Tak suka tapi Cinta
Babak 43
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2838

Bacaan






Dua tahun lapan bulan kemudian…

Langkah diatur berjalan mendekati pusara yang dilengkapi batu nisan berwarna putih. Rumput-rumput kecil mulai tumbuh meliar di celah batu-batu kecil yang ada di atas pusara. Suasana di tanah Perkuburan Ampang petang itu tidak terlalu sunyi kerana dikunjungi oleh beberapa orang waris. Aisyah memandang sekilas nama yang tertera di batu nisan.

Hadzriq Haikal bin Jamal.

Senyuman terukir dibibir biarpun air mata sudah bergenangan di tubir mata. Walaupun sudah lebih dua tahun arwah meninggalkannya, tidak pernah sesaat pun dia melupakan kenangannya bersama Hadzriq. kenangan itu begitu berharga buatnya. Langsung tidak dapat dinilai dengan harga wang ringgit.

Senyumannya, senda guraunya, ketawanya, dan kecelotehannya menyampaikan suatu cerita membuatkan Aisyah semakin merindui jejaka ini. Jika dahulu dia menerima tawaran jejaka ini membatalkan perkahwinannya dengan Haziq, pasti dia sudah bahagia bersama dengannya. Jika dahulu dia tidak terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan, pasti dia tidak akan menyesal sebegini.  Orang yang dicintainya sejak kecil, kini telah pergi selamanya. Masih pedih hatinya mengingati semua kenangan tersebut.

Setitis air mata jatuh ke pipi. Aisyah membiarkan sahaja. Dia melabuhkan duduk setelah menghamparkan tikar kecil di atas tanah bersebelahan kubur pusara Hadzriq. Tangan memetik beberapa rumput kecil yang tumbuh di atas pusara.

‘Abang Ha, dah dua tahun Abang Ha tinggalkan kami. Tinggalkan Sya. Sya rindukan Abang Ha. Sya rindu sangat nak lihat senyuman dan dengar gelak tawa Abang Ha. Andai masa boleh diputar balik, Sya takkan buat semua keputusan terburu-buru ini. Sya akan ikut kata hati Sya dan terima Abang Ha. Sya menyesal.’ Monolog Aisyah sendirian.

Air mata diseka. Batu nisan dipegang.

‘Abang Ha, sejak pemergian Abang Ha. Banyak yang dah berubah. Mama sekarang menetap terus di London. Terlalu banyak kenangan bersama Abang Ha di sini. Mama perlukan ruang untuk membina semangatnya semula. Walaupun Mama menetap di sana, kami selalu berhubung. Kadang-kadang tu sehari tu sampai lima kali. Rindu katanya’ Aisyah tersenyum sendirian.

‘Zurina pula, dia yang menguruskan syarikat PURNAMA BERHAD di Malaysia. Dia dah berubah sejak Abang Ha pergi tinggalkan kami. Tiada lagi Zurina yang manja, tetapi kini yang ada Zurina yang penuh berkarisma. Pun begitu, masih ada lagi sifat manja itu di dalam dirinya. Tapi sifat manja itu hanya ditunjukkan di hadapan Sya dan mama sahaja. Abang Haziq pula…’

Aisyah termenung seketika. Wajahnya ditundukkan. Buku Yassin ditangan digenggam kuat. ‘Abang Haziq pula sejak Abang Ha pergi, dia menghilangkan diri. Sehingga kini tidak ada sebarang berita darinya. Mungkin lebih baik begitu. Sya bencikan dia! Sya tak nak tengok muka dia lagi! Kalau bukan sebab dia...’ Air mata jatuh lagi kepipi.

“Kak Aisyah” panggil satu suara dari belakangnya.

Air mata diseka sebelum dia menolehkan wajahnya memandang orang yang memanggilnya. Aisyah tersenyum. “Zurin”

Zurina melabuhkan duduknya disebelah Aisyah. Bahu gadis itu dipeluk oleh Zurina. Zurina mengerti, Aisyah sangat merindui abang keduanya. Dia juga merindui arwah, namun rindunya tidak sekuat rindu Aisyah terhadap Hadzriq.

Buku Yassin diberikan kepada Zurina. mereka sedekahnya bacaan ayat suci tersebut kepada arwah Hadzriq yang sudah lama meninggalkan mereka. Berharap agar Hadzriq tenang disana.

__

Pintu kereta ditutup perlahan. Resit bank ditangan ditenung lama. Ada rasa tidak puas hati pada wajahnya. “Bertambah lagi?” tanya Zurina yang sedang memulas stereng untuk beredar dari hadapan bank.

Aisyah hanya mengangguk. Dia masih tidak berpuas hati. Setiap bulan, duit yang ada di dalam banknya pasti akan bertambah. Awalnya dia hairan juga. Tetapi apabila dia bertanya kepada kaunter, dia mendapati transaksi yang dibuat dari akaun lain ke akaunnya tidak lain tidak bukan daripada akaun Haziq. “Kak Sya tak faham la. Kenapa dia buat semua ni.” Aisyah menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Zurina tersenyum. Pandangan matanya masih terarah ke jalan raya. “Apa yang Kak Sya tak faham?”

“Kenapa dia masih nak bagi duit tu?” Aisyah mencebik tanda tidak puas hati.

“Lah. Baguslah. Maknanya Abang Long tu tak lupa pada tanggungjawab dia. Tak lupa nak bagi nafkah dekat Kak Sya.” Pujuk Zurina.

“Tapi…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Zurina terlebih dahulu memotong. “Kak Sya masih tak dapat terima Abang Long lagi?” Tanya Zurina.

Aisyah tidak menjawab pertanyaan Zurina. dia hanya diam membisu. Membuang pandangan jauh ke luar. Dia tidak tahu dia masih boleh terima Haziq atau tidak. Perasaan marah dan benci pada lelaki itu masih ada di dalam hatinya. Masih tidak boleh melupakan apa yang terjadi.

Zurina mengenggam tangan Aisyah dengan sebelah tangannya. “Kak Sya masih tak boleh lupakan?”

“Maafkan Kak Sya. Kak Sya tak boleh nak lupakan apa yang terjadi.” Aisyah menundukkan wajahnya.

“Tapi Kak Sya, Abang Haziq tetap suami Kak Sya yang sah.” Pujuk Zurina.

Aisyah tersenyum sinis. “Suami?”

Zurina mengangguk. “Yes Kak Sya.”

“Dah la Zurin. Kak Sya malas la nak cakap pasal dia.” Kata Aisyah. Zurina melepaskan keluhan di bibir. Nampaknya marah Aisyah masih ada lagi walaupun sudah dua tahun berlalu. Mungkin salah abang longnya juga kerana meninggalkan gadis ini sebaik sahaja selesai urusan pengebumian Hadzriq dua tahun lepas tanpa menyejukkan hati gadis itu terlebih dahulu. Siapa sahaja yang tidak rasa sedih jika dia dibiarkan sendiri.

“Esok Kak Sya free? Teman Zurin shopping jom?” tanya Zurina mula mengubah topik perbualan.

“Esok? Erm.. esok tak boleh la Zurin, Kak Sya ada kerja volunteer dekat hospital X” jawab Aisyah. Sejak pemergian Hadzriq, dia kerap mengikuti program sukarelawan di hospital tempat yang pernah dirawat oleh Hadzriq semasa dia masih hidup. Dia tidak mahu melupakan kenangannya bersama Hadzriq di hospital tersebut. Termasuklah saat perginya Hadzriq dari dunia ini.

Zurina mengangguk. “Ok Kak Sya. Kirim salam dekat Taufiq ya?”

“Amboi. Sejak rapat dengan doktor Taufiq ni, kemain miangnya ya?” Ketawa Aisyah. dia senang melihat Zurina yang semakin hari semakin rapat dengan doktor muda yang sangat berbakat seperti Doktor Taufiq. Bayangkan, di usia muda ini dia sudah mendapat gelaran doktor pakar. Pastinya gelaran itu tidak mudah untuk didapati, tetapi Doktor Taufiq berjaya mendapatkan gelaran tersebut dek kerana kecerdikannya di dalam bidang medik.

“Ala Kak Sya ni. Bukan selalu!” Kedua-dua gadis itu ketawa dengan gurauan yang dibuat oleh Zurina.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku