Tak suka tapi Cinta
Babak 57
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(16 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
1641

Bacaan






“Abang cintakan Sya.. Dulu.. kini… dan selamanya..”

Aisyah menekup wajahnya dengan bantal yang ada di katilnya. Setiap kali teringat kata-kata luahan daripada Haziq, wajahnya akan menjadi merah semerah buah ceri. Jantungnya pula? Usah diucap lagi, berdegub seperti mahu terkeluar sahaja jantungnya.

“Aisyah.. cepat siap.. nanti suami kamu datang pula.” Tegur Puan Hani dari luar biliknya.

Jam di dinding dikerling sebentar. sudah masuk waktu zohor. Lebih baik dia mendirikan solat dahulu sebelum bersiap-siap. Beg pakaiannya semua sudah siap dan tersedia di sebelah almari. Sejak balik dari percutian itu, hubungannya dan Haziq menjadi bertambah baik. Malah, sewaktu Haziq meminta dia untuk pulang semula ke penthouse mereka, Aisyah dengan senang hati bersetuju tanpa sebarang paksaan.

Aisyah mengorak langkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Dia kemudian menunaikan solat. Menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Di dalam solatnya, Aisyah mendoakan agar kebahagiaan yang dirasainya kini kekal. Dia berharap sangat bahawa kebahagiaan ini tidak direntap oleh sesiapa dan juga sentiasa dibawah lindungan-Nya.

Selesai sahaja Aisyah mengaminkan doa, dia dapat merasa dirinya dipeluk daripada belakang. Aisyah menjadi kaget. Dipalingkan sedikit wajah agar dapat melihat siapa pula yang memeluknya sebaik sahaja habis menunaikan solat itu.

“I miss you sayang..” Luah Haziq sambil tersenyum memandang wajah Aisyah yang dekat dengan wajahnya.

Mata Aisyah terbuka luas. Abang Haziq?!!! Serta merta wajah itu dipaling kembali ke hadapan.

Haziq tersenyum. Malu la tu…

“aa… Bila abang Haziq sampai?” tanya Aisyah dengan suara tersekat-sekat. Menahan getar di hati dan jantungnya.

“ Baru je.. Rindu la nak tengok muka sayang.” Luah Haziq lagi. Makin merah wajah Aisyah ketika ini. hendak tergelak Haziq melihat ekspresi wajah yang ditahan isterinya. Ini yang buat dia makin mahu menyakat Aisyah.

“Errr… Sya nak bersiap dulu. Abang Haziq turun la dulu ya?” Kata Aisyah lalu bingkas bangun apabila Haziq melonggarkan pelukannya.

Haziq mencebikkan bibirnya. “Ala… tak rindukan abang ke?”

Aisyah menundukkan wajahnya. Dia berlalu pergi melepasi Haziq menuju ke almari untuk mengambil tudung untuk dipakai. Tetapi belum pun dua langkah, Haziq menarik lengan Aisyah. kini Aisyah kembali ke dalam pelukan Haziq. Aisyah menundukkan wajahnya lagi. Malu!

“Sya?” panggil Haziq lalu mengeratkan lagi pelukan di pinggang. Jika boleh, dia mahu mereka berkeadaan begini sampai bila-bila. Dia tidak mahu melepaskan Aisyah walau sesaat pun.

“Errr.. Abang Haziq.. Sya..” 

Belum habis Aisyah menghabiskan kata-katanya, Haziq mengucup dahi gadis itu. membuatkan Aisyah tergamam seketika. Haziq tersenyum lagi. “Jangan panggil abang dengan panggilan ‘Abang Haziq’ lagi.. panggil 'abang' je cukup..” tegur Haziq. dia sebenarnya sudah lama mahu mendengar Aisyah panggilnya dengan panggilan itu. namun, ditahan perasaan itu.

“Ha?” Aisyah mendongakkan wajahnya memandang wajah Haziq yang sedang tersenyum.

“Ke… Sya nak romantik sikit? Panggil abang ‘sayang’ ke.. ‘Honey’ ke.. Ha! Apa kata ‘Hubby’!!”

“Errrr… Sya panggil abang Haz..”

Cup! Sebuah lagi ciuman dikucup oleh Haziq. kali ini kucupan itu mengenai pipi kanannya. “Aip…”

“Abang.. Sya panggil dengan panggilan ‘abang’” terang Aisyah.

Lebar senyuman Haziq apabila Aisyah memanggilnya dengan panggilan tersebut. Aisyah pula sudah tidak mampu menahan segan hanya menundukkan wajahnya yang makin merah.

“Okay.. Abang tunggu sayang dekat bawah ya. Nak borak dengan Baba dengan ibu sekejap.” Kata Haziq lalu melepaskan pelukan tersebut. Kakinya laju melangkah keluar dari bilik meninggalkan Aisyah yang masih berpakaian solat.

Haziq menutup perlahan pintu bilik Aisyah. dia tersandar lemah di hadapan pintu. Ini pertama kali setelah sekian lama dia menahan perasaan ini dari terus dipendam. Dia merasa bahagia. Senyuman di bibir ditahan sejak tadi tidak mampu lagi disimpan. Haziq tersenyum lebar. Malah dia sebenarnya sedang tersenyum bahagia. Kerana orang yang dicintainya sudah mula membukakan hatinya buat dirinya. Dia meraupkan kedua-dua telapak tangannya kemuka. Mendoakan segala doa yang pernah tersimpan di dalam hatinya. Mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Illahi bahawa doanya sudah dimakbulkan oleh-Nya.

Alhamdulillah..

***

“Abang okay tak bawa beg Sya tu? meh la Sya bawa satu.” Tegur Aisyah sebaik sahaja pintu lif kondominium mereka tutup.

“Ish… Abang okay je. Sayang jangan risau okay?” Kata Haziq. Aisyah tersenyum. Sejak mereka berbaik, tidak pernah sekali pun Haziq memanggil namanya lagi. Panggilan ‘Sayang’ itu seperti sudah kekal buatnya.

“Lah.. Sayang.. abang lupa nak tarik kunci kereta la.” Ujar Haziq sebaik sahaja mereka sampai di hadapan pintu rumah mereka. Dahi Aisyah berkerut. Biar betul? Sebelum ini tidak pernah pula Haziq menjadi seorang pelupa. Setahunya, Haziq merupakan seorang yang sangat teratur.

“Biar betul abang? Macam mana boleh lupa?”

Haziq meletakkan beg tarik di hadapan pintu jeriji. Dia meraba-raba kocek seluarnya. “Sah! Tertinggal dalam kereta. Mungkin excited sangat sayang nak balik, tu yang abang lupa tadi kut. Abang pergi sekejap ya. Sayang masuk la dulu. Beg ni kejap lagi abang bawa masuk.”

“Tak apalah.. Sya boleh bawa kan..”

“Aip.. tak apa.. Abang bawa. Dah.. sayang masuk okay?” arah Haziq. jejaka itu berlari-lari anak mendapatkan pintu lif yang hampir tertutup. Hendak tergelak Aisyah melihat kerenah Haziq hari ini. Nampak macam bukan dirinya sahaja.

Aisyah mengeluarkan kunci lalu membuka pintu jeriji mereka. Seterusnya dia membuka pintu rumah penthouse mereka tetapi tidak segera dibuka. Dia ingin mengangkat begnya, namun apabila teringat kata-kata Haziq, terus sahaja dibatalkan niatnya.

Perlahan-lahan pintu rumah penthouse dibuka. “Assalamualaikum..” Aisyah tidak jadi melangkahkan kakinya masuk ke dalam rumah. Dia terkedu melihat rumah yang dihias indah itu. ini rumahnya dan Haziq kah? Dia mengundur seketika, memerhati nombor di hadapan penthouse mereka. Betul. Ini rumah mereka. Tetapi…

Aisyah mengorak langkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia memerhati sekelilingnya. Terdapat lilin yang dipasang di kiri dan kanannya. Dilihatnya lilin-lilin ini seperti membentuk sebuah jalan menuju ke ruang atas. Di tengah laluan ini pula berselerakan kelopak bunga ros. Aisyah berjalan perlahan-lahan melalui laluan tersebut sehinggalah laluan itu terputus sehingga ke sebuah pintu. Aisyah memandang sekelilingnya. Biar betul. Bukankah bilik ini dilarang oleh Haziq dahulu?

Aisyah memberanikan diri memulas tombol pintu tersebut. Ternyata, pintu itu tidak lagi berkunci, tidak seperti sebelum ini. Sebaik sahaja pintu dibuka dari luar, mata dan mulut Aisyah terbuka luas. Kedua-dua tangan menekup mulut yang terbuka semakin luas. Dia seperti tidak mempercayai apa yang dilihatnya kini. Betulkah? Beberapa kali dia menenyeh mata agar apa yang dilihat hanyalah ilusi semata-mata.

Kaki teragak-agak melangkah masuk. Aisyah memerhati satu persatu lakaran dan potret yang tergantung di segenap ruang dinding yang ada. Pelbagai reaksi di lakar. Daripada tersenyum sehinggalah sewaktu dilanda kesedihan. Semuanya terpamer dihadapan matanya. Apa yang memeranjatkan dirinya, semua lakaran dan potret tersebut ialah dirinya. Ya, Nurul Aisyah binti Kamal.

Aisyah mendekati sebuah lakaran potret yang lebih besar daripada lakaran-lakaran yang lain. Pada potret tersebut, terlekat satu nota di tepinya. Aisyah mengambil nota tersebut lalu membuka dan membacanya.

‘Kali pertama melihat dirinya tersenyum membuatkan hatiku juga tersenyum’

Aisyah tersenyum.

“I love you Aisyah”

Aisyah tersentak. Dia segera berpaling. Haziq sedang berdiri dengan sebelah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar. Wajah itu tersenyum memandang Aisyah.

“Abang buat semua ni?” tanya Aisyah. seperti tidak mempercayai Haziq mencintainya begitu sekali.

Haziq tersenyum lagi. Dia mengorak langkah menghampiri satu lakaran yang pernah dilakarnya sewaktu dibangku sekolah dahulu. Lakaran tersebut ialah lakaran Aisyah sedang duduk sambil ditangannya memegang buku. “Nak tahu tak, lakaran ini lakaran pertama abang.”

Aisyah menghampiri Haziq. dia juga turut memerhati lakaran tersebut. “Waktu bila ni?”

Haziq ketawa kecil. “Waktu ini Sayang tengah duduk seorang diri di pondok bacaan. Abang ternampak sayang dari tingkat atas. Khusyuk sangat Sya baca buku sampaikan abang tenung Sya lama-lama pun Sya tak perasan.”

Aisyah memalingkan wajahnya apabila ditenung oleh Haziq. “Yang ini pula?” tanya Aisyah sengaja mengubah topic bicara.”

Aisyah melangkahkan kaki mendekati sebuah potret kecil. Wajahnya dilukis seperti sedang melihat sesuatu di atas. Apakah itu?

Haziq mendekati Aisyah. “waktu ini, sekolah dah habis. Tapi, Abang tengok sayang tengah pandang langit. Dah la putih, habis muka merah terkena panas.. Entahlah, waktu ini juga, abang rasa sayang cute sangat.” Puji Haziq. dia memeluk pinggang Aisyah dari belakang. Aisyah diam membatu.

“Abang cintakan Sayang sejak dari dulu lagi. Mulanya abang ingat ini hanya mainan perasaan abang sahaja.tapi, makin lama abang pendam, makin sarat rasa rindu ini.” Haziq memalingkan badan Aisyah agar menghadap dirinya. “Sayang… Maafkan abang kerana membuli dan menyiksa perasaan sayang selama ini. dan.. Abang minta maaf atas apa yang terjadi pada Hadzriq. bukan niat ab…”

Aisyah menahan Haziq dari terus berbicara kesilapannya dengan meletakkan jari telunjuk ke bibir Haziq. Gadis itu kemudian tersenyum. “Sya dah maafkan. Sya faham kenapa Abang buat semua ini. semuanya untuk sya lupakan apa yang sepatutnya sya lupakan.”

Haziq menggenggam kedua-dua tangan Aisyah. “Nurul Aisyah Binti Kamal, terimakah sayang menjadi isteri abang? Mencintai abang sepenuh hati sayang?”

Aisyah tersenyum. “Erm? Jadi isteri stalker ni??? Eeeeeiii! Seram!” gurau Aisyah. gadis itu kemudiannya ketawa dengan gurauannya sendiri.

Haziq mencebik. “Ish! Apa sayang ni.. potong stim bet..”

Chup!! Sebuah ciuman hinggap ke pipi kanan Haziq. membuatkan jejaka itu tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia tidak menyangka Aisyah akan berbuat sedemikian. Serta merta sebuah senyuman terukir dibibir jejaka itu.

“Sya terima.”


Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku