Tak suka tapi Cinta
Babak 64
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2329

Bacaan






Tuttt… Tuttt.. Tuutttt..

Mata yang terasa berat cuba untuk dibuka. Suara yang sejak tadi tidak henti-henti membacakan surah Yassin kini berhenti. Kedengaran seperti kecoh sahaja.

“Doktor!”

Perlahan-lahan Aisyah membuka matanya. Matanya terasa sedikit sakit dek kerana silauan cahaya lampu yang kuat dari atas siling. Tangan dan dadanya terasa sakit. Mata kuyu itu memerhati sekelilingnya. Daripada perkakas yang ada di dalam bilik ini, dia tahu kini dia sedang berada di tempat yang selamat. Dan bukan lagi di dalam hutan atau di dalam gudang usang yang menggerikan itu.

Doktor yang dipanggil datang lalu menyuluhkan sesuatu ke matanya. Doktor tersebut kemudiannya mencatat sesuatu ke dalam fail lalu diberi kepada seorang jururawat disisinya. Dia kemudian membicarakan sesuatu kepada salah seorang yang ada disitu. Walaupun pandangan mata Aisyah sedikit kabur, dia dapat melihat lebih lima orang berada disitu.

Aisyah memandang ke tangan kanannya yang terasa sedikit sakit. Seperti dicucuk sesuatu sahaja. Kelihatan tangannya di lekatkan pada satu tiub yang bersambung pada sekatung air yang diletakkan di atas rod besi di atasnya.

“Aisyah..” panggil seseorang sambil mengusap lembut tangan kiri Aisyah.

Aisyah memandang wajah yang sedang tersenyum kepadanya.

“Ibu..” ucap Aisyah lalu membalas senyuman tersebut walaupun dia masih lemah.

Puan Hani menganggguk sambil tersenyum walaupun di pipinya sudah dibanjiri dengan air mata. Wanita itu bersyukur anak gadisnya selamat. Selepas sahaja berita penculikan Aisyah diketahui, hatinya menjadi resah seribu. Hampir setiap malam dia membuat solat hajat. Memohon bahawa Allah membantu pihak polis yang sedang dalam usaha mencari anak kesayangannya. Tidak kurang juga dengan usaha daripada Encik Kamal, hampir setiap malam meminta orang di surau dan masjid berdekatan membuat solat hajat agar anaknya ditemui semula dengan cepat dan selamat.

Aisyah memandang sekelilingnya. Melihat siapa sahaja yang ada di dalam bilik hospitalnya. Semua ada. Kecuali seorang. Hatinya menjadi sedikit pedih.

“Haziq ada kerja nak. Kejap lagi dia datang.” Ujar Puan Sri Zetty. Seperti memahami apa yang dirasai oleh Aisyah, wanita itu memberitahunya berharap agar Aisyah tidak berkecil hati kerana ketiadaan suaminya.

“Ma.. berapa lama Sya tak sedarkan diri?” tanya Aisyah.

“Kamu dah tiga hari tak sedarkan diri. Alhamdulillah semuanya selamat.” Jelas Puan Sri Zetty.

“Tiga hari?”

Puan Hani mengangguk. “Nasib baik peluru tu tak terkena pada jantung kamu. Ibu rasa bersyukur sangat anak ibu dah selamat.”

“Peluru?” Tanya Aisyah bertambah keliru.

Puan Sri Zetty mengangguk. “Kamu kena tembak dari arah belakang.”

Aisyah terdiam. Jadi dia ditembak. Sakit yang dirasainya itu datangnya dari sebutir peluru. Tertusuk ke dadanya dari arah belakang.

Pintu bilik dibuka dari luar. Tersembul wajah Haziq di hadapan muka pintu. Wajah itu kelihatan kacak seperti biasa. Cuma susuknya sedikit kurus dari sebelumnya.

“Kamu rehatlah Aisyah. Baba dan kami semua pulang dulu ya.” Kata Encik Kamal.

Aisyah hanya mengangguk. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Sudah tiga hari dia koma. Mungkin dalam waktu tiga hari itu juga mereka menemani dirinya yang sedang tidur tidak sedarkan diri.

“Haziq, kamu jagakan anak baba ni ya?” pesan Encik Kamal. Mereka bersalaman lalu keluar dari bilik itu. meninggalkan Aisyah dan Haziq sahaja. Entah kenapa, Aisyah terasa sedikit janggal pula dibiarkan berdua sahaja bersama dengan Haziq. walaupun mereka pasangan suami isteri, namun selepas apa yang didengarinya, perasaannya terhadap Haziq hilang begitu sahaja. Langsung tidak ada sekelumit rasa sayang kepada jejaka itu.

Haziq mengambil tempat duduk di sisi Aisyah. kepala Aisyah ditalakan kearah lain. Langsung tidak mahu bersemuka dengan Haziq.

“Sayang..” panggil Haziq perlahan.

Terasa hendak muntah pula apabila Haziq memanggil dirinya sayang. Sayang? Puih! Aku takkan tertipu lagi dengan panggilan itu. setelah apa yang kau ucap?

Aisyah diam. Tidak langsung membalas apa yang dipanggil suaminya. Hatinya masih sakit dengan apa yang terjadi.

Haziq memberanikan diri menggenggam tangan Aisyah. Sepantas itu juga Aisyah menepis laju tangan Haziq. tidak mahu ada sebarang sentuhan di antara mereka.

“Maafkan abang. Disebabkan Abang, sayang yang terseksa. Menderita. Abang betul tak sangka Malik sanggup menculik sayang. Maafkan Abang.” Sayu suara Haziq memohon maaf kepada Aisyah. tangan yang luka dan bercalar di renung Haziq penuh simpati. Ada juga kesan lebam di badan Aisyah. menambahkan lagi rasa sayu di hatinya.

“Abang cuma nak heret Malik ke muka pengadilan sahaja. Kebetulan salah seorang mangsa Malik melarikan diri dan berjumpa abang. Abang betul-betul tak sangka semua ini akan terjadi.”

Diam. Langsung tiada sebarang balasan daripada Aisyah.

“Sayang? Tolong jangan buat abang macam ni.. please say something.”

“Ceraikan Sya” ucap Aisyah. wajah Haziq kelihatan terkejut. Dia benar-benar tidak menyangka isterinya akan berkata sedemikian. Cerai? Tidak. Jauh sekali dia tidak akan melafazkan kata cerai di mulutnya.

“No. abang tak akan lafazkan.”

“Ceraikan Sya.” Sekali lagi Aisyah berkata sedemikian.

Haziq bangun dari duduknya. “No! walau sejuta kali sayang minta, abang takkan lafazkan!” marah Haziq lalu keluar dari bilik tersebut. dia harus meredakan kemarahannya. Tidak mahu menghemburkan amarahkan kepada Aisyah.

Setitis air mata jatuh ke pipi milik Aisyah. dia juga kalau boleh tidak mahu pengakhiran begini terjadi kepada hubungannya dan Haziq. Hatinya sakit. Pedih! Aisyah menekup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangannya. Cuba untuk menahan air mata yang kian banyak membanjiri pipinya.

**

Aisyah duduk termenung sambil memandang keluar jendela. Masuk hari ini sudah empat hari dia di dalam wad hospital ini. dan sudah empat hari juga dia dan Haziq tidak bercakap. Walaupun jejaka itu cuba untuk mencari perhatiannya, namun Aisyah langsung tidak mengendahkannya. Hatinya sudah menjadi cukup tawar.

“Assalamualaikum..” ucap seseorang dimuka pintu. Mengejutkan Aisyah yang sedang termenung jauh memandang keluar jendela. Saat terpandang wajah Syed, bibirnya terus sahaja mengukirkan sebuah senyuman buat jejaka itu. dia sudah menganggap jejaka ini seperti sahabat baiknya.

“Waalaikumusalam. Seorang je?” tanya Aisyah. Berharap bahawa Aireen, Mia dan Mak Cik Baiti ada ikut sama datang melawat dirinya.

Syed tersenyum. “Nampaknya begitu la. Reen dan keluarga saya tak dapat nak datang. Mereka kirim salam.”

Aisyah mengangguk faham. Dia memahami keluarga Syed yang tinggal jauh dari sini. Dan juga memahami keadaan Aireen yang fobia akan hospital. Pernah sekali gadis itu menceritakan dia pengsan berkali-kali sebaik sahaja sedar dirinya berada di dalam hospital kerana demam panas. Penyelesaiannya, dia dibawa kembali pulang dan hanya dirawat oleh jururawat yang diupah.

“Duduklah Syed.”

Syed mengangguk. Lalu mengambil tempat duduk di sisi Aisyah. sebelum itu, jejaka itu menghulurkan buah tangan berupa buah-buahan dan juga sejambak bunga kepada Aisyah.

Aisyah tersenyum. Jambangan bunga itu dicium. Wangi!

“Aisyah macam mana? Okay?” tanya Syed.

Aisyah mengangguk. “Alhamdulillah. Lusa dah boleh keluar.”

“Alhamdulillah. Syed doakan Aisyah cepat sembuh. Budak-budak mengaji dekat kampong tu dah rindu sangat dengan ustazah dia.”

Aisyah tergelak sedikit dengan apa yang diucapkan oleh Syed. “Sya pun rindukan mereka. Tapi, rasanya Sya dah tak boleh nak mengajar lagi dekat sana.”

“Syed faham. Aisyah kena ikut suami kan?”

Perlahan-lahan Aisyah mengangguk. Walaupun dia sudah mengutarakan hasratnya ingin bercerai dengan Haziq, namun permintaannya itu ditolak mentah-mentah. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Haziq masih menyayangi dirinya? Tidak mungkin! Dia sendiri dengar apa yang dikatakan oleh Haziq. jejaka itu langsung tidak mencintai dirinya. Jadi kenapa perlu mereka bersama lagi? Tempoh tiga tahun yang diberi oleh arwah Tan Sri Jamal juga sudah lama tamat. Segala harta peninggalan sudah diterima oleh suaminya. Jadi, hendak apa lagi?

Perbualan di antara mereka terhenti apabila pintu bilik hospital dibuka dengan agak kasar dari luar. Aisyah dan Syed tersentak. Mata Haziq merenung tajam Aisyah yang sedang memegang sejambak bunga ditangan.

Syed senyum. Bangun untuk bersalaman dengan Haziq. jejaka itu menyambut baik huluran salam Syed.

“Maaf menganggu. Saya..”

Belum sempat Syed menghabiskan kata-katanya, Haziq terlebih dahulu memotong. “It’s okay. Kami pun dah nak berpisah.”

Aisyah tersentak. Begitu juga dengan Syed. Syed memandang wajah Aisyah. wajah itu jelas terpamer riak terkejut. Memang dia yang meminta untuk bercerai, tetapi dia tidak sangka Haziq akan berkata begitu di hadapan orang luar. Tambahan lagi orang itu ialah Syed. Orang yang telah banyak menasihati Aisyah untuk mempertahankan rumah tangganya.

“Maaf.. tapi, saya tak faham.”

Haziq tersenyum sinis. “Patutlah dia beriya sangat nak minta cerai. Rupanya ada jantan lain!”

Sekali lagi Aisyah tersentak. Lelaki lain? Siapa? Aku kah?

“Sekejap.. saya rasa ada salah faham disini…”

“Kau pun ada perempuan lain! Jangan nak berlagak baik!” jerit Aisyah pula tiba-tiba. Seperti orang hiteria. Membuatkan semua mata tertumpu pada Aisyah. gadis itu menguatkan diri untuk bangun. Mengambil beberapa keping gambar di dalam beg bimbitnya lalu dilemparkan ke lantai di hadapan Haziq.

“Dah lama Sya sabar! Tu… resit-resit hotel.. apa yang Abang Haziq buat di situ? Buat maksiat!!!!” tengking Aisyah lagi.

Haziq terdiam.

Kali ini Aisyah menekan sesuatu pada telefon bimbitnya. Mujur sahaja Ibunya membawa bersama telefon yang ditinggalkannya dulu. Rekod suara Haziq kedengaran di bilik tersebut. nasib baik bilik yang diduduki Aisyah lebih ke arah privasi. Jika tidak, pasti orang lain boleh dengar.

“Aisyah? Apa yang you cakap ini? Listen! You ingat I betul-betul cintakan dia ke?”

Sekali lagi Haziq terdiam. Syed pula menjadi serba salah berada disitu. Perlahan-lahan kaki melangkah keluar dari bilik tersebut. meninggalkan Aisyah dan Haziq menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

“Sayang.. let me explain”

“Nak jelaskan apa lagi?!!” tengking Aisyah. geram.

“Apa yang Sayang dengar dan lihat tu salah faham. Abang boleh jelaskan. Please listen to me. Please sayang.” Rayu Haziq.

“Sya tak nak dengar apa-apa lagi. Ceraikan Sya!” Pinta Aisyah. dia terduduk di sisi katil. Kakinya masih tidak kuat lagi untuk berdiri.

“No! Abang tak akan sekali-kali ceraikan sayang! TITIK!!” tengking Haziq pula. Kakinya melangkah keluar dari bilik sekali lagi. Dia gagal mengawal emosinya. Dia khuatir jika dia terus berada disitu, marahnya akan menjadi-jadi. Lebih menakutkan apa yang dipinta oleh isterinya akan terjadi dek kerana rasa marahnya yang sudah sampai ke tahap limit.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku