Tak suka tapi Cinta
Babak 37
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2548

Bacaan






Haziq melepaskan tangan Aisyah apabila mereka tiba di taman kecil yang ada di bawah bangunan blok kondominium kediaman mereka. Aisyah mengusap-usap tangan kanan yang menjadi genggaman jejaka itu tadi. Sakit! Dia ingat tangan aku ni objek besi kut!

Aisyah memandang Haziq yang berdiri membelakangi dirinya. Ada sesuatu yang ingin dia tanya kepada jejaka itu. Benarkah apa yang diucapkan oleh jejaka itu sebentar tadi? betulkah Haziq mempunyai perasaan sebegitu kepada dirinya? Dan, kenapa hatinya kini berbunga. Adakah dirinya juga mempunyai perasaan yang sama seperti jejaka itu?

“Maaf” Haziq bersuara meminta maaf tanpa menoleh memandang wajah Aisyah yang ada di belakangnya. Dia sendiri malu ingin bersua muka dengan gadis itu selepas tanpa sengaja meluahkan perasaannya sendiri dihadapan kembar dan isterinya.

“Tak nak maafkan! Sya report dekat polis! Cakap kes dera!” seloroh Aisyah tidak puas hati.

“Apa?” hampir tidak percaya dengan apa yang isterinya ucapkan, Haziq berpaling memandang wajah Aisyah. Biar betul minah ni? Aku Cuma genggam tangan dia je kut. Takkan jadi kes dera pula.

Aisyah tersenyum. Berkerut dahi Haziq. “Pandang pun muka Sya”

“Sebelum tu, Sya nak ucap terima kasih dekat Abang Haziq sebab sponsor kek dan alat-alat sambut birthday untuk Sya. Terima kasih juga sebab sudi belikan Sya hadiah dan jelaskan masalah hal pernikahan kita ni dekat Lulu dengan Qaliff. Tak sangka Abang Haziq ingat birthday Sya.” Ucap Aisyah panjang lebar.

“Oh… Kebetulan je tu” Haziq cuba berdalih. Wajahnya sudah mulai kelihatan merah dek kerana kulitnya yang putih melepak.

“Betul ke apa yang Abang Haziq cakap dekat Abang Ha tadi? yang… Abang Haziq cin.. cintakan Sya?” Aisyah menundukkan kepalanya. Wajahnya juga sudah mulai merah. Segan pula.

Haziq mendiamkan diri sebentar. Berfikir jika dia patut mengiyakan atau berdalih menafikan perasaannya. Dia takut jika dia mengiyakan, akan diketawakan oleh gadis ini. Jika dia menafikan, hatinya sendiri akan terseksa dek kerana sifat kuat cemburu yang ada di dalam dirinya.

“Bro, try. Selagi kau tak cuba untuk berkawan atau rapat dengan dia. You never know what the result will be right?” Kata-kata nasihat daripada Fariq menyedarkan dirinya. Dia harus mencuba! Dia tidak boleh lagi membiarkan hatinya terseksa kerana egonya yang tinggi itu. Biarlah kali ini dia mengalah.

“Aku..”

Belum sempat Haziq meluahkan isi hatinya, telefon bimbit di dalam koceknya bordering kuat. Membuatkan semuanya terhenti. Nombor yang dia tidak kenali tertera pada skrin telefon bimbit kepunyaannya.

“Assalamualaikum. Hello” Jawab Haziq. Aisyah di hadapannya hanya dipandang dengan renungan yang lembut.

“Ya saya Adam Haziq bin Tan Sri Jamal. Kenapa?” tanya Haziq dengan nada serius. Kelihatan seperti seorang yang penting sedang mengenal pasti pemilik nombor telefon milik jejaka itu. Wajah Haziq bertukar serius.

“Apa?!” Suaranya meninggi. Seperti terkejut dengan berita yang disampaikan oleh orang yang menelefonnya.

“Baik. Saya ke sana sekarang” Beritahu Haziq lalu mematikan talian. Tangan Aisyah digenggam. “Hadzriq!”

Aisyah mulai rasa tidak sedap hati. Ada apa yang terjadi dengan Hadzriq? Kenapa nada suara Haziq seperti serius sahaja? Ya Allah. Janganlah berlaku sesuatu yang tidak diingini. Selamatkanlah Hadzriq, Ya Allah.

__

WAD KECEMASAN. Aisyah membaca papan notis yang terpamer di atas pintu sliding door automatik itu. Dia diberitahu oleh Haziq bahawa Hadzriq kemalangan. Kereta Hadzriq terbabas ditepi jalan. Hati Aisyah resah dan gelisah. Sekejap dia duduk, sekejap dia bangun memerhati pintu kaca yang kabur itu jika dia boleh meninjau untuk lihat apa yang ada di dalam. Haziq pula sedang sibuk menguruskan kertas kerja untuk membawa adik kembarnya ke ruang pembedahan.

Puan Sri Zetty dan Zurina yang ada di luar Negara ketika ini sudah dihubungi. Ibu dan Baba Aisyah yang ketika ini juga sedang berkursus di luar Kuala Lumpur juga sudah dihubungi. Mereka akan tiba mungkin lewat sedikit. Manakala Puan Sri Zetty dan Zurina pula mungkin akan tiba di Malaysia kurang dua hari lagi.

Aisyah mengesat air mata yang sudah mula banjir di pipinya. Lulu di sebelahnya dipeluk erat. Kehadiran Lulu sedikit sebanyak menenangkan hatinya yang sedang kacau ketika ini. Qaliff pula membantunya dengan membelikan apa yang patut kerana sudah lebih tiga jam mereka di hadapan wad kecemasan itu.

Beberapa ketika kelihatan seorang lelaki berumur keluar dari bilik tersebut. Haziq dan lelaki berjubah biru itu berkata sesuatu. Tidak lama kemudian Haziq kelihatan mengusap tengkuknya manakala lelaki berjubah biru itu kembali masuk ke dalam bilik tersebut.

Haziq menghampiri Aisyah. wajahnya kelihatan sungul sekali. Walaupun pasangan kembar itu sering bergaduh dan tidak sehaluan, Aisyah tahu kedua-dua mereka saling menyayangi antara satu sama lain.

“Abang Haziq. Abang Ha macam mana? Doktor kata apa?” Tanya Aisyah sudah bangun menghampiri Haziq.

“Alhamdulillah pembedahan keluarkan besi yang tercucuk pada kaki Ha berjaya. Tetapi, ada perkara lain yang doktor nak bincangkan. Kejap lagi kena ke bilik dia.” Jelas Haziq.

“Sya nak ikut!” tangan Haziq digenggam erat. Menyatakan dia benar-benar ingin ikut masuk mendengar apa yang ingin dibicarakan oleh doktor yang menjalankan pembedahan Hadzriq tadi.

“Sya, mungkin doktor tu ada benda lain nak cakap tu. kita tunggu dekat sini jela ye?” pujuk Lulu sambil memeluk bahu sahabatnya. Memujuk Aisyah agar tidak ikut masuk dengar apa yang doktor itu ingin katakan. Dia tahu Aisyah kuat hadapi dugaan ini, tetapi, dia tidak sanggup melihat Aisyah susah hati.

“Tak! Sya nak ikut juga. Boleh ye abang Haziq.” Rayu Aisyah. tangan suaminya digenggam lagi.

Haziq tidak bersuara. Dia hanya mengangguk membenarkan Aisyah turut serta masuk kedalam bilik doktor tersebut. Entah kenapa, sikap Aisyah yang begitu mengambil berat akan adik kembarnya mendatangkan rasa cemburu di hati. Dia sangat cemburu. Tetapi, dia tidak boleh buat apa-apa ketika ini. Adik kembarnya memerlukan mereka ketika ini. Dia harus ketepikan perasaannya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku