Tak suka tapi Cinta
Babak 56
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(15 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2442

Bacaan






Aisyah menilik dirinya di cermin sederhana besar dan panjang yang ada di dalam bilik chaletnya. Baju jubah berwarna putih bercorakkan bunga-bungaan di pandangnya dengan renungan kosong. Tidak berapa lama kemudian, dia menghela nafas panjang. Mendengus geram kerana kesilapannya sendiri dia kini dia merana. Merana apa? merana jiwanya!

“Aik Kak Sya? Takkan tengok diri yang cun melecun tu pun dah tak suka kot?” tegur Aireen yang sedang mengenakan solekan pada wajahnya. Hendak tergelak pula gadis itu melihat Aisyah yang sedang bermasam muka memerhati dirinya sendiri di hadapan cermin.

“Aku tak sepatutnya buat bet dengan mamat tu! kenapa la dia boleh menang?! Aduh!! Menyesalnya!” Aisyah mengomel sendirian. Dia rasa menyesal kerana membuat pertaruhan dengan Haziq. disangkanya jejaka itu akan kalah seperti apa yang di ramalkan, namun, jejaka itu bukan sahaja menang, mata yang dikumpul Haziq juga jauh lebih tinggi dari dirinya.

Aireen berjalan mendekati Aisyah lalu dipeluk lengan gadis itu. “Jealousnya Reen… dah la Kak Sya pergi majlis malam ni dengan suami tercinta, dapat baju sponsor khas pula tu.”

Aisyah mengukirkan senyuman terpaksa. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membuka baju jubah dan kain selendang yang dipakainya itu sekarang. Tetapi, dia seorang yang menepati janji yang telah dibuat, dia harus akur walaupun dia sendiri tidak menyukainya. Itulah! Siapa suruh pandai-pandai buat pertaruhan begini. Kan diri sendiri yang merana.

Tapi… Aisyah menilik sekali lagi baju yang dipakainya.

“Kenapa Kak Sya?” tanya Aireen.

“Kak Sya rasa macam pernah pakai baju ni. Tapi Kak Sya tak ingat pula dekat mana.” Ujar Aisyah. dia dapat merasa baju yang dipakainya ini pernah dipakainya sebelum ini.

“Ish.. mustahil la Kak Sya.. Tadi, kita sendiri nampak baju ini berbalut dalam kotak lagi kan? Siap ada tag jenama lagi.” Ujar Aireen membantah apa yang dikatakan oleh Aisyah.

Aisyah mengganggukkan kepalanya. Mungkin ada benarnya kata-kata Aireen. mustahil dia pernah memakai baju semahal ini. tambahan pula, baju ini dibuat khas untuknya. Seperti Haziq sudah tahu Aisyah bakal memakainya.

Tok.. Tok..

“Ha! Prince Charming Kak Sya dah sampai tu!” kata Aireen. gadis itu pula yang terlebih teruja darinya.

Aisyah berjalan perlahan menuju ke muka pintu. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas.

Haziq yang lengkap bersut merah gelap berseluar hitam tergamam melihat wajah ayu Aisyah sebaik sahaja gadis itu membukakan pintu untuknya. Jantung yang sebentar tadi normal berdegub kini berdegub kencang dari biasa. Jika tidak kenangkan situasi mereka ketika ini dan juga Aireen, mahu sahaja dipeluk seerat-eratnya gadis dihadapannya.

“Abang Haziq?” panggil Aisyah membuatkan Haziq kembali ke alam realiti.

Haziq mengukirkan senyuman paling indah sekali buat Aisyah. tangan dihulur. “Jom”

Aisyah turut mengukirkan sebuah senyuman kepada Haziq. tangan yang dihulur disambut tanpa paksaan.

“Jom…”
***

Sepanjang majlis makan malam untuk hari terakhir percutian ‘Family Day’ ini, Aisyah lebih banyak mendiamkan diri dari berbicara. Haziq pula yang petah bercakap. Tidak seperti sebelumnya. Aisyah terpegun melihat beberapa orang peserta sedang mendendangkan lagu di atas pentas. Kesemua mereka sangat ‘supporting’. Mana tidaknya, setiap setengah jam, akan ada seorang yang bertuah hasil dari cabutan bertuah yang dilakukan oleh para MC mereka untuk menyanyi di atas pentas. Tambahan lagi di hadapan khalayak ramai pula itu. nasib sahaja nama Aisyah telah digugurkan dari cabutan bertuah itu atas arahan majikan mereka iaitu Adam Haziq.

Sesekali Aisyah ketawa melihat gelagat para MC di atas pentas yang tidak jemu-jemu menghiburkan semua yang ada di dalam dewan itu.

“Okay… Jom kita cabut lagi! Agak-agak nama siapa la yang bertuah ni?” Kata seorang penyampai perempuan bertanyakan soalan kepada seorang lagi pasangan penyampainya.

“Aku harap sangat majikan kita kena beb! Teringin nak dengar suara Encik Adam Haziq menyanyi!!” kata penyampai lelaki yang ditanya itu. tangannya ligat mengocak beberapa keping kertas yang ada di dalam baling lut sinar itu. tidak sampai beberapa saat, tangannya dikeluarkan dengan menggenggam sekeping cebisan kertas di dalam tangan.

“Siapa? Siapa??” tanya pasangan penyampainya yang cantik memakai jubah berwarna biru laut. Kedua-dua mereka menjenguk sedikit kertas yang ada di tangan penyampai tadi. bunyi drum kini membuatkan semua orang yang ada di dalam dewan itu menjadi kaget seketika. Tambahan pula muka kedua-dua penyampai itu baru sahaja membuat wajah mereka yang terkejut.

“Pergh! Masin mulut Hang! Dipersilakan Encik Adam Haziq, CEO syarikat dan juga pemilik FH Holdings untuk tampil ke atas pentas!!!”

Aisyah terkejut. Di toleh mukanya memandang wajah Haziq di sebelahnya. Sinaran daripada lampu spotlight yang menghala ke arah Haziq membuatkan semua mata tertumpu kepadanya. Wajah Haziq tenang sahaja. Seperti dia sudah mengagak dirinya akan dipanggil sahaja. Tapi, tak mungkin lah…

Haziq bingkas bangun dari duduknya. Sebelum dia bergerak menuju ke atas pentas, dia mendekatkan sedikit wajahnya ke wajah Aisyah. siulan dan sorakan nakal daripada para hadirin yang hadir kuat kedengaran. Tidak semena-mena wajah Aisyah menjadi merah seperti buah ceri. Nasib baik keadaan di dalam dewan itu samar-samar gelapnya. Jika tidak, makin segan Aisyah dibuatnya.

Selepas membisikkan sesuatu, Haziq mengorak langkah menuju ke atas pentas. Aisyah merenung wajah Haziq. kata-kata Haziq sebentar tadi membuatkan Aisyah hairan. Apa maksudnya?

Haziq menyambut huluran mikrofon yang diberi oleh para penyampai.

“Masin mulut hang! Encik Adam Haziq… Sihat?” tanya seorang penyampai perempuan di sebelah Haziq.

Haziq hanya tersenyum. Dia kemudian menganggukkan kepalanya.

“Sorry Encik Adam Haziq! sebelum majlis tadi saya rasa saya dah makan satu bungkus gula dah! Ntah macam mana boleh termasin lagi mulut saya ni pun tak tahu.” Kata seorang lagi penyampai yang membuat cabutan namanya tadi.

Haziq ketawa. “It’s okay.” Ujarnya.

“So, Encik Adam Haziq… pujaan ramai wanita.. Oppss!! Sorry Puan Aisyah..” sengih penyampai lelaki yang suka berceloteh itu. Aisyah hanya ketawa. Dia harus berpura-pura suka mendengar gurauan sebegitu. Walaupun agak asing sebenarnya bila dirinya dipanggil ‘Puan’.

"Lagu apa yang Encik Adam Haziq nak nyanyi?” tanya penyampai perempuan.

Haziq membisikkan sesuatu kepada para penyampai yang ada di atas pentas itu. kedua-dua mereka menganggukkan kepalanya. Seorang dari mereka memberi arahan kepada kakitangan audio sistem yang sedang bertugas.

“Okay… Terimalah! Encik Adam Haziq!!” ujar kedua-dua penyampai lalu berlalu meninggalkan Haziq seorang diri di atas pentas.

Haziq merenung tepat ke wajah Aisyah dari atas pentas. Suasana ketika itu sudah tidak lagi kedengaran sebarang bunyi. “This is for you my love…”

Tidak berapa lama kemudian, bunyi alunan piano. Kening Aisyah terangkat sebelah. Seperti di pernah mendengar alunan melodi ini.

“Hmmmmm…” Haziq memejamkan matanya mengikut alunan melodi piano. suasana di dewan menjadi gelap. Meninggalkan hanya lampu spotlight menyuluh hanya diri Haziq di atas pentas.

Tenanglah,

Kekasihku….

Ku tahu hatimu menangis…

Beranilah, tuk percaya…

Semua ini pasti berlalu..

Meski takkan mudah, namun kau takkan sendiri.. ku ada di sini..

Untuk mu aku akan bertahan..

Dalam gelap takkan kutinggalkan,

Engkaulah teman sejati, kasihku..

Disetiap hariku..

Untuk hatimu kukan bertahan….

Sebentuk hati yang kunantikan…

Hanya kau dan aku yang tahu… Erti cinta.. yang telah kita punya…

Aisyah terkedu. Wajah Haziq yang sedang menyanyi di atas pentas di renungnya lama. Lagu ini…

Setitis air mata Aisyah jatuh ke pipi. Dia sengajakah menyanyikan lagu ini? Jantung Aisyah berdegub hebat. Dia sangat tidak menyangka lagu ini bakal dinyanyikan jejaka ini.

“Abang akan mulakan semula apa yang Abang tinggalkan dulu.” Kata-kata Haziq sebentar tadi yang membuatkan Aisyah hairan dan penuh tanda tanya mulai difaham. Inikah yang dimaksudkan oleh Haziq? inikah?

Beranilah,

Dan percaya…

Semua ini pasti berlalu…

Meski takkan mudah.. Namun kau takkan sendiri… Ku ada di sini..

Haziq memejam matanya apabila mencapai not yang tinggi. Suaranya walau tidak seperti Hadzriq ketika mendendangkan lagu ini, cukup membuatkan air mata Aisyah tidak henti-henti dari mengalir. Aisyah mengelengkan kepalanya. Tak mungkin Haziq sengaja. Tak…

Tapi..

Aisyah tersentak. Dia memandang baju jubah yang dipakainya. Dia jadi teringat akan sesuatu. Baju ini.. sama seperti baju yang dipakai sewaktu majlis hari jadi Zurina dahulu. Jubah yang sangat cantik tetapi tidak diketahui siapa pemberinya. Aisyah mendongakkan kepalanya memandang wajah Haziq.

“Diakah?” bisik Aisyah perlahan.

Engkau lah teman sejaaaati kaaasihku…

Disetiap hariku…

Untuk hatimu ku kan bertahan..

Sebentuk hati yang kunantikan..

Hanya kau dan aku yang tahu.. erti cinta.. yang telah kita punya…

Habis sahaja Haziq menyanyikan lagu tersebut, tepukan gemuruh dan juga sorakan bergema di segenap ruang dewan itu. Haziq tersenyum. Dia rasa, dia sudah menyanyi dengan seluruh hatinya. Dia berharap Aisyah dapat merasai apa yang dirasainya sewaktu menyanyikan lagu ini.

Apabila lampu dewan diterangkan semula, Haziq mendapati tempat duduk yang diduduki Aisyah kosong. Dimanakah Aisyah?

“Terima kasih Encik Adam Haziq. sedap betul suara Encik Adam Haziq. sampaikan saya hampir tergoda dengar.” Puji penyampai lelaki yang mula mendekati Haziq.

Haziq hanya tersenyum. Matanya meliar memandang di segenap ruang dewan tersebut. Mencari kelibat Aisyah.

Selepas para penyampai tersebut mengucapkan terima kasih, Haziq bergegas turun. Tatkala itu juga dia menangkap tubuh Aisyah yang sedang berlalu keluar meninggalkan dewan. Haziq mempercepatkan langkahnya.

“Aisyah!” Panggil Haziq sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya keluar dari dewan tersebut. Namun hampa. Tubuh dan wajah gadis itu tidak kelihatan. Apakah dia sudah membuat keputusan yang salah dengan menyanyikan lagu itu? Dimanakah Aisyah?

***

Aisyah memandang jauh ke lautan yang kini hitam pekat dek kerana waktu yang sudah malam. Ombak yang memukul pantai dan juga membasahkan sedikit kain jubah yang dipakainya langsung tidak diendahkan. Air mata tidak henti-henti keluar sejak tadi. nasib baik solekan yang dikenakannya ketika ini solekan anti air. Tidaklah comot apabila air mata penuh membasahi mata dan pipinya.

Wajah Aisyah ditundukkan. Menahan sendu daripada tangisan yang ada sejak tadi. dia sengaja keluar sebaik sahaja mendengar Haziq menyanyikan lagu tersebut. Jika dia berlama-lama di dalam itu, di khuatir sekiranya air mata ini tidak dapat ditahan lagi. Lebih parah jika rakan sekerjanya bertanyakan hal itu. mahu dijawab apa kepada mereka?

Kedua-dua tangan yang sejak tadi digenggam kini ditekup kemuka. Dugaan apa ini? sudah bertahun dia menanam segala kenangannya dengan arwah Hadzriq. sudah bertahun juga dia membuang segala macam perkara yang ada sangkut paut dengan kenangan lalu. Tetapi malam ini.. semuanya musnah!

“Abang Ha… Sya rindukan Abang Ha!!!” jerit Aisyah separuh kuat. Dia tidak dapat membendung lagi perasaan ini. jika dahulu dia menahan dan memendam semuanya agar orang disekeliling tidak berasa risau, kini tidak lagi. Dia tewas! Ya… Dia tewas dengan perasaan ini. setiap kali dia bermimpikan Hadzriq, mahu sahaja di dakap erat jejaka itu. tetapi, tatkala itu juga, kakinya ibarat di gam dari terus berpijak mendekati Hadzriq. seolah-olah tidak membenarkan tindakannya memeluk jejaka itu.

Dia sangat menyesal kerana tidak mengikut kata hatinya dahulu. Hati yang selalu merindui, menyayangi dan mencintai jejaka itu. tetapi kini, semuanya sudah terlambat! Dia menyesal! Sangat menyesal! Andai boleh dipatah kembali waktu, dia tidak akan menyiakan waktu yang dia ada bersama dengan jejaka itu. dia akan mempertahankan cinta mereka sehingga ke saat akhir.

“Aisyah…” panggil seseorang dari belakangnya. Aisyah tidak menoleh. Dia tahu siapa yang memanggilnya.

“Leave me alone.”

“No. I won’t.. I will not leave you again..” ujar Haziq.

Belum pun selangkah Haziq mendekatkan dirinya, Aisyah bersuara. “Go away! Sya bencikan Abang Haziq!” luah Aisyah dalam esakannya. Haziq terdiam. Dia hanya memandang gadis itu dari belakang. Membiarkan gadis itu meluahkan segala yang terpendam dihatinya.

“Why? Kenapa Abang Haziq buat semua ini?! Sya bencikan Abang Haziq!” Aisyah mengesat air matanya. Tetapi makin dikesat, makin banyak pula air mata itu keluar. “Sya berusaha untuk lupakan semua apa yang terjadi! Baju ini… sama macam baju yang Sya pakai dulu. Abang Haziq juga yang bagi bukan? Tapi.. lagu itu..” Aisyah memberhentikan kata-katanya sebentar. dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Ya. Baju yang Sya pakai sama macam apa yang Sya pakai sekarang ni.” Haziq bersuara. Kata-kata dari Haziq mengejutkan Aisyah. gadis itu memalingkan wajah dan badannya menghadap dan memandang Haziq.

“Abang buat semua ini untuk Sya.”

“Untuk sya?” tanya Aisyah.

Haziq mendiamkan diri sebentar. mencari kekuatan untuk dia berterus terang kepada Aisyah. “Malam Ha nyanyikan lagu itu, Abang ada di situ. Abang dapat nampak semuanya. Wajah dan perasaan kamu berdua. Waktu itu abang tahu, abang takkan pernah dapat memilik Sya. Abang cemburu! Abang rasa sakit hati! Tapi apa yang boleh abang buat?" Haziq memandang wajah Aisyah. " Sya dan Ha tidak boleh dipisahkan lagi..”

Aisyah terdiam.

Haziq merenung anak mata milik Aisyah. perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati Aisyah. “Sejak dulu lagi… Sejak kita berjiran lagi.. Abang tahan perasaan ini. Seksa! Makin lama abang simpan.. makin lama abang pendam.. Makin besar perasaan ini.. dan makin sakit hati ini apabila melihat wajah Sya tersenyum bersama dengan jejaka lain. Tidak kiralah orang itu adik abang sendiri. Abang benci tengok Sya tersenyum di hadapan dia.” Haziq memberhentikan langkahnya apabila berada di hadapan Aisyah. perlahan-lahan tangan kanannya menyentuh pipi Aisyah. hatinya lega apabila gadis itu tidak menghalang. Dia mengusap lembut pipi gadis itu.

“Maafkan Abang kerana membuka kembali luka di hati Sya. Abang tak berniat untuk melukai hati Sya. Abang nak mulakan semula apa yang Abang buang dahulu. Abang tak mahu Sya ingatkan Hadzriq lagi. Sebaliknya, Ingatlah Abang…” luah Haziq. Sepasang anak mata milik jejaka itu merenung anak mata milik Aisyah.

Aisyah menundukkan wajahnya. Jantungnya berdegub kencang. “Tapi dulu abang Haziq suka buli Sya..”

Haziq tersenyum. Dia mengangkat wajah Aisyah dengan tangan kanannya. “Abang minta maaf.. ketika itu, senyuman Sya sudah menjadi milik Hadzriq. Jadi, Biarlah air mata Sya menjadi milik abang pula. Abang tidak kisah jika Sya membenci abang. Tetapi, jika air mata itu juga Ha ambil, abang tidak akan benarkan.”

Aisyah terkedu. Dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Haziq. sedalam itukah cinta Haziq kepadanya?

“Sya?”

Aisyah mendiamkan diri. Haziq tersenyum.

“Abang cintakan Sya.. Dulu.. kini… dan selamanya..” Luah Haziq. perlahan-lahan Haziq mendekatkan wajahnya ke wajah Aisyah.

Aisyah terkejut. Jantungnya kini berdegub hebat. Wajahnya merona merah. Jauh di sudut hatinya berbunga ketika ini. dia tidak tahu kenapa dia merasa bahagia apabila mendengar luahan cinta daripada Haziq sedangkan tadi dia begitu membenci jejaka ini. Apakah dia juga sudah mula menyayangi jejaka ini?


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku