Tak suka tapi Cinta
Babak 44
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2695

Bacaan






Riuh suara ketawa dan sorakan daripada kanak-kanak di dalam wad kanak-kanak petang itu. Ada yang bermain kejar-kejar, bermain patung permainan, malah ada juga yang sedang duduk di suatu sudut membaca buku cerita yang dibawa oleh para sukarelawan.

Aisyah tersenyum melihat beberapa orang sukarelawan yang baru menjadi ahli, melayan kanak-kanak yang boleh tahan lincahnya. Hendak tergelak dia melihat salah seorang daripada mereka hampir terjatuh bermain kejar-kejar dengan kanak-kanak tersebut.

Disinilah dia membuang masa setiap hujung minggunya. Jika tidak duduk dirumah, pasti dia akan datang menolong di sini. Sedikit sebanyak dia dapat menghilangkan penat beban kerja di tempat dia bekerja sekarang.

“Aisyah. Boleh tak tolong Kak Nab angkat kotak mineral dekat tingkat bawah naik ke sini? Azrul dengan Amran dah pergi. Mereka perlukan seorang lagi.” Tanya Kak Zainab, pengerusi sukarelawan yang menjadikan persatuan mereka sentiasa aktif dengan kerja-kerja yang memerlukan bantuan.

Aisyah mengangguk. “Boleh! Serahkan je dekat Sya.”

“Maaflah Sya. Kak Nab kalau boleh tak nak kamu angkat benda berat-berat, tapi hari ini kita kekurangan ahli pula.” Kak Zainab memohon maaf.

Aisyah menggelengkan kepalanya. “Tak apalah Kak Nab. Sya okay je. Sya pergi dulu ya” ucap Aisyah lalu melangkahkan kakinya meninggalkan bilik permainan tersebut.

Kaki melangkah laju menuruni anak tangga yang ada di hospital tersebut. Dia sengaja tidak mengambil lif. Baginya lebih cepat dia menggunakan tangga daripada terpaksa tunggu lif di waktu begini. Kerana waktu tengahari begini pasti sahaja ramai pelawat yang akan menggunakan kemudahan tersebut.

“Kak Aisyah!” Panggil Azrul dari jauh. Remaja itu melambai-lambaikan tangannya. Langkah Aisyah dilajukan.

“Ha.. mana kotak mineral yang nak Kak Sya angkat tu?” tanya Aisyah kepada dua remaja lelaki itu. Amran dan Azrul tersenyum. Dia senang bekerja di dalam satu kumpulan bersama Aisyah. kerana gadis ini langsung tidak kisah untuk membuat sebarang kerja. Termasuklah mengangkat barang berat yang sebolehnya dibuat oleh lelaki.

“Ni.. Tinggal satu ni je. Kak Sya boleh ke angkat?” tanya Amran. Dia risau pula dengan Aisyah. sudahlah kurus, takut pula dia jika patah tulang Aisyah.

Aisyah ketawa. “Boleh la. Senang je ni.” Ujar Aisyah. dia mengangkat kotak mineral tersebut dengan senang sekali.

“Kejap!” kata Aisyah membantutkan langkah Amran dan Azrul yang sedang mengangkat dua kotak mineral setiap seorang. Kedua-dua mereka menoleh memandang Aisyah.

“Kenapa Kak Sya?”

“Apa kata, siapa lambat sampai atas dia kena belanja kita semua? Okay?” kata Aisyah.

Amran dan Azrul sudah tersenyum. Senyuman mereka sudah sampai ke telinga. Mana tidaknya, tawaran itu menjadi satu peluang buat mereka. Ini kerana kedua-dua mereka merupakan atlet lumba lari di universiti masing-masing.

“Boleh je!” Sahut Azrul dengan sorakan gembira.

“Okay. Kalau macam tu…” belum habis Aisyah menghabiskan kata-katanya, gadis itu terlebih dahulu memecut lari meninggalkan kedua-dua remaja tersebut. Aisyah memanjat laju tangga yang ada. Sekejap dia menoleh kebelakang ingin melihat Azrul dan Amran dapat mengejarnya atau tidak. Tetapi tidak ada. Mungkin kedua-duanya menggunakan jalan lain untuk cepat sampai ke tingkat enam dimana letaknya wad kanak-kanak tersebut.

Sampai sahaja Aisyah di tingkat empat, kakinya tiba-tiba tersandung pada salah satu anak tangga yang dinaikinya. Membuatkan Aisyah terjatuh terdorong ke hadapan. Kotak mineral yang diangkatnya juga terjatuh.

“Aduh!” Aisyah cuba bangun dari terbaring di atas lantai. Kakinya terasa ngilu. Dia meraba lututnya. Patut saja dia berasa sakit di kaki, lututnya luka malah berdarah ketika ini. Seluar di bahagian lututnya juga terkoyak sedikit. Itulah, hendak berlari tetapi tidak melihat dimana dia berpijak. Sudahnya dirinya juga yang merana.

Dalam menahan kesakitan, dia terdengar bunyi tapak kaki turun dari tangga atas. Aisyah tidak menghiraukan bunyi tersebut, dia sibuk membersihkan kotoran yang terkena pada lukanya.

“Are you okay miss?” tanya seseorang bersuara garau. Aisyah menjeling sekilas. Dia perasan seseorang berjubah putih sedang berdiri memandangnya. Nampaknya salah seorang doktor yang bekerja di hospital ini yang menegurnya.

“Yeah I’m okay.” Bohong Aisyah. dia berasa segan pula. Entah-entah doktor itu nampak cara dia jatuh tadi. jatuh seperti nangka jatuh ke tanah. Malu!

Tiba-tiba sehelai sapu tangan dibalut ke lututnya yang berdarah. Aisyah terkejut. Dia mendongak memandang doktor tersebut. “Eh! Saya okay”

Doktor tersebut tersenyum. “I know you are not that ‘okay’.” ujarnya. Dia meneruskan kerjanya membalut lutut Aisyah.

Aisyah tertunduk malu. “Sorry” hanya itu sahaja yang mampu diucap olehnya. Doktor muda itu tersenyum. Dia terhibur melihat wajah Aisyah terkejut sebentar tadi. tujuannya hanyalah untuk mendapatkan sedikit ruang berehat di tangga kecemasan tersebut. Tetapi tidak menyangka gadis ini akan membuatkan aksi jatuh yang begitu menggelikan hatinya.

“Okay. It’s done. Make sure you letak ubat lepas ini ok?” nasihat doktor muda tersebut. Aisyah hanya mengangguk. Gadis itu cuba bangun namun cubaan pertamanya gagal. Doktor tersebut cuba untuk membantu dengan memegang tangan gadis itu, namun Aisyah menepis tangan tersebut dengan lembut.

“Sorry” ucap doktor tersebut.

Aisyah hanya tersenyum. Dia berjalan terhinjut-hinjut ke arah kotak mineral yang berada tidak jauh dari mereka. Dia cuba untuk mengambil dan mengangkat kotak tersebut, tetapi belum sempat dia mengangkat, kotak tersebut sudah di angkat oleh doktor yang menolongnya.

“Saya tolong awak” beritahu doktor muda tersebut. Aisyah hanya mengangguk. Nak dihalang, dirinya pun tidak berapa larat untuk mengangkat kotak itu.

Langkah diatur perlahan menuju ke wad kanak-kanak. Mereka langsung tidak bersuara. Tahu-tahu sahaja dia sudah sampai di wad tersebut. Panik Kak Zainab apabila melihat lutut Aisyah terluka. “Ya Allah Sya! Apa dah jadi?”

“Sya jatuh. Sikit je ni. Budak-budak mana kak?” tanya Aisyah. dia memandang sekeliling. Suara riang kanak-kanak tadi bertukar senyap pula.

“Sekarang masa untuk doktor buat rondaan. Dan masa untuk kita rehat pula. Sya okay tak ni?” tanya Kak Zainab. Doktor muda yang menolong Aisyah memberikan kotak mineral tersebut kepada Azrul yang berdiri berhampiran mereka.

“Sorry Kak Sya. Kalau bukan sebab kami…”

Belum sempat Amran menghabiskan kata-kata maafnya, Aisyah memotong kata-katanya itu. “Lah. It’s okay. Lagipun Kak Sya yang ajak korang berlumba tadi. nampaknya Kak Sya kena la belanja kita semua hari ini.” Kata Aisyah lalu ketawa dengan kata-katanya sendiri.

“Tak apalah Kak Sya. Lain kali la ya?” kata Azrul selepas meletakkan kotak mineral pada tempatnya.

“Mana boleh. Kak sya nak belanja juga. Nanti Kak Sya orderkan pizza okay?” kata Aisyah lalu mendapatkan begnya dengan terhinjut-hinjut. Dia pantas membuat pesanan.

“Okay! Dah! Nanti Azrul ambil pesanan tu dekat bawah ya?” kata Aisyah lalu mematikan taliannya apabila selesai urusan.

“Tapi kak Sya..”

“No! Kak Sya okay je. Don’t worry” kata Aisyah. langkah di atur ke arah doktor muda yang masih tersenyum kepada Aisyah. “Awak pun join sekali ya?”

“Me?”

Aisyah mengangguk. “sebab bantu saya tadi” jelas Aisyah sambil menunjukkan lututnya yang sudah dibalut dengan sapu tangan.

Doktor tersebut tersenyum. Dia mengangguk tanda setuju. Aisyah juga turut tersenyum. Dia senang berbual dengan doktor ini. Rasa seperti sudah lama mereka kenal sahaja. Walhal baru sahaja.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku