Tak suka tapi Cinta
Babak 46
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3001

Bacaan






Aisyah tergesa-gesa melabuhkan duduknya dibirai katil selepai selesai menolong Ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur. Sejak pemergian Hadzriq dan kehilangan Haziq, Aisyah berpindah masuk semula ke rumah Ibu dan Babanya. Itu pun setelah puas dipujuk oleh Puan Hani dan Encik Kamal. Mereka tidak mahu Aisyah sedih sendirian di dalam penthousenya.

Telefon bimbit dicapai lalu mencari nombor telefon Zurina. dia harus memberitahu Zurina tentang Haziq.

“Assalamualaikum Kak Sya, ada apa call Zurin malam-malam ni?” tanya Zurina. suaranya seperti orang yang baru tidur sahaja.

“Waalaikumusalam. Zurin. Abang Haziq dah balik” beritahu Aisyah tanpa berlengah lagi.

“Ha?! Serius?!” Zurina menjerit dihujung talian membuatkan Aisyah terpaksa menjarakkan sedikit telefon tersebut dari telinganya.

“Aduh! Sakit telinga Kak Sya”

Zurina ketawa sendiri. “Sorry Kak Sya. Apa dia? Abang Haziq dah kembali? Bila?” Tanya Zurina bertubi-tubi.

“Ye. Tadi. rupanya selama ni Kak Sya bekerja dengan Abang Haziq. Zurin la! Kalau la Zurin tak kenalkan Kak Sya dengan Kak Marlia untuk jawatan ni. Tak adanya Kak Sya kena tengok muka dia lagi.” Keluh Aisyah.

“Lah. Abang Haziq dah ada syarikat sendiri rupanya. Syarikat tu syarikat dia rupanya.” Kata Zurina.

“Habis tu, Kak Sya nak buat apa sekarang?” tanya Zurina pula.

Aisyah menjongketkan bahunya seolah-olah dapat dilihat oleh Zurina. “Entah! Terpaksa la hadapinya.”

“Zurin kena bagitahu mama ni. Okay la Kak Sya, Zurin nak call mama pula. Assalamualaikum!” kata Zurina lalu memutuskan talian sebelum sempat salam itu dijawab oleh Aisyah. Nampak benar Zurina tidak tahu akan hal itu.

Aisyah meletakkan telefon bimbit tersebut di atas ribanya. Tangan kanan menggenggam bintang kecil yang ada pada rantai pemberian Hadzriq. Dia memikirkan nasibnya yang terpaksa bekerja di bawah Haziq pada masa akan datang. Mesti sukar buatnya. Bayangkan, orang yang selama ini dia benci, terpaksa di hadap atas dasar kerja.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan lamunan Aisyah terhenti.dia segera membuka pintu biliknya yang dikunci sebentar tadi. tersembul wajah Puan Hani di hadapan pintunya. “Eh Ibu? Tak tidur lagi?” tanya Aisyah. hairan melihat ibunya belum berehat dan tidur dibiliknya. Selalunya waktu-waktu begini ibu dan babanya sudah berehat dibilik.

Puan Hani menghulurkan sebungkus hadiah berbalut kepada Aisyah. berkerut dahi Aisyah menyambut huluran hadiah tersebut. “Dari siapa ni ibu?”

“Kawan kamu Lulu. Ibu lupa nak bagi tadi. ini dah teringat baik Ibu bagi terus kepada kamu.” Jelas Puan Hani. Matanya yang layu dipaksa untuk buka. Aisyah tersenyum. Setiap bulan mesti sahabatnya itu akan menghantar kiriman kepadanya. Tidak kiralah kiriman berbentuk surat ataupun bungkusan hadiah cenderahati kepadanya. Sudah setahun setengah sahabatnya itu menetap di negara orang. Rindu pula dia dengan sahabatnya seorang itu.

“Ibu ni, esok kan masih ada? Boleh je Ibu bagi dekat Sya esok. Ibu pergilah rehat. Kesian Sya tengok.” Kata Aisyah sambil tersenyum.

Puan Hani mengangguk. Kaki melangkah pergi meninggalkan bilik anak tunggalnya. Tetapi, baru tiga langkah di atur, Aisyah memanggilnya semula. “Ibu. Abang Haziq dah balik.”

Puan Hani menoleh memandang wajah anaknya. Senyuman diukir dibibir. “Ibu tahu. Pagi tadi dia ada datang jumpa kami.”

Aisyah tersentak. Dia sangkakan berita ini akan mengejutkan ibunya, tetapi dia pula yang terkejut dengan berita yang baru diberitahu oleh ibunya. “Apa ibu?”

“Esok pagi kita bincang ya? Sebelum tidur basuh kaki dulu.” Pesan Puan Hani lalu menyambung langkahnya yang terhenti tadi meninggalkan Aisyah yang sudah terlopong sedikit mulutnya.

Abang Haziq datang ke rumah? Nak buat apa? jadi, dia sudah tahu aku tidak duduk lagi di rumah itu? Marahkah dia? Ahhh! Buat apa aku nak fikirkan semua itu! Lantak dia la…



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku