Tak suka tapi Cinta
Babak 39
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2544

Bacaan






Puan Sri Zetty mengusap lembut pipi Hadzriq yang sudah sedarkan diri. Bibir jejaka itu tersenyum memandang wajah mama, Zurina, Haziq, kedua-dua ibu bapa Aisyah dan gadis yang di sayanginya. Nampaknya, rahsia yang selama ini disimpan rapat sudah terbongkar. Rahsia penyakit yang dihidapinya. Habis dia dileteri mamanya. Dalam kesedihan Puan Sri Zetty, sempat juga dia membebeli Hadzriq yang suka menyimpan rahsia sebegitu.

“Mama balik la. Dah lewat ni. Mama kena rehat. Zurin, bawa mama balik ya?” Pinta Hadzriq. Zurin hanya mengangguk. Benar apa yang dikatakan abangnya. Setibanya Puan Sri Zetty dan Zurina di Lapangan Terbang Subang, mereka terus datang ke hospital ini untuk melihat keadaan Hadzriq. pasti Puan Sri Zetty keletihan.

“Auntie dengan Uncle pun balik la rehat ya?” Pinta Hadzriq dengan senyuman yang masih terukir dibibir.

“Sya…”

Belum habis Hadzriq menghabiskan kata-katanya, Aisyah bersuara terlebih dahulu. “Sya nak duduk sini sekejap je lagi.” Kata gadis itu. Direnung wajah Hadzriq.

“Ziq temankan semua ke parkir ya?” pelawa Haziq lalu menghantar mereka semua keparkir kereta. Dia tahu mereka pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan. Lebih baik membiarkan mereka dahulu walaupun hatinya sakit. Dia membiarkan sahaja.

Setelah lama Aisyah dan Hadzriq mendiamkan diri, Aisyah bersuara sambil merenung tepat ke mata Hadzriq. “Kenapa Abang Ha suka buat Sya macam ni?”

Hadzriq tersenyum. “Abang Ha tak nak Sya sedih macam sekarang ni.”

“Tapi..”

Hadzriq memotong kata-kata Aisyah. “Abang tahu, Sya mesti akan jadi macam ni. Sya akan sedih dan salahkan diri Sya sebab Abang Ha jadi macam ni.”

Aisyah tertunduk lemah. Air mata mula mengalir di pipinya. “Sya risaukan Abang Ha.”

Tangan kanan Hadzriq menyeka lembut air mata yang membasahi pipi Aisyah. “Abang tahu. Please sayang, jangan menangis lagi. Perkara yang paling Abang Ha tak nak tengok ialah air mata Sya.”

“Sya…” panggil Hadzriq. suaranya masih lemah.

“Ye abang Ha?” Aisyah merenung wajah Hadzriq.

Hadzriq tersenyum. “Boleh tak sya nyanyikan sesuatu untuk Abang Ha? Ha teringin nak dengar. Suara Sya sedap”

Aisyah ketawa. “Apa pula menyanyi? Orang sepatutnya baca Yassin la.”

Hadzriq ketawa ikut sama ketawa. “Tak nak la. Tak nak la nampak Abang Ha macam nak mati. Please, mana tahu. Ni permintaan terakhir abang Ha?”

Mata Aisyah kembali bertakung air mata. “Apa cakap macam tu!” marah Aisyah. dia tidak suka Hadzriq berkata sebegitu. Dia tidak mahu kehilangan jejaka bernama Hadzriq Haikal. Dia tidak bersedia lagi kehilangannya.

“Please…” rayu Hadzriq dengan mimik muka yang sengaja dibuat sedih.

Aisyah mengangguk. Mengalah. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu dimainkan sebuah lagu yang sedang hangat ketika ini. Lagu itu begitu kena dengan situasinya sekarang.

Kau yang terbaik yang pernah aku dapatkan

Dan terbaik yang slalu kudengar

Aku tau kini takkan mudah

Tuk bisa terus bersamamu

Karna malam ini

Saat yang terindah bagi hidupku

Oh Tuhan jangan hilangkan dia

Dari hidupku selamanya

Sungguh ku tak ingin

Hatiku jadi milik yang lainnya

Ku bersumpah kau sosok yang tak mungkin

Kutemukan lagi

Apa jadinya jika tanpamu disini

Lebih baik aku mati saja

Bila harus melihatmu

Bersanding tapi bukan dengan aku

Karna malam ini

Saat yang terindah bagi hidupku

Oh Tuhan jangan hilangkan dia

Dari hidupku selamanya

Sungguh ku tak ingin

Hatiku jadi milik yang lainnya

Ku bersumpah kau sosok yang tak mungkin

Kutemukan lagi

Hadzriq tersenyum. Begitu juga dengan Aisyah. kedua-dua mereka saling merenungi satu sama lain. Suara nyanyian Aisyah begitu mengasyikkan membuatkan dia menitiskan beberapa titisan air mata menunjukkan betapa dia nyanyi ikhlas dari hatinya.

Haziq yang memerhati segalanya di sebalik pintu yang sengaja tidak ditutup rapat hanya berdiri kaku di situ. Selepas menghantar kedua-dua keluarganya, dia dengan segera ingin mendapatkan Aisyah. tetapi apabila sesampainya dia dimuka pintu, dia terlihat Hadzriq sedang menyeka air mata Aisyah. Hatinya menjadi sakit sekali lagi. Tetapi apa yang boleh dilakukannya ketika ini? Cinta gadis itu masih pada adik kembarnya. Apakah dia harus mengundurkan diri?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku