Tak suka tapi Cinta
Babak 36
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
2008

Bacaan






Aisyah melangkah keluar lif apabila tingkat kediamannya terbuka. Dia menapak perlahan sambil membawa beg kertas mengandungi tiga buah hadiah yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya dan juga suaminya. Senyuman di bibir tetap terukir sejak mendapat tahu Haziq yang membuat surprise kepadanya. Lulu dan Qaliff pula hanya menjadi tukang sambut. Hatinya berbunga-bunga ketika ini. Tidak sangka Haziq mengambil perhatian tentang hari jadinya.

Langkah Aisyah terhenti apabila terpandang wajah Hadzriq yang sedang berdiri memegang sejambak bunga ros merah di hadapan pintu rumah penthousenya. Wajah itu kelihatan sedikit kurus dan cengkung. Tidak seperti sebelum ini. Nampak seperti Hadzriq tidak bermaya sahaja. Tubuh sasa jejaka itu juga kelihatan seperti kurus dan kulitnya kelihatan pucat sekali.

Beg kertas yang berada di dalam genggamannya terlepas. Aisyah berlari-lari anak mendapatkan Hadzriq. “Abang Ha!”

Hadzriq tersenyum. Walaupun senyuman itu kelihatan lemah, namun senyuman itu kelihatan berseri sekali. “Sya sihat?”

“Sya sihat Alhamdulillah. Abang Ha yang tak sihat kan? Apa dah jadi ni abang Ha?” tanya Aisyah. wajah gadis itu jelas kelihatan risau. Dia risau dengan keadaan Hadzriq yang kurus tidak bermaya.

“Abang Ha sihat je la Sya”

“Bohong! Tell me the truth Abang Ha!” Aisyah membentak mahu Hadzriq berterus terang dengan apa yang terjadi dengan jejaka ini. Kali terakhir dia bersama jejaka ini ialah sewaktu di restoran tempoh hari. Waktu itu Hadzriq kelihatan segak seperti kebiasaannya. Tetapi kini, lain sangat keadaannya.

Hadzriq tersenyum. “Here. For you my dear” Hadzriq menghulur sejambak bunga ros merah itu kepada Aisyah. mata Aisyah direnenungnya penuh kasih. “Happy birthday sayang”

Aisyah teragak-agak untuk menerima jambangan bunga itu. Mata Hadzriq direnungnya. “Terim…”

Belum sempat Aisyah menerima huluran jambangan bunga tersebut, tangannya ditepis kasar seseorang. Abang Haziq!

Jambangan bunga tersebut terjatuh kelantai dek kerana tepisan kasar Haziq. Tangan Aisyah digenggam kuat. Mata Haziq tajam menikam renungan mata Hadzriq yang lembut. “Kau buat apa dekat sini?!” tengking Haziq. Tidak menghiraukan jirannya yang lain.

“Aku datang nak bagi hadiah dekat Aisyah. orang yang aku sayang. Salah ke?”

“Dia isteri aku! Kau jangan cuba nak dekati dia!” marah Haziq dengan nada kasarnya. Hadzriq hanya tersenyum. Langsung tidak terasa dengan tengkingan kasar Haziq.

“Isteri? Kau bukan bencikan dia ke? Sampai kau sakiti dia! Disebabkan kau, ada parut yang kekal pada lengan dia! Sekarang kau nak mengaku dia isteri kau pula?” Hadzriq bersuara lantang. Mujur sahaja ketika ini tidak ada orang di kejiranan mereka tengahari ini. Kerana waktu ini masih waktu bekerja.

“Enough!”

“Why? Kau dah mula sayangkan dia? Lepas kau dah buli dia cukup-cukup, sekarang kau nak cakap kau cintakan dia pula?” Hadzriq bersuara lagi. Menambahkan lagi kemarahan Haziq.

Haziq mendiamkan diri. Genggamannya menjadi semakin kuat menyebabkan Aisyah mengaduh kesakitan. Gadis itu cuba menarik tangannya dari digenggam jejaka itu. Namun cubaannya gagal. Tenaganya tidak standing tenaga suaminya.

“Kenapa kau diam? Jawablah!” Tengking Hadzriq.

“Ya! Aku cintakan dia!!” Haziq menengking kembarnya kembali.

Aisyah terkedu disebelahnya. Jantungnya berdegub kencang. Matanya tidak berkelip memandang wajah suaminya. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Haziq.. Haziq cintakan dirinya? Benarkah? Atau telinganya yang salah dengar. Haziq, orang yang membenci dirinya sepenuh hati, menerima pernikahan ini kerana takut hartanya hilang, melayaninya dengan teruk sejak dahulu lagi memberitahu mencintai dirinya.

“Aku cintakan dia! Jadi jangan kau gangggu rumahtangga kami lagi! Kalau tidak, nahas kau!” Ugut Haziq lalu menarik Aisyah pergi dari situ. Aisyah terpaksa mengikut Haziq kerana jejaka itu menariknya membuatkan dia tidak dapat berbuat apa. Sebelum pintu lif tertutup, Aisyah dapat melihat ada senyuman di bibir Hadzriq. Senyuman yang Aisyah sendiri tidak dapat tafsir maksudnya. Adakah Hadzriq sudah merancang semua ini?



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku