Tak suka tapi Cinta
Babak 58
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2640

Bacaan






Aisyah tersenyum setiap kali teringat peristiwa yang berlaku tempoh hari. Peristiwa dia menerima Haziq sepenuh hatinya. Dia sendiri tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian. Semuanya berlaku secara spontan. Dia tidak tahu apa yang dilakukannya sehinggalah perkara itu sudah terjadi. Tetapi dia tidak menyesal kerana dia sudah boleh menerima Haziq di dalam hatinya. Mungkin inilah makna disebalik mimpi yang dialami sewaktu dia pengsan dulu.

“Amboi Kak Sya.. jauh termenung? Teringat Encik Bos ke?” Sergah Aireen. terlepas segala fail yang dipegang oleh Aisyah dek kerana terkejut disergah sebegitu.

“Aireen. terkejut Kak Sya…” tegur Aisyah. dia mengutip dokumen-dokumen tersebut.

“Kak Sya la. Reen panggil dari tadi tak dengar pun.”

Aisyah tersenyum. “Dah susun dah?” tanya Aisyah. dia kini sedang menyediakan bilik mesyuarat tersebut untuk mesyuarat tidak kurang tiga puluh minit dari sekarang. Aireen mengangguk.

“Dah! Jom pergi lunch! Reen lapar..”

Aisyah tersenyum lagi. “Okay. Reen pergi ambil purse lepas tu ke lobi dulu. Kejap lagi Kak Sya turun. Kak Sha ada nak susun dokumen ni sedikit.” Ujar Aisyah menyuruh Aireen turun dahulu. Dia harus segera menyusun dokumen tersebut barulah mereka boleh pergi berehat memandangkan sekarang ini waktu rehat mereka.

“Okay Kak Sya. Jangan lama-lama tau!” kata Aireen lalu berlalu pergi meninggalkan Aisyah.

Aisyah menggelengkan kepalanya. Aireen.. Aireen… kalau bab makan, laju sahaja. Tergelak Aisyah mengenangkan kerenah rakan sekerjanya yang seorang itu.

Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat ditutup membuatkan Aisyah mendongak memandang ke arah pintu yang sudah ditutup. Senyuman Aisyah yang sejak tadi terukir mati sebaik sahaja melihat kehadiran orang yang sangat tidak disangka-sangka.

“Datuk Malik buat apa disini?” tanya Aisyah. hatinya menjadi tidak sedap apabila melihat lelaki berusia itu disini.

Datuk Malik tersenyum sinis. “You tak perlu takut. I takkan buat apa-apa pun pada isteri CEO syarikat ini.”

Aisyah menelan air liurnya. Nampaknya Datuk Malik sudah tahu akan statusnya. Walaupun begitu, dia tahu kehadiran Datuk Malik bukan kosong. Dia tahu mesti ada niat tidak baik yang dibawa untuknya.

“Kalau Datuk Malik tak ada urusan dengan saya, saya rasa lebih baik Datuk Malik keluar.”

Sekali lagi senyuman sinis diberikan kepada Aisyah. “I nak bagi warning pada suami you.”

“Suami saya? Apa maksud Datuk?”

Belum sempat Datuk Malik menerangkan maksud disebalik kata-katanya, Aireen menerjah masuk membuatkan perbualan mereka terhenti. “Kak Sya! Bos bagi ni kat… Oh, Good Evening Datuk Malik.” Kata Aireen sebaik sahaja menyedari kehadiran Datuk Malik di dalam bilik mesyuarat tersebut.

Datuk Malik mengangguk tanpa bicara apa-apa, dia kemudian keluar tanpa menoleh.

“Kenapa Datuk Malik tu Kak Sya?” tanya Aireen. dia berasa pelik apabila orang tua itu berkeadaan sedikit tidak terurus berada di dalam bilik mesyuarat ini. lain benar dengan imejnya yang sebelum ini.

Aisyah menjongketkan bahunya. “Entah!”

“Eh, Kak Sya dah siap dah ni.. Jom la..” ajak Aisyah. berharap Aireen tidak mengingati lagi apa yang terjadi tadi. kerana dirinya juga hairan dengan apa yang terjadi. Dia Cuma bersyukur bahawa dirinya tidak di apa-apakan.

**

“Kau dah balik Malaysia?” tanya Aisyah separuh menjerit. Nasib baik dia kini berada di dalam bilik pejabatnya sendiri. Tidaklah orang memandang hairan kepadanya.

“Ya Allah.. boleh pekak telinga aku. Ya.. aku dah balik. Meh la sini! Ambil aku.. aku malas la nak balik naik teksi.. pitih tak ada” kata Lulu dihujung talian. Gadis itu kemudian ketawa dengan kata-katanya sendiri.

“Okay. Aku minta izin Abang dulu.”

“Abang?”

Aisyah tersedar dia sudah tersilap cakap lalu menepuk lembut bibirnya. “Maksud aku suami aku”

“Woooooo! Tengah hangat bercinta la ni?! Untunglah ada laki!” ejek Lulu lalu ketawa berdekah-dekah.

“Dah.. tunggu aku okay? Bye. Assalamualaikum.” Ucap Aisyah lalu mematikan talian setelah lulu menjawab salamnya. Aisyah segera mencapai tas tangannya lalu keluar menuju ke ruang bilik mesyuarat. Nasib baik ketika ini sudah petang, jadi kebanyakan kerjanya sudah pun siap di lakukan.

Aisyah menjenguk sedikit ke dalam bilik mesyuarat yang sedang diadakan. sesekali matanya terpandang wajah Datuk Malik yang sedang memandang tajam kepadanya. Membuatkan dirinya berasa sedikit seram. Ish! Kenapa dia pandang aku macam itu?

Sekali lagi Aisyah menjongketkan kakinya sedikit untuk melihat dan mencari kelibat suaminya. Namun tiada langsung susuk tubuh jejaka itu. sebuah keluhan keluar dari mulutnya.

Aisyah mengorak langkah beredar dari bilik mesyuarat itu, tetapi baru sahaja beberapa langkah diatur, gadis itu terpandang ke ruang koridor tidak jauh darinya, kelihatan Haziq sedang berbual di dalam telefon bimbitnya. Dia tahu, dia tidak harus kacau perbualan jejaka itu tetapi hendak atau tidak dia harus bercakap juga dengan jejaka itu sekarang ini. dia harus meminta izin untuk berjumpa dengan rakannya di KLIA.

“You ingat I serius ke buat semua ini? I main-main sahaja lah!”

Terhenti seketika langkah Aisyah. entah kenapa dia merasakan perbualan itu bukannya berbaur kerja. Tetapi lebih kepada peribadi. Dengan siapa pula Haziq berbual? Dengan lelakikah? Atau.. perempuan?

“Apa yang ….”

Perbualan Haziq terhenti apabila terdengar bunyi nada dering daripada belakangnya. Aisyah pula cepat-cepat menekan punat merah menandakan dia tidak dapat mengangkat panggilan tersebut.

“Sayang? Buat apa dekat sini?” tanya Haziq lalu mematikan taliannya.

Aisyah tersenyum. “Abang cakap dengan Fariq ke?” tanya Aisyah. mengandaikan bahawa Haziq mungkin berbual dengan teman rapatnya.

Haziq tersenyum. “A’ah.. Ada urusan kerja sedikit. Sayang tak jawab lagi apa yang abang tanya”

“Oh.. Sya nak minta izin abang.”

“Izin? Sayang nak kemana?” tanya Haziq. dahinya berkerut.

Aisyah tersenyum lagi. “Nak ambil Lulu dari KLIA. Dia baru balik Malaysia tadi. boleh ya abang?”

Haziq menghela nafas lega. Membuatkan terdetik rasa hairan di hati Aisyah. takkan risau sangat aku keluar kemana kut? “Boleh. Nanti abang call Hadi untuk hantarkan sayang”

“Eh tak apa! Sya dah call Hadi tadi, tapi Cuma minta dia hantarkan kereta Suzuki Sya kesini. Sya rasa nak drive la. Dah lama tak bawa kereta Sya tu jalan-jalan sejak abang belikan hari itu.” Ujar Aisyah.

“Okay sayang. Drive safe ya.” Pesan Haziq.

**

“Lulu!!!”

“Aisyah!” Lulu berlari-lari anak mendapatkan teman baiknya. Di dakap erat sahabatnya seorang itu. dia sangat merindui sahabatnya. Orang sekeliling yang memandang mereka langsung tidak dihiraukan. Bukan selalu mereka buat perangai begitu.

“Rindunya dengan kau! Qaliff mana?” tanya Aisyah. setahu dia, dimana ada gadis ini, pasti aka nada Qaliff. Tetapi hari ini langsung tidak nampak kelibat jejaka itu.

“Oh.. Dia tak dapat balik awal. InshaaAllah lusa dia balik la. Ada kerja sedikit.” Jelas Lulu.

Aisyah mengangguk.

“Eh! Jom lepak dulu. Aku malas la nak balik dulu. Mama dengan papa bukannya ada.” Ajak Lulu.

Terangkat sebelah kening Aisyah. “Mereka kemana?”

“Mana lagi? Honeymoon la. Aku yang nak kahwin, mereka yang pergi honeymoon dulu. Katanya sambil cari barang majlis, baik nikmati sekali percutian dekat Singapore tu. Mama dengan Papa aku tu bukan kau tak tahu, madly in love mengalahkan kita yang muda ini tau.” Seloroh Lulu.

“Jealousnya…”

Lulu mencebikkan bibirnya. “Ceh! Tak payah nak jealous sangat la. Aku anak diorang pun aku rimas tahu.”

Aisyah ketawa. Begitu juga dengan Lulu. Aisyah tahu Lulu bukannya serius dengan kata-katanya tadi. “Nak lepak mana? Atau kau nak lepak dekat rumah aku je?”

Lulu mengelengkan kepalanya. “Tak nak la. Tak larat. Jom lepak situ sudah la.” Kata Lulu lalu menunjukkan jari ke arah sebuah kafe tidak jauh dari mereka.

“Okay… Jom…”

**

Aisyah menghirup perlahan kopi ke mulutnya. Bau aroma latte menaikkan rasa nikmat air minuman yang diminumnya.

“Sya, kau dengan suami okay? Siap ber ‘abang’ bagai tadi” ejek Lulu.

“Alhamdulillah. Kami makin serasi bersama.” Gurau Aisyah membuatkan Lulu tersedak air yang diminumnya. Sengaja dibuat-buat hendak muntah di hadapan Aisyah.

“Kau? Macam mana boleh tersuka si Qaliff tu? bukan kau macam musuh ke?” tanya Aisyah. dia sendiri masih tidak percaya bahawa kedua-dua sahabatnya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Lebih memeranjatkan dalam masa terdekat ini pula.

“Entah. Aku pun tak tahu sejak bila aku suka dia. It’s just happened” kata Lulu seperti menutup malu akan sesuatu.

“Yelah tu! aku tak percaya la!” kata Aisyah.

“Okay.. kami mula ‘rasa’ perasaan ini bila dia selamatkan aku dari kena tuduh di kampus kerana mencuri.”

“Kau mencuri?” tanya Aisyah seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Lulu.

“Ish! Bukan la! Kena tuduh! Aku tak buat pun semua tu. tiba-tiba je beg duit itu ada dalam beg aku. Payah aku explain, tapi semua orang tak percaya. Sampaikan aku rasa nak putus asa je waktu itu.” Lulu menundukkan kepalanya. Tangan Lulu digenggam Aisyah. bagaimana dia tidak tahu akan hal ini? teruknya dia sebagai seorang sahabat!

“luckily, Qaliff ada waktu itu. dia defend aku mati-matian hanya nak menyatakan aku tak bersalah. Alhamdulillah. Pesalah sebenar dapat ditangkap selepas kami semua lihat pada CCTV. Nasib baik aku tak duduk pada blind spot, kalau tak, lagi susah nak tangkap pencuri sebenar itu. So, sejak itu… aku rasa suka dengan dia.” Luah Lulu. Wajah gadis itu merona merah. Aisyah tersenyum. Nampak gayanya sahabatnya ini begitu menyayangi Qaliff. Dia dapat melihat semua itu kerana dia dapat melihat ada sinar pada anak mata Lulu.

“And Qaliff?? Dia macam mana?” Tanya Aisyah lagi.

“Aku okay je! Aku dah lama sayangkan kawan kau seorang tu. dia je yang tak perasan.” Beritahu satu suara dari belakang mereka.

Aisyah tersentak. Dia pantas menoleh kebelakangnya. Qaliff!!!

Wajah lelaki itu kelihatan berpeluh. Dia berlarikah datang kesini? Aisyah menoleh pula ke wajah Lulu di sebelahnya. Wajah itu sedang mencebik seperti tidak puas hati sahaja. Aik? Tadi bukan main ceria lagi wajah gadis ini.

Perlahan-lahan Qalif mengatur langkah menghampiri Lulu. Bagasinya langsung ditinggalkan. Spontan tangan jejaka itu menjentik lembut dahi Lulu. Aisyah tergamam sebentar. aik? Ini apa kes pula?

“Kenapa tinggalkan I? You tahu tak I risaukan you?” Luah Qaliff.

Lulu mencebik. “Siapa suruh flirting dengan that girl. Padan muka!”

Qaliff mengeluarkan secebis surat lalu dilemparkan ke atas meja. Aisyah hanya menjeling pada surat tersebut.

I balik Malaysia dulu! Liar! Penipu! Curang! I hate guys like you!

Setelah membaca dari jauh isi kandungan surat tersebut barulah Aisyah mengerti apa yang berlaku.

“You dah salah faham. I dengan Linda tak ada apa-apa hubungan.” Qaliff cuba menjelaskan kepada Lulu.

“You ingat I buta? You terima bunga dari dia!” jerit Lulu. Dia langsung tidak menghiraukan pelanggan yang sudah mula pandang ke arah mereka.

Aisyah mendiamkan diri. Walaupun terasa sedikit segan dengan keadaan begitu, dia memilih untuk diam dan tidak mahu ikut campur urusan mereka.

“Maksud you bunga ni?” tanya Qaliff. Dia kemudian menunjukkan sejambak bunga kepada Lulu.

“See! You even bawa benda tu ke sini! I hate you Qaliff!!”

“Lulu! For once… can you see first what’s written inside this bouquet?” kata Qaliff.

Lulu merampas bunga tersebut dari Qaliff. “Apa yang ad…” Lulu tidak jadi meneruskan kata-katanya. Dia terdiam setelah membaca sekeping kad yang ada di dalam jambangan bunga itu. wajah Qaliff ditenungnya. Air mata mula bergenang di tubir mata gadis itu. sebelah tangannya pula menekup mulut yang sudah terbuka sedikit.

Spontan itu, Qaliff melututkan kakinya dihadapan Lulu. Aisyah terkejut dengan riaksi spontan sahabatnya itu. Wow! Live show!

“Lutfya Zehra binti Datuk Zafri, will you marry me?” tanya Qaliff lalu menayangkan sebentuk cincin kepada Lulu.

Lulu mengangguk setuju. “Yes!” tepukan dan sorakan dari pelanggan dan orang yang lalu lalang bingit kedengaran sebaik sahaja Lulu menjawab setuju untuk berkahwin dengan Qaliff.

“Wait! Bukan kau dah propose Lulu ke dekat sana?” tanya Aisyah. dia terasa seperti orang binggung sekarang ini.

Lulu ketawa. “memanglah.”

“Then? Yang ni apa?” Tanya Aisyah lagi. Dia betul-betul tidak mengerti apa maksud semua ini.

“Kawan kau seorang ini. dia nak, dua kali propose… satu di sana.. dan satu lagi di sini..” Jelas Qaliff. Jejaka itu sudah mampu tersenyum. Mungkin lega kerana rajuk Lulu sudah reda.

“Hoooo.. kau orang ni… buat aku suspen jela!” tegur Aisyah lalu mencubit kedua-dua lengan sahabatnya. Mereka bertiga kemudiannya ketawa bersama. Aisyah bahagia melihat kedua-dua sahabatnya kini bakal mengecapi kebahagian bersama. Hatinya menjadi lega apabila Lulu bersama dengan Qaliff. Jejaka yang sangat dipercayainya.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku