Tak suka tapi Cinta
Babak 49
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(17 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2591

Bacaan






Sudah seminggu hubungan Aisyah dan Haziq bertukar daripada saling membenci menjadi saling menyayangi. Walaupun hubungan mereka atas dasar sahabat, entah kenapa Aisyah dapat merasakan Haziq memberikan perhatian lebih kepadanya. Pernah sekali Haziq memberikannya hadiah sekotak coklat jenama Toblerone. Habis heboh satu pejabatnya ketika itu kerana mendapat kiriman hadiah begitu. Nasib baik Haziq tidak memberitahu dirinya yang memberi hadiah tersebut. Jika tidak, bertambah kecohlah syarikat itu.

Tok! Tok!

“Masuk” arah Aisyah. tangannya ligat menaip pada papan kekunci manakala matanya pula tidak lari dari memandang skrin komputer.

“Kak Aisyah!” sapa Aireen dengan nada ceria. Di tangannya dibawa juga sejambak bunga ros merah. Cantik!

“Amboi. Cantiknya bunga tu. dari siapa? Boyfriend ya?” usik Aisyah. Aireen hanya tersenyum di hadapannya. Gadis itu menggelengkan kepalanya.

“Bunga ni? Bukan untuk Reen la. Ni, ada peminat rahsia bagi dekat Kak Sya tahu!” ujar Aireen lalu memberikan sejambak bunga ros merah tersebut kepada Aisyah.

Kening Aisyah terangkat sebelah. “Dari siapa?” tanyanya. Dicium bau bunga-bunga tersebut. Wangi. Siapa pula yang beri kepadanya. Mata yang tadinya dipejam untuk menikmati keharuman bunga terbeliak luas. Di campak ke atas meja bunga-bunga tersebut.

“Kenapa Kak Sya?” tanya Aireen. Hairan. Tidak sukakah gadis itu mendapat sejambak bunga?

“Tak nak la. Kalau Reen nak, reen ambil la.” Tegas suara Aisyah mengatakan dia tidak mahu menerima hadiah bunga tersebut.

“Kenapa?”

“Tengoklah siapa yang bagi” kata Aisyah sambil menunding pada sekeping kad yang ada terselit di balik celahan bunga ros tersebut.

Aireen mengambil kad tersebut lalu membaca separuh kuat apa yang tertulis pada kad itu.

I want you today, tomorrow, next week, and for the rest of my life.

-Datuk Malik-

Setelah habis membaca kad tersebut, tersembur ketawa Aireen. Tidak sangka miang betul orang tua seorang ini. langsung tidak berputus asa.

“Jangan la gelak.” Bentak Aisyah.

“Sorry kak sya.. tak sangka dari Datuk miang tu rupanya” kata Aireen, masih dengan sisa tawanya.

“Kak sya cakap stop…” sebuah cubitan hinggap di pipi gebu Aireen membuatkan gadis itu bertambah galak ketawakan Aisyah. sudahnya Aisyah juga turut sama ketawa.

“Ehem!”

Aisyah dan Aireen sama-sama tersentak. Pantas kedua-dua gadis itu berpaling memandang ke muka pintu bilik pejabat Aisyah. Adam Haziq!

“Apa yang kelakar sangat sampai ke pejabat saya dengar ni?” tanya Haziq dingin. Aisyah tersenyum manakala Aireen sudah mula kaget. Aisyah sudah biasa dengan perangai Haziq yang dingin itu. Sejak mula menjalinkan hubungan persahabatan dengan jejaka ini, dia sedar perangai Haziq ketika di luar dan di dalam pejabat lain sekali.

“Maaf Encik Adam Haziq. Saya tak sangka ketawa saya kedengaran sampai ke pejabat Encik.” Ucap Aireen. Memohon maaf kepada majikan mereka.

“Herm” jawab Haziq ringkas. Langkah yang baru sahaja ingin diatur terhenti apabila terlihat sejambak bunga di atas meja Aisyah. Hatinya dipagut rasa cemburu. Sakit.

Sedar dengan renungan Haziq ke arah sejambak bunga tersebut membuatkan Aisyah rasa tidak sedap hati. “Oh, bunga ni…”

“No need to explain. Saya tak berminat” ujar Haziq lalu melangkah pergi dari pejabat kecil Aisyah. Hatinya sakit ketika ini. Aisyah sudah ada seseorangkah di hatinya?

“Reen. Boleh tolong Kak Sya tak?”

“Boleh. Tapi, tolong apa tu Kak Sya?” Tanya Aireen.

Aisyah mengambil sejambak bunga ros merah itu lalu diberikan kepada Aireen. “Tolong Kak Sya campak bunga ni dari tingkat paaaaaling atas bangunan ni”

Aireen ketawa. “Lah.. Dari campak bunga ni. Baik kita bakar je!” cadang Aireen.

Bersinar-sinar mata Aisyah. “Good Idea!”

“Reen pergi dulu ya” kata Aireen lalu melangkah keluar dari bilik Aisyah membawa bunga tersebut.

Aisyah menghembuskan nafas leganya. Dia duduk di kerusinya semula. Tangannya mahu kembali menaip kerjanya yang tergendala. Tetapi wajah Haziq yang masam tadi menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya. Hatinya berasa tidak sedap. Kenapa ya?

__

Pintu bilik ditutup rapat. Aisyah berlari anak mendapatkan komputer ribanya lalu dia baring di atas katil. Dibuka komputer tersebut. Selang beberapa minit kemudian keluar wajah Lulu di skrin. Wajah itu kelihatan ceria sahaja.

“Assalamualaikum Lulu!” ucap Aisyah lalu melambaikan tangannya.

Lulu ketawa. “Waalaikumusalam. Kau sihat?” ucap Lulu lalu membalas lambaian tangan Aisyah.

“Sihat Alhamdulillah. Kau?”

“Alhamdulillah bahagia!” jawab Lulu.

“Bahagia?” tanya Aisyah.

“Qaliff proposed tadi” beritahu Lulu. Aisyah menutup mulutnya yang sedikit terbuka dengan kedua-dua tangannya.

“Kau biar betul?! WAAAAAA!!!! TAHNIAH!!” jerit Aisyah. tidak menyangka jodoh sahabatnya dengan sahabat mereka sendiri. Aisyah jadi teringat sewaktu dia mahu menghantar Lulu bertolak ke London dua tahun lepas.

“Semua kau dah bawa kan?” tanya Aisyah kepada Lulu yang sedang memandang sekeliling KLIA ketika itu.

“Kau pandang apa?” tanya Aisyah lagi apabila pertanyaan pertamanya tidak berjawab. Dia turut sama memandang sekeliling. Tiada apa yang menarik. Hanya kelihatan orang ramai sedang duduk menunggu masa untuk bertolak sahaja.

“Qaliff tak datang say good bye dekat aku ke?” tanya Lulu. Aisyah tersenyum. Dipeluk erat gadis itu.

“Dia ada kerja kut.” Balas Aisyah bagi ingin menyedapkan hati rakannya. Lulu membalas pelukan Aisyah. mereka berpelukan untuk beberapa minit.

“Kau jaga diri tahu. Jangan sedih-sedih dah. Dia mungkin dah pergi, tapi hidup ni tetap kena teruskan.” Nasihat Lulu. Aisyah mengangguk. Dia mengerti kenapa sahabatnya memberi nasihat begitu. Dan dia juga sedar, tidak mungkin dia akan melupakan Hadzriq Cuma hidup perlu tetap diteruskan. Nama Hadzriq Haikal tetap ada di dalam hatinya.

“InshaaAllah. Kau pun jaga diri okay?”

Perbualan mereka terhenti apabila Professor Amin menghampiri mereka. “Lulu, ini saya kenalkan orang yang akan turut sama menyertai pertandingan tersebut. Dia juga bakal menolong saya mengendalikan kerja-kerja pengukuran saya disana bersama awak.”

“Qaliff?!”

Aisyah jadi teringat kenangan ketika menghantar Lulu dan Qaliff di KLIA dua tahun lepas. Dia masih teringat wajah terkejut Lulu dan sengihan Qaliff.

“Hello?” tegur Lulu.

“Eh! Sorry.” Ucap Aisyah. kepala digeleng beberapa kali.

“So, Lagi dua bulan kami akan balik ke Malaysia. Kami akan terus nikah nanti. Kau jadi pengapit aku tau! Jangan mengelat!” ugut Lulu.

Aisyah ketawa. “Iya! Aku datang! Jangan risau! Qaliff mana ni?” tanya Aisyah.

“Here!” jawab Qaliff. Terpamer wajah Qaliff pula di hadapan skrin komputernya.

“Wow! You look handsome now!” puji Aisyah. wajah Qaliff kelihatan berbeza. Lain benar wajahnya dahulu dan sekarang. Aisyah lebih gemar Qaliff yang ada di skrin komputernya kini. Wajah itu kelihatan matang.

“Opps! Jangan terpikat! He is my man now. Beside, nanti dia perasan pula.” Tegur Lulu. Gadis itu ketawa dengan kata-katanya sendiri.

“Hello… apa salahnya kalau nak perasan sekali sekala. Orang dah puji. Kita terima. Ye tidak Sya?” bantah Qaliff. Lulu memberikan sebuah cubitan ke lengan sasa milik Qaliff.

Aisyah ketawa. Dia gembira melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Qaliff dan Lulu. “Cepatlah balik. Aku rindu kau orang!”

“Aku tahu kau rindu aku lebih kan?” usik Qaliff. Lulu di sebelahnya sudah menjeling maut.

“Agak sikit. Dia dah bersuami.” Kata Lulu menahan cemburunya. Aisyah terdiam setelah mendengar kata-kata Lulu.

Qaliff di sebelah Lulu menyiku lembut Lulu. “Sorry Sya. Aku…”

Belum sempat Lulu memohon maaf, Aisyah memotong kata-katanya. “Haziq dah balik”

“WHAT?!” Kedua-dua Qaliff dan Lulu terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Aisyah. “Bila? Dekat mana? Dia macam mana?” tanya Lulu.

Aisyah tersenyum. “Jangan risau. Kami dah berbaik.” Beritahu Aisyah lagi.

“WHAT?!” sekali lagi Qaliff dan Lulu menjerit terkejut.

“Weh! Jangan lah jerit. Aku buka volume maximum habis ni. Nanti terkejut pula Ibu dan Baba.” Tegur Aisyah.

“Tak. Kau dah berbaik? How?” tanya Qaliff pula. Mereka seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Aisyah sebentar tadi. biar betul! Dulu bukan main macam anjing dengan kucing. Sekarang ini sudah berbaik pula?

“Dia mulakan dulu. Dia nak kami berbaik. Tak mahu dah bergaduh macam dulu dan aku setuju. Why not kan? Penat la. Dah la kami bekerja di tempat yang sama. Rasa tak selesa kalau asyik gaduh je. Dia okay je aku tengok. Baik, caring, suka senyum…” Jelas Aisyah. wajah Haziq tersenyum menerjah masuk ke kotak fikirannya. Senyuman itu menjadi ingatan Aisyah sehingga kini. Jika dahulu hanya wajah masam dan senyuman sinis sahaja yang diberikan, kali ini senyuman itu lain dari sebelumnya. Dengan tidak semena-mena bibir gadis itu mengukirkan senyuman apabila teringat senyuman Haziq.

Lulu dan Qaliff mengangguk faham. “So, kau dah mula suka dia ya?” kata Lulu. Kedua-dua sahabatnya tersengeh seperti kerang busuk sahaja.

“Cet!” marah Aisyah. “Mengarut!”

“Tak adalah. Kau patut tengok ekspresi muka kau tadi. macam orang dilamun cinta!” ujar Qaliff.

Qaliff sudah ketawa. Manakala Lulu pula menahan tawa.

“Don’t you dare laugh Lulu” marah Aisyah. namun tersembur juga tawa Lulu.

“Jahat! Aku offline la!” Rajuk Aisyah.

“OK OK… Sorry.. Bagus la kau orang dah berbaik. Nanti jangan lupa bawa suami kau datang wedding kami ya?” kata Lulu. Aisyah tersenyum lalu mengangguk.

“InshaaAllah”

“Kami nak ke fakulti ni. Ada bahan nak serahkan dekat professor Amin dan dean Sofea. Chat lagi nanti ya?” ujar Qaliff. Aisyah mengangguk lalu mematikan talian video mereka.

Aisyah tersenyum. Benarkah aku sudah mula menyukai Haziq? Patung beruang pemberian Hadzriq di ambil lalu didakapnya. Kata-kata Qaliff membuatkan Aisyah terfikir sendiri. Betulkah?



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku