Tak suka tapi Cinta
Babak 59
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
3723

Bacaan






Kereta diberhentikan di dalam garaj hadapan bungalow mewah milik Puan Sri Zetty. Enjin kereta dimatikan lalu Aisyah segera keluar sambil menjinjing beberapa beg kertas ditangan. Setelah dia berjumpa dengan Lulu dan Qaliff tadi, sahabat-sahabatnya itu menghadiakannya pelbagai jenis hadiah. Malah bukan untuk dirinya sahaja, hadiah-hadiah itu juga dipesan untuk diberikan kepada seluruh keluarga Aisyah. hendak tergelak pula Aisyah dengan kerenah mereka berdua. Bukannya Aisyah tidak tahu sikap suka berbelanja Lulu. Tambah pula sikap suka melayan si Qaliff. Memang banyaklah yang dibeli oleh gadis itu.

“Assalamualaikum” ucap Aisyah sebaik sahaja pintu dibuka oleh seorang pembantu rumah bungalow tersebut.

“Mama?”

“Waalaikumussalam.. Eh? Aisyah!” kata Puan Sri Zetty separuh menjerit kerana teruja dengan kedatangan Aisyah.

Kedua-dua tangan wanita itu dikucup oleh Aisyah. kemudian dia memeluk erat tubuh itu. rindunya dia pada wanita itu usah diucap, namun kerana kerja dia terpaksa membatalkan niat untuk melawat setiap kali ada urusan kerja.

“kenapa datang tak bagitahu? Haziq mana?” tanya Puan Sri Zetty.

Aisyah tersenyum. “Abang Haziq ada kerja sikit. InshaaAllah petang sedikit dia datang.”

Puan Sri Zetty mengangguk. Wajah ayu Aisyah direnung penuh kasih.

“Errr… Kenapa mama pandang Sya macam tu?” tanya Aisyah. hairan kerana renungan daripada Puan Sri Zetty itu seperti menyampaikan maksud yang dia sendiri tidak tahu apa maknanya.

“Mama bersyukur sangat. Kamu berdua dah berbaik.” Kata Puan Sri Zetty lalu memeluk erat gadis di hadapannya. Aisyah tersenyum tersipu malu. Macam mana pula mamanya boleh tahu ni? Ini mesti Ibu yang bagitahu, maklumlah ibu dan mamanya sejak bergelar besan ini, hubungan mereka sangat rapat.

“Alhamdulillah mama. Oh ye. Sya ada nak bagi sesuatu ni. Kawan sya hadiahkan. Meh la kita duduk di sana.”

“Mari… mama lupa pula nak jemput kamu duduk. Teruja sangat sampai terlupa.” Grau Puan Sri Zetty lalu membawa Aisyah ke ruang tamu. Begitu banyak sebenarnya yang ingin dicerita kepada menantu kesayangannya ini. betapa rindunya dia pada gadis ini hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Kak Sya!!!” jerit Zurina tatkala terpandang Aisyah yang sedang rancak berbual dengan Puan Sri Zetty pada sofa di ruang tamu mereka. Gadis itu berlari-lari anak dari tingkat atas menuju ke ruang tamu. Dipeluk erat Aisyah. terasa seperti sudah lama tidak berjumpa sahaja.

“Rindunya dengan Kak Sya!”

Aisyah ketawa. “Kak Sya pun rindukan Zurin juga. Zurin sihat?”

Zurina mengangguk. “Alhamdulillah sihat. Mama ni, bukan nak panggil Zurin bila Kak Sya datang.” Kata Zurin sambil mencebikkan bibirnya. Menunjukkan dia mahu merajuk dengan mamanya.

Puan Sri Zetty ketawa. “Mana la mama ingat. Mama ingatkan kamu dah ke office tadi.”

“A’ah la.. Zurin tak pergi kerja?” tanya Aisyah. setahu Aisyah, gadis di hadapannya lebih kurang perangainya dengan arwah Hadzriq. Jenis yang kuat bekerja.

Zurin menggelengkan kepala. “Tak ada mood.”

Spontan Aisyah memandang wajah Puan Sri Zetty. “Aik?” Aisyah kembali memandang wajah Zurina. “Sejak bila pula pandai tak ada mood ni?”

Puan Sri Zetty ketawa. “Sejak dah pandai bercinta la Aisyah. adik kamu ni Aisyah, dah pandai bercinta dah sekarang.”

“Apa mama ni…” Zurina mencebikkan bibirnya lagi.

Aisyah ketawa. “Ye? Dengan siapa mama?”

“Dengan…”

Belum sempat Puan Sri Zetty menghabiskan kata-katanya, Zurina cepat-cepat memeluk mamanya. “Aaaaa…. Mama! Ini apa? lawanya!” Puji Zurina sengaja mahu mengubah topic bicara mereka. Malu la tu!

“Ini kawan Aisyah yang bagi” jelas Puan Sri Zetty.

“Wahhh! Ada tak untuk Zurin? Mahal tak?” tanya Zurina. tidak lama selepas dia bertanya soalan itu, sebuah cubitan hinggap di peha gadis itu. Zurina mengaduh sakit.

“Apa cakap macam itu? Kalau orang bagi tu ambil sahaja. Mama tak ajar pun anak mama cakap macam tu.” tegur Puan Sri Zetty.

“Alaa.. gurau je.” Rajuk Zurina sambil mungusap lembut peha yang baru terkena cubitan mamanya.

Aisyah ketawa lagi. Terhibur dia melihat kerenah Zurina. “Ada ni. Nah..” kata Aisyah lalu menghulurkan satu beg kertas kepada Zurina. gadis itu menyambut huluran dengan senyuman yang lebar sekali.

Tiba-tiba telefon Aisyah berbunyi menandakan sebuah pesanan ringkas masuk. Aisyah segera mengambil telefon tersebut dari tas tangannya. Sebuah pesanan ringkas masuk ke dalam ‘inbox’nya. Akan tetapi nombor yang tertera itu tidak langsung Aisyah kenal. Yang lebih menarik minatnya tajuk pesanan itu.

Urgent! Scandal terhebat hari ini!’

“Kejap ya mama, Zurin..” Aisyah segera bangun lalu berjalan keluar ke arah terletaknya kolam renang.

“Siapa ni?”

Dengan rasa penuh ingin tahu, Aisyah membuka pesanan ringkas itu. Hampir terlepas pegangan telefon yang dipegang oleh Aisyah tatkala melihat apa yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali itu. tangan kiri ditekup ke mulutnya.

“Ab.. Abang..”

Hampir menangis Aisyah melihat gambar Haziq sedang berpelukan dengan seorang wanita seksi itu. dia benar-benar tidak menyangka apa yang dilihatnya ini. Ini suaminyakah?

Sebuah lagi pesanan ringkas masuk oleh nombor yang sama. Kali ini Aisyah tidak mampu lagi terus berdiri, dia terduduk pada kerusi berhampiran. Setitis air mata berjujuran keluar dari tubir matanya. Gambar Haziq sedang tidur tidak memakai sebarang pakaian diambil. Gambar itu seperti jejaka itu sedang berada di sebuah bilik hotel.

Apa semua ini? kenapa gambar ini dihantar kepadanya? Apa yang ingin disampaikan sebenarnya? Tolong! Sesiapa! Tolong terangkan apa yang sebenarnya berlaku?!

Deringan pada telefon bimbit mengejutkan Aisyah. nombor yang menghantar gambar-gambar Haziq tertera pada skrin telefonnya. Dengan segera Aisyah menekan punat hijau. Dia harus tahu apa makna semua ini.

“Hello! Siapa awak? Apa makna semua ni? Kenapa awak hantar gambar-gambar ini?!” tanya Aisyah meluru.

Ketawa kedengaran dari hujung talian. Aisyah tersentak. “Tak perlu terkejut.”

Suara ini. Aisyah menggenggam kedua-dua tangannya. “Apa yang you nak?!”

“I Cuma nak tunjuk pada you.. betapa ‘sayang’nya suami you pada you..”Aisyah mengetap giginya. Hatinya terasa panas seketika.

“Ini hanya permulaan.. I nak you pesan warning ini pada suami you. Jangan ganggu urusan I lagi. If not… You pula yang akan I seksa.”

“Apa maksud you Datuk Malik? I…” Belum habis Aisyah menghabiskan kata-katanya talian telah pun dimatikan.

Ganggu? Seksa? Apa maksud dari kata-kata lelaki itu? urusan apakah yang dikatakan oleh Datuk Malik? Lebih memeningkan dirinya lagi, benarkah gambar yang dihantarkan kepadanya ialah suaminya? Boleh jadi juga gambar-gambar ini telah di edit atau lebih tepat di ‘photoshop’.

Aisyah segera menekan beberapa nombor pada skrin telefonnya. Dia harus mencari jawapan segera. Dia tidak mahu buruk sangka pada suaminya sendiri. Malah dia tidak mahu hubungan yang baru sahaja terbina ini dimusnahkan oleh seseorang yang berhasad dengki kepada mereka.

“Assalamualaikum..” sapa satu suara dihujung talian.

“Waalaikumussalam. Abang dekat mana?” tanya Aisyah. dia hendak tahu dimana suaminya ketika ini.

“Dekat pejabat la sayang. Kenapa ni?”

“Abang pernah tak keluar pergi mana-mana hari ini?” tanya Aisyah lagi. Dia harus tahu. Ini kerana pesanan ringkas itu mengatakan gambar itu diambil hari ini. jadi dia harus tahu!

Tiba-tiba talian dimatikan. Aisyah tersentak. Hatinya berdegub hebat. Mukanya pucat. Benarkah apa yang dihantar sebentar tadi? benarkah suaminya curang kepadanya? Kenapa suaminya sengaja mematikan talian ini? setitis lagi air mata membasahi pipinya. Apakah semua ini benar?

Tangan menggenggam dadanya. Sakit. Ya. Hatinya sakit dan pedih. Kalau ikutkan, dia mahu sahaja menangis semahunya ketika ini. tetapi ketika ini dia berada di rumah ibu mertuanya. Tidak manis jika mereka tahu dia menangis di sini.

Telefon bimbit Aisyah berbunyi. Cepat-cepat Aisyah mengambilnya. Kali ini bukan talian suara tetapi talian video. Terpamer wajah Haziq di skrin telefon bimbitnya.

“Sayang?”

Aisyah tersenyum. Hatinya menjadi sedikit lega. Kini, segala keraguan yang melanda jiwa dan hatinya berlalu pergi setelah melihat pemandangan di belakang Haziq. suaminya tidak menipu dirinya. Memang benar Haziq kini berada di dalam pejabatnya.

“Sayang kenapa sayang menangis? abang ke sana sekarang..”

“Tak.. ada habuk je masuk mata tadi.” bohong Aisyah. dia tidak mahu suaminya risau akan dirinya. “Sya okay je. Rindu dengan abang”

Haziq tersenyum di skrin telefon bimbitnya. “Sayang ni. Sengaja nak buat abang ponteng kerja la ni?”

Aisyah ketawa. “Kenapa pula?”

“Yela.. tak pernah cakap rindu pun sebelum ini? kalau cakap pun mesti sebab abang paksa sayang cakap.” Ujar Haziq.

Aisyah tersenyum. Memang ada benarnya kata-kata Haziq. Aisyah memang tidak akan meluahkan isi hatinya yang sebenar jika Haziq tidak memaksanya. “Abang nampak macam busy je.. nanti kita jumpa kejap lagi ya?”

“Betul ni sayang tak apa-apa?” tanya Haziq. wajahnya jelas menunjukkan rasa risau.

Aisyah mengangguk. “Iya. 100% okay.”

Haziq tersenyum mendengar jawapan Aisyah. “Okay sayang. Nanti habis kerja abang ke rumah mama ya. Love you sayang. Assalamualaikum.”

Aisyah mematikan talian setelah menjawab salam daripada suaminya. Gadis itu tersenyum sendiri. dia rasa berdosa dan bersalah pula dengan suaminya. Dia sepatutnya lebih percayakan Haziq berbanding Datuk Malik. Bodohnya dirinya kerana percaya akan hal itu. dia harus menjadikan kejadian ini sebagai suatu pelajaran buat dirinya agar lebih percayakan Haziq. Harus!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku