Tak suka tapi Cinta
Babak 53
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2364

Bacaan






“Alright, peserta jangan lupa berkumpul di pantai pada pukul lima petang! Aktiviti sukan pantai akan diadakan waktu itu.” Jerit Ashraff iaitu ketua program yang merancang percutian ini. para kakitangan yang ada mengangguk faham. Ada juga yang bersorak gembira.

Aisyah dan Aireen menarik bagasi mereka menuju ke chalet yang disediakan untuk mereka. Mereka gembira bahawa syarikat memberikan keutamaan privasi kepada setiap kakitangan. Malah aktiviti bersama para kakitangan di dalam percutian ini juga dipendekkan agar kakitangan dapat meluangkang masa dengan menenangkan fikiran daripada kerja dan bergembira bersama keluarga masing-masing bagi yang sudah bekeluarga.

Mata Aisyah tertancap pada susuk tubuh yang berdiri tegap menghadap pantai tidak jauh darinya. Sejak jejaka itu melihat dirinya dengan Syed, hubungannya dengan Haziq menjadi dingin semula. Bukan dia tidak cuba untuk menjelaskan dan merungkai salah faham ini, sudah banyak kali. Dan sudah banyak kali juga cubaannya gagal.

“Kak Aisyah pandang apa tu?” tanya Aireen setelah perbualannya tidak mendapat respon daripada gadis itu. Aireen cuba memanjangkan lehernya melihat apa yang menarik perhatian Aisyah.

“Aaa… Tak ada apa-apa. jom la ke sana. Rasanya chalet kita di situ.” Kata Aisyah sengaja mengalih topik.

Langkah mereka diatur pergi jauh daripada tempat Aisyah melihat Haziq berdiri. Sebelum mereka pergi makin jauh, Aisyah menoleh kebelakang sebentar. tetapi, tatkala matanya kembali memandang tempat Haziq berdiri, hatinya tiba-tiba menjadi sakit. Jejaka itu kelihatan sedang tersenyum dan berbual mesra dengan seorang wanita. Dia tidak dapat lihat dengan jelas kerana wanita tersebut membelakangkannya. Siapakah wanita itu? Dan kenapa mereka berdiri sangat rapat? Eh! Kenapa aku kena cemburu? Kami cuma berkawan. Layanan Haziq terhadap dirinya juga hanya sebagai seorang sahabat. Walaupun kadang-kadang terasa seperti lebih daripada itu. Namun, ianya tidak bermakna apa-apa. Selagi tiada sebarang kata-kata yang mengatakan jejaka itu menyukaikan lebih dari seorang kawan. mereka hanya kawan.Ya. Tidak lebih dan tidak kurang.

“Wahhhh! Cantiknya chalet ni! Kan Kak Sya?” Puji Aireen sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam chalet sederhana besar di resort tersebut.

Aisyah berjalan menuju ke katil bersaiz queen yang ada di tengah bilik. Dia melabuhkan duduknya di atas katil tanpa membalas pertanyaan Aireen kepadanya. Fikirannya masih berfikir tentang apa yang dilihat sebentar tadi. Haziq begitu mesra dengan wanita itu. Dia sendiri tidak pernah melihat jejaka itu tersenyum begitu sejak mereka berbaik. Senyuman itu lain daripada sebelum ini. perlahan-lahan tangan diletakkan di dada. Hatinya sakit. Pedih! Kenapa ya? Kenapa aku rasa begini?

“Kak Sya?” panggil Aireen sambil melambai-lambaikan tangan kanannya di hadapan wajah Aisyah.

“Ha?” wajah Aireen dipandang hairan. “Ya Reen?” tanya Aisyah.

“Kak Sya okay tak ni?” tanya Aireen spontan meletakkan tangan kanan di dahi Aisyah. setelah beberapa saat, mata Aireen terbeliak. “Panasnya! Kak Sya demam ni! Nanti Reen panggilkan Kak Husna.” Kata Aireen menyatakan hasratnya untuk memanggil AJK keselamatan dan kesihatan, Puan Husna iaitu salah seorang AJK Family Day mereka di sini.

Belum sempat Aireen melangkah, Aisyah menggenggam erat tangan gadis itu. “Kak Sya okay la. Kejap lagi Kak Sya makan ubat okay la demam ni. Reen jangan risau ya?” ucap Aisyah. memang pagi tadi sebelum bertolak, dia dapat rasa badannya panas lain macam. tetapi Aisyah tidak ambil kisah dan buat tidak tahu sahaja dengan penyakit ini. berharap agar ia cepat kebah.

“Betul ni? Kalau ada apa-apa, Kak Sya bagitahu reen tahu” ujar Aireen. Risau melihat rakan sekerjanya itu sakit. Tambah pula, Aisyah jenis yang boleh tahan degil juga orangnya.

Aisyah tersenyum sambil menganggukkan kepala. “No worries. Dah. Jom unpack. Kejap lagi ada aktiviti pantai.” Ajak Aisyah lalu berjalan menuju ke bagasinya. Dia menarik bagasi itu ke arah almari. “Kak Sya ambil satu almari ni boleh?” kata Aisyah sambil tersenyum nakal.

“Hey! Mana aci!” Aireen berlari-lari anak mengambil bagasinya lalu menuju ke arah Aisyah. tergelak Aisyah melihat telatah Aireen. Perangai gadis ini persis perangai Zurina. rindu pula dengan gadis yang sedang berada di Tokyo bagi menghadiri kerjanya di sana.

__

“Reen nampak tak handphone Kak Sya?” tanya Aisyah. tangannya ligat mencari telefon bimbit di dalam bagasi pakaiannya. Habis semua barangnya diselongkar.

Aireen menggelengkan kepalanya. “Tak ada pula. Kenapa Kak Sya? Hilang ke?” tanya Aireen. dia juga turut sama membantu Aisyah mencari telefon bimbit gadis itu.

“Mungkin Kak Sya tertinggal dekat lobi tadi kut.” Teka Aireen.

“Lobi?”

Aireen menganggukkan kepalanya. “Tadi kan Kak Sya letak sekejap telefon dekat meja lobi sebab nak tulis nama dekat borang check in?”

“A’ah la. Mungkin. Kalau macam itu, Kak Sya pergi tengok sekejap.” Kata Aisyah lalu bergegas keluar dari bilik chaletnya. Dia perlu segera ke lobi resort untuk mendapatkan telefon bimbitnya kembali. Jika apa yang diteka oleh Aireen benar, lega sedikit hatinya nanti.

Langkah diatur laju melepasi beberapa buah chalet yang terdapat disitu. Suara gelak ketawa pelanggan yang didiami mereka di dalam setiap chalet tidak dihirau oleh Aisyah. baginya, dia harus segera mencari telefonnya. Ada sesuatu yang merisaukan dirinya jika orang lain membuka telefonnya tersebut.

“Are you sure Zila?” suara Haziq kedengaran tidak jauh darinya membuatkan langkah Aisyah terhenti seketika. Aisyah menoleh ke kiri dan ke kanannya. Mencari dari mana datangnya suara jejaka itu. Dia kini berada di taman berdekatan dengan pantai. Dari jauh dia dapat melihat Haziq bersama seorang wanita. Kedua-dua mereka membelakangkannya.

“Nice work” puji Haziq sambil tersenyum lebar kepada wanita disebelahnya. Wanita itu tertunduk memandang lantai. Juga turut sama tersenyum. Siapakah dia? Kekasih jejaka ini kah? Zila? Macam pernah sahaja dia mendengar nama itu.

Langkah Aisyah menjadi teragak-agak. Sama ada mahu meneruskan langkahnya ke lobi, atau…

Aisyah menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan langkahnya menuju ke lobi. Dia tidak boleh meneruskan niat tersebut! Tak baik untuk mencuri dengar perbualan orang lain! Tak! Tak! Langkah yang diatur Aisyah semakin lama semakin perlahan. Hatinya memberontak kuat mahu mendengar apa yang dibualkan. Manakala otaknya pula menghalang semua itu dari terjadi. Sudahnya Aisyah menghentikan langkahnya sambil menimbang baik buruk keputusannya.

“Tak salah kut kalau sekali sekala.” Ucap Aisyah sambil mengurut perlahan tengkuknya yang dibaluti dengan tudung shawl.

“Tak salah apa?”

“Yela. Tak salah rasanya nak dengar.” Balas Aisyah tanpa sedar dia sedang menjawab soalan daripada seseorang di belakangnya.

“Dengar apa?”

“Dengarlah apa yang dia orang bincang” balas Aisyah lagi. Ish! Dia ni! Sibuk je!

Beberapa saat kemudian, Aisyah tersedar sesuatu. Eh! Kejap… dengan siapa aku cakap ni? Aisyah menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya dia, orang yang bertanya tadi merupakan Adam Haziq. Subjek yang menjadi buah fikirannya tidak tenang tadi. Jejaka itu kelihatan serius sahaja merenung dirinya. Kening jejaka itu terangkat sebelah. Mungkin hairan kenapa Aisyah berdiri sahaja di sini sejak lima minit lalu.

“Errr…” Aisyah menoleh ke kiri dan ke kanan. Melihat jika ada kakitangan syarikat mereka di sekeliling mereka. “Abang Haziq buat apa dekat sini?” tanya Aisyah. membuang formaliti antara mereka setelah pasti tiada sesiapa di sekeliling mereka.

“ Lobi. And why are you here? Bercakap seorang diri pula tu” tanya Haziq. Nada suaranya walaupun kedengaran dingin, tetapi entah kenapa di telinga Aisyah kedengaran seperti lembut sahaja.

“Errm… Sya nak ke lobi juga. Nak tanya kalau mereka ada nampak tak telefon bimbit Sya” jelas Aisyah.

Haziq merenung wajah Aisyah. Lama. Membuatkan Aisyah menjadi segan pula apabila bertentangan mata dengan jejaka itu.

“Abang Haziq?” panggil Aisyah. Beberapa saat kemudian kepalanya ditundukkan setelah tidak mendapat respond daripada Haziq. Malu pula ditenung sebegitu.

“Erm.. ini ke yang Sya cari?” tanya Haziq sambil menghulurkan sesuatu dari kocek seluar jeans hitamnya.

Wajah Aisyah berubah ceria. Telefon bimbit tersebut akhirnya dapat juga dicarinya. “Macam mana…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan pertanyaannya, Haziq memotong kata-katanya. “Ada kakitangan resort bagi dekat abang. Sebab dia nampak muka abang dekat wallpaper Sya” jelas Haziq. Wajahnya dipalingkan ke arah lain setelah menjelaskan pertanyaan yang ingin ditanya isterinya. Entah kenapa dirinya menjadi segan pula. Ini kali pertama dia merasa sebegitu setelah lama mengenali Aisyah. sejujurnya dia masih cemburu dengan apa yang dilihat di syarikatnya tempoh hari. Akan tetapi apabila dia melihat foto pernikahannya di skrin wallpaper Aisyah, hatinya menjadi terusik sedikit. Perasaan yang dia sendiri susah untuk menafsirkan. Bahagia mungkin.

“Abang Haziq tengok?!” suara Aisyah sedikit kuat dek kerana terlalu terkejut. Tidak berapa lama kemudian, wajahnya ditundukkan. Tidak sanggup untuk memandang wajah Haziq kerana terlalu malu. Merah mukanya ketika ini. wallpaper tersebut sudah lama di letakkan di skrin telefon bimbitnya sejak hubungannya dengan Haziq baik. Entah kenapa, dia rasa mahu meletakkan foto itu. Dan kerana foto di skrin telefon bimbitnya ini jugalah dia perlu segera mencarinya sebelum kakitangan lain melihatnya. Dia langsung tidak menyangka suaminya sendiri melihat foto tersebut. Aduh! Malunya!

Haziq menoleh semula memandang wajah Aisyah yang sedang tertunduk malu. Hatinya meronta-ronta mendesak dia berkata sesuatu. Kata-kata yang sudah lama disimpan sejak dahulu.

“Aisyah.. ab..”

Namun, kata-kata Haziq terhenti apabila terlihat beberapa orang lelaki daripada syarikatnya sedang berjalan menghampiri mereka.

“Assalamualaikum Encik Haziq! Eh? Aisyah pun ada?” tanya Halim.

Haziq menjawab salam mereka. Manakala Aisyah meminta diri untuk beredar dari situ. Dia tidak mahu orang lain melihat wajahnya yang sudah seperti buah ceri itu. Merah sangat!

Haziq masih berdiri di situ dan berbual dengan beberapa kakitangannya. Namun matanya sesekali memandang Aisyah yang sedang berlari-lari anak meninggalkan mereka. Serta merta sebaris senyuman terukir di bibirnya.

__

Aisyah tersenyum melihat para peserta sedang mengambil bahagian di dalam acara permainan bola pantai. Acara ini dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Tiada percampuran jantina.

“Sya! Jom main!” ajak Fatimah sambil cuba menarik tangan gadis itu. Aireen ingin bersuara tetapi Aisyah menghalangnya. Dia tidak mahu Aireen memberitahu orang lain bahawa dia tidak sihat hari ini. dia tidak mahu sesiapa risaukan dirinya.

“Jom!” balas Aisyah lalu berjalan perlahan kearah sekumpulan wanita berbaju jersi biru. Fatimah menghulurkan jersi pasukannya kepada Aisyah. gadis itu menyambut jersi tersebut dengan senyuman.

“Waaaaaaa!!!!” jerit beberapa peserta wanita tidak jauh daripadanya. Aisyah menoleh memandang apa yang kecoh sangat itu. Matanya terpaku memandang Haziq yang sedang membuat lompatan untuk menghantar pukulan kepada pihak lawan di hadapan net. Badannya yang sasa itu hanya memakai tshirt putih tanpa lengan jelas menunjukkan tangannya yang berotot. Tidak besar dan tidak juga kecil. Aisyah memandang wajah Haziq. Kacak. Wajah serius jejaka itu di dalam permainan membuatkan jantung Aisyah berdegub kencang. Tidak semena-mena wajahnya menjadi merah.

“Sya?” tegur Fatimah.

“Ya Kak Tim?”

“Kamu okay ke ni? Merah muka tu” tegur Fatimah. Aisyah cepat-cepat menyarung baju jersi biru itu tanpa membalas pertanyaan Fatimah.

“Sya?” panggil Fatimah lagi. Bunyi wisel menyelamatkan Aisyah yang sedang mencari alasan supaya Fatimah tidak fikir bukan-bukan.

Fuh! Lega.

Tidak lama kemudian, permainan dimulakan. Permainan antara pasukan biru dan kuning kelihatannya menjadi bertambah sengit membuatkan Aisyah bertungkus lumus mengerah tenaga supaya pasukannya menang. Markah kedua-duanya seri apabila Aisyah berjaya memukul masuk bola di gelanggang pihak lawan. Sorakan daripada jabatannya bertambah kuat membuatkan Aisyah dan rakan sepasukannya bertambah semangat.

“Sya nak rehat dulu ke? Tukar dengan Aireen. Kak Tim tengok muka kamu pucat dah ni. Kamu okay ke ni?” tanya Fatimah. Dia risau jika terjadi apa-apa dengan setiausaha bosnya ini.

Aisyah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Sya okay. Boleh lagi ni.” Ujar Aisyah. menyakinkan Fatimah bahawa dia tidak ada apa-apa dan mampu terus bermain.

Wisel dibunyikan menandakan perlawanan akhir akan bermula. Aisyah menggagahkan dirinya berlari menyambut pukulan bola dari pihak lawan. Peluh di dahi langsung tidak dihiraukannya. Pergerakan Aisyah ketika bermain sangat pantas pada awalnya kini menjadi semakin perlahan. Gadis itu dapat merasai tenaga di dalam badannya semakin berkurang. Dirinya sudah penat. Tetapi kerana degil, dia memaksa juga dirinya untuk terus bermain.

Tiba-tiba, badan Aisyah tidak ada daya untuk bergerak. Kepalanya menjadi pening membuatkan Aisyah terduduk di tengah-tengah gelanggang semasa permainan masih berjalan. Peluh bertambah banyak keluar di dahi dek kerana kepanasan petang. Suara sorakan di sekitar gelanggang semakin tidak kedengaran. Bunyi dengungan yang sederhana kuat di telinga membuatkan dia tidak berapa dengar dengan apa yang di ucap oleh orang sekelilingnya.

“Kak Sya! Jaga-Jaga!!!!!” Jerit Aireen tidak jauh dari gelanggang. Aisyah hanya mampu mendongak melihat bola yang dibaling daripada pihak lawan. Badannya sudah tidak mampu lagi bergerak. Dia sudah tidak larat. Badannya pula ketika ini terasa semakin panas. Rakan pasukannya pula berada jauh darinya, jadi mereka mungkin tidak dapat menyelamatkannya dari terkena hentaman bola dari pihak lawan. Aisyah memejamkan matanya kerana beberapa saat lagi bola tersebut bakal mengena kepalanya. Dia harus bersedia menerima hentaman tersebut. Tidak kiralah betapa sakit pun pukulan itu. Dia tidak mampu lagi untuk mengelak dan bergerak.

Tidak berapa lama kemudian Aisyah dapat merasa dirinya didalam pelukan seseorang. Pelukan tersebut erat sekali. Serta merta mata yang dipejam dibuka. Aisyah terkejut. Kerana sekarang ini dia berada di dalam pelukan seseorang yang membuatkan orang lain tergamam.siapa lagi kalau bukan Adam Haziq. Wajah Aisyah tersembam pada dada bidang jejaka yang memeluknya.

“Sya okay?” tanya Haziq. Aisyah hanya mampu merenung wajah Haziq yang sedang dibasahi peluh kerana bersukan tadi. tetapi, pandangan itu makin lama makin kabur. Sudahnya Aisyah pengsan di dalam pelukan Haziq.

Aireen berlari-lari anak mendapatkan Aisyah. walaupun dia sendiri terkejut dengan tindakan Haziq. Mana tidaknya, jejaka itu berlari sepantas kilat dari gelanggang sebelah lalu memeluk Aisyah demi melindungi gadis itu. Bola pula terkena pada belakang badan jejaka itu. “Kak Sya… Encik Haziq. Mari saya bawa Kak Sya ke bilik” kata Aireen ingin membawa Aisyah kembali ke bilik untuk berehat.

Haziq diam tidak berkutik dari memeluk Aisyah. wajah Aisyah ditenung lama. “E.. Encik Haziq?” panggil Aireen sekali lagi.

“It’s okay.” Haziq bangun lalu mengangkat Aisyah yang sudah tidak sedarkan diri persis seperti seorang puteri. Mata-mata yang memandang mula bergosip sesama mereka. Ada pula yang ternga-nga mulut kerana tidak menyangka majikannya akan mengangkat setiausahanya begitu.

“Errr.. Encik Haziq… Tak manis bawa anak dara mac..”

Belum sempat Aireen menghabiskan kata-katanya, Haziq terlebih dahulu memotong. “She’s my wife. I’ll take care of her.” Ucap Haziq lalu melangkah pergi meninggalkan para peserta yang menunjukkan riak terkejut. Aireen hanya mampu menghantar pandangan kepada Aisyah dan majikannya yang semakin hilang dari pandangan.

“iss… ISTERI??!!!” jerit hampir semua para peserta yang ada di pantai itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku