Tak suka tapi Cinta
Babak 55
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2720

Bacaan






Aisyah duduk termenung menghadap laut yang kelihatan kebiruan. Deruan ombak yang memukul pantai pagi itu menenangkan hatinya yang sedang gundah gulana. Otaknya sarat memikirkan apa yang sebenarnya membuatkan suaminya membocorkan status yang selama ini disimpan rapat olehnya.

“Kak Aisyah!” Sergahan dari belakang membuatkan dirinya terkejut sedikit.

Aisyah menolehkan kepalanya memandang Aireen yang sudah tersengih disebelahnya. “Aireen ni. Nasib baik Kak Sya tak ada sakit jantung tahu. Kalau tak…”

“Ala Kak Sya ni. Drama je lebih tau… Jom la pergi sarapan. Lapar!”

Aisyah diam. Dia berfikir sebentar. sebenarnya dia sengaja duduk lama-lama di pantai ini. hanya untuk mengelak dari berjumpa rakan sekerja mereka.

“Ermmm..”

Belum sempat Aisyah ingin menolak ajakan Aireen, gadis itu terlebih dahulu memotong kata-katanya. “Alaaa… Jom la.. Kak Sya takut mereka cakap apa-apa pasal Kak Sya kan?”

Aisyah terdiam lagi. Tepat sekali tekaan Aireen kali ini. wajahnya ditundukkan. Aireen mengenggam erat kedua-dua tangan Aisyah.

“Kak Sya.. Reen kan ada?”

Aisyah tersenyum. Entah kenapa, kata-kata itu serba sedikit melegakan hatinya. Serta merta Aisyah menganggukkan kepalanya. “Jom. Kak Sya pun lapar juga.”

“Yeay!” Aireen melompat kegirangan di hadapan Aisyah.

Dari jauh, Haziq tersenyum melihat Aisyah yang sedang ketawa melayan kerenah Aireen. hati jejaka itu sedikit lega apabila wajah yang dirinduinya kembali tersenyum setelah agak lama bersedih dan bermuram durja. Haziq perlahan-lahan mengatur langkah pergi dari tempat di bersembunyi sejak pagi tadi. hanya kerana mahu melihat keadaan Aisyah, dia sanggup bersembunyi di balik pohon-pohon di taman tersebut.

**

Aisyah dan Aireen melangkah masuk ke kafeteria resort berkenaan dengan ketawa yang masih bersisa daripada jenaka yang dibuat oleh Aireen. Saat kakinya melangkah masuk sahaja, semua mata tertumpu kepada Aisyah. gadis yang kini sudah diketahui status sebenar di dalam syarikat FH Holdings.

Aisyah menelan air liur yang kini terasa sedikit kesat. Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah buffet makanan yang terhidang tidak jauh dari mereka. Semakin kakinya melangkah mendekati buffet tersebut, semakin ramai yang memandang mereka. Ada yang hanya memerhati, ada pula yang berbisik sesame mereka. Tidak kurang juga menangkap beberapa gambarnya dengan telefon bimbit mereka yang canggih belaka. Aisyah tidak dapat menahan dirinya dari menundukkan wajahnya. Aireen disebelah perasan akan suasana yang agak dingin itu. Gadis itu cepat-cepat menarik tangan Aisyah agar segera mendapatkan makanan mereka dan pergi mendapatkan tempat duduk yang jauh sedikit dari mereka.

“Fuh!! Dah macam bawa selebriti makan la pula!” luah Aireen sebaik sahaja melabuhkan duduknya di meja bulat. Aireen menoleh memandang sekeliling. Mereka kini duduk jauh daripada rakan sekerja mereka.

“Tu la.. Kak Sya pun tak sangka akan jadi macam ni.” Aisyah juga turut meluahkan rasa tidak senangnya akan situasi mereka tadi. sungguh menakutkan.

“Tapi kan, Takkan Kak Sya tak pernah rasa macam ni kut sebelum ni? Yela, Kak Sya kan dah tiga tahun nikah dengan Encik Adam Haziq.” Tanya Aireen.

Aisyah hanya menggelengkan kepalanya. “He’s been busy.” Aisyah menundukkan wajahnya. Menutup sedikit cerita sebenar disebalik perkahwinannya.

Aireen mengangguk faham. “Untungnya Kak Sya kahwin dengan Encik Adam Haziq!”

“Mestilah untung! Cubalah tengok minah yang minat suami awak tu. menangis dari semalam.” Sampuk Fatimah lalu mendapatkan tempat duduk di sebelah Aisyah. Aisyah dan Aireen memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Fatimah. Sekumpulan perempuan daripada kakitangan syarikat mereka juga sedang tersedu sedan mengesat air mata di tubir mata mereka.

“Frust la tu Kak Tim!” ejek Aireen lalu disambut ketawa oleh Fatimah.

“Ish! Tak baik gelak la Kak Tim.” Tegur Aisyah lalu menyuapkan sesudu bihun goreng ke dalam mulutnya.

“Sya.. cerita la macam mana kamu jumpa big boss kita tu. Kak Tim teringin nak tahu.”

“Kami pun…” sampuk lagi beberapa orang kakitangan yang duduk berhampiran mereka. Mereka kemudian berjalan mendekati tempat mereka duduk. Kini mereka semua sudah berkerumun di meja yang diduduki Aisyah dan Aireen.

“Errr… Cerita kami tak seronok mana pun.” Kata Aisyah cuba mengelak dari bercerita tentang bagaimana mereka kenal. Tak mungkin dia akan ceritakan semua. Perkahwinan mereka pun asalnya atas sebuah wasiat. Mana mungkin ia menjadi suatu yang seronok untuk diceritakan. Tambahan pula, dia dan Haziq sejak dulu tidak sebulu. Tak mungkin dia akan membuka aib suaminya sendiri.

“Ehhhh.. Kak Tim tak percaya la! Cerita la…” desak Fatimah. Begitu juga dengan rakan sekerja mereka yang semakin ramai datang berkerumun ke meja mereka.

Aisyah menelan air liur sebentar. matanya memerhati setiap seorang di hadapannya. Mata mereka bersinar-sinar seolah mereka benar-benar ingin mengetahui bagaimana Aisyah dan Haziq boleh berkenalan. Maklum sahajalah, sikap panas baran dan bengis Haziq itu yang susah didekati kini sudah mempunyai isteri. Pasti ramai sahaja ingin tahu bagaimana Aisyah boleh membuka pintu hati jejaka itu.

Aisyah menarik nafasnya perlahan, lalu dihembus keluar. “Kami dah lama kenal. To be exact… Kami sebenarnya kawan sejak kecil. Kami berjiran dari Sya kecil sampai Sya tingkatan empat. Habis sahaja SPM, Encik Haziq dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Sejak dari tu, kami dah tak berjumpa.”

“Seriously? Kawan sejak kecil?” tanya Halim yang sedang berdiri di antara orang ramai yang turut mendengar cerita daripada Aisyah.

“Shhh!!” semua yang mendengar memberikan teguran kepada Halim untuk diam agar Aisyah meneruskan ceritanya. Halim tersengih lalu mengangguk faham.

Aisyah mengangguk. “Tidak lama selepas Encik Haziq sambung belajar, keluarga mereka juga turut berpindah. Arwah Tan Sri Jamal dinaikkan pangkat jadi mereka harus menguruskan kerja mereka di Australia. Semua itu sebelum mereka membuka perniagaan mereka.”

“Sepanjang Sya bersekolah dan berjiran dengan mereka. Mereka baik sangat dengan Sya dan keluarga. Kami dah macam sebuah keluarga besar. Sya rindu sangat kenangan tu. lepas beberapa tahun, kami berjumpa semula. Masa tu…” Kata-kata Aisyah terhenti seketika. Dia jadi teringatkan sesuatu. Lama gadis itu berjeda.

“Kak Sya?” panggil Aireen. menyedarkan kembali Aisyah dari termenung jauh.

Aisyah mengukirkan sebaris senyuman. “Masa itu, Encik Haziq tak balik lagi. Puan Sri Zetty dan… dan adik Encik Haziq je yang balik. Semuanya bermula dari situ la. Dan kini, kami dah tiga tahun menjadi suami isteri. The End!!” Aisyah sengaja meringkaskan ceritanya. Dia rasa, cukup disitu sahaja dia bercerita.

“Alaaa…. Pendeknya…” ternyata, ramai menyatakan rasa tidak puas kerana cerita yang disampaikan oleh Aisyah begitu pendek sekali.

“Kalau tak silap Kak Tim, Encik Adam Haziq ada adik kembar kan?” tanya Fatimah sambil menggaru kepalanya yang berbalut tudung.

“A’ah!! Dengar cerita dia seorang yang sangat caring! Dah la handsome, suara dia persis afghan! Ala penyanyi terkenal Indonesia tu…” puji Aireen.

“Ish.. Kamu ni, mana kamu tahu semua ni?” tanya Fatimah. Wanita itu seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh Aireen. mana mungkin gadis ini tahu sedangkan Aireen tidak pernah berjumpa dengan adik kepada majikan mereka.

“Ala… Kak Tim ni mesti tak pernah tengok youtube. Dulu pernah viral kot! Tapi itu masa adik Encik Adam Haziq masih belajar lagi. Sekarang ini entah orang masih ingat lagi ke tak. Sampaikan ada orang dari industri seni nak tawarkan adik Encik Adam Haziq jadi penyanyi tu!” Ujar Aireen.

Aisyah tersenyum. Memang ada benar kata-kata dari Aireen itu. Hadzriq memang sejak dari bangku sekolah lagi sangat terkenal dengan suaranya yang sangat merdu persis suara afghan itu. Malah dirinya juga suka dengan suara jejaka itu.

“Tapi kan… yang menariknya pasal adik Encik Adam Haziq… dulu pernah ada seorang anak menteri propose dekat dia. Tapi…. Tapi….” Aireen sengaja membuat orang yang mendengar berasa sedikit suspen.

“Tapi apa?” tegur semua yang ada di situ. Aisyah ketawa kecil. Nampak seperti semua orang berminat ingin tahu tentang Hadzriq lebih dari Haziq sendiri.

“Tapi adik Encik Adam Haziq tolak mentah-mentah. Nak tahu tak apa yang dia cakap?” Aireen memberhentikan ceritanya sebentar. dia berdehem beberapa kali. “There’s someone that I love. Dan hanya nama gadis itu sahaja yang bertakhta di hati saya.” Ucap Aireen membuat suara seperti seorang lelaki macho.

Aisyah tersentak. Dia tidak pernah tahu akan hal ini. bagaimana Aireen boleh tahu? Wajah Aireen direnungnya.

“Ish… kamu ni.. jangan nak memandai la.. Kak Tim tak percaya.” Kata Fatimah.

“Betul! Ni.. ada tertulis dekat blog apa tah. Korang semua pergi check! Ada! Kebetulan pula blogger tu rakan baik adik Encik Adam Haziq waktu sekolah dulu. Dan the best part is, blogger tu pun ada masa adik Encik Adam Haziq cakap macam tu. Cuma sekarang ini dah tak ada khabar berita dah pasal adik Encik Adam Haziq tu.” kata Aireen bersungguh-sungguh menyatakan apa yang dikatanya itu benar belaka.

"Kenapa?" tanya Fatimah.

Aireen hanya menjongketkan kedua-dua bahunya tanda dia tidak tahu. 

“Sya, siapa nama adik Encik Adam Haziq tu? Kak Tim nak tahu juga macam mana rupa dia. Boleh google nanti.” Tanya Fatimah lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Begitu juga dengan rakan sekerjanya yang lain.

“Errr… nama dia…”

“Hadzriq…. Hadzriq Haikal Bin Tan Sri Jamal” ujar satu suara dari belakang mereka yang berkerumun.

Semua yang ada di situ terkejut. Adam Haziq sedang berdiri berpeluk tubuh memandang mereka semua. Dalam masa tidak sampai tiga saat, semua yang ada disitu berlalu pergi. Yang tinggal hanya Aisyah dan Aireen.

“Errr… Kak Sya.. Reen rasa tadi Kak Tim minta Reen tolong dia tapau kuih. Reen pergi dulu ya.” Kata Aireen lalu mengangkat pinggan dan cawan untuk pergi dari tempat itu.

Aisyah hanya mendiamkan diri tanpa mempelawa Haziq duduk di hadapannya. Walaupun tempat duduk dihadapan dan disebelahnya kosong. Bihun di dalam pinggan mula disuakan kemulut. Dia berharap sangat Haziq tidak duduk dimejanya.

Haziq tersenyum. Dia mengorak langkah mendekati meja Aisyah lalu melabuhkan duduknya di hadapan Aisyah. “Seronok betul Sya cerita pasal abang tadi. tapi kenapa pendek sangat? Teringin pula abang nak tahu apa jadi lepas mama dengan Ha jumpa Sya.”

Aisyah memberi jelingan tajam kepada Haziq. Jejaka itu tertawa dengan jelingan yang diberi Aisyah. ini pertama kali gadis itu berani memberi jelingan sebegitu setelah berbelas tahun mengenalinya. Jika dahulu, jika Haziq berada di hadapannya, jangankan hendak menjeling, hendak pandang dirinya pun gadis itu tidak mahu.

“Apa yang seronok sangat?” tanya Aisyah. dia hairan, setahunya dia tidak pula membuat sebarang lawak tadi.

“Sya la..”

“Kenapa dengan Sya?”

Haziq tersenyum memandang Aisyah. “I love the way you look at me just now sayang.”

Tersedak Aisyah mendengar Haziq memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’. “Uhuukk!” Haziq menghulurkan Aisyah segelas Air sirap ais kepada Aisyah. gadis itu segera menyambut huluran tersebut lalu minum dengan sedikit rakus.

Sekali lagi Haziq ketawa.

“Stop it..”

Haziq tersenyum. “No I won’t”

Aisyah memberi jelingan maut kepada Haziq. “Fine!”

“Boleh tak Abang Haziq jangan panggil Sya macam tu? Sya… tak selesa.” Ujar Aisyah.

“Why should i?” tanya Haziq.

“Dah Sya tak selesa.. nak cakap apa lagi?” geram pula Aisyah dengan suaminya ini. macam sengaja buat tidak faham apa yang cuba dia sampaikan.

“What if abang tak nak?” tanya Haziq. menongkat kedua-dua tangannya ke dagunya.

Aisyah memalingkan wajahnya saat mata mereka bertemu. Dia berasa segan pula bertentang mata walaupun dengan suaminya sendiri. Bukan kerana dia tidak selesa, tetapi kerana renungan mata Haziq yang sangat dalam itu merungsingkan hati Aisyah. takut jika dia jatuh hati kepada jejaka itu. Biarpun dia sudah tahu, jauh di sudut hatinya nama jejaka itu sudah ada dihatinya.

Aisyah tersenyum. “Then… kita bet?”

“bet?”

Aisyah mengangguk. “Nampak tak papan dart yang tergantung kat hujung sana tu?” kata Aisyah lalu menunjukkan papan dart tidak jauh dari mereka.

“So?” tanya Haziq.

Aisyah tersenyum. “Kalau Abang Haziq kalah. Abang Haziq kena stop berlakon semua ini.”

“This is not an act Aisyah…”

Belum habis Haziq menghabiskan kata-katanya, Aisyah memotong terlebih dahulu. “Tak kisah la… Yang penting, kalau Abang Haziq kalah, Abang Haziq kena stop semua ni.”

“And what if I win?” tanya Haziq.

Aisyah tersenyum. Tidak mungkin jejaka ini akan menang. Dia teringat sewaktu mereka kecil dahulu. Antara dia, Hadzriq, Zurina dan suaminya, Haziq la yang paling tidak pandai bermain permainan ini. jejaka itu selalu berada di kedudukan tercorot antara mereka berempat.

“Kalau Abang Haziq menang, Sya akan pergi majlis malam ini dengan Abang Haziq. Macam pasangan suami isteri yang saling mencintai antara satu sama lain.”

Haziq tersenyum. “Sya takkan tarik balik kata-kata Sya kan?”

“No I won’t!!” ujar Aisyah dengan bangga.

Haziq bingkas bangun.

“Deal!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku