua ini tidak akan berlaku. Aisyah mengesat lembut air mata yang sudah mula menitis di pipinya.

‘Lulu, Qaliff… aku rindu dengan korang.’

Pon! Pon!

Bunyi letupan kecil mengejutkan Aisyah sekali gus mematikan lamunan sedihnya. Beberapa keping kertas berwarna warni jatuh dari atas kepalanya. Dia dapat rasakan seseorang sedang memakaikan sesuatu di atas kepalanya.

“Happy birthday to you… Happy birthday to you… Happy Birthday to dear Aisyah… Happy birthday to youuuuu!”

Aisyah menoleh kebelakangnya. Lulu! Qaliff!

“Korang?” Mata Aisyah sudah mula mahu berair.

“Eh!!! Menangis pula dia. Ni! Tiup dulu lilin ni.” Tegur Qaliff sudah menghulurkan sepotong kek coklat di hadapan Aisyah. Aisyah tersenyum. Tidak jadi hendak menangis. Dia meniup perlahan lilin tersebut.

“Yeay! Dah tua dah kawan kita ni!” sorak Lulu lalu memeluk erat Aisyah. Qaliff di sebelah mereka hanya tersenyum dan tertawa melihat wajah Aisyah yang masih terkejut dengan kejutan yang diberikan.

“Lupa la tu hari jadi sendiri” tegur Qaliff.

Memang benar, Aisyah lupa akan hari jadinya sendiri. Patutlah daripada tadi telefonnya tidak berhenti berdering menandakan pesanan ringkas masuk. Pasti datang dari Ibu dan Babanya.

“Kau orang tak marah dekat aku?” tanya Aisyah. Memandang wajah kedua-dua sahabatnya silih berganti. Lulu menggelengkan kepalanya. Manakala Qaliff hanya tersenyum.

“Buat apa nak marah?” tanya Lulu.

“Pasal pernikahan aku.” Beritahu Aisyah.

Lulu dan Qaliff berpandangan sesame sendiri dengan sebuah senyuman. Lulu kemudiannya menggenggam erat tangan Aisyah. “It’s okay. Kami faham. Suami kau dah ceritakan semuanya dekat kami. Cuma, aku terkilan sedikit. Teringin kut nak tengok kau pakai dress ala-ala Cinderella tu!”

“Suami aku?” tanya Aisyah. Pelik, bila pula Haziq menghubungi mereka.

“A’ah. Gentleman sangat kut suami kau! Boleh buat aku cair! Nasib baik dia suami sahabat aku sendiri” seloroh Lulu.

“Nah! Ni ada hadiah dari kami” Qaliff menghulurkan tiga bungkus hadiah kepada Aisyah.

“Tiga?” berkerut dahi Aisyah.

“Suami kau yang bag…” Lulu tidak jadi menyambung kata-katanya apabila Qaliff sudah menyiku dari sebelah. “Opss” Lulu dan Qaliff tersengih.

“Qaliff?” Aisyah memandang wajah jejaka itu. Qaliff melepaskan keluhannya sambil menjeling ke arah Lulu yang sudah tersengih disebelahnya.

“Actually, semua ni suami kau yang preparekan. Kek, belon, benda meletup tadi dengan hadiah ni. Semua dia yang sponsor. Kami Cuma bawa hadiah dari kami sahaja.” Jelas Qaliff.

Abang Haziq yang berinya? Semua ini? Kek coklat kegemarannya juga diberikan kepadanya daripada jejaka tersebut. Bagaimana pula jejaka ini tahu dia suka kan kek ini walhal dia tidak pernah beritahu sesiapa termasuklah Lulu dan Qaliff. Ini kerana Aisyah merupakan seorang yang kuat berahsia.

Aisyah tersenyum sendiri. Tidak menyangka Haziq mempunyai sifat sebegitu. Apakah makna semua ini?

“Amboi. Senyum sampai ketelinga. Suka la tu suami sendiri yang buat surprise. Yela, kami ni Cuma tukang bawa dan tukang sambut je” seloroh Lulu lagi. Aisyah dan Qaliff ketawa mendengar apa yang dibebelkan oleh Lulu.

“Terima kasih korang sebab tak marah dengan aku. Aku janji, majlis resepsi belah suami aku ni, aku jemput korang! Meja VIP lagi!” gurau Aisyah. Qalif ketawa.

“Betul ni? Yes!” sorak Lulu. Aisyah memeluk erat Lulu. Begitu juga dengan Lulu. Alhamdulillah. Kedua-dua sahabatnya menerima berita itu dengan baik sekali. Mereka langsung tidak mempersoalkan hal pernikahannya. Pasti Haziq sudah menceritakan daripada A sampai Z tentang pernikahannya. Syukur Alhamdulillah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku