Tak suka tapi Cinta
Babak 60
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4758

Bacaan






Aisyah mendengus geram. Di lemparnya telefon bimbit yang tidak henti-henti berdering. Masuk kali ini sudah berbelas kali telefon itu berbunyi. Semuanya dari nombor yang sama. Siapa lagi jika bukan nombor daripada Datuk Malik. Sejak beberapa minggu ini, lelaki itu gemar menghantarnya gambar-gambar skandal yang dilakukan oleh Haziq. ada sahaja caranya untuk membuat Aisyah berasa sakit hati sekaligus berasa syak wasangka terhadap suaminya sendiri.

“Erghhh! Tak reti bahasa ke dia ni?!”

Aisyah mendengus lagi. Dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi. Sejak mengetahui Haziq keluar outstation, bertambah banyak pula mesej berbaur fitnah itu ke dalam ‘inbox’nya. Apa yang lelaki ini hendak sebenarnya?

Setelah lama berfikir, Aisyah bingkas bangun dari duduknya. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu segera keluar dari pejabat kecilnya menuju ke tingkat tiga puluh. Tempat dimana terletaknya pejabat Datuk Malik dan juga pengarah syarikat yang lain.

Setelah mendapat kebenaran dari Datuk Malik, Setiausahanya membenarkan Aisyah untuk masuk berjumpa dengan lelaki itu. Buka sahaja pintu pejabat, Datuk Malik sedang duduk tersenyum sinis memandang Aisyah yang sedang berjalan masuk menuju ke arah dirinya.

“Apa yang Datuk nak sebenarnya?” tanya Aisyah tanpa memberi salam. Hilang terus rasa hormat dirinya kepada lelaki itu.

“Wow.. I’m surprised. Mana perginya budi dan sopan santun setiausaha kesayangan bos kita ni?” tanya Datuk malik berbaur perlian.

Aisyah mengetap giginya. Menahan rasa geram.

“Duduklah. Biar saya minta Cici sediakan teh..”

“There’s no need for that.” Halang Aisyah. memeluk tubuh memandang wajah Datuk Malik. Bertambah geram dirinya apabila lelaki itu kelihatan tenang sahaja setelah menghantar mesej dan gambar tersebut.

Datuk Malik bangun dari duduknya. Lelaki itu kemudian berjalan menuju ke tingkap kaca pejabatnya. Pemandangan menghala ke KLCC direnungnya.

Aisyah menunggu penjelasan lelaki itu dengan sabar. Dia menahan sehabis baik rasa geramnya. Dia tidak mahu berlaku apa-apa yang tidak diingini yang boleh mengundang buah mulut kakitangan syarikat milik suaminya ini. dia harus menjaga imej suaminya.

“You percaya pada cinta?”

Kening Aisyah terangkat. Cinta?

“I believe you are…” Datuk Malik ketawa sendiri. membuatkan Aisyah bertambah hairan. “Bagaimana pula dengan curang?”

“Just straight to the point sahaja Datuk” kata Aisyah. memaksa Datuk Malik terus bicara tanpa berkias lagi.

Datuk Malik menoleh memandang Aisyah. “You cantik Aisyah. badan you seksi dan sihat. Tapi sayang, you tutup semua itu untuk suami yang curang…”

Aisyah mula berasa tidak sedap hati. Seksi? “Datuk, you jangan lebih-lebih ya..” Dia merasa geram pula apabila tubuh badannya diperkata sebegitu. Tidak pernah sekali dalam hidupnya dikata sebegitu rupa. Sejak dari kecil juga dia diajar menutup aurat dengan sempurna. Tidak pernah sekali dia memperlihatkan badannya kepada sesiapa kecuali suaminya sendiri.

Datuk Malik tersenyum sinis. Dia berjalan menuju ke mejanya. Mengambil sesuatu dari laci meja lalu dilemparkan di hadapan Aisyah. Terbuntang mata Aisyah melihat semua gambar yang ada di atas meja itu.

“Gambar ini lagi?” Aisyah ketawa. “You ingat I percaya ke semua ini Datuk?”

Datuk Malik tersenyum sinis lagi. “I tahu you tak percaya…” matanya merenung tajam wajah Aisyah. “Tapi I ada bukti. You tengok kertas-kertas bawah gambar itu.”

Aisyah mengambil kertas yang terselit dibawah longgokan gambar dihadapannya. Sejenis resit berada di tangannya. “Resit?”

“Ya.. Itu resit makanan yang dipesan oleh mereka. Dan itu…” Datuk Malik menunjukkan satu lagi resit tidak jauh dari mereka. Aisyah mengambil lalu mengamati apa yang tertulis pada kertas tersebut.

“Ini…”

Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, Datuk Malik memotong terdahulu. “Itu resit hotel. I tak kisah kalau you tak percaya. Tapi you boleh call Hotel itu untuk nak kepastian.”

Aisyah menggenggam kuat kertas tersebut. Hatinya mula berasa pedih semula. Dia percayakan suaminya. Tetapi, bagaimana jika semua ini benar? Bagaimana jika apa yang dikatakan dan ditunjukkan kepadanya ini semua benar belaka? Jika begitu, apa yang perlu dia lakukan. Sudah pasti dia akan berasa sangat bencikan Haziq.

**

“Ya betul Puan. Saya dah check dan nama yang menempah bilik ini ialah Encik Adam Haziq.”

Aisyah menghela nafas panjang. Jadi, benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Malik. Benarlah apa yang cuba dibuktikan oleh lelaki itu. Mata dikerling tanpa mengambil telefon bimbit yang sejak dari tadi berbunyi tidak henti-henti. Nama ‘Suami’ yang tertera di skrin telefonnya dipandang dengan pandangan kosong.

Suami? Entah kenapa dia sudah tidak mampu mengungkap nama panggilan itu lagi. Dia merasa jijik! Sanggup Haziq buat dia begini. Kenapa harus curang? Kenapa jejaka itu melakukan perbuatan terkutuk itu? tidak tahukah dia bahawa apa yang dia lakukan itu berdosa? Tidak ada rasa bersalahkah di dalam dirinya?

Aisyah membuang pandang ke luar restoran. Dia kini sengaja memilih untuk menenangkan diri di satu kafe yang terletak di tasik putrajaya. Dia memilih lokasi ini kerana sengaja mahu melarikan diri dari kesibukan kota. Juga untuk menenangkan hatinya yang sedang dilanda kesedihan.

Sekali lagi telefon bimbit Aisyah berbunyi. Gadis itu tidak mengangkatnya. Dia hanya membiarkan telefon itu terus berbunyi sehingga telefon itu senyap semula. Pasti Haziq sedang risau akan dirinya.

Risau?

Aisyah ketawa sendiri. Benarkah jejaka itu risau akan dirinya? Entah-entah dirinya sahaja yang perasan. Mungkin selama ini jejaka itu tidak pernah menyayangi dirinya. Mungkin juga jejaka itu membuat perangainya yang selalu. Iaitu membuli dirinya. Mungkin juga tujuan jejaka itu hendak membalas dendam kerana memalukan dirinya dikhalayak ramai waktu dahulu. Argghh!! Bermacam andaian yang bermain-main di mindanya. Semuanya menambahkan lagi rasa sakit di hatinya.

“Assalamualaikum..” tegur satu suara di belakang Aisyah.

Aisyah tersentak. Segera dia menolehkan kepalanya. “Syed?”

Syed tersenyum memandang Aisyah. “Boleh saya join? Atau awak tengah tunggu suami awak?” tanya Syed. Jejaka itu kemudiannya memandang sekeliling. Takut juga suami Aisyah tersalah anggap dia mahu mengurat isterinya. Seperti yang terjadi dahulu ketika mereka masih belajar lagi.

Aisyah ketawa. “No la. Saya seorang je. Suami ada kerja. Join la” Kata Aisyah mempersilakan Syed duduk di salah satu kerusi yang kosong di hadapannya.

Syed tersenyum. Dia meletakkan secawan kopi di atas meja lalu duduk di hadapan Aisyah. “Awak sihat?”

“Alhamdulillah. Awak pula? Mesti makin sihat kan?” gurau Aisyah. dia dapat melihat badan Syed kini lebih berotot dari dulu. Mungkin jejaka ini pergi ke gym. Hendak lihat kacak di majlis persandingan mereka mungkin?

Syed ketawa. “Alhamdulillah.”

Tiba-tiba telefon Aisyah berbunyi lagi. Gadis itu dengan cepat menekan punat merah tanda dia tidak mahu menjawab telefon tersebut. Aisyah tersenyum memandang Syed di hadapannya. Dia pasti jejaka itu terkejut dengan tindakannya yang terburu-buru mematikan telefon itu tadi.

Syed tersenyum. “Aisyah okay?”

“Eh.. Okay je.. apa pula tak okay..” kata Aisyah lalu membuang pandang ke luar tingkap memandang tasik yang disinari cahaya lampu.

“Suami awak tak kisah ke awak duduk di sini? Sudah hampir lewat malam pula.” Tanya Syed.

Aisyah tidak menjawab. Dia tidak mahu lagi berbohong. Biarlah dia tidak menjawab pertanyaan Syed kali ini. dia sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum jika Syed bertanya apa-apa tentang hubungannya dengan Haziq.

Syed tersenyum lagi. “Aisyah.. maafkan saya jika saya campur urusan peribadi awak.”

Aisyah memandang wajah Syed. Tetapi dia tidak bersuara. Membenarkan apa yang ingin dikatakan oleh Syed.

“Sebenarnya awak larikan diri dari suami awak bukan?” teka Syed. Dia sebenarnya sudah ternampak nama yang tertera pada skrin Aisyah sebelum gadis itu mematikannya lagi.

Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Entah kenapa dia terasa mahu berkongsi kesedihan ini bersama jejaka di hadapannya ini. dia benar-benar memerlukan seseorang. Bukan dia tidak boleh menelefon sahabatnya Lulu atau Qaliff, tetapi dia tidak mahu menyusahkan mereka yang sedang sibuk memikirkan soal majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

“Aisyah.. saya tak tahu apa yang awak lalui. Tapi, apa pun yang awak sedang rasa sekarang ini. Please.. jangan pernah terbit rasa putus asa. Cuba awak lihat ini…” kata Syed lalu meletakkan secawan air kopi di hadapan mereka. Aisyah hanya memerhati. Jejaka itu kemudiannya menuang jag berisi air putih di dalam cawan yang sama. Dia menuang sehingga tertumpah air di dalam cawan tersebut. nasib baik di bawah cawan itu ada kain yang menyerap pantas air yang tertumpah.

“Sekarang awak lihat…”

Aisyah melihat cawan tersebut. air yang di dalam cawan tersebut tidak lagi berwarna hitam pekat. Air tersebut sudah menjadi jernih. Gadis itu memandang wajah Syed yang sedang tersenyum memandangnya.

“Apa yang…”

“Kalau terlalu banyak kata-kata negatif disekitar awak tentang apa yang hadapi sekarang ini. awak akan menjadi stress, marah dan juga selalu rasa tidak tenang. Awak lihat kopi tadi bukan. Hitam.. pekat… begitu juga diri kita. Kita rasa seperti buntu. Seperti tidak tahu apa yang harus kita lakukan.. Tapi..” Syed menghentikan kata-katanya sebentar lalu menolak perlahan cawan yang airnya bertukar warna jernih kehadapan Aisyah. “Jika awak menolak dan menepis segala kata-kata negative yang datang pada awak, InshaaAllah.. awak akan mendapat jalan penyelesaiannya. Juga.. Hati awak akan rasa tenang.. InshaaAllah..” Ujar Syed lalu tersenyum memandang Aisyah. Hatinya berharap bahawa gadis di hadapannya tabah menghadapi ujian yang diberikan kepadanya. Dia juga berharap Aisyah mengerti apa yang dia cuba sampaikan. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa bahawa Aisyah tidak berputus asa. Tidak kiralah dalam apa juga keadaan sekali pun.

Aisyah tersenyum. Dia mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Syed. Dia bersyukur kerana segala kerisauannya sedikit sebanyak menjadi ringan sedikit. Ada benar juga kata-kata Syed sebentar tadi. dia tidak seharusnya terus menerus meletakkan konklusi bahawa Haziq telah berlaku curang kepadanya tanpa menyiasat lebih mendalam lagi.

“Terima kasih Syed.”

**

Majlis perkahwinan antara Lulu dan Qaliff disambut dengan penuh gilang gemilang. Suasana majlis tersebut meriah sekali. Majlis yang diraikan di salah sebuah hotel terkemuka kelihatan sarat dengan ramai tetamu yang hadir. Tetamu yang terdiri daripada sanak saudara dan juga sahabat handai tidak lepas peluang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Aisyah tersenyum memandang Lulu di hadapannya. Gadis itu tersenyum bahagia di hari bahagia mereka. “Amboi. Senyum tu cover sedikit. Tahu la seronok!” tegur Aisyah. sengaja mahu menyakat pengantin baru ini.

“Biar. Aku nak semua orang tahu aku kahwin dengan orang paaaling aku benci..” gurau Lulu.

“Benci you cakap?” tegur Qaliff dengan tangan cekak di pinggang. Aisyah dan Lulu ketawa melihat aksi Qaliff. Haziq di sebelah Qaliff pula sekadar tersenyum.

“Ye! Benci sangat sampai rasa tak boleh nak berpisah dari you. Apa yang you dah buat dekat hati i?” tanya Lulu.

Qaliff ketawa. “I curahkan cinta I yang suci ini..”

Aisyah dan Haziq ketawa. Lulu pula sudah tersipu malu. Qaliff memang sejak menyatakan cintanya pada Lulu, tidak pernah lagi berkias. Dia malah mengatakan dengan kuat bahawa dia benar-benar mencintai Lulu.

“Amboi. Dah.. karang aku dengan suami aku ni muntah pula! Bersemut!!” kata Aisyah.

Haziq bersalaman dengan Qaliff. “Kami balik dulu. Tahniah bro”

Lulu memeluk Aisyah. “Thanks Sya sebab datang majlis aku dengan Qaliff.” Aisyah membalas pelukan Lulu.

“Qaliff.. jaga Lulu elok-elok. Kalau tak, aku belasah kau” kata Aisyah. Qaliff hanya ketawa.

“Aku rasa kau kena nasihatkan itu kat isteri aku ni. Bukan aku yang kenakan dia.. Dia yang selalu buli aku! Kesian dekat aku..” cebik Qaliff.

Aisyah, Haziq, Lulu dan Qaliff ketawa. Aisyah melihat kedua-dua sahabatnya. Alhamdulillah. Semuanya sudah selamat. Kedua-dua mereka kelihatan bahagia bersama. Dalam hati, dia berdoa agar jodoh mereka berpanjangan.

“Sayang.. kejap.. abang nak ke tandas.” Ujar Haziq sewaktu mereka melepasi pintu keluar daripada dewan tersebut. Aisyah hanya mengangguk. Matanya menghantar pandangan ke arah suami yang sedang berlari-lari anak menuju ke hujung koridor.

“Oh ye.. baik aku pergi touch-up makeup sekejap.” Kata Aisyah sendirian. Dia kemudian berjalan melalui lorong yang dilalui Haziq sebentar tadi. Aisyah memerhati sekelilingnya. Mana pula tandas ini? yang dilihatnya hanyalah kerusi meja yang tidak dipakai.

“What? You gila ke?”

Langkah Aisyah terhenti apabila terdengar suara yang sangat dikenalinya. Suaminya bercakap dengan siapa itu? Aisyah menghentikan langkahnya kerana khuatir Haziq menyedari kehadirannya. Dia jadi ingin tahu apa yang membuatkan suaminya itu begitu marah.

“Aisyah? Apa yang you cakap ini? Listen! You ingat I betul-betul cintakan dia ke?”

Terbuntang luas mata Aisyah. mulut yang hampir terbuka luas ditekup dengan kedua-dua belah tangannya. Badan tersandar pada dinding. Mengharap bahawa dinding itu mampu membantu dirinya yang sudah mula lemah. Apa?!

“Tak pernah sekali pun dalam hidup I serius dengan hal ini. Mustahil! Mustahil I cintakan dia!!”

Mengalir air mata di pipi Aisyah. jantungnya berdegub kencang. Hatinya sakit! Hatinya sakit mengenangkan selama ini suaminya sebenarnya hanya berpura-pura mencintai dirinya. Bertambah pedih apabila dia sendiri tertipu dengan penipuan yang dilakukan oleh Haziq.

Jadi, selama ini Haziq tidak pernah mencintainya? Tidak pernah sekali pun menyayanginya? Jadi apa makna gambar potret dan lakaran yang ada di salah sebuah bilik penthouse itu? Apa? Adakah itu hanya sekadar gurauan? Gurauan yang sangat menyakitkan hatinya. Sangat sakit!

Aisyah menguatkan dirinya untuk bangun meskipun kakinya seperti lemah dan tidak boleh hendak berdiri dek kerana terlalu terkejut dengan apa yang baru di dengarinya. Dia harus pergi dari sini. Dia tidak mahu lagi menjadi bahan lawak Haziq. Dia bukan mainan yang boleh dibuat mainan!! Dia juga manusia! Punya hati! Punya perasaan! Apa salah dia sehingga Haziq sanggup dirinya begini? Apa salah dia? Tergamaknya Haziq buat dia begitu.. Air mata yang sudah membanjiri pipinya tidak langsung diseka. Apa yang penting buatnya ialah dia harus segera melarikan diri! Ya.. dia tidak lagi sanggup menjadi bahan mainan Haziq. Dia tidak mahu lagi dibuli oleh jejaka itu. Hatinya sakit!

Baru beberapa langkah diatur, tangan kanan digenggam kuat rapat ke dada. Dia berasa sakit sangat di bahagian hatinya. Sakitnya ibarat dihiris dan ditusuk dengan beberapa bilah pisau. Kenapa rasa sakit ini begitu lain dari sebelum ini? lain daripada rasa sakitnya bila bersama dengan Hadzriq dahulu? Adakah kerana dia sudah mula menyayangi jejaka itu? adakah kerana dia sudah mula menerima Haziq di dalam hidup dan hatinya?

Aisyah mengatur langkahnya dengan laju agar tidak dilihat oleh Haziq. dia harus segera pergi! Mama.. Ibu.. Baba.. maafkan Sya.. Maafkan Sya… Sya dah tak sanggup lagi.. Maafkan Sya..



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku