Tak suka tapi Cinta
Babak 50
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3148

Bacaan






“Tolong abang serahkan fail ni kepada Fariq. I need his approval before I can make any decision.” Ujar Haziq menyerahkan Aisyah fail berwarna biru gelap. Ketika ini mereka berdua sahaja berada di dalam bilik pejabat Haziq. Jadi mereka boleh sahaja memanggil panggilan tersebut.

“Okay.” Kata Aisyah. baru beberapa langkah Aisyah atur, Haziq sudah memanggilnya.

“Ya Abang Haziq?” tanya Aisyah setelah memalingkan wajah memandang Haziq.

Haziq duduk bersandar sambil merenung wajah Aisyah. “Kenapa Sya nak rahsiakan hubungan kita?” tanya Haziq. Sebenarnya sudah lama dia mahu bertanya soalan ini, sebelum dia munculkan dirinya lagi. Dia tidak faham kenapa gadis ini mahu menyembunyikan statusnya yang sudah menjadi isteri orang. Terkejut Haziq sewaktu membaca resume yang dihantar oleh Zila iaitu setiausaha peribadinya ketika dia menghilangkan diri dulu.

“Oh. Sya rasa selesa macam tu” wajah ditundukkan.

“Selesa?”

Aisyah mengangguk, wajahnya masih ditundukkan. “Dulu Sya bencikan Abang Haziq sangat. Sebab itu Sya buat keputusan begitu. Maafkan Sya.”

Haziq bangun dari duduknya. Dia berjalan menuju ke arah berdirinya Aisyah. dia mengangkat wajah Aisyah dengan memegang dagu gadis itu. “Maafkan Abang.” Lembut sahaja nada yang dituturkan oleh Haziq. Mata mereka bertaut. Ada getaran yang membuatkan jantung Aisyah tidak henti berdegub kencang. Mata berwarna hazel itu direnung Aisyah. wajah jejaka itu semakin dekat dengan wajah Aisyah. namun, apabila bibir jejaka itu hampir mahu menyentuh bibir isterinya, bunyi deringan pada telefon pejabat mematikan segala perbuatan mereka.

Kedua-dua mereka menjauhkan diri sedikit. Masing-masing terkejut dengan apa yang baru dan hampir berlaku tadi. Haziq berjalan menuju ke meja kerjanya. Dia mengangkat telefon tersebut membelakangkan Aisyah. manakala Aisyah pula sudah mengangkat kakinya keluar dari pejabat lelaki itu. Wajah kedua-dua mereka merah.

Aisyah melangkah laju menuju ke pantri. Wajahnya masih merah menahan rasa malu. Dia tidak menyangka dia bakal… Ish! Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Ish! Jangan ingat Aisyah!” katanya sendiri. Nasib baik tiada sesiapa di dalam pantri ketika ini. jika tidak, habislah dia bakal di soal siasat. Lebih-lebih lagi jika orang itu Aireen. Gadis itu pasti sahaja tidak akan berhenti bertanya itu ini.

Tring! Bunyi sebuah pesanan ringkas masuk di dalam telefon bimbitnya. Aisyah membuka pesanan itu. Daripada Haziq. Bertambah merah wajahnya ketika ini.

Mama dah balik Malaysia. Habis kerja nanti abang ambil Sya.

Mama dah balik? Aisyah tersenyum. Rindunya dengan wanita itu tidak usah dicakap. Akhirnya, Puan Sri Zetty pulang juga ke Malaysia.

__

Aisyah memberhentikan langkahnya di hadapan pintu gerbang Bangalow mewah milik Puan Sri Zetty iaitu Ibu mertuanya. Haziq yang sudah berjalan dihadapan menghentikan langkahnya, berpaling lalu melangkah menuju ke arah Aisyah. “What’s wrong?” tanya jejaka itu.

“Sya okay tak? Baju yang Sya pakai ni okay tak?” tanya Aisyah. dikibas perlahan baju kurung satin berwarna merah jambu.

Haziq tersenyum. “You look beautiful” komen Haziq. Aisyah tersenyum. Entah kenapa, di pendegarannya kedengaran seperti Haziq bukan memuji bajunya. Tetapi memuji dirinya.

“Jom” tangan Aisyah ditarik lalu digenggam oleh Haziq. Aisyah terkejut dengan tindakan Haziq. Tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

Keadaan di dalam bungalow tersebut sedikit pun tidak berubah. Kedudukan bingkai gambar, sofa dan kerusi. Semuanya sama sahaja. Haziq melepaskan genggaman tangannya kerana mahu memanggil Puan Sri Zetty. Aisyah memandang sekelilingnya.

Mata dipejam seketika. Terlalu banyak kenangan yang ada di dalam rumah ini. seketika dia dapat mendengar bunyi ketawa daripada seseorang yang sangat dirinduinya.

“Aisyah! Ha! Jangan lari!” marah satu suara tidak jauh darinya. Aisyah memandang wajah yang sedang tersenyum mengejar seorang gadis dihadapannya.

“Sya! Bagi balik telefon Abang Ha tu…”

Aisyah tersenyum memandang wajah Hadzriq yang sangat dirinduinya. Dia sangat merindui jejaka ini. dia masih ingat lagi kenangan ini. dimana dia mahu bergurau dengan jejaka itu. Tetapi…

“Aisyah” panggil satu suara dari belakangnya. Serta merta kenangan yang diingatinya mati. Wajah Hadzriq tersenyum juga turut hilang dari pandangannya. Aisyah mengesat air mata yang sudah membasahi pipi sejak tadi. dia kemudian berpaling dengan sebuah senyuman.

“Assalamualaikum Mama!” Ucap Aisyah lalu memeluk badan Puan Sri Zetty.

“Waalaikumusalam anak Mama. Rindunya mama dengan kamu!” pelukan Aisyah dibalas oleh Puan Sri Zetty. Dia sangat merindui gadis ini.

“Sya pun riiiiindu sangat dengan Mama” ujar Aisyah.

“Zurin tak rindu ke?” sampuk zurina yang ada di sebelah Puan Sri Zetty. Wajah itu tersengeh memandang Aisyah.

“Tak. Kak Sya tak rindu pun dekat Zurin” usik Aisyah. Zurin sudah ketawa di sebelah Puan Sri Zetty.

“Yela. Buah hati Kak Sya dah balik. Mana nak rindu dekat kita kan mama?” usik Zurina pula tidak mahu kalah.

Tidak semena-mena wajah Aisyah menjadi merah. Mana gadis ini tahu dia dan Haziq sudah berbaik? Wajah Haziq disebelahnya dipandang. Ini mesti mamat ni yang cerita!

“Aik? Kamu berdua dah…” Belum sempat Puan Sri Zetty menghabiskan kata-katanya, Haziq memotong.

“Kami dah berbaik Mama. Jangan risau.”

“Alhamdulillah! Mama bersyukur sangat! Akhirnya doa mama termakbul juga” kedua-dua tangan Puan Sri Zetty di raup kemuka. Dia gembira kerana akhirnya makbulnya termakbul juga olehNya.

“Mama masak apa? Ziq lapar la” rengek Haziq. Aisyah tersenyum. Lagak suaminya seperti budak lima tahun sahaja.

“Jom makan! Mama masak masak lemak cili api dengan asam pedas kegemaran kamu.” Ditarik tangan Aisyah untuk melangkah bersama menuju ke ruang dapur.

“Ala.. Ziq yang lapar. Tangan Sya pula ditariknya.” Rajuk Haziq.

Zurina ketawa. “Abang Long ni mengadanya. Cepatlah! Orang dah lapar ni!”

Haziq turut sama ketawa dengan Zurina. langkah diatur mengikuti langkah mama dan isterinya.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku