Tak suka tapi Cinta
Babak 51
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4805

Bacaan






Aisyah melabuhkan duduknya di salah satu kerusi yang ada di taman bunga di halaman bungalow mewah milik Puan Sri Zetty. Matanya memerhati keadaan sekeliling sebentar.Tiada sesiapa yang berada di sekelilingnya, hanya lampu-lampu taman dan bunyi cengkerik yang menemaninya. Pelbagai perkara bermain-main di fikirannya. Tentang perangai suaminya yang berubah total di hadapan ibunya, perangai Zurina yang gemar mengusik hubungannya dan Haziq. Walaupun sudah berkali-kali Aisyah menidakkan bahawa dia mempunyai hubungan yang istimewa dengan Haziq. Mereka hanyalah kawan. Wajah Puan Sri Zetty yang tidak lekang dek senyuman kerana menyangka Haziq dan dirinya sudah menerima satu sama lain. Dia tidak mahu wanita itu mempunyai harapan yang tidak pasti. Kerana nama Hadzriq Haikal masih ada di dalam hatinya. Dan ia takkan berubah.

Kepala didongak memandang langit gelap. Taburan bintang yang ada di langit membuatkan senyuman terukir di bibir gadis itu. Ketika ini, hatinya berasa sangat tenang. Dia bersyukur kerana ibu mertuanya pulang semula ke Malaysia. Ditambah lagi berita gembira yang baru disampaikan,bahawa Puan Sri Zetty bakal menetap di sini selama-lamanya.

“Aisyah”

Gadis itu menoleh memandang dari mana datangnya suara tersebut. Serta merta sebuah senyuman terukir di bibirnya. “Mama” Aisyah bangun lalu mendapatkan Puan Sri Zetty yang sedang melangkah menghampirinya. Dipeluk erat bahu wanita itu.

“Mari duduk” ajak Puan Sri Zetty. Aisyah mengangguk sambil mengiringi Puan Sri Zetty.

“Aisyah sihat? Mama tengok Aisyah kurus sekarang ni.” Tanya Puan Sri Zetty selepas selesa duduk di bangku. Aisyah melabuhkan duduknya disebelah ibu mertuanya.

“Alhamdulillah Sya sihat, mama. Mama tu yang Sya tengok makin kurus.”

Puan Sri Zetty tersenyum. “Mama kebelakangan ini tak ada selera makan. Rindukan Abang Ha kamu pun Ya. Sakit pun ya.”

“Mama sakit?” tanya Aisyah. terpamer kerisauan pada wajahnya.

“Sakit orang tua je Sya. Tak perlu nak risau. Biasalah. Kalau dah tua ni, macam-macam penyakit yang datang.” Tangan menantunya diusap lembut. Kepala wanita itu tertunduk. Seperti memikirkan sesuatu.

“Mama?” panggil Aisyah.

“Sya masih ingatkan Ha?” tanya Puan Sri Zetty setelah lama mendiamkan diri.

Aisyah terkejut dengan pertanyaan Puan Sri Zetty yang tiba-tiba, namun dia masih boleh mengawal emosi dan riak wajahnya. Senyuman diukir dibibir. “Abang Hadzriq cinta pertama Sya mama. Hampir setiap hari Sya pasti akan teringatkan dia.”

“Mama pun selalu teringat dekat Hadzriq.” tangan Aisyah digenggam. Mengharap genggaman itu memberikannya semangat untuk terus berbicara. “Arwah anak yang baik. Tak pernah buat mama marah. Walaupun dalam keadaan susah, arwah selalu utamakan orang lain dahulu. Pernah sekali tu, arwah nak melintas jambatan kecil di longkang besar berdekatan rumah kami, dia akan pastikan adiknya Zurina melintas dengan selamat dahulu. Barulah dia juga melintas mengikuti adiknya.”

Aisyah mengusap lembut bahu Puan Sri Zetty. Gadis itu tahu, wanita ini sangat merindui arwah anak keduanya. “Mama sabar ya.”

“Sampai saat dia hendak menghembuskan nafas terakhirnya, dia masih memikirkan orang lain lebih darinya. Aisyah ada terima surat daripada arwah kan?” tanya Puan Sri Zetty menginginkan kepastian.

Aisyah mengangguk.

“Alhamdulillah. Nampaknya Haziq dah laksanakan apa yang diminta arwah.”

“Abang Haziq ma?”

Puan Sri Zetty mengangguk. “Orang terakhir yang berjumpa dengan arwah ialah Haziq. Mereka berbual berdua sahaja. Kami semua tidak dapat mendengar apa yang dibicarakan. Tapi, mama tahu, Haziq sangat menyayangi Hadzriq.” air mata menitis di pipi wanita berusia itu. “ sehinggakan adiknya menghembus nafas terakhir, tangan arwah masih dalam genggamannya.”

Aisyah terdiam.

“Sya, janganlah salahkan Haziq dalam hal ini lagi sayang. Mama bukan nak menyebelahi sesiapa. Dan mama juga tidak mahu membuka apa-apa cerita, eloklah kamu sendiri yang bertanya kepada suami kamu apa yang sebenarnya terjadi.”

“Maksud mama?” tanya Aisyah. matanya merenung wajah ibu mertuanya.

“Haziq tidak bersalah sayang.” Tangan gadis di sebelahnya digenggam erat.

Haziq tidak bersalah? Tetapi, aku nampak dan dengar jelas apa yang dikatakan jejaka itu kepada doktor yang bertugas. Mana mungkin dia tidak bersalah.

“Sya” panggil Puan Sri Zetty membuatkan lamunan Aisyah terhenti. Gadis itu tersenyum memandang mamanya.

“Ya mama?”

“Esok temankan mama ‘jumpa’ Hadzriq ya?” pinta Puan Sri Zetty. Aisyah tersenyum lagi. Gadis itu mengangguk.

“terima kasih sayang.” Ucap Puan Sri Zetty lalu menarik Aisyah berada di dalam dakapannya. Dia memeluk erat Aisyah. sudah lama dia tidak memeluk anak gadis ini. “Malam ni tidur dengan mama ya?”

Belum sempat Aisyah bersetuju, Zurin telah terlebih dulu menyampuk. “Tak boleh mama. Nanti buah hati Kak Sya rindu.”

Sebuah cubitan hinggap di pipi Zurina. gadis itu hanya tersengeh.

“Memandai je. Mustahil la Abang Haziq tu rindu Kak Sya.” Aisyah menidakkan apa yang dikatakan oleh Zurina sebentar tadi.

“Betul! Nanti Abang Long riiiindu Kak Sya tahu! Macam dulu.”

“Macam dulu?” tanya Aisyah. keningnya terangkat sebelah.

Zurina membesarkan matanya. “Eh? Zurin ada cakap dulu ke? Salah cakap kut.”

“Zurin…”

belum sempat Aisyah ingin mengorek rahsia daripada Zurina, Puan Sri zetty memotong kata-katanya. “Kamu berterus terang jelah dengan kakak ipar kamu ni. Kesian mama tengok dia.”

“Beritahu apa mama?” tanya Aisyah kehairanan. Eh? Ini apa pula? Mama pun macam tahu sesuatu je?

Zurina mengenggam tangan kanan Aisyah. “Sebenarnya Kak Sya, Abang Long yang rancang semua ni. Dia yang rancang supaya Kak Sya bekerja di bawah dia. Rancang bagi idea dekat Zurin supaya Kak Sya kembali duduk dengan Ibu dan Baba. Semuanya sebab nak Kak Sya selamat selama Abang Long tak ada” jelas Zurina.

“What?!” terjerit sedikit Aisyah apabila mendengar penjelasan daripada Zurina. “Jadi, Zurin dengan mama dah tahu la selama ni? Zurin tahu la dekat mana Abang Haziq selama ni?”

Zurina mengangguk. “Kami tahu sejak dari awal lagi. Tapi Kak Sya jangan la salahkan Abang long. Dia buat semua ni sebab dulu Kak Sya bencikan sangat dia. And I can tell you Kak Sya, he is really deeply madly in love with you. Serius tak tipu”

Aisyah terdiam. Wajahnya mula berasa panas. Rona wajahnya juga sudah bertukar merah. Nasib baik keadaan di sekeliling mereka gelap. Jika tidak, mahu adik iparnya menjadikan dirinya bahan usikan. Betulkah apa yang baru dijelaskan oleh Zurina? jadi, selama ini mereka sudah tahu di mana Haziq. Dan wang nafkah yang diberi juga memang selama ini Zurina sudah lebih tahu. Tetapi, apa yang membuatkan hati dan jantungnya berdegub kencang, Haziq mencintainya? Betulkah?

__

Langkah diatur mengiringi Puan Sri Zetty menuju ke pusara Almarhum Hadzriq Haikal. Aisyah yang dari tadi tidak lepas memeluk bahu wanita itu berjalan mengiringinya. Manakala Haziq dan Zurina berjalan mengikuti mereka daripada belakang. Haziq memandang isterinya daripada belakang. Gadis yang sedang memeluk mamanya kelihatan ayu mengenakan baju kurung kedah berwarna biru gelap berselendang kelabu. Zurina memeluk lengan sasa Haziq.

Aisyah dan Puan Sri Zetty melabuhkan duduknya di atas tikar yang baru dibentang oleh Haziq. Setitis air mata Puan Sri Zetty jatuh membasahi pipi. Direnung pusara itu. Lama. Aisyah dan Zurina pula membersihkan rumput kecil di atas pusara tersebut. Manakala Haziq hanya berdiri memerhati mereka disebalik kaca mata hitamnya.

Selesai membacakan surah Yassin, tangan Puan Sri Zetty menyentuh batu nisan yang tertulis nama arwah. “Maafkan mama sebab dah lama tak melawat Ha. Mama… Mama masih tak percaya Ha tinggalkan mama di atas dunia ni.” Wajah wanita tertunduk. Aisyah mengusap lembut bahunya. “Sekarang mama dah boleh terima semua ini. Mama harap sangat Ha tenang di sana.”

Puan Sri Zetty mengambil jag yang berisi air lalu di siram di atas pusara tersebut. Angin sepoi-sepoi bertiup mengeringkan sedikit air mata yang tidak henti-henti mengalir di pipi wanita berusia itu.

Selesai menyiram, apabila Puan Sri mengangkat sahaja wajahnya, dia terpandang akan satu susuk tubuh berbaju jubah putih berdiri tidak jauh darinya sedang tersenyum. Mata wanita itu terbuka luas. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Wajah itu kelihatan bersih dan berseri-seri tersenyum memandangnya. Sekelip mata itu juga, susuk tubuh itu hilang dari pandangannya. walaupun hatinya sedih, namun jauh disudut hatinya dia berasa tenang dan bahagia. Kerana diberi keizinan olehNya melihat wajah itu sekali lagi. Terukir senyuman di bibir.

“Mama”

Wanita itu menoleh memandang orang yang memanggilnya. “Ya Zurin?”

“Jom balik?” ajak Zurina. gadis itu sudah berdiri sambil mengibas kainnya yang terkena pasir.

Puan Sri Zetty tersenyum. “Mari.” Katanya lalu bingkas bangun berjalan pergi dari situ. Meninggalkan Aisyah dah Haziq yang masih tetap berada disitu.

Aisyah mengusap lembut batu nisan berwarna putih itu. Matanya merenung jauh seperti sedang memikirkan sesuatu. Segala kenangan bersama Hadzriq diingatnya satu persatu. Kenangan bergelak ketawa bersama jejaka itu, suara nyanyiannya yang persis suara penyanyi terkenal Afgan. Tidak mungkin dia dapat melupakan semuanya.

Lamunan Aisyah mati apabila dapat merasakan satu sentuhan di bahu kanannya. Perlahan-lahan Aisyah menoleh. Kelihatan Haziq sedang bongkok menyapanya. “Sya, jom balik.”

Aisyah tersenyum. Dia mengangguk lalu bingkas bangun. Sebelum melangkah pergi, sekali lagi dia menoleh merenung pusara Hadzriq. ada sebuah senyuman terukir dibibir gadis itu. Senyuman yang Haziq sendiri susah untuk menafsirkan.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku