Tak suka tapi Cinta
Babak 45
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(38 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3923

Bacaan






Aisyah keluar dari bilik doktor yang merawat pesakit luar sepertinya. Balutan kain sapu tangan tersebut sudah ditukar dengan balutan bandage. Dia diminta untuk tidak membuat banyak pergerakan kerana khuatir luka tersebut makin melarat. Dan juga dia dinasihatkan untuk menukar bandage tersebut dua kali sehari bagi menghalang kuman untuk terkena pada lukanya.

Punggung dilabuhkan pada kerusi menunggu jauh sedikit daripada orang ramai. Sapu tangan ditangan dilipat menjadi kecil. Nampaknya dia kena berterima kasih dengan tuan empunya sapu tangan ini. Jika tidak disebabkan dia, pasti Aisyah masih terduduk di tangga tersebut.

Tiba-tiba setin air minuman di hulurkan kepadanya. Aisyah mendongakkan kepalanya. Doktor yang membantunya tadi sedang tersenyum sambil memegang dua tin air coklat. Aisyah mengambil huluran air tin tersebut. “Terima kasih”

Doktor tersebut melabuhkan duduk di sebelahnya. “Dah rawat kaki tu?”

Aisyah mengangguk. “Terima kasih sekali lagi.”

Doktor muda tersebut ketawa. “Awak masih macam dulu.”

Aisyah tersentak. Masih macam dulu? Kami pernah berkenalan kah? Aisyah memandang wajah doktor muda tersebut. “Maksud awak? Kita pernah kenal ke?”

“Saya Syed. Kawan kepada Jai. Ingat lagi?” Doktor muda yang bernama Syed memperkenalkan dirinya.

Aisyah terkejut. Matanya merenung wajah doktor tersebut. “You look different without your glasses.” Kata Aisyah. wajah lelaki ini apabila membuka cermin mata saling tidak tumpah seperti pelakon Nazrief Nazri.

Syed tersenyum sekali lagi. “Saya sebenarnya tak rabun.”

“Dah tahu tak rabun kenapa nak pakai cermin mata?” tanya Aisyah. dia pelik. Sesetengah orang di luar sana yang mempunyai masalah rabun sebolehnya tidak mahu memakai kaca mata, tetapi jejaka ini sengaja memakainya. Tidak rasa rimaskah dia?

“Saja.” Ujar Syed mengangkat kedua-dua bahunya.

“Oh ye, suami awak sihat?” tanya Syed. Dia kemudian menghirup air tin di tangan.

Aisyah terdiam. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. sudah dua tahun lebih mereka tidak berhubung. Tidak mungkin dia akan cakap hal itu kepada Syed. Syed orang luar bagi mereka. Dia tidak harus membuka cerita mengenai hal rumahtangga mereka.

“Aisyah?” panggil Syed setelah gadis itu lama mendiamkan diri.

“Sorry. Saya tengah fikir hal kerja.” Bohong Aisyah. dia tidak mahu Syed memikir yang bukan-bukan.

“Awak kerja mana sekarang?” tanya Syed. Mengalih topik perbualan mereka. Mungkin jejaka ini faham Aisyah tidak mahu bertanya soal rumahtangganya.

“Kerja di Star FH Holding.” Jawab Aisyah ringkas. Dia bukan tidak mahu bekerja di syarikat milik keluarga mertuanya, dia lebih selesa mencari pengalaman di tempat lain.

“Tunang saya bekerja di sana. Tapi dia kerani je. Position awak sebagai apa?” tanya Syed seolah-olah berminat ingin tahu.

“Setiausaha kepada CEO syarikat.” Jawab Aisyah.

Berkerut dahi Syed. “Bukan ke CEO syarikat tak pernah masuk office? Itu apa yang dikatakan oleh tunang saya la”

Aisyah mengangguk. “Betul tu. tapi saya berurusan dengan beliau melalui emel sahaja. By the way, awak dah bertunang? Tahniah. Dengan orang yang awak bagitahu saya dulu tu ke?” Tanya Aisyah. dia pula ingin tahu cerita daripada Syed.

Syed tersenyum tersipu malu. “Betul tu. Alhamdulillah, hubungan kami direstui. Lagi dua bulan kami akan bernikah. Jemput la datang nanti ya?” jemput Syed. Jelas kelihatan dia bahagia bersama pilihan hatinya.

“InshaaAllah. Saya pasti akan datang.” Aisyah tersenyum di sebelah Syed. Entah kenapa dia terfikir akan Haziq. Walaupun dia masih marahkan Haziq, dia terfikir juga jika jejaka itu baik-baik sahaja atau sebaliknya. Langsung tiada khabar berita daripada jejaka itu. Masih ingatkah jejaka itu kepada dirinya.

__

“Kak Aisyah!” sergah seorang rakan sekerja Aisyah.

Aisyah mengusap dadanya dek kerana terkejut disergah. “Ya Allah Aireen. Nasib baik Kak Sya tak ada sakit lemah jantung tau. Kalau tak, boleh goal Kak Sya.”

Aireen tersenyum sahaja apabila dibebel oleh Aisyah. dia suka mengusik Aisyah, walaupun jawatannya sebagai kerani sahaja di dalam syarikat ini, dia dilayan tidak ubah seperti seorang adik oleh Aisyah. dan Aisyah la satu-satunya rakan sekerjanya yang paling rapat.

“Kak Sya pergi kan Family day syarikat ni?” tanya Aireen.

Aisyah menganggukkan kepalanya beserta sebuah senyuman. “Pergi. Nanti kita duduk satu bilik sama-sama ya?” Ajak Aisyah lagi.

“Yeay! Sayang Kak Sya!” sorak Aireen di dalam bilik pejabat Aisyah yang sederhana kecil itu. Aisyah hanya ketawa melihat telatah Aireen. Dia senang rapat dengan gadis muda itu, perangainya tidak ubah seperti Zurina.

Bunyi telefon pejabat menghentikan perbualan mereka. Aisyah menunjukkan isyarat di bibir supaya Aireen tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia takut jika panggilan tersebut datang daripada pegawai atasan mereka. Maklum sahajalah, Aisyah sering berurusan bersama mereka atas urusan rasmi kerja.

Berkerut wajah Aisyah menjawab telefon tersebut. Sekejap dia membuat muka menyampahnya, sekejap dia terasa mahu muntah. Aireen yang memerhati hanya ketawa tidak bersuara di hadapannya. Ini pasti Datuk Malik. Perangai gatal beliau sudah dikenali oleh semua kakitangan perempuan di syarikat tersebut. Sebelum Aisyah bekerja dengan mereka, ramai juga yang telah terkena dengan beliau.

“Baik terima kasih Datuk.” Ucap Aisyah lalu meletakkan ganggang telefon tersebut. Aisyah kemudian menggelengkan kepalanya berkali-kali.

“Datuk Malik call lagi ya?”

“Habis itu siapa lagi? Dia ajak Kak Sya lunch dengan dia.” Kata Aisyah. membuat muka gelinya.

“Kak Sya terima ke?” tanya Aireen dengan tawanya. Sengaja mahu menyakat Aisyah.

“Tak nak la Kak Sya! Geli kut! Dia dah la ada tiga bini”

“Kak Sya boleh jadi yang ke empat.” Gurau Aireen lagi.

“Ha… Tak apalah. Dari Kak Sya fikirkan soal tu. baik Kak Sya siapkan report ni. Petang ni boss kita yang M.I.A (Missing In Action) ni akan datang.” Bebel Aisyah. tangannya sudah mula menyambung kerja menaip di hadapan skrin komputernya.

“Boss kita yang tak pernah datang tu ke?” tanya Aireen.

Aisyah mengangguk laju. “Dah tu siapa lagi?”

“Oh ye, Boss kita tu selama ni duduk mana Kak Sya? Overseas ke?” tanya Aireen lagi. Dia jadi berminat ingin tahu perihal majikan mereka yang tidak pernah masuk ke dalam pejabat sejak tertubuhnya syarikat tersebut.

“Dengarnya macam itu la. Kali ini dia nak datang dan menetap terus di sini. Jadinya, kerja Kak Sya bertambah la.” Jawab Aisyah.

Aireen mengangguk faham. Dia bingkas bangun dari duduk di kerusi hadapan Aisyah. tidak mahu mengganggu gadis itu membuat kerjanya. Lebih baik dia keluar dan membuat kerjanya. Jika dia mengganggu Aisyah, takut gadis itu tidak dapat membuat kerjanya dengan tenang.

__

Langkah diatur masuk kedalam bilik mesyuarat yang sudah dipenuhi oleh ahli-ahli pengarah berjawatan tinggi di dalam syarikat FH Holdings. Aisyah mengambil tempat duduk di hadapan sekali bersebelahan dengan kerusi CEO yang bakal diduduki oleh majikannya sebentar lagi. Entah kenapa, ada debar di dadanya. Mungkin dia bakal mengenali majikannya buat pertama kali semenjak setahun dia bekerja di sini.

Para pengarah yang hadir mula membisikkan sesuatu. Mereka juga ingin tahu siapakah CEO FH Holdings kerana mereka juga tidak pernah bersua muka dengannya. Pelbagai andaian yang didengari. Daripada kredibiliti sehinggalah wajah pemilik syarikat ini. Aisyah langsung tidak mengambil tahu hal tersebut.

Dari jauh, Datuk Malik sudah beberapa kali mengenyitkan matanya kepada Aisyah. Rimas pula dibuatnya. Aisyah berpura-pura tidak nampak apa yang dilakukan oleh Datuk Malik. nasib sahaja dia tidak perlu duduk bersebelahan dengan Datuk gatal itu. Kalau tidak, merana hidupnya.

Aisyah menjeling pada jam di tangan kirinya. Lagi dua minit CEO mereka akan masuk. Dia membuka beberapa dokumen fail bagi memastikan tiada sebarang kertas dokumen yang tertinggal. Walaupun mereka tidak pernah bersua muka, Aisyah sudah tahu perangai cerewet majikannya yang satu itu. Semuanya harus sedia ada.

Pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar, para pengarah yang ada di dalam bilik tersebut bangun memberikan hormat. Aisyah yang masih tunduk memastikan semua dokumen sudah tersedia, menutup fail tersebut lalu bangun bagi memberi hormat kepada majikannya. Dia mendongakkan wajahnya bagi memandang wajah itu buat pertama kalinya.

Aisyah tersentak. Dirasakan peredaran waktu yang berlaku ketika itu terhenti seketika. Jantungnya berdegub kencang. Benarkah apa yang dilihatnya ini. Wajah yang serius berjalan memandangnya direnung lama. Bermimpikah dia?

Haziq yang berdiri di hadapan Aisyah hanya tersenyum melihat riaksi gadis itu. Terkejut sangatkah dia sampaikan kakitangan lain sudah duduk dia masih lagi berdiri statik memandangnya?

“Nice to meet you Cik Aisyah” ucap Haziq kepada Aisyah. Aisyah yang tersedar kakitangan lain sedang memandangnya berpura-pura mengangguk lalu duduk di kerusinya. Haziq mengambil tempat duduknya di sebelah Aisyah.

Mesyuarat dimulakan dengan diketuai oleh Encik Iman iaitu Ketua Jabatan Sumber Manusia. Dia menyampaikan maklumat dan data daripada jabatannya kepada Haziq. Seorang demi seorang menyampaikan data statistic daripada jabatan masing-masing. Aisyah di sebelah menulis setiap info yang berguna bagi menulis minit mesyuarat mereka. Sesekali matanya menjeling memandang Haziq di sebelah. Jejaka itu kelihatan begitu fokus mendengar setiap apa yang disampaikan kepadanya. Aisyah kembali menulis di buku catatannya. Dia juga harus fokus menjalankan tugasannya. Tidak boleh terganggu dengan hal peribadi.

Haziq menjeling sekilas melihat Aisyah di sebelahnya yang begitu tekun menulis info yang berguna di dalam buku catatannya. Sudah lebih dua tahun dia menghilangkan diri. Dia sengaja berbuat demikian, kata-kata Aisyah begitu terkesan di hatinya. Sehingga dia sendiri tidak dapat memaafkan dirinya sendiri kerana begitu mementingkan diri.

Selesai segala penyampaian data dan statistic dari setiap jabatan, Haziq mengucapkan sepatah dua ucapan. Dia mengucapkan bahawa dia akan mula memulakan tugasnya di syarikat ini mulai hari ini. Dan jika ada sebarang masalah boleh terus hubunginya. Tidak perlu lagi berurusan dengan setiausahanya iaitu Aisyah. Selepas itu, dia melangkah keluar setelah mesyuarat tamat.

Aisyah masih duduk di tempatnya biarpun mesyuarat sudah lama habis. Hatinya mula rasa tidak senang dengan apa yang berlaku. Jantungnya juga masih berdegub kencang. Jadi selama ini dia berhubung dengan Haziq dalam tidak sedar. Haziq merupakan majikannya selama ini. Dan nama syarikat FH Holdings itu rupanya Fariq dan Haziq Holdings. Macam mana dia boleh tidak sedar selama ini?

“Hai Aisyah. You sihat?” tanya Datuk Malik mula merapatkan dirinya dengan Aisyah. pertanyaan Datuk Malik mematikan lamunannya sebentar. Dia memandang sekelilingnya. Sudah tidak ada orang di dalam bilik tersebut. Hanya dirinya dan Datuk Malik sahaja. Lebih baik dia angkat kaki sebelum apa-apa yang terjadi. Bukan boleh percaya sangat orang tua ini.

“Maafkan saya Datuk. Saya minta diri dulu.” Kata Aisyah sambil mengemas barang-barangnya. Dia harus segera beredar dari sini. Jika tidak bahaya dirinya. Sudahlah bilik mesyuarat ini tertutup dan kedap udara. Orang di luar tidak boleh dengar suara mereka dari luar.

Baru beberapa langkah Aisyah melangkah, tangannya sudah disambar oleh Datuk Malik. Aisyah terkejut. Dia cuba untuk melepaskan gengaman tangan tersebut. Tetapi tidak berjaya. “Apa ni Datuk. Kita dekat pejabat ni”

“Kenapa you ni jual mahal sangat dengan i?” tanya Datuk Malik mula berang kerana Aisyah tidak pernah respon dengan ajakannya. Macam-macam cara telah dia lakukan. Jika wanita lain, cara itu dengan senangnya berjaya menawan hati mereka. Aisyah bukan seperti gadis lain diluar sana. Yang lebih seksi dan menawan. Aisyah Cuma gadis biasa yang sopan dan memakai tudung labuh tetapi tetap bergaya. Tetapi kenapa susah untuk memikat hati gadis ini?

“Maafkan saya Datuk. Saya ada kerja” ujar Aisyah lagi. Dia cuba untuk melepaskan genggaman tangannya. Namun tetap tidak berjaya. Amboi makan apa Datuk Malik ni? Nampak je tua penuh uban, tapi tenaga dia mengalahkan tenaga seorang remaja.

“Ehem!” dehem seseorang di muka pintu. Serta merta tangan yang menggenggam tangan Aisyah terlepas. Gadis itu cepat-cepat menggunakan peluang itu untuk meloloskan dirinya daripada Datuk Malik.

“Haziq.”

Haziq mengangguk. Dia melangkah keluar meninggalkan Datuk Malik yang kelihatan cemas tidak menyangka Haziq iaitu pemilik syarikat tersebut akan ada di situ. Dia sudah pasti sebelum dia mendekati Aisyah tiada orang di tingkat tersebut kerana tingkat tersebut hanya dikhaskan untuk bilik mesyuarat sahaja.

Aisyah mendaki anak tangga di tangga kecemasan bangunan syarikat tersebut. Dia memilih untuk menggunakan kemudahan tersebut supaya dapat menenangkan dirinya terlebih dahulu. Terlalu banyak kejutan yang dia dapat hari ini. Sudahlah kehadiran Haziq kembali di dalam hidupnya, kemudian tindakan Datuk Malik yang berani memegang tangannya. Jika bukan sebab Haziq menegur mereka, tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada dirinya.

“Kau buat apa dengan Datuk Malik tadi?”

Aisyah tersentak. Dia menolehkan badannya memandang orang yang menegurnya. Adam Haziq kelihatan serius berdiri memandangnya. Aisyah menelan air liurnya. “Kami tak buat apa-apa pun.” Hilang terus rasa marahnya kepada Haziq sebelum ini.

Sinis senyuman yang diberikan oleh Haziq. “Tak sangka dua tahun aku tak ada, kau main kayu tiga pula? Dengan orang tua pun jadi ke?”

“Abang Haziq salah faham ni. Tadi tu..”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Haziq memeluknya dengan erat. Membuatkan Aisyah terdiam seketika. Terkejut dengan tindakan jejaka itu. Tidak pernah dia dipeluk sebegitu. Entah kenapa dia terasa mahu menangis sahaja. Kehangatan badan Haziq membuatkan hati Aisyah yang kacau menjadi tenang. Jauh dari sudut hatinya, dia senang dengan keadaan tersebut.

Beberapa ketika sedar dengan tindakannya, Haziq menolak tubuh Aisyah jauh darinya. membuatkan Aisyah terdorong kebelakang lalu tersandar pada dinding. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat sedemikian. Hatinya begitu resah apabila mendapati ada lelaki lain cuba mengambil kesempatan keatas Aisyah. nasibnya baik apabila terlihat adegan tersebut dan berjaya menghentikannya sebelum apa-apa terjadi kepada Aisyah.

“Aku tak nak tahu.” Kata Haziq. Dia membuang pandangan ke arah lain sebelum menyambung kata-katanya. “Bawa masuk fail di akaun syarikat ini dalam pejabat saya.”

Haziq kemudiannya melangkah meninggalkan Aisyah yang kelihatan terpinga-pinga. Wajahnya merah seperti buah delima.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku