Tak suka tapi Cinta
Babak 52
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4567

Bacaan






Senyuman di bibir Aisyah tidak henti-henti tersenyum tatkala terpandang sebungkus hadiah berupa coklat di hujung meja kerjanya. Coklat jenama toblerone. Coklat kegemarannya. Bungkusan coklat itu dibalut cantik. Hari ini coklat itu dibalut dengan warna merah disertakan juga dengan sebuah kad. Kad itu pula tertulis kata-kata puitis romantik.

Aisyah mencapai kad yang diletakkan di atas coklat itu. Dibacanya sekali lagi.

I never tell you how I really feel because I’m afraid that you’ll be angry with me

-AH-

Sekali lagi Aisyah tersenyum. Sejak dua minggu lepas, hampir setiap hari dia menerima bungkusan coklat ini. Dia tidak tahu bila bungkusan itu sampai. Pagi-pagi lagi apabila dia masuk ke pejabat, bungkusan itu sudah ada di atas meja kerjanya. Pernah ditanya kepada kakitangan lain. Mereka semua kata benda yang sama “Tak tahu”.

“Kak Sya! Jom lunch!” sapa Aireen berupa ajakan.

“Hari ini Kak Sya rasa tak nak keluar makan kut.” Ucap Aisyah menolak ajakan Aireen.

“Alaa… Jom la Kak Sya, bos kita kan outstation sampai esok.”

“Apa kena mengena bos outstation dengan Kak Sya?” tanya Aisyah.

Aireen tersenyum. “Maknanya kerja Kak Sya tak banyak macam selalu la. Jo…” kata-kata Aireen terhenti apabila terlihat sekeping kad dan sebungkus hadiah di atas meja Aisyah. “Dari AH lagi? WAAAAA!! Bestnya! Siapalah peminat rahsia Kak Sya ni kan?”

Aisyah hanya tersenyum. Dia tahu siapa yang mengirimkan semua ini. tetapi dia sengaja buat tidak tahu. Takut orang di pejabatnya kata apa pula.

“Entah-entah dari Datuk Malik” teka Aireen.

Terbuka luas mata Aisyah sebaik mendengar nama datuk miang itu. “Ish! Kalau dari dia, Kak Sya buang dalam tong sampah!”

Aireen ketawa. Begitu juga dengan Aisyah. tetapi tawa mereka tidak lama kerana diganggu oleh bunyi telefon pejabat Aisyah.

“Aisyah speaking” kata Aisyah sebaik sahaja mengangkat ganggang telefon pejabatnya. Aireen pula mengambil tempat di hadapan meja Aisyah. kerusi itu didudukinya.

“Aisyah. Kak Tim ni. Ada bungkusan untuk Encik Adam Haziq.” Beritahu Fatimah atau lebih mesra dipanggil ‘Kak Tim’, iaitu penyambut tetamu yang bertugas di lobi bangunan syarikat tersebut.

. Aisyah mengangguk seolah-olah dapat dilihat oleh Fatimah. “Baik Kak Tim. Lagi lima minit Sya turun ambil bungkusan itu. Terima kasih Kak Tim.” Ucap Aisyah lalu mematikan talian.

“Kenapa Kak Sya?” tanya Aireen.

“Ada bungkusan untuk bos. So, Kak Sya kena turun untuk tandatangan bagi pihak bos.” Jelas Aisyah. Aireen dihadapannya hanya mengangguk setelah mendengar penjelasan daripada Aisyah.

“Habis itu, Kak Sya tak turun makan la ni?” tanya Aireen mendapatkan kepastian.

“Sorry reen. Lain kali ya? Kak Sya boleh temankan sampai lobi je.” Pujuk Aisyah.

“Sampai lobi pun jadi la. Hehehehe…”

__

Lebih kurang enam minit Aisyah dan Aireen tiba di lobi bangunan. Aireen mengeluh keletihan di sebelahnya. Mana tidaknya, mereka terpaksa menunggu lama untuk lif tiba. Maklumlah, waktu begini pasti sahaja ramai yang menggunakan kemudahan ini. bukan jabatannya sahaja berada di dalam bangunan ini. Malah lebih sepuluh jabatan dengan bilangan kakitangan yang ramai juga bekerja di sini.

“Ya Allah Kak Sya, sesaknya dalam lif tadi! berhimpit-himpit!” runggut Aireen.

Aisyah ketawa. Bukan mereka tidak biasa dengan keadaan itu, malah lebih dari biasa. “Reen ni, macam tak biasa pula. Dah nama pun kita bekerja dekat syarikat yang besar, mesti la ramai pekerja dan ramai juga yang menggunakan kemudahan ini.”

“Kak Sya, reen nak pergi tandas dulu ni. Kak Sya gerak la dulu ya. Thank you temankan reen sampai lobi! Sayang Kak Sya!” ujar Aireen lalu melangkah laju meninggalkan Aisyah.

Kepala digelengkan beberapa kali. Aireen. Aireen.

Langkah diatur menuju ke meja penyambut tetamu yang berada di tengah ruang lobi Syarikat FH Holdings. Kelihatan ramai tetamu sedang berurusan dengan kakitangan yang bertugas. Di dalam ramai-ramai tetamu yang menunggu giliran mereka, Aisyah menyelitkan diri untuk berjumpa dengan Fatimah.

“Assalamualaikum Kak Tim. Bungkusan untuk bos?” tanya Aisyah sebaik sahaja sampai di hadapan kaunter.

Fatimah yang sedang sibuk melayani tetamu hanya menghulurkan satu kertas dan satu sampul dokumen berwarna coklat gelap di atas kaunter tersebut. Aisyah hanya menggangguk. Dia mengerti kesibukan yang sedang Fatimah hadapi. Aisyah mengambil kertas tersebut lalu menandatangani borang yang diberi.

“Done. Thank you Kak Tim.” Kata Aisyah lalu beredar meninggalkan kaunter penyambut tetamu tersebut.

“Aisyah!”

Langkah Aisyah terhenti apabila satu suara memanggil namanya. Perlahan-lahan kepalanya menoleh memandang gerangan yang memanggilnya. “Syed!”

Jejaka itu melangkah menghampirinya sambil tersenyum. Aisyah membalas senyuman jejaka tersebut. Syed kelihatan segak mengenakan gaya kasualnya. Pantas sahaja dahulu jejaka ini diberi tawaran bekerja sambilan sebagai seorang model. Ketinggian dan kekacakannya mampu membuatkan hati gadis yang memandangnya cair.

“What are you doing here? Let me guess, nak jumpa tunang ya?” teka Aisyah sambil tersenyum nakal. Cuba untuk bermesra dengan jejaka yang sudah dianggap rakannya itu.

Syed tersenyum tersipu malu. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. “Betul la tu. pandai awak teka.”

“Awak sihat? Luka dah sembuh?” tanya Syed.

“Alhamdulillah. Sihat. Awak ni memang doktor la. Jumpa je mesti akan tanya kondisi kesihatan saya.” Kata Aisyah.

Syed ketawa. Jelas kelihatan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Buat seketika, hatinya terpikat dengan senyuman yang baru ditunjukkan oleh Syed. Ish! Aisyah! sedar sedikit kau tu dah bersuami, dia pula tunang orang! Jangan buat perangai gatal macam Datuk Malik tu!

Mata Aisyah terpandang akan sejambak bunga ros yang cuba disorokkkan oleh Syed di belakangnya. “cantiknya! Untuk tunang awak ya?” puji Aisyah.

“Oh. Ya. Malu pula saya. I’m not that romantic type of person.” Kata Syed lalu menunjukkan bunga tersebut kepada Aisyah.

“Boleh saya tengok?” tanya Aisyah. Syed hanya mengangguk.

“Awak rasa okay ke kalau saya beri bunga ini kepada dia?” tanya Syed. Dia inginkan pendapat seorang wanita kerana orang yang bakal menerima bunga ini juga merupakan seorang wanita.

Aisyah mencium bunga tersebut sambil memejamkan matanya seketika. Tidak lama kemudian dia membuka kembali matanya. “Cantik! Did you know what pink roses means?”

Dengan pantas Syed menggelengkan kepalanya. “What is it?”

Aisyah tersenyum sambil memandang kepada sepuluh kuntum bunga merah jambu di hadapannya. “It is a symbol when you have something important to say. A classic symbol of grace and elegance. Best for your fiancée.” Jelas Aisyah. dibibirnya terukir sebuah senyuman. Tidak sia-sia dia mencari maklumat tentang makna disebalik warna bunga ros ini. semua ini angkara pemberian hadiah daripada Haziq beberapa hari lepas. Haziq memberikannya sejambak bunga ros pelbagai warna untuk tiga hari berturut turut. Warna tersebut ialah merah, putih dan juga merah jambu. Apabila bercerita kepada Lulu, gadis itu memberitahu maknanya. Akan tetapi, disebabkan dia tidak mudah percaya, Aisyah mencari sendiri makna itu di internet.

“which means?”

Aisyah tersenyum memandang Syed. “It means love. Gratitude. Appreciation!”

Syed tersenyum. Begitu juga dengan Aisyah. Dia dapat melihat senyuman yang terukir di bibir jejaka itu. Jelas menunjukkan dia sangat bahagia ketika ini. Namun senyuman dibibirnya tidak lama kerana saat terpandang satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya, serta merta senyuman itu mati. Tubuh itu sedang merenungnya dengan tajam dari jauh.

“Syed. I think I should go now. It’s nice to see you again. Mungkin nanti awak boleh kenalkan tunang awak dekat saya pula lepas ini?” Tanya Aisyah. matanya mencuri pandang tubuh yang sudah mula berlalu meninggalkan mereka. Wajahnya kelihatan seperti menahan marah sahaja. Adakah dia marah kerana curi tulang? Tapi, ini waktu rehat.

“Oh yea. Sure. InsyaaAllah. Terima kasih sebab terangkan makna bunga ni. Really appreciate it.” Ucap Syed.

Aisyah meminta diri daripada Syed kerana dia harus segera kembali bertugas. Yang sebenarnya, dia risau jika Haziq berfikir yang bukan-bukan. Dia bukan tidak tahu sikap Haziq yang suka tuduh melulu dan keras kepala itu.

__

Tok! Tok!

Pintu bilik pejabat Haziq diketuk Aisyah. gadis itu memandang sekelilingnya seketika. Tiada sesiapa di dalam pejabat ketika ini dek kerana waktu makan tengahari sekarang. Arahan masuk diberi dari dalam bilik pejabat itu. Aisyah menghembuskan nafaskan seketika. Dia memulas tombol pintu itu. Hendak atau tidak, dia harus memberanikan diri untuk bersemuka dengan majikannya kerana dokumen penting itu berada di dalam tangannya.

“Encik Haziq.” Panggil Aisyah sebaik sahaja langkahnya sudah sampai di hadapan meja jejaka itu.

Haziq yang duduk bersandar membelakangkan Aisyah hanya menganggukkan kepalanya. Entah kenapa sejak melihat Aisyah tersenyum dihadapan lelaki lain membuatkan hatinya begitu sakit. Apatah lagi ditangan gadis itu sedang memegang sejambak bunga, bertambah bengkak hatinya. Siapa lelaki itu? Nampak seperti seorang yang penuh berkarisma. Diakah yang memberikan Aisyah bunga tempoh hari?

“Erm… Ini ada dokumen untuk Encik Haziq dari Gigih Holdings.” Beritahu Aisyah.

Senyap. Tiada jawapan daripada Haziq. Jejaka itu masih duduk membelakangkannya. Aisyah pula menjadi resah. Dia risau jika Haziq memikir yang bukan-bukan sahaja. Hubungan mereka baru sahaja hendak baik, dia tidak mahu hubungannya dengan Haziq menjadi keruh disebabkan salah faham ini.

“Abang Haziq. Pasal tadi.. Sebenarnya..”

Belum sempat Aisyah menjelaskan apa yang berlaku, Haziq memotong kata-katanya. “I don’t care, and I don’t want to know. Kalau Sya dah tak ada apa-apa urusan lagi, Sya boleh keluar”. Dia tidak mahu Aisyah menjelaskan apa-apa. dia takut jika Aisyah mengatakan jejaka tadi ialah kekasih hatinya.

Aisyah menelan air liurnya. Terasa kesat sedikit. Nada suara Haziq kedengaran seperti jejaka itu sedang menahan marah sahaja. Lebih baik dia keluar, jika tidak dirinya juga yang akan kena nanti.

“Baik Encik Haziq.” Kata Aisyah lalu melangkah menuju ke pintu bilik pejabat majikannya.

Belum pun lima langkah diatur Aisyah, tanggannya ditarik dari belakang membuatkan gadis itu terdorong kebelakang. Rangulan di pinggang daripada belakang membuatkan Aisyah menjadi kaget. Hampir tidak mempercayai bahawa Haziq sedang memeluknya daripada belakang.

“Abang Haziq. Kita dekat pejabat ni.” Kata Aisyah.

Haziq diam tidak berkata-kata. Pelukan semakin dieratkan. Membuatkan wajah Aisyah merah menahan segan. Tidak lama kemudian, Haziq melepaskan pelukannya lalu berdiri membelakangkan Aisyah. “You can go now”

Aisyah tidak mengerti kenapa Haziq melakukan perkara itu. Dia mahu sahaja bertanya, tetapi, wajahnya begitu merah membuatkan dia membatalkan sahaja niatnya untuk bertanya lalu segera keluar dari pejabat Haziq.

Haziq menggenggam tanggan kanannya. “Apa yang aku buat ni?” Tangan itu menghentak meja kerja dihadapannya. Melepaskan segala rasa marah dan geram.


P.S : Assalamualaikum kepada semua pembaca novel Tak Suka Tapi Cinta (TSTC), bagi yang mengikuti jalan cerita novel ini dari awal saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen.. di sini saya nak minta maaf kerana bab selanjutnya iaitu babak 53 dan keatas akan di kongsikan (publish)  selepas saya habis final exam nanti iaitu selepas 20/1/2017. saya mohon maaf atas masalah ini. :(



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku