Janjilah Padaku
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Fans Fiction
Paparan sejak 11 November 2016
Pada pertengahan belasan tahun, Qaisya Amirah terpaksa disatukan dengan seorang lelaki melayu kacukan korea yang seusia dengannya. Ini semua angkara fitnah orang kampung bahawa mengatakan lelaki yang cuba mencabulnya pada malam itu adalah si dia, Jeon Jungkook atau nama islamnya, Muhammad Rizman. Fitnah itu membuatkan rasa benci Qaisya pada Rizman semakin membuak-buak. “Kau lelaki tak guna! Aku akan benci kau sampai bila-bila!” –Qaisya Amirah “Kau ada bukti yang aku cabul kau malam tu? Kal
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)
683

Bacaan






Kami duduk berdua di hadapan rumah sambil menikmati keindahan malam itu yang agak berlainan pada hari-hari yang sebelumnya. Wajah Rizman yang sedang leka memandang bintang-bintang di langit aku pandang dengan khusyuk. Siapa sangka, muka yang paling aku menyampah itulah yang aku puja sekarang. Aku tidak menafikan yang Rizman sebenarnya memang kacak.

“Aku tahu aku kacak. Jangan pandang lama-lama, nanti terbawa-bawa dalam mimpi pula.” seloroh Rizman setelah menyedari aku memandangnya terlalu lama. Aku mencebik bibir. Perasan pula laki aku ni!

“Aku tak kata pun kau kacak. Aku tengah samakan ukuran bentuk muka kau dengan bulan tadi,” kata aku. Kali ini giliran dia mencebik bibir tanda tidak berpuas hati.

“Kau samakan aku dengan bulan, Qaisya?!”

Aku tersengih melihat bibirnya yang sudah muncung sedepa. Hanya Allah saja yang tahu betapa comelnya Rizman pada ketika ini. Rasa nak tarik saja bibir mungilnya itu.

“Aku nak merajuk ni. Baik kau pujuk aku cepat.” ujar Rizman sambil memeluk tubuh. Dia memalingkan wajahnya dari aku, meminta aku memujuknya. Tetapi sayang, aku memang tak pandai pujuk orang. Dia memang sengaja nak kenakan aku dengan menggunakan kelemahan aku. Aku tak akan pujuk dia!

“Pergi menangis sana sebab aku tak akan pujuk kau.” ujar aku.

“Alah! Tak sweet lah kau ni!” katanya dengan cebikan. Macam budak-budak!aku memprotes di dalam hati. Haih.. mujurlah kau engkau suami aku, Rizman. Kalau tak, dah lama aku hempuk kepala kau.

Aku melihat Rizman yang masih merajuk. Sekali-sekala bermanja dengan suami sendiri apa salahnya. Lagipun mungkin ini masanya untuk aku menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Muhammad Rizman. Suami aku yang sah.

“Awak~” aku memanggilnya dengan nada manja. Namun dia seakan menghiraukan panggilan aku. Aku juga tak mahu mengalah. Laju saja aku menyambar lengannya dan meletakkan kepalaku ke bahunya.

“Awak marah saya ke? Janganlah marah awak~” dia masih lagi tidak mahu melayan aku.

“Awak, saya sayang awak sorang je tau! Awaklah suami saya, bantal peluk saya, cikgu tuisyen saya, matahari saya, bulan s-

“Tolonglah jangan merepek.” Rizman mencelah sambil ketawa kecil. Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir aku, menyuruh aku berhenti bercakap. Aku tersenyum kemenangan.

“Kau malu kan sebenarnya? Cakap jelah!” aku mengusiknya membuatkan wajahnya merah.

“M..ana ada!” dia menafikan keras kata-kata aku. Aku mencebik. Wajahnya yang putih susu sudah bertukar menjadi merah. Itupun masih lagi tak nak mengaku.

Suasana kembali tenang. Aku diam, ingin menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang sangat menakjubkan pada malam itu.

“Lepas dapat keputusan PT3, kau nak sambung belajar kat mana?” soal Rizman tiba-tiba. Aku berfikir panjang.

“Hmm.. aku malas nak belajar. Jadi aku bercadang nak masuk sekolah vokasional. Itu pun kalau aku dapat. Kau?”

“Tak fikir lagi,” balas Rizman. Selepas itu dia terus mendiamkam diri. Aku mulai curiga dengan kelakuannya.

“Rizman,”

“Apa?”

“Kau tak ada niat nak balik Korea semula kan?” soalku membuatkan dia terdiam. Dia menundukkan kepalanya. “Jadi..kau memang ada niat nak tinggalkan rupanya.” aku ketawa kecil. Namun ia kedengaran palsu. Tak mungkin aku akan ketawa selepas dia kata dia akan tinggalkan aku.

“Qaisya,..” dia memanggil namaku. Tak guna.. lembutnya suara dia. Kenapa mata ni rasa panas ni..

Tahan Qaisya! Jangan menangis depan dia!

“Qaisya Amirah,..” dia memanggil aku lagi. Kali ini kolam air mata aku sudah pecah. Akhirnya aku menangis teresak-esak disebelahnya.

“Yah.. uljima, (Yah..janganlah menangis,)” Rizman menarik aku ke dalam pelukan. Dia mengeluh kecil. “Tengok. Aku tak kata apa-apa lagi kau dah menangis. Kalau aku betul-betul kau macam mana?” ujarnya.

“Kau memang nak tinggalkan aku kan?!” aku meninggikan suara dan ingin memukul dadanya namun dia semakin memelukku dengan erat.

“Baiklah. Aku tak akan tinggalkan kau,”

Aku meleraikan pelukan dan memandangnya lama. “Kau janji?”

“Ya, aku janji.” katanya dengan senyuman nipis. Dia mengusap kepala aku yang berlapikkan tudung bawal. “Tak akan aku nak tinggalkan kesayangan aku kat sini sorang-sorang pula! Tak dapatlah aku nak merasa daging kebab kau yang sedap tu,” kata Rizman. Aku ketawa kecil mendengar lawaknya.

‘Dia tak pernah gagal buat aku tersenyum. Aku sayang kau, Rizman…’

“Kalau macam tu, jom buat pinky promise.”aku mengambil jari kelingking kanan Rizman lalu menyatukan dengan jari kelingking aku. Rizman mengangkat kening.

“Buat apa?” soalnya.

“Kau kena janji dengan aku yang kau akan berada di sebelah aku masa keputusan PT3 keluar. Kalau kau ingkar, kau kena tunaikan hajat aku.” ujar aku. Dia mengangguk tanda setuju.

“Ok.”

Aku kembali memeluknya dengan erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan. Aku takut jika satu hari nanti dia betul-betul akan meninggalkan aku.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku