Tak suka tapi Cinta
Babak 40
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3297

Bacaan






“Alhamdulillah! Selesai juga kita jawab Final exam ni! Merdeka!” Sorak Qaliff.

Aisyah ketawa. Tangannya cepat sahaja mengemas barang-barang ke dalam beg sandangnya. Dia harus ke hospital segera. Dia mahu menjenguk Hadzriq. walaupun sudah dua minggu Hadzriq berada di hospital, tanda-tanda untuk jejaka itu sembuh langsung tiada. Makin teruk adalah.

“Kau nak pergi melawat Abang Ha ke?” tanya Lulu.

Aisyah mengangguk. “A’ah. Hari ini abang Ha kena buat CAT. Nak tengok kondisi hati dia.”

“Suami kau apa khabar?” tanya lulu lagi.

Pergerakan Aisyah terhenti. Sejak Hadzriq kemalangan, dia jarang melihat jejaka itu. Dia hanya terserempak dengannya di rumah sahaja. Mereka juga sudah tidak bercakap tidak seperti sebelum-sebelum ini. Dia sendiri tidak mengerti. Apakah suaminya itu marahkannya lagi?

Qaliff berpandangan dengan Lulu. “Sya?”

“Erm.. dia sihat kut. Okay la. Aku nak pergi hospital dah ni. Lain kali jela ye kita celebrate.” Ucap Aisyah lalu bergegas meninggalkan kedua-dua sahabatnya.

__

“Abang ha!” sergah Aisyah. tangan yang sedang membawa sebakul buah-buahan diletakkan dibelakang badannya.

“Ya Allah Sya ni. Sengaja buat Ha terkejut ya? Macam mana exam? Okay?” tanya Hadzriq. dia yang baru habis membaca buku memandang wajah gadis itu.

“Alhamdulillah okay. Berkat Abang Ha ajarkan Sya la.”

Hadzriq cuba menjenguk apa yang ada dibelakang Aisyah. dia menjadi ingin tahu apa yang beriya disorokkan oleh Aisyah. “Apa tu?”

Aisyah ketawa. “Nah!” Aisyah meletakkan sebakul buah di atas meja bersebelahan dengan katil Hadzriq.

Hadzriq ketawa. “Banyaknya. Nak suruh Ha makan semua ni ke?”

Aisyah mengangguk. Sekali lagi Hadzriq ketawa.

Aisyah mendapatkan tempat duduk di kerusi sebelah katil Hadzriq. Buah yang diletakkan dikupas kulit. “Macam mana tadi? doktor kata apa? Hati abang Ha ok tak?”

Hadzriq meletakkan tangan kirinya pada dada kanannya. Dia tersenyum. “Hati abang Ha tak okay”

“Ha?” pergerakan Aisyah mengupas buah Apple terhenti. Hadzriq tersenyum lalu ketawa.

“Doktor kata okay je” Bohong Hadzriq. dia tidak mahu Aisyah risau akan dirinya. Kerana baru sahaja tadi dia mendapat tahu kondisi hatinya semakin memburuk. Mana mungkin dia kuat untuk memberitahu semua itu kepada Aisyah. pasti gadis itu sedih lagi.

“Nah! Buka mulut!” arah Aisyah. Hadzriq mengikut apa yang disuruh Aisyah. gadis itu kemudian menyuapkan sepotong epal yang dikupas kedalam mulut Hadzriq.

“Sya ni buat Ha macam budak kecil jela.” Ujar Hadzriq lalu ketawa.

“Biarlah. Sya nak jadikan Abang Ha budak kecil sekejap. Kalau Sya biarkan buah tu dekat sini. Confirm! Tak berusik!”

Hadzriq hanya mampu ketawa. Tahu sahaja gadis ini dengan perangai malasnya yang satu itu. Dia jadi terhibur dengan telatah Aisyah. dia rindukan momen ini. Dia rindukan Aisyah yang periang yang selalu ada disisinya. Dia mahu sentiasa bersama gadis itu selamanya.Tetapi…

“Sya, kalau Ha tak ada nanti jangan menangis ya sayang.”

Aisyah tersentak. “Kenapa Abang Ha suka sangat cakap yang bukan-bukan? Abang Ha akan sihat! Abang Ha akan sembuh!”

“Jodoh, Ajal maut semua Allah yang tentukan. Kita hanya mampu berusaha sahaja.”

Menitis lagi Air mata Aisyah. “Sya mesti akan rindukan Abang Ha”

Hadzriq tersenyum. “ Kalau Sya rindukan Abang Ha, just tengok bintang ni” Hadzriq meletakkan sesuatu di hadapan Aisyah. sebuah kotak kecil berbalut reben direnung gadis itu.

“Apa ni?”

Sekali lagi Hadzriq tersenyum. “Happy belated birthday Sya. Abang nak bagi Sya hari itu, tapi tak sempat”

Aisyah mengambil lalu membuka kotak kecil itu. Sekalung rantai berwarna putih cantik ada di dalam kotak itu. Rantai itu disertakan sebiji simbol bintang kecil. Aisyah tersenyum. Dia sukakan hadiah ini. “Cantik”

“Sya pakai bintang ni. Dan abang Ha akan sentiasa ada di dalam hati Sya.”

Perbualan mereka terhenti apabila pintu dikuak dari luar. Tersembul wajah Haziq membawa sekeping kertas bersamanya. Aisyah memandang wajah suaminya itu. Entah kenapa, dia rindu untuk berbual dan bergaduh dengannya. Bau perfume pada Haziq saat dia melepasi Aisyah serta merta buatkan jantung Aisyah berdegub kencang. Merah wajah Aisyah. dia hanya mampu tertunduk lemah.

Hadzriq yang perasan perubahan pada wajah Aisyah hanya tersenyum.

“Nah. Sign sini. Doktor nak tanda tangan kau. Untuk proceed ke stage seterusnya.” Kata Haziq. Hadzriq mengambil huluran kertas tersebut lalu menandatangani surat itu.

“Mama tak datang ke hari ini?” tanya Hadzriq kepada abang kembarnya.

“Petang sedikit kut” ringkas sahaja jawapan daripada Haziq. Wajahnya kelihatan serius sahaja. Sejak dia masuk ke hospital ini, Haziq dan Aisyahlah yang selalu menemaninya. Walaupun Abang kembarnya tidak banyak bercakap.Namun begitu, Hadzriq perasan, abang kembarnya sering mencuri pandang Aisyah. Hadzriq hanya mampu tersenyum. Nampaknya, rancangannya berjaya. Tinggal sedikit sahaja lagi. Dia berdoa dan berharap, impian dan rancangannya menjadi kenyataan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku