Tak suka tapi Cinta
Babak 62
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2110

Bacaan






Kaki Aisyah tiba-tiba tersandung pada batu kecil yang ada di atas jalan raya tidak rata tempat dia baru sahaja menapak membuatkan dirinya hampir jatuh tersungkur. Nasib baik Aireen dan Mia cepat menangkap lengannya, menahan dirinya daripada terjatuh.

“Hati-hati Kak Aisyah. Jalan raya dekat sini memang tak berapa nak baik.” Tegur Mia.

Aisyah tersenyum. “terima kasih.”

Mereka berjalan lagi. Mencuci mata melihat pelbagai jenis barangan yang dipamer pada setiap gerai yang ada disitu. Keadaan di pasar malam waktu ini memang sangat padat dengan orang ramai. Masing-masing sibuk berniaga dan juga membeli. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Pelbagai jenis makanan juga turut terjual di pasar itu membuatkan Aireen dan Mia menjadi rambang mata pula. Aisyah pula hanya tersenyum melihat gelagat keda-dua gadis itu. rindu pula dengan Zurina. apa khabar gadis itu ya? Bagaimana hidup yang dilalui adik iparnya itu? sebenarnya dia tidak ada mood hendak membeli belah di pasar ini. bukan kerana tarikan peniaga yang kurang memberangsangkan. Akan tetapi, dia masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Aireen petang tadi.

Jam di tangan dikerling sekilas. Baru pukul Sembilan malam. Sudah setengah jam mereka berjalan-jalan di dalam pasar ini. Mesti Syed bosan menunggu di dalam kereta. Jejaka itu sanggup menjadi pemandu buat mereka demi Aireen. begitu sayangnya jejaka itu kepada gadis ini.

Mereka berhenti di satu gerai menjual pelbagai jenis tudung. Daripada bidang 40 hinggalah bidang yang paling labuh iaitu bidang 60. Aireen dan Mia sudah terlebih dahulu menghampiri tudung shawl. Mereka amat meminati jenis tudung ini. bagi Aisyah pula, gadis ini lebih berminat untuk memakai tudung bawal. Kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah terpamernya tudung bawal yang ada di luar gerai.

“Lawanya…” puji Aisyah separuh berbisik apabila terpandang sehelai tudung dihadapannya. Agak jauh sedikit daripada Aireen dan Mia yang sedang ralit memilih tudung pilihan mereka. Tudung pucci bercorakkan daun pelbagai warna membuatkan mata Aisyah tertarik untuk melihatnya dengan lebih dekat. Aisyah mengusap lembut kain tudung tersebut untuk merasai jenis tekstur tudung itu sebelum membuat keputusan membelinya sambil melihat orang lalu lalang di luar gerainya.

Jantung Aisyah berdegub hebat saat matanya tertancap satu susuk tubuh sedang berjalan tidak jauh darinya. ditenyeh beberapa kali matanya berharap bahawa apa yang dilihat hanyalah ilusi semata-mata, tetapi apa yang dipandangnya tidak juga hilang. Malah makin dekat pula dia berjalan mendekati tempat gerai yang sedang dilihat oleh Aisyah.

Kaki Aisyah ibarat digam daripada menyembunyikan diri. Orang ramai yang lalu lalang di sekeliling jejaka itu dilihat seperti halimunan. Hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang kelihatan di matanya.

Wajah Haziq direnung Aisyah. Mana perginya kata-kata Aireen petang tadi? Jejaka itu kelihatan seperti biasa sahaja cuma tubuhnya sahaja kelihatan sedikit kurus daripada dahulu. Tidak jagakah dia soal pemakanan? Apa yang dimakan oleh jejaka itu selama ini? Ha! Sakitkah dia?

Jantung Aisyah berdegub bertambah hebat saat mata mereka bertemu. Lama. Aisyah dapat merasakan kelembutan di dalam renungan yang diberi oleh Haziq. jauh disudut hatinya dia berasa sedih. Ya. Dia sudah mula menyayangi dan mencintai jejaka ini. sampaikan dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa semua ini hanyalah suatu permainan yang dicipta oleh Haziq sendiri. Adakah kehadirannya disini sekadar suatu kebetulan? Atau.. jejaka ini mahu dia kembali pulang kepada dirinya?

Aisyah tersentak apabila Haziq hanya berlalu pergi setelah melihatnya. Hatinya menjadi sakit. Pedih! Jejaka itu seperti tidak kenal akan dirinya. Aisyah menoleh memandang Haziq yang semakin hilang dari pandangan. Setitik air mata jatuh dari tubir matanya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Haziq dua bulan lalu. Jejaka itu tidak mencintainya langsung. Jika benar jejaka itu mencintainya, jejaka itu tidak akan membuat dirinya begitu.

Aisyah tertunduk lemah. “Apa yang aku harapkan sebenarnya? Disambut oleh jejaka itu?” Aisyah tersenyum walaupun pipinya sudah dibasahi dengan air mata. “Forget it. Semuanya sudah berlalu.” Katanya separuh berbisik lalu dikesat lembut air mata pada pipi.

“Kak Sya… Jom la balik. Kesian pula Abang Syed tunggu lama.” Kata Aireen berada agak jauh daripada Aisyah.

Aisyah menoleh selepas habis mengesat air matanya. “Okay. Jom!”

Sepanjang jalan pulang menuju ke kereta yang diparkir oleh Syed, Aisyah hanya mendiamkan diri. Tiada mood untuk bercakap. Tidak seperti Aireen dan Mia yang becok bercakap tidak henti-henti dari tadi. Aisyah sengaja berjalan kebelakang sedikit dari mereka.

Fikiran Aisyah masih lagi memikir apa yang baru sahaja berlaku tadi. dia masih tidak boleh melupakan renungan mata yang diberikan oleh Haziq tadi. kenapa jejaka itu merenungnya sebegitu? Dan kenapa jejaka itu seolah-olah sengaja buat tidak tahu akan dirinya? Lebih sakit di hati ini saat jejaka itu meninggalkannya tanpa berkata apa-apa pun. Keadaan mereka seolah-olah dua orang yang tidak dikenali yang berjumpa secara tidak sengaja.

Aisyah tertunduk lemah.

Tiba-tiba satu van putih berhenti di sebelah Aisyah. tubuh gadis itu ditarik masuk ke dalam van sambil mulutnya ditutup dengan sehelai kain. Manakala Aireen dan mia pula ditolak sehingga jatuh tersungkur ditepi jalan.

“Kak Aisyah!!!” Jerit Aireen sekuat hatinya untuk mendapatkan perhatian pengunjung lain yang datang ke pasar malam tersebut. Namun, hampa. Van tersebut memecut laju meninggalkan Aireen dan Mia.

Aisyah meronta-ronta untuk dilepaskan, dia dapat melihat beberapa orang yang berpakaian serba hitam dengan muka ditutupi di kiri dan kanannya. Seorang memegang kuat lengan dan tangannya manakala seorang lagi menekup mulutnya dengan kain. Aisyah cuba melawan sedaya upayanya namun, pergerakannya menjadi semakin lemah. pandangan penglihatannya juga semakin lama semakin kabur. Sudahnya Aisyah pengsan dengan mulutnya masih ditekup dengan kain tersebut.

**

Splash!!

Aisyah tersentak. Terbuka luas mata Aisyah apabila disimbah oleh sesuatu yang sejuk. Habis lencun bajunya terkena simbahan air sejuk berwarna merah pekat itu. Aisyah duduk mengundur kebelakang apabila melihat beberapa orang lelaki berbadan besar sedang tersenyum sinis tidak jauh darinya. ada palang besi yang menjadi penghalang.

Mata Aisyah melilau melihat sekelilingnya. Gelap! Tidak ada apa yang dapat dilihatnya kerana kesamaran cahaya. Walaupun pandangannya terbatas, dia pasti dia kini berada di sebuah gudang yang usang. Dan kini dia dikurung di dalam palang besi. Tidak ubah seperti penjara. Kenapa dia dibawa kesini? Dia ada buat salahkah?

Aisyah tersentak. Atau dia pernah berhutang? Dengan siapa? Takkan pula dengan along? Tak! Tak mungkin! Seumur hidupnya, tidak pula dia berhutang dengan mana-mana syarikat tidak bernama atau bank. Jadi… kenapa dia dibawa kesini?

“Saya dimana ni? Kamu semua si..” Tiba-tiba tangan Aisyah tersentuh sesuatu di belakangnya ketika dia mengundurkan dirinya agar jauh dari jejaka berbadan besar itu. Aisyah pantas menoleh kebelakang. Hampir luluh jantung dan terkeluar biji matanya tatkala melihat apa yang ada di belakangnya.

“Ma…. Maa.. MAYAT!!!” Aisyah menjerit ketakutan. Aisyah berlari ke arah jejaka berbadan besar itu. berdiri menyandar di antara palang besi yang berhampiran dengan jejaka berbadan besar. Hilang terus rasa takutnya kepada lelaki itu, sebaliknya dia berasa bertambah gerun melihat puluhan mayat tertoreh muka dan badan mereka di dalam penjara tersebut.

Tangan Aisyah terketar-ketar. Dia melihat air merah yang ada di simbah kepadanya tadi. ‘Adakah… Adakah ini darah mereka?’ monolog Aisyah sendiri. beberapa saat kemudian bau busuk mula naik membuatkan Aisyah berasa hendak muntah.

“hahahahaha.. Kalau husband you tak kacau kerja I, you takkan jadi mangsa I yang seterusnya.. Haish.. Sayangnya..” ujar seseorang di belakang Aisyah.

Aisyah tersentak.

‘Suara ini…’

“Datuk Malik?” kata Aisyah seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Jejaka itu kelihatan sedang tersenyum sinis duduk di hadapan Aisyah. di tepi kiri dan kanan lelaki itu ditemani lelaki berbadan besar yang sejak tadi memerhati dirinya. Datuk Malik kah majikan mereka? Diakah yang menculik dirinya?

“Ya… You apa khabar?” Tanya Datuk Malik sambil tersenyum sinis memandang Aisyah.

“Apa semua ni Datuk?!”

Sekali lagi Datuk Malik ketawa.

“You jangan buat-buat tak tahu!” Jerit Datuk Malik dengan wajah bengisnya. Aisyah menelan air liur. Untuk pertama kalinya, dia berasa gerun melihat lelaki itu begitu.

“Apa maksud..”

“Oh… So you nak main-main pula dengan I ya?” Datuk Malik mengarahkan lelaki berbadan besar di sebelah kanannya dengan hanya menunding jari ke arah dirinya. Lelaki itu mengangguk faham walaupun mereka tidak bercakap.

Aisyah mengundur kebelakang kearah mayat-mayat yang bergelimpangan itu apabila menyedari lelaki berbadan besar yang di arah oleh Datuk Malik mula masuk ke dalam penjara tersebut. “Apa yang Datuk Malik buat ni?” Tanya Aisyah dengan suara yang mula bergetar. Menunjukkan betapa takutnya dia kini.

“I nak you bagitahu di mana budak perempuan tu!” Tengking Datuk Malik.

“Budak perempuan mana?” tanya Aisyah. dia benar-benar tidak faham apa yang ditanya oleh lelaki itu.

Datuk Malik tersenyum sinis. “Really? Or patut ke I paksa you bercakap?”

“Nak bag..” Belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, perutnya ditumbuk kuat oleh lelaki berbadan besar itu membuatkan Aisyah melutut menahan sakit. Rasa seperti dihempap batu yang besar.

“Start talking or I akan buat lagi teruk dari itu!” Tengking Datuk Malik lagi.

Aisyah ingin memberitahu lelaki itu bahawa dia memang tidak tahu menahu dengan apa yang dicarinya. tetapi dia tidak dapat berbuat demikian dek kerana terlalu sakit. Ini kali pertama dia ditumbuk sebegitu.

“You sengaja menguji kesabaran I? Francis, Ikat dia dan gantung dia!” Tengking Datuk Malik sambil mengarahkan kuncunya.

Badan Aisyah dengan mudah sahaja diangkat oleh kuncu-kuncu Datuk Malik. Beberapa minit kemudian, tangan Aisyah diikat keatas membuatkan dirinya tergantung. Muka Aisyah berkerut menahan rasa sakit pada perut kesan dari tumbukan tadi.

“Cakap!”

Sekilas itu juga dua buah sebatan kena pada belakang badan Aisyah.

“D..Datuk nak.. nak saya cakap apa? sss.. saya tak tahu..” kata Aisyah tersekat-sekat. Mata Aisyah terpejam rapat menahan rasa sakit. Ya Allah.. dugaan apakah ini? apa salahnya sehingga diperlakukan sebegini sekali.

Datuk Malik tersenyum sinis. Kakinya melangkah menghampiri palang besi. “You memang tak tahu atau you sengaja nak berkomplot dengan husband you?”

Diam.

Datuk Malik ketawa setelah Aisyah tidak respond dengan pertanyaannya. “So.. you betul-betul tak tahu?”

Aisyah hanya mengangguk. Dia memang tidak tahu urusan apa yang ditanya oleh lelaki ini.

Datuk Malik melangkahkan kakinya masuk ke dalam penjara tersebut. dia kini berdiri dihadapan Aisyah. memerhati wajah ayu yang sedang menahan sakit. “You betul tak tahu?”

Sekali lagi Aisyah mengangguk. Mengatakan bahawa dia benar-benar tidak tahu. “Apa yang suami saya dah buat?”

“Husband you dah ambil orang I.”

Aisyah memaksa membuka matanya melihat wajah bengis itu di hadapannya. “Orang?”

“Oh wow! I’m a bit surprised you know.. suami you betul tak bagitahu you? Okay la.. oleh kerana I ni baik hati, I akan ceritakan. You nampak tu?” tanya Datuk Malik sambil menunjukkan jarinya ke arah puluhan mayat yang bergelimpangan di sudut belakang penjara.

“You tahu macam mana mereka mati? I… I yang bunuh mereka semua.” Kata Datuk Malik sambil jari yang menunjuk kearah mayat tadi, menunjukkan jarinya kepada dirinya pula. Berasa bangga dengan dosa yang telah dia lakukan.

“Kenapa Datuk bunuh mereka? Apa salah mereka?”

“Organ! I nak organ mereka! Kerana organ-organ mereka inilah I menjadi kaya raya!... tapi….” Sepantas itu Datuk Malik mencengkam leher Aisyah yang berbalut tudung yang sudah dikotori dengan darah. “Tapi suami you dah curi orang I!! Orang yang akan I bunuh dan jual organnya dengan harga paling mahal!”

Nafas Aisyah tersekat-sekat kerana dicekik oleh Datuk Malik. Beberapa saat kemudian Aisyah dapat bernafas semula apabila Datuk Malik menarik semula tangannya daripada leher Aisyah. terbatuk-batuk Aisyah.

“Apa kaitannya dengan saya?”

Datuk Malik ketawa. “Apa kaitannya dengan you?”

“Ya.. Apa kaitannya dengan saya?” Tanya Aisyah sekali lagi.

Datuk Malik berhenti ketawa. Wajah bengis itu merenung Aisyah dari atas kebawah, kemudian kembali keatas. Kakinya melangkah ke arah Aisyah. tangannya ingin menyentuh pipi Aisyah namun sepantas itu juga Aisyah mengelak. Melindungi dirinya daripada disentuh lelaki seperti itu. Sekali lagi Datuk Malik tersenyum sinis.

“You akan jadi pengganti pada orang I yang husband you curi. I akan bunuh you! Tapi.. sebelum itu..” Datuk Malik melangkah keluar dari penjara itu.

“I akan seksa you dulu! Francis!” kata Datuk Malik lalu berlalu keluar dari gudang itu bersama kuncu-kuncunya. Meninggalkan Aisyah bersama lelaki berbadan besar bernama Francis.

Aisyah menelan air liurnya apabila melihat lelaki berbadan besar dipanggil Francis mengangkat tinggi kayu pemukul di tangannya. Serta merta mata Aisyah dipejam kuat. Bersedia menerima hentaman dan pukulan yang paling sakit yang tidak pernah dirasainya.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku