Tak suka tapi Cinta
Babak 63
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2156

Bacaan






“Bagi tahu I dekat mana husband you sorok orang I!!!” Tengking Datuk Malik sambil tangannya menggenggam kuat lengan Aisyah.

“I.. tak.. tahu..” jawab Aisyah dengan suara yang lemah. dia sudah tidak ada kudrat lagi. Masuk hari ini, sudah dua hari dia diculik. Dan sudah dua hari juga dia tidak diberi makan dan minum. Yang hanya dia dapat hanyalah luka dan lebam kesan daripada seksaan Datuk Malik dan kuncu-kuncunya.

Datuk Malik mendengus geram lalu melepaskan genggaman tangannya. Kepala Aisyah tertunduk lemah. badannya terasa lemah sangat. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar seksaan ini berakhir dengan cepat. Dirinya sudah tidak mampu lagi menangung.

“You cuba nak cabar I ya Aisyah?” Kata Datuk Malik sambil bercekak pinggang membelakangkan Aisyah.

Tiba-tiba telefon bimbit Datuk Malik berdering kuat. Pantas sahaja lelaki itu mengangkatnya. Beberapa minit kemudian Aisyah dapat mendengar lelaki itu sedang memarahi seseorang di hujung taliannya.

“Kamu semua, ikut saya!!” arah Datuk Malik.

“Tapi Boss, perempuan ni macam mana?” Tanya Francis.

Datuk Malik melihat sekilas wajah Aisyah yang tertunduk lemah. “Perempuan ni dah lemah sangat. Dia takkan mampu untuk lepaskan diri dia sendiri. Biarkan sahaja dia. Sudah! Cepat!” Arah Datuk Malik lalu keluar dari gudang tersebut diikuti kuncu-kuncunya.

Setelah mendengar pintu gudang ditutup kuat, dengan tenaga yang masih ada, Aisyah cuba membuka matanya. Dia cuba juga walaupun kudratnya sudah hampir habis. Gudang usang itu di pandang. Melihat ke kiri dan ke kanan. Mencari jika ada tempat untuk dia melarikan diri.

Nasibnya baik apabila tidak jauh darinya terdapat satu tingkap pecah. Dengan tenaga yang masih ada, dia cuba membuka ikatan tangannya perlahan-lahan. Luka di pergelangan tangan akibat terlalu lama diikat langsung tidak diendahkan. Yang penting baginya, dia harus segera keluar dari sini. Harus menyelamatkan dirinya!

Badan Aisyah jatuh terjelupuk di atas lantai apabila ikatan tangan pada tali tersebut terlerai. Aisyah mengaduh kesakitan. Tetapi demi untuk menyelamatkan dirinya, dia berusaha untuk bangun juga.

DUM!!!

Aisyah tersentak. Bunyi kuat seakan bunyi tembakan kedengaran di luar gudang. Aisyah menjadi takut. Adakah Datuk Malik sedang membunuh seseorang? Lelaki itu, bila datang gilanya, semua orang dibunuhnya. Aisyah berusaha untuk bangun. Namun kudratnya kelihatan sudah kehabisan sudahnya dia mengesotkan dirinya ke tingkap tersebut. dia harus keluar dari sini. Pasti sahaja jika Datuk Malik melihat dirinya waktu ini, dia akan diseksa dengan lebih teruk lagi.

“Ahhh..” Aisyah mengaduh sakit apabila badannya terkena serpihan kaca di sekeliling tingkap tersebut. ruang keluar yang kecil membuatkan badan Aisyah tidak lari dari terkena serpihan-serpihan kaca yang pecah berderai di sekitarnya. badannya habis calar balas. Tetapi demi menyelamatkan dirinya, dia berusaha juga untuk keluar.

Sekali lagi Aisyah cuba untuk bangun setelah dirinya berjaya keluar dari gudang usang itu melalui tingkap yang pecah. Matanya melilau melihat sekeliling. Dihadapannya kini hanya terdapat hutan yang lebat sahaja. Kemana arah yang harus dia tuju dia sendiri tidak tahu. Sudahnya kakinya hanya melangkah mengharungi hutan tebal itu. Nasib sahaja ketika ini waktu belum gelap, jika tidak pasti dia akan lebih jauh tersesat di dalam hutan ini dan kuncu-kuncu Datuk Malik akan dapat menjumpainya.

DUM!!

Sekali lagi bunyi tembakan kedengaran. Kali ini bukan sekali sahaja tembakan. Tetapi banyak. Apakah yang terjadi di sana?

Aisyah menggelengkan kepalanya. Dia tidak harus tahu. Yang penting baginya , dia harus segera keluar dari sini.

Kaki yang masih lemah dipaksa untuk berlari. Perut yang terasa sakit seperti mencucuk-cucuk tidak dihiraukan. Dalam otak fikirannya, dia harus segera mencari tempat yang selamat untuk bersembunyi. Jika tidak, dia akan tertangkap dengan kuncu-kuncu Datuk Malik.

Aisyah memberhentikan langkahnya pada satu pokok yang besar. Dia berasa sangat lemah ketika ini. tiada lagi kudrat untuk berlari atau berjalan. Tangan memegang kayu batang pokok besar itu berharap agar pohon tersebut dapat membantu dirinya berdiri dengan stabil. Tetapi entah kenapa, beberapa minit kemudian, matanya dapat menangkap susuk badan seseorang yang sedang berlari anak ke arahnya. Pandangan mata yang kabur cuba untuk difokuskan semampu mungkin kearah susuk tubuh tersebut. betulkah apa yang dia nampak sekarang ini? kenapa jejaka ini ada disini?

“AISYAH!!!!”

Zup!

Tiba-tiba Aisyah merasa sakit yang amat sangat di bahagian dadanya. Seperti ada sesuatu yang sedang menikam dan menusuk ke dadanya. Aisyah menundukkan kepalanya memandang ke arah dada yang sudah dibajiri dengan darahnya sendiri. lututnya terasa lemah.

‘Ya Allah.. inikah pengakhiran buatku? Begini cara aku meninggalkan dunia ini?’

Dummm!! Bunyi tembakan sekali lagi.

kepalanya terasa berpinar. Makin lama, dia terasa makin lemah. akhirnya Aisyah terjelopok jatuh di atas tanah. Sudah tidak sedarkan diri lagi.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku