Tak suka tapi Cinta
Babak 41
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
6494

Bacaan






Aisyah berjalan laju menuju ke wad yang menempatkan Hadzriq. dia terlewat bangun hari ini dek kerana menyediakan kek kesukaan Hadzriq. Pasti Hadzriq tergelakkan dirinya. Yela, ini pertama kali dia memegang perkakas dapur untuk membuat kek. Beg kertas yang dibimbitnya dipeluk erat. Tidak sabar mahu melihat senyuman Hadzriq tatkala menikmati hasil air tangannya sendiri pada hari jadinya pula itu.

Langkah Aisyah terhenti apabila mendapati kesemua ahli keluarganya ada berkumpul di hadapan pintu bilik Hadzriq. Dia berfikir, mungkin mereka mahu membuat kejutan kepada jejaka itu.

“Kenapa berdiri dekat luar ni? Jom la masuk.” Tegur Aisyah. Zurina mendekatkan dirinya lalu memeluk bahu Aisyah tanpa mengeluarkan sebarang suara. Wajah Zurina ketika ini sudah dibanjiri dengan air mata. Aisyah memandang pula wajah Puan Sri Zetty dan Ibunya, Puan Hani yang sedang berpelukan. Babanya pula sudah tertunduk lemah.Aisyah mula berasa tidak sedap hati. Tetapi, dia memikir positif seboleh mungkin.

“Abang Haziq. Kenapa mereka semua ni? Hari ini kan hari jadi Abang Haziq dengan Abang Ha? Jom la celebrate sama-sama” Aisyah melangkah menghampiri Haziq yang berdiri jauh sedikit dari mereka. Mata Haziq kelihatan kemerah-merahan. Menangiskah dia?

“Kenapa semua orang ni?”

Pertanyaan Aisyah belum sempat dijawab, apabila pintu bilik Hadzriq dibuka dari dalam. Seorang doktor bertugas dan seorang doktor pelatih keluar. Haziq menghampiri mereka. Aisyah tidak dapat mendengar perbualan mereka. Yang dapat dilihat hanyalah gelenggan kepala sahaja. Puan Sri Zetty dan Puan Hani sudah mula menangis. begitu juga dengan Zurina. Encik Kamal pula mengusap lembut bahu Haziq apabila kedua-dua doktor itu beredar dan selesai menyampaikan sesuatu kepadanya.

Jantung Aisyah berdegub kencang. Dirinya ibarat dihimpap sesuatu membuatkan hatinya menjadi pedih. Tidak. Tak mungkin! Beg plastic yang ada ditangannya digenggam. Kaki memberanikan diri melangkah masuk ke dalam bilik tersebut walaupun di halang oleh Haziq.

Aisyah melihat wajah Hadzriq sudah ditutupi oleh selimut. Alat bantuan pernafasan yang digunakan oleh Hadzriq juga sedang dibuka oleh jururawat yang bertugas. Tangan dan kaki Aisyah terketar-ketar menghampiri tubuh kaku Hadzriq. Aisyah meletakkan bungkusan kek di atas meja bersebelahan katil Hadzriq.

“Abang Ha… bangun abang Ha… Sya bawakan kek untuk Abang Ha.” Sayu suara Aisyah memangil Hadzriq yang sudah terbaring tidak bernyawa lagi. Menitis Air mata Aisyah.

“Abang Ha… bangun la. Kami semua nak sambut birthday abang Ha ni.” Suara Aisyah kedengaran terketar-ketar. Sayu sekali. Jururawat yang bertugas untuk mencabut alat bantuan pernafasan Hadzriq turut sama mengalirkan air mata mereka.

“Mama… kenapa abang Ha tak bangun ni. Tolong la Sya kejutkan dia. Zurin. Tolong Kak Sya kejutkan Abang Ha ea..” Panggil Aisyah. Puan Sri Zetty yang sudah tidak tahan melihat keluar dari bilik tersebut bersama Puan Hani untuk menenangkan besannya.

Zurina berlari memeluk Aisyah. Dia tahu Aisyah sedih dengan pemergian Hadzriq. kerana gadis itu yang paling rapat dengan abangnya. “kak Sya, Abang Ha dah tak ada. Kak Sya sabar ya?”

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Tak. Tu tengok la. Abang Ha tengah tidur tu. Jom la kejutkan dia.”

“Sya, Hadzriq dah tak ada nak.” Pujuk Encik Kamal. Dia tidak sanggup melihat Aisyah begitu. Dia mahu Aisyah menerima hakikat Hadzriq sudah tidak ada.

“Baba, cuba Baba tengok. Muka Abang Ha tenang je kan? Tak macam orang mati pun. Dia tengah tidur la Baba” Aisyah masih menidakkan ketiadaan Hadzriq.

Wajah Hadzriq ditatap penuh kasih. Abang Ha, kenapa tinggalkan Sya? Kenapa? Abang Ha tak boleh tinggalkan Sya! Tak Boleh!

Haziq menghampiri Aisyah lalu menarik gadis itu keluar. Dia mendekatkan dirinya ingin memeluk Aisyah untuk menenangkan gadis itu ketika ini. Tetapi gadis itu menepis kasar tubuh sasa Haziq. “Ini semua sebab kau! Kalau kau tak halang cinta kami dulu, semua ni takkan jadi!”

“Kak Sya…”

Aisyah merenung tajam Haziq. “Kalau bukan sebab kau ugut aku dulu… Aku dah bahagia dengan Abang Ha! Abang Ha pula takkan mati! Ini semua sebab kau!”

Aisyah terduduk di atas lantai. Dia menangis teresak-esak. Fikirannya menafikan bahawa Hadzriq sudah tidak ada di dunia lagi. Tidak! Abang Ha belum mati! Abang Ha masih hidup! Dia tengah tidur! Tak!

__

Orang ramai mula beransur pulang dari tanah perkuburan tempat bersemadinya Hadzri Haikal Bin Tan Sri Jamal. Zurina menyiram air di atas kubur Hadzriq. Haziq yang berbaju melayu dan bercermin mata hitam berdiri di belakang Aisyah. Puan Sri Zetty pula sedang mengelap air matanya dengan tisu yang dibawa.

“Aisyah, jom kita balik nak” Ajak Puan Sri Zetty. Wanita itu tahu, orang yang sangat terkesan dengan kehilangan Hadzriq ialah Aisyah. Sepanjang hayat anak keduanya itu juga dihabiskan dengan gadis ini. Pasti sahaja Aisyah akan berasa sangat sedih dan tidak boleh menerima semua ini. Namun, dia mendoakan Aisyah terus kuat dan menerima hakikat bahawa tiada lagi Hadzriq Haikal.

“Sya nak duduk sini sekejap Ma.” Kata Aisyah dengan suara yang agak serak dek kerana sering menangis. langsung tidak berganjak dari duduknya. Dia merenung kubur Hadzriq yang kemerahan.

Puan Sri Zetty mengangguk. Haziq membantu Puan Sri Zetty yang kelihatan lemah kerana bersedih dengan ketiadaan kembarnya. Zurina memeluk Aisyah seketika. “Kak Sya sabar ya. Semua ini pasti ada hikmahnya.” Aisyah mengukirkan sebaris senyuman. Zurina beredar bersama Puan Sri Zetty dan Haziq.

Aisyah mula menitiskan air mata setelah tiada orang disekelilingnya. Dia merenung ke kubur Hadzriq. hatinya meruntun sedih. Memang tak mudah untuk dia menerima semua ini. Dalam sekelip mata sahaja orang yang dia sayang pergi.

“Abang Ha… kenapa Abang Ha pergi secepat ni?” tanya Aisyah dalam esakannya. Tangan diraup kemuka. Dia tak kuat. Ya Allah…

Dengan tiba-tiba, keadaan disekeliling gelap. Aisyah terkejut . dia memandang di sekelilingnya. Kenapa keadaan menjadi gelap gelita? Dimanakah dia sekarang ini?

“Aisyah”

Aisyah kaku berdiri. Dia tahu siapa yang memanggilnya. Dia kenal suara itu. Tapi…

“Aisyah”

Perlahan-lahan Aisyah menoleh kebelakangnya. Dia menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan. Air mata di tubir mata mulai bertakung sekali lagi. Abang Ha!

Aisyah cuba untuk bersuara. Tetapi suaranya tidak keluar. Aisyah pelik. Dicuba berkali-kali. Tetapi sama sahaja. Tiada satu pun suaranya yang keluar.

Hadzriq yang lengkap memakai jubah putih tersenyum memandang Aisyah. wajah jejaka itu bersih dan bersinar-sinar.

Senyuman itu. Ya! Senyuman itu! Dia rindukan senyuman itu! Abang Ha! Sya rindukan abang Ha…

Tidak lama selepas itu, Hadzriq melangkah meninggalkannya. Makin lama makin jauh. Aisyah cuba memanggil tetapi suaranya tetap keluar. Dia cuba pula untuk berlari mendapatkan Hadzriq daripada pergi jauh darinya tetapi kakinya ibarat digam. Kakinya langsung tidak boleh melangkah. Tidak! Abang Ha! Jangan tinggalkan Sya!

“Abang Ha!!!”

Aisyah membuka matanya. Tiada lagi keadaan sekeliling yang gelap. Dia mendapati dirinya berada di dalam bilik di rumah Ibu dan Babanya. Mimpi…

Tangan diletakkan di atas kepala menutup mata yang sudah mula dibanjiri dengan air mata. Dia rindukan Hadzriq. dia masih tidak boleh terima hakikat ini. Abang Ha… apa makna semua ini?

Tangan yang diletakkan dikepala dialihkan dan dia tersentuh sesuatu ditepinya. Aisyah bangun dari baring lalu duduk bersila. Kotak pemberian Hadzriq di ambil lalu dibuka. Rantai pemberian Hadriq di renung. Aisyah mengambil pula sebuah sampul surat yang ada disebelahnya. Perlahan-lahan sampul durat berwarna putih dibuka. sekali lagi air matanya jatuh. surat yang ditulis tangan sendiri oleh Hadzriq dibaca.

Kehadapan sayangku Aisyah,

Maafkan Abang Ha… Saat Sya baca surat ini, mungkin Abang Ha sudah tidak ada lagi. Maafkan Abang Ha kerana tidak menepati janji Abang Ha untuk sembuh, untuk terus bertahan dengan penyakit ini. Bukan niat abang Ha mahu meninggalkan Sya seorang diri di dunia ini. Sudah ajal Abang Ha. Sya, Abang Ha cintakan Sya sepenuh hati Abang Ha sejak dulu lagi. Tidak pernah sehari pun Abang Ha tidak menyintaimu sayang.

Sayang,

Terimalah hakikat bahawa Abang Ha sudah tidak ada lagi. Terimalah bahawa Abang Ha tiada lagi didunia ini. Dan terimalah ketiadaan Abang Ha ini… Walaupun perit untuk meninggalkanmu seorang diri. Sya kena kuat! Kena tabah! Abang Ha tahu, ada seorang yang akan menjaga Sya dengan baik. Akan ada seorang yang bakal menyayangi Sya lebih daripada cinta Abang Ha. Dan Abang Ha juga sedar, Sya juga sudah mula menyayangi dia. Sedarlah sayang. Maafkan Abang Ha…

Salam sayang,

Hadzriq Haikal bin Jamal 

Air mata yang ada dipipi diseka. Dia perlu tabah dan kuat seperti apa yang tertulis di dalam surat ini. Dia tidak boleh lagi bersedih. Dia harus menerima hakikat. Walaupun susah, tapi dia akan cuba.

Rantai di dalam kotak kecil itu diambil lalu dipakai. Dia harus terus tabah! Lagi pula, dia sudah berjanji dengan Hadzriq yang dia tidak akan menangis sewaktu pemergiannya. Dia akan tebus janji itu. Dia tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Hadzriq orang yang mencintainya lebih dari Hadzriq, tetapi dia akan menyimpan perasaannya kepada Hadzriq jauh di dalam hatinya. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menggantikan Hadzriq.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku