Tak suka tapi Cinta
Babak 65
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 23 Oktober 2016
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
2212

Bacaan






“Kak Aisyah!” sergah Zurina.

Aisyah tersenyum. “Ya Zurin?” Tanya Aisyah. tangannya masih ligat melipat pakaian yang dibawa ke hospital masuk ke dalam beg kecilnya. Hari ini dia dibenarkan pulang. hatinya menjadi sedikit lega apabila doktor mengesahkan dia sudah semakin sembuh dan dibenarkan pulang. Terus sahaja di telefon adik iparnya itu. lebih mengembirakan hatinya apabila Lulu dan Qalif akan menyambut kepulangannya nanti di rumah. Rindunya pada mereka berdua!

“Kak Sya ni.. termenung jauh la tu. Ingat dekat abang long ya?” sakat Zurina.

‘Buat apa nak ingat dekat dia?’ monolog Aisyah sendiri.

“Tak ada lah.. Kak Sya teringat sesuatu je.” Kata Aisyah cuba mengubah topik.

Zurina mengangguk lalu menyambung bermain telefon bimbitnya. Aisyah pula kembali mengemas pakaiannya. Dalam sedang mengemas pakaian yang hanya tinggal beberapa helai, Aisyah teringatkan sesuatu. Apa yang terjadi selepas dia pengsan? Apa pula terjadi kepada Datuk Malik dan kuncu-kuncunya?

“Zurin.. Kak Sya nak tanya sedikit boleh?”

“Tanya apa tu, Kak Sya?” tanya Zurina semula.

“Apa yang terjadi sebenarnya ya Zurin? Maksud Kak Sya, hal kes penculikan Kak Sya tu” tanya Aisyah. Dia ingin sangat tahu apa yang terjadi. Dan sebab kenapa dia diculik.

“Abang Long tak bagitahu ya?”

Aisyah menggelengkan kepalanya. Macam mana nak bagitahu kalau dia dan Haziq sekarang ini sedang bertengkar. Sejak bertengkar sehinggalah hari ini, batang hidungnya langsung tidak nampak.

“Apa yang Zurin tahu la kan… Sebenarnya Abang Long nak dedahkan kegiatan Datuk Malik sahaja. Datuk Malik tu buat kegiatan dagang manusia dan jual organ manusia secara haram. Dia dah lama bersembunyi disebalik status dan juga jawatannya di dalam Syarikat FH Holdings. Abang Long tahu kegiatan dia sejak Datuk Malik songlap hampir separuh duit syarikat. Mulanya Abang Long nak buat report polis, tapi, ada informer bagitahu Datuk Malik ada buat kegiatan lain juga.” Jelas Zurina panjang lebar.

Aisyah mengangguk. Pakaian yang dikemas sudah siap diisi di dalam beg. Zurina membantu kakak iparnya mengangkat beg tersebut kerana Aisyah masih tidak boleh mengangkat barang yang berat.

“Tapi, apa kena mengena dengan Kak Sya pula?” tanya Aisyah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam perut kereta.

Zurina menekan punat enjin untuk menghidupkan enjin keretanya. “Sebab Datuk Malik dah mula takut. Seorang mangsa dia dah diselamatkan oleh Abang long. Itu yang dia jadi takut. Abang long tak sangka pula Datuk Malik sanggup buat begitu sekali. Seksa Kak Sya semua.”

Aisyah tersentak. “Macam mana tahu Kak Sya kena seksa?”

“Abang long dapat footage dari pihak polis. Mereka dapat rakam semua kegiatan Datuk Malik. Kak Sya nak tahu tak, waktu abang long tengok rakaman Kak Sya kena seksa oleh kuncu Datuk Malik, Abang Long hampir je nak tumbuk laptop polis tu. Zurin cakap ni bukan tipu tau. Waktu tu Zurin ada datang sekali dengan Abang Long.” Jelas Zurin lagi. Walaupun sedang memandu, mulutnya tidak henti-henti menjelaskan apa yang terjadi kepada Aisyah.

Haziq berasa begitu sekali?

“Bila nampak Kak Sya dah tak mampu tanggung seksaan Datuk Malik, Abang Long mohon kepada pihak polis agar serbuan segera dilakukan. Dia tak mahu tengok Kak Sya macam tu lagi. Tapi, bila pihak polis nak selamatkan Kak Sya dalam gudang usang tu, Kak Sya dah tak ada. Nasib baik Abang long jumpa Kak Sya dalam hutan. Tapi tu la.. Datuk Malik tu kejam sangat! Dia tembak Kak Sya dari belakang! Nasib baik polis sempat halang sebelum tembakan kedua terkena Kak Sya.”

“Tembakan kedua?” tanya Aisyah. dia berasa sedikit terkejut.

Zurin mengangguk. “Tembakan kedua tak kena Kak Sya sebab Abang Long berjaya halang. So tembakan tu terkena pada bahu Abang long.”

Aisyah tersentak. Terkejut. Kenapa dia tidak tahu akan hal ini? kenapa tidak ada orang yang memberitahu kepadanya?

“Kak Sya tak tahu pun… dan Datuk Malik di mana sekarang?”

“Abang long suruh kami semua rahsiakan dari Kak Sya. Tapi, Zurin malas la nak rahsia bagai. Bagi Zurin, apa yang dia buat tu dah cukup buat Zurin terharu sangat dengan hubungan Abang Long dan Kak Sya..” ujar Zurina.

“As for Datuk Malik, dengarnya dia dikenakan hukuman gantung sampai mati.” Sambung Zurina lagi.

“Tapi.. perempuan tu..” Aisyah tertunduk lemah. apakah dia sudah tersilap? Tetapi, gambar dan resit itu..

“Perempuan? Oh! Kak Maisarah? Kalau Kak Sya nak tahu, Kak Maisarah tu salah seorang mangsa Datuk Malik. Dia diculik waktu nak balik dari kerja. Nasib baik waktu tu Abang Long ada dekat tempat kejadian. Abang Long jadi penyelamat dia. Abang Long tolong dia mana yang mampu termasuk la sediakan tempat tinggal dekat hotel dan makan dekat restoran terdekat. Kadang-kadang Zurin pun ada temankan Kak Maisarah makan. Tapi.. tulah.. perempuan kan? Kalau caring sikit je mesti tangkap cintan.. banyak kali dah dia kena marah dengan Abang Long.” Jelas Zurin lagi panjang lebar. Kali ini siap dengan mimik mukanya.

Hampir hendak gugur jantung Aisyah mendengar penjelasan Zurina. Ya Allah.. betulkah apa yang diberitahu oleh Zurina ini? Aku sudah berdosa dengan suamiku sendiri! Allah..

Telefon bimbit segera dicari dari dalam beg bimbitnya. Dia kemudian segera mencari nombor telefon suaminya, Adam Haziq. namun hampa. Panggilannya langsung tidak berjawab. Bukan sekali dua dia cuba menghubungi Haziq, berpuluh juga. Tetapi satu pun tidak diangkatnya.

“Kak Sya tengah call Abang long ke? Rasanya sekarang ni dia dekat KLIA tu. nak berangkat ke Jordan. Uruskan hal bisnes. 5 tahun ….” Belum sempat Zurina menghabiskan ayatnya, Aisyah terlebih dahulu memotong.

“Bawa Kak Sya ke sana Zurin! Cepat!!” arah Aisyah.

Zurin terkejut dengan sergahan Aisyah yang tiba-tiba. Walaupun begitu, gadis itu cepat sahaja menekan pedal minyak. Memecut laju menuju ke KLIA.

**

Aisyah berlari-lari anak di dalam KLIA mencari kelibat Haziq. Zurina pula sudah jauh tertinggal di belakang. Tidak dapat menangkap kelajuan Aisyah berlari. Hairan. Kakak iparnya baru sahaja keluar daripada hospital, tetapi sudah boleh berlari sebegitu pantas sekali. Ini pasti ada sesuatu terjadi kepada hubungan mereka. Zurina berhenti mengikut Aisyah dari belakang, gadis itu membiarkan Aisyah mencari Haziq. dia membuat keputusan untuk kembali ke keretanya. Menunggu Aisyah kembali. Zurina tersenyum. Tugasnya sudah selesai. selesai menjelaskan semuanya seperti apa yang diminta oleh abang sulungnya. Kini, semuanya bergantung kepada abangnya sahaja.

Mata Aisyah melilau mencari susuk tubuh Haziq. Tiada. Aisyah menjenguk sedikit ke bawah dimana tempat orang ramai menghabiskan masa bersantai. Tiada juga. Dimanakah dia?

“Maaf cik. Cik tak boleh masuk melepasi sini kalau tak ada tiket yang sah.” Halang seorang anggota polis bantuan.

“Sekejap je Encik.” Rayu Aisyah. kepalanya menjenguk sedikit kedalam. Cuba mencari susuk suaminya. Namun hampa sekali lagi. Haziq tetap tidak kelihatan.

“Maaf sekali lagi Cik..”

Aisyah hanya akur dengan arahan yang diberi oleh Anggota polis bantuan itu. mungkin dia sudah terlambat. Mungkin juga Haziq sudah lama bertolak ke Jordan. Aisyah terduduk lemah di kerusi yang terdapat di situ. Kedua-dua tangannya diraupkan kewajah. Sudah terlambat. Sangat terlambat!

‘Ya Allah.. bantulah hambaMu ini.’ doa Aisyah berkali-kali di dalam hati. Dia sangat menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Haziq tidak bersalah. Dia yang bersalah sebenarnya. Haziq menyembunyi apa yang berlaku darinya kerana takut terjadi apa-apa kepadanya. Tetapi, dia pula syak wasangka kepada suaminya sebelum bertanya kepada Haziq terlebih dahulu. Betul kata Syed, dia sepatutnya menepis semua kata-kata fitnah tersebut.

“Aisyah?” tegur seseorang.

Aisyah mendongakkan kepalanya. Siapa?

“Ya saya?”

Jejaka di hadapannya tersenyum. Kelihatan seperti jejaka itu salah seorang kakitangan di dalam KLIA ini. siap ber’kot’ lagi. Wajahnya seperti dia kenal. Tetapi… siapa ya?

“It’s me.. Jai.. tak ingat la tu. kita pernah double date dulu. I dengan Lulu. You dengan Syed. Ingat?” terang jejaka itu.

Aisyah tersenyum. Iya! Baru dia ingat! Jejaka ini merupakan rakan sekerja Syed sewaktu mereka sama-sama menjadi model di sebuah majalah. Patutlah dia tidak pernah nampak jejaka ini sejak pertemuan itu, rupanya jejaka ini sudah mempunyai kerjayanya sendiri.

“Oh yea… Sorry I tak ingat tadi. You apa khabar?” tanya Aisyah. cuba untuk menceriakan wajah yang kelihatan sedikit sugul.

“Alhamdulillah. I’m doing great. I cari juga you untuk bagi jemputan kahwin hari itu. Tapi tak dapat pula. Tak sangka dapat jumpa disini.”

Aisyah tersenyum. “You kerja dekat sini?”

Jai mengangguk. “My dad owns half of this company.. So, I pun ikut sama uruskan syarikat ni.”

Aisyah mengangguk. Bagusnya. Ada syarikat keluarga yang boleh dibuat sesuka hati. Hendak tunggang terbalikkan pun boleh. Tapi mestilah akan dimarahi oleh bapanya. Pasti tanggungjawabnya besar. Maklumlah, menjadi anak majikan dan diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat keluarga merupakan sesuatu yang besar. Kalau lah dia menjadi seperti Jai, dia akan menggunakan peluang itu untuk mencari Haziq ketika ini.

Tidak lama kemudian dia mendapat satu idea. Di tenung wajah Jai dengan sebuah senyuman.

“Why are you looking at me with that smile?” tanya Jai sedikit hairan.

“Jai.. I nak minta tolong you sesuatu.”

**

Haziq memerhati sebentar tiket kapal terbangnya. Tinggal dua orang lagi di dalam barisannya untuk dia melepasi pagar berlepas untuk masuk ke dalam kapal terbang. Bagasi sederhana besar ditarik perlahan sebaik sahaja tiba gilirannya. Sebaik sahaja dia ingin memberi tiket tersebut kepada pegawai yang bertugas, dia terdengar suara seseorang yang dia kenali di corong speaker.

“Assalamualaikum..” “

Haziq tersentak. Suara ini.. tidak mungkin..

Haziq menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat isterinya. Di manakah dia?

“Abang…”

Aisyahkah ini? berkerut dahi Haziq. orang ramai disekelilingnya juga turut memandang hairan antara satu sama lain.

“Abang.. tolong jangan pergi. Maafkan Sya.. Sya berdosa..”

“Encik?” tanya Pegawai itu menanti Haziq menghulurkan tiket kapal terbangnya. Haziq tidak menjawab panggilan daripada pegawai tersebut. dia lebih fokus untuk mendengar apa yang ingin diucap oleh Aisyah. soal bagaimana Aisyah dapat menggunakan sistem audio lapangan terbang ini, nanti-nanti sahaja ditanya.

“Abang… Sya tahu Sya banyak buat salah pada abang.. tolong jangan pergi.. Sya perlukan abang.. Sya rindukan Abang… Sya…”

“Encik?” panggil pegawai itu lagi. Tetapi sekali lagi Haziq tidak memberi respon. Menunggu dengan sabar ayat isterinya yang terputus.

“Sya cintakan Abang…”

Haziq tersenyum.

**

Aisyah keluar dari ruang sistem Audio dengan senyuman terpaksa. Jai di belakangnya berasa sedikit simpati kepada gadis itu. sudah lebih setengah jam dia menunggu kehadiran Haziq di dalam bilik itu. tetapi, hampa. Kelibat Haziq langsung tidak muncul-muncul. Nampaknya dia memang benar-benar sudah terlambat. Terlambat untuk meminta maaf. Terlambat juga untuk meluahkan apa yang dirasainya sekarang. Cinta dan sayang yang sudah mula ada pada suaminya iaitu Adam Haziq.

“You okay?”

Aisyah tersenyum. “I’m Okay. Terima Kasih Jai sebab benarkan I guna speaker tu. mungkin agak terlambat, tapi, I cuma nak cuba juga. Mana tahu ada peluang itu..” Kata Aisyah lalu tertunduk lemah.

Jai tersenyum. “I rasa peluang itu baru sahaja terjadi. I jumpa you lagi nanti ya. Jangan lupa datang wedding I.” Kata Jai lalu berlalu pergi meninggalkan Aisyah.

Aisyah menjadi hairan. Peluang apa yang terjadi?

Belum sempat Aisyah menoleh kebelakang melihat apa yang dikatakan oleh Jai, tubuhnya dipeluk dari belakang. Membuatkan Aisyah menjadi sedikit kaget. Bau haruman minyak wangi menusuk ke rongga hidung di amati. Bau ini seperti bau Haziq. Benarkah jejaka itu sedang memeluknya? Air mata mula membanjiri tubir matanya.

“Abang maafkan sayang..” spontan itu pipi kanan Aisyah dicium.

Setitis Air mata jatuh ke pipi. Aisyah rasa bersyukur sangat kerana peluang itu terjadi juga. Haziq tidak pergi meninggalkannya. Alhamdulillah Ya Allah.

“Sayang?” panggil Haziq lalu melangkah ke hadapan Aisyah.

“Laaa… kenapa menangis ni?” tanya Haziq lalu memeluk Aisyah ke dadanya. Memeluk erat isteri yang dicintainya.

“Terima kasih sebab terima sya kembali.” Ucap Aisyah membalas pelukan Haziq.

Haziq mencium kepala Aisyah yang berbalut tudung. “Mestilah abang maafkan Sayang. Abang sayang dan cintakan sayang seorang je.”

“kenapa abang tak jelaskan perkara yang sebenarnya?”

“Dah sayang waktu tu berkeras nak.. erm.. tak apalah.. benda dah jadi..” pujuk Haziq. tubuh Aisyah dipeluk dengan sangat erat. Seperti tidak mahu dilepaskan sahaja.

“Maafkan Sya sekali lagi..”

“Nasib baik ada Zurin..” ucap Haziq. Aisyah meleraikan pelukan.

“Zurin?”

Haziq menganggukkan kepalanya. “Abang dah tahu semuanya. Sebelum jumpa sayang, abang call Zurin. Tanya betul ke suara sayang yang abang dengar tadi. dan Zurin dah ceritakan semuanya ikut apa yang abang request. Apa yang abang boleh kata, abang bersyukur sangat sayang terima abang semula.”

Aisyah kembali memeluk erat tubuh Haziq. Haziq mengeratkan lagi pelukan tersebut. berkali-kali dicium dahi Aisyah. orang ramai yang ada disekeliling mereka langsung tidak dihiraukan. Hendak malu apa? mereka sah suami isteri.

“Sya tak nak berpisah dengan abang.. lima tahun pula tu.”

Haziq tersentak.

“Lima tahun? Abang nak pergi mana pula lima tahun tu?” tanya Haziq kembali. Dahinya berkerut.

Sekali lagi pelukan dileraikan. “bukan ke Abang nak ke Jordan selama 5 tahun?”

Dahi Haziq bertambah berkerut. “Bila? Siapa cakap?”

“Zurin..”

Haziq ketawa kecil. Jadi ini lah sebab kenapa isterinya menjadi tidak senang duduk. Membuat tindakan drastik seperti ini? hanya kerana takut jika dia meninggalkan dirinya?

“Sayang, memang abang akan ke Jordan. Tapi, bukan nak duduk sana selama 5 tahun. Tempoh kontrak syarikat abang yang selama 5 tahun.. sayang salah dengar ya?” jelas Haziq dengan ketawa yang masih bersisa. Dicuit lembut pipi Aisyah yang sudah mula kemerah-merahan.

“Apa?” terbuntang luas matanya. Biar betul! Aduh! Malunya!!!!

Kedua-dua tangan Aisyah diraupkan ke wajah. Malunya usah dikata. Haziq menjadi geli hati melihat telatah isterinya. Dia menarik tangan Aisyah kembali kedalam pelukannya. Di dalam hati tidak henti-henti mengucap syukur bahawa tuhan sudah memakbulkan doanya yang satu ini.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku