MASIHKAH SEPERTI DULU?
BAB 29
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
449

Bacaan






“EFFA...”

“Ya, Cik Nia. Cik Nia kat mana ni? Saya ketuk pintu bilik senyap aje,” kalut suara Effa jelas kudengari. Aku sudah agak.

“Inilah nak bagi tahu... Saya ada hal penting. Mungkin sampai esok petang saya tak balik...”

“Cik Nia kat mana? Dengan siapa? Cik Nia okey tak ni?” soalnya pantas sebelum sempat aku habiskan ayat.

Somewhere around here. Saya okey, Effa. Jangan bimbang. Ada dengan kawan ni. Cuma.... Effa, boleh tak awak cover kerja saya untuk dua hari ni. Gantikan saya untuk pembentangan tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya kena selesaikan hal kat sini jugak.”

“Itu tak ada masalah, Cik Nia. Saya boleh aje cover kerja Cik Nia. Tapi, apa saya nak jawab dengan Encik Zahen atau Encik Hadeef nanti kalau mereka call lagi? Yang tu saya susah nak cover. Tadi pun Encik Zahen berkeras nak bercakap dengan Cik Nia. Saya terpaksa bohong, kata Cik Nia tidur sebab sakit kepala.”

Tapi, memang betul pun aku sedang sakit kepala. Effa tidak berbohong.

“Abang saya call?”

“Ya. Baru kejap tadi Encik Zahen telefon saya. Dia kata Cik Nia tak jawab panggilan dia. Tu yang saya cari Cik Nia kat bilik. Risau dia tu. Saya pun risau sama. Saya dah cadang nak report kat pengurusan hotel takut Cik Nia pengsan kat dalam tu.”

Aduh! Masak aku. Kalau Zahen tahu aku ke mana, pasti makin marah dia nanti. Tempat ini pun bukan elok liputan telefonnya. Tenggelam timbul. Kejap ada, lepas itu memanjang tak ada. Ini pun nasib baik aku guna talian tetap di rumah Ryan. Hendak harap telefon bimbit aku, hukum humban ke lautlah. Memang tidak dapat coverage.

“Tak apa, Effa. Nanti saya cuba call dia kalau line okey. Coverage kat sini teruk. In case dia call awak lagi, awak cakap saya memang tak sihat. Berehat kat bilik. Cakap jugak saya pesan yang saya akan call dia bila dah elok sikit. Boleh?”

“Boleh tu memang boleh, Cik Nia. Dibuatnya tiba-tiba Encik Zahen muncul kat sini, macam mana? Dari gaya dia bercakap tadi, macam dia nak terjah datang ke mari. Tu yang saya bimbang. Tapi saya dah cuba yakinkan dia yang Cik Nia tak apa-apa. Pening kepala sikit aje. Saya pun dah cakap kat dia yang Cik Nia tak sertai saya untuk task petang ni sebab Cik Nia nak berehat.”

Aku urut dada, lega. Pantas betul tindakan dan akal Effa. Bab yang ini aku memang kena berterima kasih dengannya. Dia sering cover aku dalam apa jua hal. Dia seorang pembantu yang cekap.

Thanks, Effa. Awak memang baik. Dah banyak awak tolong saya.”

“Tak ada apalah, Cik Nia. Itu kan dah tugas saya. Cuma saya risau sebab saya tak tahu Cik Nia ada dengan siapa kali ni. Cik Nia betul tak nak cakap dengan saya? Betul okey ni? Saya takut Cik Nia kena culik.”

Aku senyum nipis. Siapalah mahu culik aku. Bukan aku banyak duit pun. Takkan aku hendak cakap Ryan ‘culik’ aku pula. Dia cuma larikan aku seketika. Seperti janjinya, esok dia akan pulangkan aku semula.

“Effa, nantilah saya beritahu. Bagi saya selesaikan hal ni dulu, ya. Doakan saya tak apa-apa. Esok petang kita jumpa,” putusku, tidak mahu memanjangkan isu itu. Aku bimbang jika lebih lama kami berbicara, aku akan cerita segala-galanya. Aku dengan Effa boleh dikatakan rapat. Selain abang-abangku dan Kak Rahimah, dia yang kerap menemani aku jika aku tiada teman untuk makan tengah hari. Kami sudah jadi seperti sahabat karib.

“Okeylah kalau macam tu. Cik Nia jaga diri, ya. Kalau ada perkara tak diingini, terus call saya. Jangan buat kami terus bimbang. Saya simpan nombor telefon yang Cik Nia guna ni. In case Cik Nia tak balik juga esok petang, saya buat laporan polis.”

Aku gelak kecil. Bagus Effa ni. Tajam dan pantas pemikiranannya. Sebab itu abang-abangku sangat percayakan dia.

“Ya, Effa. Thanks sebab awak memahami sangat. Awak pun jaga diri. Kalau rasa tak boleh handle task petang ni, minta tunda sampai saya balik esok. Jangan paksa diri buat seorang. Saya maksudkan apa yang saya cakap ni, tau. Saya tak mahu susahkan awak.”

Memang aku tidak bergurau. Aku tidak mahu Effa rasa terbeban pula melakukan tugas yang sepatutnya jadi tanggungjawab aku. Ini semua Ryan punya pasallah. Kalau dia tidak ‘kidnap’ aku, tak adalah jadi macam sekarang ni.

“Baik, Cik Nia. Saya akan lakukan apa yang termampu. Doakan semuanya berjalan lancar. Apa-apa nanti, saya update Cik Nia. Sekali lagi saya ingatkan, Cik Nia jaga diri. Saya betul-betul risau ni.”

Aku tergelak kecil. Bukankah sudah aku katakan yang tahap kerisauan Effa memang sangat keterlaluan.

“Ya. Ya. Saya janji akan jaga diri.”

Aku termenenung seketika selepas menamatkan perbualan. Apa yang terlintas di fikiran adalah bagaimana jika benar Zahen akan muncul tiba-tiba. Kepalaku serabut. Sudah tidak mampu fikir apa-apa. Kepala semakin berdenyut-denyut pula. Aku rebahkan diri.

USAI solat, aku keluar bilik. Sunyi. Malam masih muda. Tapi aku rasa malam seperti sudah semakin larut. Kepala tidak henti berdenyut, namun kutahan sehabis daya. Langkah kuheret malas menyelusuri ruang atas di tingkat dua ini. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku terus rebahkan diri tadi. Melayan mimpi lebih bagus. Akan tetapi, Ryan sudah berpesan. Dia mahu berbicara denganku. Lebih tepat berbincang. Jika aku enggan, dia akan redah masuk ke bilik yang aku huni. Memang gilalah dia ni!

Langkahku terhenti di hadapan sebuah bilik yang pintunya tidak bertutup rapat. Mataku mengecil. Tanganku teragak-agak untuk menolak daun pintu tersebut. Kalau ini bilik Ryan, macam mana? Nanti dikatanya aku yang mahu menceroboh. Yang aku ni pun tadi, berat mulut sangat untuk bertanya biliknya yang mana satu. Bukan apa, takut disalah tafsir olehnya. Ketika minda menegah, hati pula mendesak untuk aku teliti apa yang terdapat di dalamnya. Namun, tangan terus juga menolak daun pintu dengan perlahan. Dan...

Dia yang sedang menghadap cermin, terkejut. Aku, lagilah. Lantas dia berpaling untuk menghadap ke arahku yang berdiri statik di muka pintu itu. Sekarang ni aku yang gila. Sudahlah boleh dikira menceroboh biliknya. Nampak dia dalam keadaan yang tidak aku sangka pula. Tercemar mataku. Haish! Pantas aku berpaling untuk balik ke bilikku. Tapi...

Stay still, Nia.” Suaranya tegas mengarahkan aku agar kekal di situ. Aku sudah mula resah. Dengan keadaan dia tidak berbaju dan hanya bertuala, dia ingat aku akan tunggu di situ? Aku yang tidak sanggup melihat tubuh sasa dan rambut basahnya. Seriau satu badan. Bertambah demam aku dibuatnya.

Why should I?” soalku, buat-buat berani. Sebenarnya sudah hampir lemah lutut. Masya-ALLAH... Apa kau buat ni, Nia? Kau sudah hilang akal, ke?

“Kan I dah cakap, kita perlu berbincang.”

“Dalam keadaan you hanya bertuala macam tu?”

“Kenapa? Bukan you tak biasa tengok I macam ni, kan? Boleh kata setiap hari.”

Aku dapat menangkap suara tawanya. Juga langkahnya yang mungkin sedang menghampiriku yang berdiri kaku di muka pintu itu. Masih membelakangi dia.

“Itu dulu, Ryan. Keadaan kita sekarang dah tak sama. You should know that. Tak malu ke kalau Pak Agus dengan Mak Onah nampak you macam ni?”

“Mereka dah balik. Lagipun macam yang you sedia maklum, mereka dah tahu pasal kita.”

Gulp! Aku telan air liur yang terasa kesat. Maknanya, hanya tinggal kami berdua saja di dalam rumah besar ini. ALLAHU... memang jadi gulai lemak aku malam ini.

“Nia...” bisiknya di telingaku. Belum sempat aku berfikir apa, pergelangan tanganku sudah ditarik untuk masuk ke dalam biliknya. Nasib baik aku mengenakan sweater berlengan panjang. Itu pun aku pinjam miliknya. Tidaklah sakit sangat tanganku. Pintu pantas ditutup. Tubuhku terhempas ke pintu. ALLAH! Mataku terpejam. Tidak mampu memikirkan apa yang akan dia lakukan. Agak lama keadaan kami begitu. Aku masih tidak berani membuka mata tapi aku tidak suka berada dalam keadaan begini. Tidak selesa dan jantungku sudah hampir gugur dengan tindakan beraninya.

“Ryan...” Aku memberanikan diri untuk bersuara walaupun tersekat-sekat. Sudah agak lemas bila kedua tanganku merapat ke dinding dan dikunci oleh Ryan. Tidak mampu aku gerakkan.

“Hmm...” Antara dengar dengan tidak saja suaranya. Sudah kenapa?

“You dah berpakaian ke tak?” soalku masih tersekat-sekat. Cuak!

“Hmm...” Itu lagi yang keluar dari mulutnya. Malah aku dapat rasakan bibirnya hampir benar di telingaku.

“Hmm, what?”

“Bukalah mata. Tengok sendiri,” cabarnya pula.

Perlahan-lahan aku buka mata. Wajahnya yang pertama menyapa pandanganku. Senyum yang memukau kalbu. Melekit macam selalu. Aduh! Patutlah suaranya dekat benar di telingaku. Dia menundukkan sedikit kepalanya agar setara dengan wajahku. Sedikit demi sedikit mataku turun ke bawah. Terpandang atas dadanya yang terbuka, aku gagahi diri merentap tangan dari pegangannya. Tubuhnya aku tolak agar menjauhi aku. Mudah saja kerana dia tidak mengerah tenaganya untuk menghalang tindakanku itu.

“You tipu! Pakai baju sekarang atau you nak I tarik tuala tu?” Eh! Aku baru tersedar apa yang keluar dari mulutku itu bila tawa galaknya menampan telinga. Pantas kedua tangan naik menekup mulut. Semakin galak tawa Ryan. Nia, apa jadi dengan kau ni? Buat malu saja. Pantas aku pusing kedudukan agar membelakangi dia. Tidak sanggup lihat senyum sinisnya. Mesti dia ingat aku ni mahu menggatal agaknya. Bengonglah kau, Nia! Serta-merta tangan mengemaskan lagi zip sweater yang sedang aku pakai.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku