Tak suka tapi Cinta
Babak 48
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2110

Bacaan






Kereta diberhentikan di hadapan pagar rumah teres dua tingkat kediaman ibu dan bapa Aisyah. Aisyah melihat keadaan di dalam rumahnya yang gelap seperti tidak berpenghuni. Hairan. Selalunya Ibu dan Babanya pasti akan menunggunya pulang tidak kira betapa lewatnya dia. Tetapi, hari ini tidak seperti selalunya. Kereta di garaj juga tiada. Kemana pula Ibu dan Babanya?

“Sekejap ya” ucap Aisyah kepada Haziq disebelahnya. Nanti tak pasal-pasal dia tinggalkan aku seorang depan rumah ni pula.telefon bimbit di dalam tas tangan di keluarkan.

“Assalamualaikum Baba. Baba dengan ibu pergi mana?” tanya Aisyah selepas memberi salam kepada Encik Kamal di hujung talian.

“Waalaikumusalam. Baba dengan Ibu jenguk maklong kamu. Dia jatuh bilik air lepas isyak tadi.”

“Maklong jatuh baba?” tanya Aisyah.

“Iya. Maaf tak beritahu kamu awal-awal. Baba dah beritahu Haziq dah tadi. dia tak bagitahu ke?” tanya Encik Kamal di hujung talian. Aisyah mengerling sekilas Haziq yang sedang ralit memerhati skrin telefon bimbitnya. Wajahnya kelihatan bersahaja.

“Ahaaa… dia lupa la tu. Habis itu Baba dengan ibu balik tak ni?” tanya Aisyah.

“Balik. Cuma kami baliknya lambat sikit. Kamu tidurlah di rumah kamu ya? Takut kamu tunggu kami nanti lama pula.” Nasihat Encik Kamal.

“Tapi Baba, Sya…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Encik kamal memotong. “Paklong kamu panggil Baba. Nanti kita borak lagi ya” Kata Encik Kamal lalu mematikan talian.

Aisyah terkedu sebentar. Tidur di rumah Haziq? Di penthouse mereka? Oh tidak! Tak nak! Dah lebih dua tahun dia tidak menjejakkan kaki di rumah mereka itu. Entah bagaimanalah keadaan rumah tersebut. Aduh!

“Baba cakap apa?” tanya Haziq setelah lama Aisyah mendiamkan diri selepas menamatkan taliannya dengan Encik Kamal.

“Kenapa Abang Haziq tak beritahu Sya?” tanya Aisyah, langsung tidak memandang wajah Haziq disebelah.

“Beritahu apa?” tanya Haziq. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Dia ni memang tak tahu atau sengaja nak buat aku marah? Monolog Aisyah sendirian.

“Baba ada beritahu abang Haziq dia tak ada dirumah tadi kan?” tanya Aisyah. menjelaskan pertanyaannya yang kurang jelas tadi.

“Oh. Aku lupa. Patutlah aku pergi office tadi.” jawab Haziq. Sengaja memberi alasan kepada Aisyah. Pedal minyak ditekan meninggalkan kediaman Encik Kamal dan Puan Hani.

“lupa? Macam mana la Abang Haziq boleh lupa. Hantarkan Sya ke rumah Zurin. Sya boleh tidur sana.” Beritahu Aisyah sebaik sahaja kereta bergerak laju di jalan raya.

Haziq langsung tidak membalas kata-kata Aisyah. Dia buat tak tahu sahaja dengan apa yang dikatakan oleh Aisyah. “Abang Haziq? Dengar tak?” tanya Aisyah selepas tidak mendapat jawapan daripada suaminya.

“No.” ringkas sahaja jawapan Haziq.

“Why no?”

Haziq diam. Tidak menjawab pertanyaan Aisyah. dia memberi perhatian kepada pemanduannya. Aisyah disebelahnya ikut sama diam apabila pertanyaannya tidak berjawab. Sudahnya gadis itu tertidur di tempat duduk pemandu di sebelahnya. Wajah gadis itu dikerling sebentar. Haziq tersenyum. Kenapa dia tersenyum? Dia sendiri tidak tahu.

__

Aisyah membuka perlahan-lahan matanya. Bunyi jam loceng pada telefon bimbit menandakan waktu subuh mengejutkan dirinya yang sedang lena tidur. terpisat-pisat Aisyah bangun. Dia memandang sekelilingnya. Kepala yang tidak gatal digaru. Dia dapat merasa dirinya masih berpakaian lengkap baju pejabat. Malah tudung dikepala juga tidak dibuka. Bilik tidur ini pula, seperti bilik tidur di rumah penthousenya dan Haziq. Sekejap…

Mata Aisyah terbeliak! Dia melompat turun dari katil. Aku dalam bilik?! Aisyah menelek dirinya buat kali kedua. Fuh! Lega! Dia masih lengkap berpakaian.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Aisyah tersentak. Selang beberapa minit pintu itu dibuka dari luar. Tersembul wajah Haziq lengkap berbaju melayu, berkain pelikat dan bersongkok di muka pintu. “Ha… bangun pun. Siap cepat, aku tunggu dekat ruang tamu.”

“Nak buat apa?” tanya Aisyah seperti orang binggung. Dahinya berkerut seribu.

Haziq tersenyum sinis. “Aku nak khatankan anak orang. Kau ni, nak solat berjemaah la. Dah! Cepat” arah Haziq lalu menutup rapat pintu bilik gadis itu.

Aisyah mencebik dan menjelirkan lidahnya ke arah pintu. Tiba-tiba pintu tersebut dibuka dari luar. Terbeliak mata Aisyah.

“Cepat!” pintu ditutup semula. Aisyah memejam matanya. Aduh! Malunya aku!!!!

Haziq menahan ketawanya. Dia tidak menyangka Aisyah akan kelihatan begitu lucu tadi. Dia menggelengkan kepalanya lalu meninggalkan pintu bilik Aisyah.

Sewaktu menunaikan solat subuh berjemaah bersama Haziq, hati Aisyah tersentuh dengan bacaan surah yang dialunkan oleh suaminya. Susunan tajwid dan alunan tarannum yang sempurna membuatkan Aisyah hampir menitiskan air mata. Dia tidak sangka, jejaka yang sepanjang hidupnya bermuka bengis dan ketat boleh membaca surah dari ayat AlQuran yang mampu membuat hatinya tersentuh. Jauh dari sudut hatinya dia bersyukur kerana diberi seorang suami seperti Adam Haziq.

Entah kenapa dia jadi teringat dengan arwah Hadzriq. Lunakan suara bacaan surah daripada Hadzriq persis suara Haziq. Sama. Bacaan tajwid dan juga tarannum. Kedua-duanya sama. Walaupun dia suka dengan bacaan yang di baca oleh arwah Hadzriq. dia tidak pernah rasa tersentuh seperti apa yang dibaca oleh Haziq.

“Ya Allah. Engkau tempatkanlah Arwah adikku dikalangan orang-orang yang beriman disisi-Mu. Engkau ampunkanlah dosanya Ya Allah… sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Aisyah tersentuh sekali lagi dengan doa yang diucap oleh Haziq. Dia merenung wajah Haziq dari belakang. Ada titisan air mata jatuh kepipinya. Hatinya tersentuh. Timbul rasa kasihan di hatinya. Benarkah selama ini Haziq tidak bersalah? Benarkah selama ini dia salah faham seperti apa yang dikatakan oleh jejaka ini dua tahun dahulu?

“Amiiinnn…” kedua-dua tapak tangan diraupkan kemuka mengaminkan bacaan doa yang di ucap oleh Haziq.

Aisyah bergerak sedikit menghampiri Haziq. Dia menghulurkan kedua-dua tangannya mahu menyalami tangan suaminya. Haziq jadi teragak-agak sedikit. Bukan dia tidak mahu. Dia jadi terkejut dengan tindakan Aisyah. disangkanya gadis itu masih membenci dirinya atas apa yang terjadi.

“Sya nak minta maaf dekat Abang Haziq.” Ucap Aisyah. wajah gadis itu ditundukkan. Menahan rasa sebak di dada.

“Sya tahu. Sya tuduh Abang Haziq melulu tanpa usul periksa. Sya berdosa dengan Abang Haziq. Sya berdosa dengan suami sya sendiri. Maafkan Sya.” Diciumnya kedua-dua tangan suaminya.

Haziq mengusap kepala Aisyah yang dibaluti telekung berwarna putih. “It’s okay.”

Aisyah mendonggakkan kepalanya. Gadis itu tersenyum. Dia berharap Haziq boleh memaafkan dirinya kerana disebabkan dialah jejaka itu menghilangkan dirinya selama dua tahun.

“Can I ask you something” Tanya Haziq. Menggenggam tangan gadis di hadapannya.

“Apa dia?”

“Do you love me?” tanya Haziq. Merenung anak mata Aisyah.

Aisyah menundukkan wajahnya. “Tak tahu.”

“So, can we be friend?” tanya Haziq lagi. Dia menggenggam tangan gadis itu lagi. Meski perit dengan jawapan Aisyah, dia harus mencuba rapat dengan gadis itu terlebih dahulu.

“Boleh!” jawab Aisyah dengan wajah cerianya.

Tanpa amaran Aisyah mencubit lengan Haziq membuatkan jejaka itu terkejut. “Awww!” jerit Haziq mengaduh kesakitan. Badan sahaja kecil, tangan tu dah macam sepit ketam! Ngomel Haziq di dalam hati.

“Itu untuk apa yang Abang Haziq buat petang tadi” kata Aisyah.

“Abang buat apa?” tanya Haziq. Mula membahaskan dirinya dengan panggilan ‘abang’.

“Sebab tak bagi Sya balik awal. Sengaja kan?” protes Aisyah. Padan Muka!

Haziq ketawa. Membuatkan Aisyah menjadi hairan. “Kalau abang tak buat macam tu, Sya takkan nak berbaik dengan abang semula. Kan?”

“Apa maksud abang Haziq?” Tanya Aisyah mengerutkan dahinya.

Haziq menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya. Aisyah mengangkat sebelah keningnya. “Abang Haziq….”

Haziq menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu menjelaskan apa yang diucap sebentar tadi. Aisyah menunjukkan tangannya yang mahu mencubit Haziq. Tetapi belum sempat Aisyah berbuat demikian Haziq membuka juga cerita. “Okay. Abang yang suruh Ibu dengan Baba pura-pura tak ada dirumah tadi. Sorry”

“Maksud abang Haziq?”

“Ibu dengan Baba ada dalam rumah tadi. Abang sengaja suruh Ibu dengan Baba komplot dengan abang. Sorry!” jelas Haziq. Tersengeh memandang wajah Aisyah yang sudah kemerahan menahan rasa geram.

“Abang Haziq!” jerit Aisyah separuh kuat. Haziq bingkas bangun berlari meninggalkan Aisyah. gadis itu tidak puas hati. Dia juga turut bangun mengejar Haziq dengan kain telekungnya. Tawa Haziq dan Aisyah bergema di seluruh ruang tamu. Buat pertama kalinya mereka berbaik semula. Jika dahulu mereka saling membenci dan tidak boleh berjumpa. Hari ini, mereka berbaik dengan mula menjalinkan suatu hubungan dengan permulaan hubungan sebagai seorang sahabat dahulu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku