Cinta Dua Malam
Bab
Genre: Alternatif
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 15 November 2016
Penilaian Purata:
(6 orang telah menilai karya ini)
1199

Bacaan






BAB 1 – KISAH DI PAGI HARI

Aku duduk di atas katil, tangan kanan aku masih lagi memegang telefon pintar. Tapi pegangan aku cukup lemah, dalam beberapa detik, aku tahu telefon itu akan terlerai dari tangan aku. Aku menatap skrin telefon yang masih memaparkan mesej yang dihantar oleh awek aku lewat malam semalam.

I takleh nak teruskan relay kita ni, u dah banyak berubah. Kita sampai sini je.

Aku menatap lama tulisan tersebut, cuba memahami apa maksud yang cuba disampaikan oleh perempuan ini. Jam di skrin telefon dah menunjukkan pukul 7.30 pagi, lagi setengah jam aku dah nak kena masuk kerja. Aku mengeluh kekecewaan, sesungguhnya masa tak pernah nak bagi ruang untuk aku layan mood.

“Nak tak nak, live kena move on.”

Kata-kata seorang kawan mengimbau kembali dalam fikiran aku. Aku tersenyum kelat, kenapalah dia yang aku teringat dalam saat duka macam ni. Aku mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

Masa aku tengah shave pipi aku, telefon bordering. Aku segera mengambil telefon aku, nama awek aku yang minta putus tadi terpapar. Dengan rasa pelik, aku menjawab panggilan dia.

“U ni memang tak sayangkan I eh!!? I mintak putus pun u senyap je! Call tak, mesej pun tak!”

Suara tadi terus memaki aku tanpa aku sempat berkata walaupun sepatah. Hanya bunyi nafas aku yang membalas setiap makian dia. Aku tak berkata walaupun sepatah, hanya membisu sepanjang dia berleter.

“Kenapa u diam!!? U memang selalu macam ni!!” Dia berleter lagi.

“Mira.” Aku akhirnya berkata. Dia terdiam.

“I tau apa u buat time I pergi offshore haritu.” Suara Mira langsung tak kedengaran.

“Kalau u takder apa nak cakap, I off dulu.” Aku berkata lagi. Tapi Mira langsung tak bersuara.

Aku mematikan panggilan, aku menghela nafas lega. Aku campakkan telefon aku dengan manja ke atas katil. Langkah kaki aku kembali masuk ke dalam bilik air. Aku menyambung kerja shaving pipi aku yang tak berapa nak kacak ni.

Bila aku bilas muka aku dengan air paip yang memancur keluar dari sinki, fikiran aku teringatkan perbualan aku dengan Mira sebentar tadi. Aku tak tahu macam mana dia boleh dapat keberanian nak marah aku padahal dia yang curang.

Selepas mengenakan pakaian orang pejabat, aku meninggalkan rumah flat aku. Kawasan suram langsung tidak memberi kesan ke atas aku. Dengan menaiki lif usang yang seakan menanti masa untuk roboh, aku tekan punat untuk turun ke tingkat bawah.

Sambil menanti lif sampai ke bawah, aku membelek notifikasi dekat telefon aku. Ada satu video yang menarik minat aku. Aku cuba play video tu tapi coverage dalam lif sangat teruk jadi aku terpaksa tunggu hingga pintu lif terbuka.

Nasib aku agak baik sebab pintu lif terus terbuka, dengan pantas aku memainkan video tadi. Tak banyak yang ditunjukkan selain aksi golongan feminis membuka bajunya di khalayak ramai dengan slogan ‘Free your tits’. Aku tersengih sendirian melihat gelagat diorang yang terkinja-kinja macam monyet.

Jam dekat phone dah tunjuk hampir pukul 8, memang tak sempat aku nak sampai office sebelum pukul 8. Aku terus call supervisor aku, lama panggilan bordering sebelum diangkat. Hati aku dah mula cuak kalau masuk voicemail, dah lah kena caj.

“Hello Jai.” Aku memula bicara.

“Apasal kau call aku?” Jai terus bertanya tanpa sebarang mukadimah.

“Aku masuk lambat sikit hari ni, coding tu kau nak bincang lambat lagi kan?”

“Coding mana pulak ni?” Jai bertanya. Aku dapat dengar dia menguap.

“Kau ni, yang projek istana Perak tu.”

“Tu minggu depan la mangkuk.” Jai balas. Kasar jugak.

“Bukan hari ni ke?” Aku dah mula keliru.

“Isnin depan, bukan isnin ni. Kau ni kacau aku tido tul.” Jai mematikan panggilan. Aku dah mula tersipu malu.

“What the heck? Penat-penat je aku bersiap nak pergi office.” Aku menyimpan balik handset aku ke dalm poket.

Untuk pengetahuan korang, kerjaya aku ialah sebagai seorang programmer. Kebanyakan programmer macam aku buat kerja dari rumah je. Kiranya jarang jugaklah nak pergi office melainkan meeting penting.

Alang-alang aku dah ada dekat bawah, aku rasa lebih baik aku pergi makan sebab bahagian kerja aku dah siap dah. Dengan malasnya, aku melangkah ke kedai kuih yang ada di depan aku. Seorang mak cik yang sedia ada menanti kedatangan aku dengan penuh kesabaran.

“Nak apa nak?” Mak cik tadi teruk berkata sebelum aku sempat berkata apa-apa. Sama macam Mira tadi, cuma lebih manis dan sopan.

Terfikir jugak aku memang semua perempuan macam ni ke? Atau aku ni jenis pendiam sangat sampai dorang selalu guna peluang ni nak bercakap dulu. Kalau betul, macam mana kalau dua perempuan bercakap sama sendiri? Takkan lah dorang berlumba nak cakap dulu.

“Bagi saya kuih gulung dua ringgit, pulut lepa seringgit dengan buah Melaka dua ringgit.”

“Jap ye, nak.” Mak cik peramah ni mula masukkan kuih yang aku sebutkan tadi ke dalam plastik.

Aku tengok mak cik ni macam orang baik, selalu senyum tiap kali bercakap dengan aku. Sejak aku mula-mula pindah dekat sini lagi aku tengok mak cik tu dah berniaga. Aku tengok kelakuan mak cik ni, baik je kelakuan dia. Tak macam Mira, mungkin dia dibesarkan dalam keluarga yang penuh adab.

Entah macam mana aku tak perasan ada seorang lelaki berpakaian lusuh menghampiri aku dan mak cik penjual ni. Rambutnya barai hingga ke bahu, bajunya sangat kusam dengan bau sampah yang melekat padanya. Seluar jean yang dipakainya juga koyak rabak di bahagian kepala lutut. Tanpa mempedulikan aku, dia terus menerpa mak cik penjual yang tengah mengisi kuih aku ke dalam plastik.

“Mak, nak duit.” Lelaki lusuh tadi tanpa segan silu berkata. Tangannya yang terketar-ketar dihulurkan. Dengan sekali lihat, aku dapat agak dia ni penagih dadah.

“Nah, ni je mak ada sekarang.” Mak cik penjual terus hulurkan duit kertas merah bernilai sepuluh ringgit pada lelaki serabai. Tanpa berkata apa-apa, lelaki tersebut terus pergi dari situ.

“Sape tu?” Atas desakan sifat ingin tahu, aku bertanya.

“Adalah.” Wajah ceria mak cik tadi berubah masam. Nampaknya kehadiran lelaki serabai tadi mengganggu emosinya. Fitrah seorang wanita.

Selepas membayar harga makanan, aku kembali ke rumah aku untuk menyantap. Sambil menyantap, aku melihat laman social facebook dekat laptop aku. Manalah tahu ada perkara menarik yang berlaku hari ni. Tiba-tiba handset aku bordering, aku melihat nama yang terpapar di skrin telefon tersebut.

“Mak?” Aku pelik. Biasanya mak call aku lepas aku habis office hour tapi ni macam kelainan la pulak. Tanpa bertangguh, aku terus menjawab panggilan.

“Hello mak, ada masalah ke?” Aku terus bertanya dengan nada tenang.

“Along tengah buat apa tu?” Tanpa menjawab soalan aku, mak terus bertanya. Aku dapat rasakan aura kerisauan dalam nadanya.

“Tengah breakfast, kat rumah je ni. Kenapa?” Aku bertanya kehairanan.

“Takder apa, along tak kije ke harini?”

“Tak, kerja dah selesai.”

“Kalau cuti panjang, baliklah.” Suara mak seakan sayu. Aku membisu seketika.

“Nanti dah setel projek istana Perak ni, along cuba mintak cuti.” Aku cuba meyakinkan mak aku.

Nada suara mak aku masih lagi penuh dengan kerisauan. Bila aku tanya, tak pulak nak bercakap. Mungkin ini sikap yang mak ada, tak nak merisaukan orang selagi ia belum berlaku. Tetapi sikap ingin tahu aku terpaksa aku tahan demi menjaga hati mak.

“Okay mak, apa-apa along call nanti.” Aku mematikan panggilan.

Kuih yang aku beli aku habiskan sebelum aku landing dengan penuh malasnya ke atas katil. Aku menanggalkan butang pakaian aku satu per satu sebelum mencampaknya keluar dari ruang katil. Aku londehkan tali pinggang yang aku pakai tadi, terus menampakkan perut buncit yang sedia ada.

Aku bukannya gemok, badan pun keding je. Entah macam mana boleh ada belon kecil dekat perut aku ni. Mungkin sebab aku tak pernah bersenam, aku pun tak ingat bila kali terakhir aku pergi bersenam. Sambil memikirkan perut aku yang tak berapa nak buncit ni, aku melelapkan mata.

Tidur aku terganggu apabila telefon aku berdering, dengan malasnya aku bangun dan mengangkat telefon tu. Tak pulak aku tengok siapa yang call macam kebiasaan.

“Hello.” Aku menjawab dengan separuh mengantuk.

“Kalau u sayang I, u datang dekat padang AK sekarang! I bagi u masa half an hour! U tak datang, I terjun dari bangunan ni!” Suara wanita yang aku tak kenali menangis dalam makinya. Panggilan terus dimatikan.

“What the hell?” Aku terpinga-pinga. Aku melihat call log, nombor yang terpapar langsung aku tak kenal.

Aku cuba call balik beberapa kali tapi semuanya masuk voicemail je. Untuk seketika, aku rasakan ni semua prank semata-mata. Tapi terfikir jugak macam mana kalau ia bukan sekadar prank.

Jarum jam dah menunjukkan lima minit berlalu, fikiran aku dah mula berkecamuk. Aku cuba memikirkan apa tindakan paling wajar yang patut aku lakukan. Adakah berbaloi untuk aku pergi ke sana semata-mata untuk selamatkan nyawa seorang manusia yang cuba membunuh dirinya sendiri.

Entah kenapa, aku teringat pula kisah Batman yang tersalah selamatkan TwoFace masa dia kena game dengan Joker. Cuma bezanya, aku tak perlu pilih siapa yang aku nak selamatkan. Sama ada nak atau tak nak je.

Aku andaikan tempat yang dia maksudkan ialah Avenue K dekat depan KLCC, jadi tak salah rasanya kalau aku pergi sebab tempat tu pun tak jauh dari rumah aku, lebih kurang 5 minit dah boleh sampai rasanya.

Tanpa membuang masa, aku menyarung T-shirt tanpa kolar dan bawa apa yang patut sebelum pergi mendapatkan motorsikal aku yang memang sedia menanti. Lif yang aku naiki sebentar tadi, aku gunakan semula.

Sambil menuruni lif, aku cuba mendail nombor telefon budak perempuan tadi tapi macam sebelum ni, panggilan aku cuma masuk voicemail. Aku rasa tak perlu lagi aku call dia kalau kredit aku dibazirkan untuk voicemail je.

Dengan langkah yang sengaja aku pantaskan, aku terus menghidupkan motor EX5 aku. Motor yang banyak berjasa pada aku sejak zaman uni lagi kini berkhidmat lagi untuk aku. Dengan pantas, aku segera memecut ke Avenue K.

Perjalanan dari flat aku ke sana tak makan masa yang lama, cuma masalahnya aku tak tahu mana nak parking motor aku. Nak elakkan saman yang mencekik darah, aku ambil keputusan untuk parking motor aku di Ampang Park sebab ia percuma dan ia memang kawasan parking motor. Jadi, si tukang saman takkan ada sebab nak saman motor aku sebab kalau dorang nak buat, dorang kena saman semua motor yang ada dekat situ.

Dari situ, aku berlari ke Avenue K macam orang gila semata-mata nak selamatkan budak perempuan yang langsung aku tak kenal. Entah kenapa tak terfikir dalam fikiran aku nak rethink balik keputusan yang aku dah buat. Mungkin sebab masa tu aku takder orang nak discuss.

Aku terus berlari sampailah aku berada dekat padang rekreasi dekat tingkat atas. Takder sesiapa dekat situ melainkan seorang gadis berambut perang. Dia memakai swater hitam belang putih tetapi aku tak dapat tengok baju yang dipakainya. Dengan seluar jean warna tanah, dia duduk bersendirian di atas padang rekreasi tu.

Seolah ditarik, aku menghampirinya.

“Dik.” Aku membuka mulut. Aku andaikan dia ni budak kecik sebab tubuhnya agak kecil. Lagipun tubuhnya menghadap ke arah lain.

“Ye?” Dia memandang aku tetapi bukan secara terus. Aku perasan dia cuba kesat kesan air matanya, mungkin baru lepas menangis.

“Adik buat apa kat sini?” Aku bertanya. Pelik. Tapi itu saja soalan yang mampu aku tanya.

“Takder buat apa.” Ringkas saja dia menjawab. Aku ternampak satu handset tak jauh dari tempat duduknya. Aku sengaja mendail nombor tadi, saja nak tengok samada phone tu berdering atau tidak.

Handset tu berdering.

“Kenapa tak angkat call tu?” Aku tanya lagi. Dia diam.

“Dik, tengok sini.” Aku menunjukkan skrin fon aku yang tengah mendail nombor tadi. Wajah gadis tersebut berubah merah.

“Sorry bang, saya tak sengaja.” Dia menutup mukanya. Esakan tangis kedengaran. Aku matikan panggilan tadi, risau masuk voicemail je.

“Camni la, jom kita gi minum dulu.” Aku memegang lembut bahunya. Dia mengangguk perlahan. Aku plan nak bagi tisu untuk lap air mata dia tapi aku takder tisu, jadi aku biarkan dia lap sendiri air mata dia.

Aku tau dia ni jenis yang mudah lemah semangat, semua perempuan macam tu, itu yang aku fikir. Pada aku, mereka ni makhluk lemah yang perlukan perhatian dan kasih sayang. Aku tak tahu si celaka mana yang dah rosakkan dia ni, tapi aku cuba elakkan dia daripada bunuh diri.

“Boleh tunggu sekejap?” Si gadis bersuara. Perlahan.

“Okay, takder masalah pun.” Aku terus duduk di atas padang yang kering tu.

Suasana berlalu dengan sunyi sekali, tanpa sebarang kata. Gadis yang berada di hadapan aku asyik menaip sesuatu di telefonnya tanpa berkata sepatah pun. Tapi aku tak rasa lama pun sebab lepas dia habis menaip, dia terus mengajak aku beredar.

“Kita minum kopi okay? Bagi panas sikit badan.” Gadis tu hanya mengangguk. Aku tak tahu macam mana nak ceriakan dia.

Pada asalnya aku nak bawak dia pergi minum starbuck dekat KLCC tapi sebab aku nak elakkan awkward moment ni secepat mungkin jadi aku sekadar bawa dia ke kafe library dekat ground floor. Dia pun tak membantah, mungkin sebab dia sedar yang aku belanjanya.

“Tak nak makan?” Aku bertanya bila dia cuma order secawan coklat panas. Dia menggeleng.

“Awak tak lapar ke?” Dia diam.

“Order je, saya tak kisah.” Aku cuba menunjukkan sikap baik. Aku tak harapkan apa-apa pun, cuma rasa kesian padanya.

Macam tadi, takder apa yang kami bualkan. Hanya bunyi makanan dikunyah yang mengganti rasa sunyi di sini. Sesekali, ada juga suara orang bercakap. Tapi, budak di hadapan aku langsung tak berkata walaupun sepatah.

“Awak okay tak?” Aku cuba membuka topik. Malang sekali dia seakan tak berminat. Dia asyik menghirup minumannya tanpa memberikan sebarang reaksi.

Bila aku rasakan kehadiran aku macam takder gunanya, aku cuba keluar dari sini. Lagipun dia dah tak nampak macam nak bunuh diri, jadi kenapa perlu aku ada lagi dengan dia. Aku menghabiskan minuman aku sebelum mula bangun untuk ke kaunter.

“Kalau takder apa, abang balik dulu.” Aku cuba berkata seringkas mungkin sebelum pergi ke kaunter. Aku tak jangka sebarang tindak balas daripada dirinya.

“Nanti.” Dia berkata. Nadanya separa menjerit.

“Awak dah okay kan, boleh je awak balik nanti.” Aku tak sure ayat tu sesuai atau tak. Tapi gadis tu memegang tangan aku dengan kedua belah tangannya.

“Please, stay dengan saya.” Aku dah mula pelik dengan permintaannya.

“Sorry awak, kalau awak nak saya hantar balik ke rumah saya boleh hantar kalu area dekat sini.” Aku meneka itulah ayat yang dimaksudkannya.

“Tak, bukan tu.” Dia menundukkan kepalanya. Tangannya masih lagi menggenggam erat, macam takut nak lepaskan.

Aku cuba meneka apa yang nak disampaikannya, tindakannya sangat drastic. Boleh dikatakan agak tidak dijangka dan mengejutkan. Aku juga cuba mencari alasan untuk stay dengannya tapi aku tak nampak apa yang penting yang boleh aku lakukan. Ia seakan tugas aku di sini telah pun tamat.

“Sorry awak, tapi saya takder reason nak stay dekat sini dah. Lagipun awak nampak tenang dah sekarang.” Aku berharap dengan alasan macam tu, dia akan lepaskan aku pergi. Aku tak pasti samada dia terguris atau tak tapi memang aku tak boleh stay lama dengan dia sebab aku pun ada tanggungjawab lain.

“Saya..” Kata-katanya mati di situ.

Aku melihat wajahnya yang sedang berkerut memikirkan alasan nak dikata, ia masih penuh dengan kekusutan. Wajahnya yang ayu dengan kulit putih mulus sememangnya lawa pada pandangan mata aku. Tapi aku tertanya juga kenapa dia ambik keputusan yang macam ni.

“Sorry awak, saya tak leh teman awak selamanya.” Aku terpaksa berkeras.

“Saya bagi body saya kat awak.” Aku dah mula kaget dengan penyataannya. Dengan ungkapan macam tu, dia dah macam terdesak.

“Mana boleh..”

“Takper, saya tengah mengandung sekarang.” Ungkapan katanya itu membuatkan aku terpinga-pinga.


BAB 2 – GADIS YANG MENGANDUNG

Aku masih lagi berada di kafe library yang sepatutnya aku tinggalkan sepuluh minit lepas. Gadis yang berada di hadapan aku juga sepatutnya aku tak perlu jumpa kerana dia bukannya kenalan yang aku kenal, dia cuma seorang remaja yang terlanjur dengan lelaki lain sampai mengandung. Tapi, entah kenapa, aku masih berada di sini menanti penjelasannya.

“Awak memang tak nak cerita?” Gadis itu tunduk ke bawah. Dari tadi dia berperangai macam tu.

Sejak sepuluh minit lepas, aku dah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan daripadanya tetapi dia enggan bercakap. Tengok daripada gaya, dia macam takder tempat lain nak pergi dah. Aku cuba mencari cara untuk mendapatkan penjelasan daripadanya, takkanlah keluarga dia abaikan dia sampai tahap sebegini rupa.

“Awak memang takder tempat tinggal?” Aku bertanya. Dia sekadar menggeleng. Satu permulaan yang bagus pada fikiranku.

“Dah berapa bulan? Aku bertanya lagi. Aku yakin setidaknya dia akan menjawab soalan ini.

“Dua.” Ringkas saja dia menjawab. Air matanya berderai kembali. Tanpa membuang masa, aku berikan tisu yang tersedia di atas meja untuk dia kesat air matanya.

“Dua bulan heh?” Dia mengangguk perlahan sambil mengesat air matanya yang masih lagi mengalir.

“So, awak tak kisahlah ni kalau saya ajak awak buat seks?” Dia terdiam sebentar. Tapi perlahan-lahan dia mengangguk, aku tahu dia terpaksa.

Bila melihat keadaannya, aku seakan diberi pelbagai pilihan ke atasnya. Aku boleh tinggalkan dia di sini, tapi mungkin dia akan kembali melakukan tugasnya yang tertangguh tadi iaitu bunuh diri. Aku boleh bawa dia balik dan jadikannya teman seks untuk beberapa detik sampai aku rasa aku tak perlukan dia lagi.

Kalau aku ambik jalan murni sikit, mungkin aku boleh tolong dia sampailah dia beranak tapi tujuh bulan rasanya tempoh yang agak lama bagi aku. Aku oleh hantar dia dekat rumah untuk perempuan mengandung yang dipinggirkan orang ramai tapi aku tak tahu apa nama tempat tu dan aku tak pasti kalau dia bersetuju.

“Please, saya tak tahu nak buat apa.” Kata-katanya mematikan lamunan aku.

“Abang cakap macam ni lah.” Aku tak tau kenapa aku bahasakan diri aku sebagai abang lagi.

“Abang bukan orang yang kuat agama, and seks mungkin berlaku antara kita kalau awak tinggal dengan abang.” Aku berterus-terang dengannya. Aku tak nak lah nampak macam karekter munafik sangat.

“Takper, saya dah biasa.” Dia membalas spontan. Aku pulak yang dah terpinga-pinga.

Aku cuba merenung anak matanya, tapi dia menundukkan kepalanya ke bawah kembali bila dia perasan aku merenungnya. Jadi nak tak nak aku melihat tubuhnya, badannya kecik je tapi muka boleh tahan mulus jugak. Tapi aku risau jugak kalau aku kantoi dengan dia dekat flat aku, boleh jadi kes besar nanti.

Tapi bila difikirkan balik, flat aku tu pun bukannya bagus sangat. Budak hisap gam dengan heroin ada dekat mana-mana. Usha je bawah tangga dekat ground floor, situlah tempat port dorang. Aku yakin anak mak cik penjual kuih tadi pun selalu layan port dekat situ.

“Kalau awak okay, jom ikut saya balik.” Aku bangun dari tempat duduk aku, then aku teringat something.

“Awak takder beg pakaian tu semua ke?” Dia diam.

“Awak buang?” Dia menggeleng.

“Saya tinggal semua barang saya dekat asrama.” Aku rasa happy sedikit bila dia dah mula cerita pasal dirinya walaupun sedikit.

“UTM kan?” Aku meneka. Lagipun unit u je yang paling dekat dengan sini selain UNIKL. Dia mengangguk perlahan.

“Camni la, kita gi amik pakaian kamu tu dulu, okay?” Gadis tadi mengangguk perlahan.

“Jap eh.” Aku membuka contact telefon aku. Aku segera mendail nama Adam.

“Nama awak sape?” Aku bertanya dia sementara menanti panggilan aku diangkat.

“Mira.” Dia membalas ringkas. Serentak dengan itu phone dijawab.

“Hello.” Suara garau membuka kata. Aku tau itu Adam.

“Dam, ko kije tak arini?” Aku bertanya terus. Malas nak berlapik.

“Kije la, apasal?” Adam bertanya balik.

“Aku nak pinjam helmet kau jap, nak anta orang. Aku ada dekat Avenue K ni.”

“Kau datang je la sini, aku ada bawak helmet lebih gak arini.” Aku tau apa yang dimaksudkan dengan sini.

“Okay, kau kat bilik kau kan?”

“Macam biasa.” Adam ketawa. Aku pun turut ketawa, ambil hati.

“Okay, jap lagi aku datang.” Aku terus mematikan panggilan.

“Jom, kita gerak.” Mira kelihatan serba salah. Mungkin dia rasa dia menyusahkan aku sekarang.

“Relax, saya okay je ni.” Aku cuba meyakinkan dia.

“Em.” Aku tak pasti samada dia mengiyakan atau sebaliknya.

Tapi apa yang pasti dia ikut aku sampailah ke parking lot dekat Ampang Park, rasa pelik jugak aku sebab dia langsung tak berkata sepatah. Memang trauma betul budak ni rasanya.

“Awak tunggu sini jap, saya nak gi ambik helmet.” Mira duduk di atas bangku dekat dengan motor aku.

“Just nak awak tahu, ni motor saya.” Aku menunjuk motor EX5 aku yang tak berapa nak lawa. Muka dia agak terkejut tapi cuba diselindungi. Aku sangkakan dia nak cancel tapi dia still stay dekat situ.

“Saya gi kat member saya jap.” Aku melangkah masuk ke kolej UTMSpace, tempat member aku bekerja.

Sebab aku dah biaa dengan bangunan tu, aku tak perlu tanya guide daripada kaunter. Jadi, aku terus pergi ke lif dan naik ke tingkat 12. Dengan pengalaman yang aku ada di sini, aku pergi ke bilik Adam. Pintu bilik Adam tertutup rapi masa aku sampai, jadi aku ketuk dulu beberapa kali.

“Sape?” Suara Adam bertanya. Garau bunyinya.

“Ni akulah.” Aku membuka pintu.

Seorang lelaki bertubuh keding sedang duduk di meja besar dalam bilik itu. Badannya agak pendek tetapi pakaian pejabat yang dipakainya agak segak, ditambah pula dengan kaca mata nerd miliknya. Kalau dia tak berpunya, aku tak tahulah alasan apa lagi nak cakap selain dia ni gay.

“Kau tak kije ke harini?” Adam bertanya.

“Projek siap awal.” Selamba aku membalas.

“Untunglah, aku kije makan gaji ni tak tau bila aku boleh lepas.” Adam cuba merendahkan dirinya.

“At least hidup kau stabil. By the way, mana helmet kau? Aku nak cepat ni.”

“Belakang pintu tu je.” Aku melihat ke belakang pintu, ada dua helmet di atas meja kecil. Helmet sport berada di bawah manakala helmet regular ada dekat atas helmet sport tu.

“Kau nak aku amik helmet mana satu ni?” Aku terus amik yang regular sebab aku tahu mustahil dia nak bagi helmet sport dia kat aku.

“Yang kat tangan kau tu lah, takkan aku nak bagi yang mahal lak.” Adam ketawa, cikai betul.

“Okaylah, aku gerak lu. Esok aku bagi balik la kut.”

“Weyh, bila nak lepak?” Adam bertanya. Aku terhenti di muka pintu.

“Hujung minggu ni ke, kau roger la aku balik.” Aku menjawab ringkas.

“Kau jangan ada hal lak, dah dua kali kau tak datang.” Adam bersuara keras sedikit.

“Masa tu aku nak siapkan project, sekarang dah free.” Aku ketawa hambar. Cukuplah sekadar nak hilangkan mood dingin.

“Okay.” Adam mengangkat ibu jarinya pada kau sebagai isyarat good.

“Okay.” Aku melepaskan pemegang pintu, biarkan pintu tu tertutup sendiri.

Macam aku naik tadi, macam tu jugaklah aku turun semula ke tingkat bawah. Dengan langkah tenang, aku berjalan balik ke motor aku. Dalam benak fikiran aku, terlintas juga kalau Mira dah lari. Yelah, takkan dia nak ikut stranger macam aku ni balik rumah. Silap hari bulan boleh jadi hamba seks aku.

Aku akui yang aku ni bukanlah orang beriman sangat, yang wajib pun aku selalu qada’ sekadar nak hilangkan rasa bersalah. Seks pun bukanlah sesuatu yang asing dalam hidup aku, sejak zaman uni lagi aku dah langgan pelacur. Biasanya aku langgan time lepas exam sebagai tanda celebrate. Kalau time tu aku ada awek, aku buat dengan awek aku.

Tapi bila dah masuk alam kerjaya ni, aku sedar ada perkara lagi penting dan lagi besar daripada tu. Sebagai seorang lelaki, aku perlu ada perancangan masa depan untuk memastikan apa yang aku buat ni berakhir dengan ending yang agak positif. Setidaknya, itu yang aku harapkan.

Aku tak sedar yang aku dah hampir dengan motor aku, Mira pun masih ada dekat situ. Mungkin memang betul yang dia dah takder tempat lain nak pergi. Kesian jugak bila aku tengok keadaan dia macam tu, dahlah tengah study lagi tu.

“Saya ingatkan awak dah tukar keputusan awak.” Aku berkata sebaik saja aku sampai di situ.

“Saya memang takder tempat lain nak pergi.” Mira menundukkan wajahnya, macam tadi.

“Okay jom, asrama awak dekat Desa Rejang tu ke?” Mira mengangguk perlahan. Aku tak perlu tanya jalan sebab aku pun berasal dari situ. Maksud aku, aku pernah belajar dekat situ.

Dengan motor EX5 aku yang masih utuh, aku terus pergi ke bekas kediaman aku masa aku budak hingusan dulu. Biasanya orang akan cuba elakkan dari pergi ke tempat lama atas factor takut berjumpa semula dengan memori lamanya. Tapi pada aku, itu semua perkara biasa yang kita semua kena hadapi.

“Kita dah sampai.” Aku berkata selepas aku parking motor di depan asrama perempuan. Mujur aku lepas masa nak masuk pintu pagar tadi.

“Mekasih.” Mira berkata perlahan. Aku tak menjawab, malas pulak rasanya.

“Cepat sikit.” Aku berkata tatkala Mira berjalan ke lif.

Aku lihat lenggok badan Mira, tak nampak pulak macam dia ni mengandung. Badannya pun takderlah menarik mana, cuma muka nampak ayu gitu. Memang untunglah sapa yang dapat dia. Tapi nak kata untung pun takleh jugak sebab dia dah takder dara, mengandung pulak tu.

Aku pun sebenarnya tak sure sama ada aku nak jadikan dia tempat pemuas nafsu aku taupun tak. Bukan apa, aku risau kalau kandungan dia terganggu kalau aku kasar sangat. Lagipun, tak pasti lagi yang dia nak buat semua tu ataupun tak.

Aku layan game simple dekat phone aku jap sementara tunggu dia selesai. Entah macam mana aku boleh tak perasan ada seorang mak cik tengah menghala ke arah aku. Bila dah dekat barulah aku perasan.

“Kak Kiah.” Aku mulakan teguran dulu. Kak Kiah yang aku assume dah tak kenal aku macam terkejut bila namanya dipanggil.

“Lama tak nampak hang.” Kak Kiah berdialek dengan loghat kedahnya, loghat yang dari dulu lagi dia gunakan. Dia ingat lagi aku rupanya.

“Ingat lagi eh kat saya Kak Kiah.”

“Mana tak ingat, hang yang selalu bising dulu.” Aku cuma ketawa hambar bila Kak Kiah cakap macam tu.

Kak Kiah takderlah mudah sangat, dia dah ada cucu sebenarnya. Tapi aku tak tahulah kenapa semua mak cik pejabat dekat sini marah macam syaiton bila aku panggil dorang mak cik. Mungkin dorang nak rasa awet muda kut untuk selama-lamanya. Entahlah, pak cik pejabat dekat sini takderlah macam dorang lak.

Masa mula-mula aku masuk, susah jugaklah nak panggil dorang akak sebab dorang memang dah tua. Kalau korang tengok pun, kedut dorang dah beribu dekat muka. Tu belum kira lagi yang tetek londeh ke bawah tapi masih melaram macam anak dara.

Tapi bila masa berlalu, aku dah biasa dengan perangai mereka. Dalam golongan perempuan tua, mereka mungkin dianggap pelik sebab demand nak dipanggil akak walaupun dah berstatus nenek dan moyang. Lagipun takder masalah besar sangat, dengan panggilan akak, aku boleh tengok dorang tersenyum setiap kali lepak.

“Ni hang tunggu sape ni?” Kak Kiah bertanya. Aku dah serba salah nak jawab.

“Ambik adik kawan jap.” Aku menipu. Bukan apa, takkanlah nak bukak aib orang kut.

“Rajin bebenor kamu ni, tak menyusohkan ke?” Kak Kiah bertanya lagi.

“Brotherhood Kak Kiah, kebetulan lak saya free harini. Tu pasal tolong tu.” Aku gelak hambar.

“Baguih la tu, kena dah dengan perangai kamu yang macam ni,”

“Saya bek sangat ke?” Aku berpura-pura buat tak tahu. Nak jugak rasa kena puji.

“Mengada la ni.” Kak Kiah mula peril. Macam tadi, aku sekadar gelak hambar.

“Ni motor yang kamu beli masa belajar sini ke?” Kak Kiah melihat EX5 aku.

“Macam nil ah kak, nak upgrade tak sesuai lak.” Kak Kiah mengangkat kening kehairanan.

“Tak sesuai, pesal lak tak sesuai?”

“Duk KL takleh pakai motor besar, nak pecut tak sedap.” Aku berdalih. Tapi kalau ikutkan aku memang mampu upgrade motor aku, cuma malas.

“Memilih sangat kamu ni.” Kak Kiah berkata.

“Beselah, nak wat camner.”

“Ni sape yang kamu tunggu ni?”

“Mira, saya tak tahu nama penuh dia.” Kak Kiah mengerutkan mukanya.

“Mira Hamzah ke?” Aku mengangkat bahu. Aku tak tahu langsung apa nama ayah dia.

“Jangan Mira Hamzah sudahlah.” Kak Kiah mengeluh.

“Kenapa kak?”

“Dia tu rosak, akak pun tak tahu dah berapa banyak kali dia kantoi dengan guard. Memang masalah betul budak tu.” Kak Kiah mengeluh lagi.

“Saya rasa Mira lain kut, sebab Mira ni macam bek je saya tengok.” Aku cuba back up sebaik mungkin.

“Kalau okay takperlah, ni akak gerak dulu, ada kije lagi nak kena siapkan.” Kak Kiah mula minta diri.

Selepas Kak Kiah pergi, aku memikirkan pasal si Mira ni. Baru aku perasan nama dia dengan nama awek aku yang mintak clash sama rupanya. Entah kenapa aku slow sangat pagi ni. Aku melihat jam, dah nak dekat setengah jam berlalu. Banyak sangat ke barang yang dia nak bawak tu. Aku harap dia boleh pegang lah time aku bawak motor nanti.

Lepas beberapa detik berlalu, Mira pun turun dengan satu bagasi yang digalasnya. Tapi aku perasan ada perkara yang berubah. Pipi kanannya merah macam baru lepas kena tampar, air mata pulak mengalir tanpa sebarang sedu.

“Mira, kenapa?” Mira tak menjawab, dia terus duduk di seat belakang aku. Tanpa sebarang isyarat, dia memeluk erat pinggang aku.

“Jom pergi… please.” Derai air matanya membasahi belakang badan aku.

Aku mengerti maksudnya, jadi aku terus menghidupkan enjin sebelum berlalu pergi dari situ. Tapi aku tak terus balik ke rumah flat aku, aku berhenti sebentar di tepi jalan tak jauh dari asrama tadi. Kedua belah tangan Mira masih memeluk erat pinggang aku.

“Mira.” Aku terhenti sampai di situ saja, esakan tangisnya makin kuat. Mukanya yang disembamkan membasahi tubuh aku.

“Mira.” Aku berkata lagi. Dia mengangkat perlahan kepalanya. Aku memalingkan sedikit tubuh aku ke belakang.

“Jangan lupa pakai helmet.” Aku menghulurkan helmetnya. Entah kenapa dia tergelak, tapi tangisnya masih lagi berderai.

Selepas Mira mengenakan topi keledarnya, aku kembali menunggang motor. Entah kenapa aku rasa malas nak terus balik ke flat aku. Aku lihat meter minyak motor aku, masih lagi banyak untuk aku pusing area KL ni.

Dengan malasnya, aku pusing area sekitar KL sambal menanti tangisan Mira hilang sepenuhnya. Aku tak tahu macam mana ia berfungsi tapi setidaknya dengan cara ni aku tak perlu bawak pulang budak yang tengah menangis. Nanti orang flat ingat aku dera budak ni pulak.

Motor EX5 aku terus memecut di lebuhraya Kuala Lumpur tanpa berhenti di mana-mana pun. Sekejap aku di lebuhraya DUKE, sekejap aku menghala ke Putrajaya. Kemudian aku berpatah balik ke KLCC. Mira pulak tak persoalkan kenapa aku buat macam tu, dia cuma peluk aku dengan erat.

Bila aku sampai dekat rumah flat aku, minyak motor aku dah hampir dengan symbol E yang membawa maksud dah nak habis. Aku tengok jam, nak dekat dua jam jugak aku bawak dia pusing atas highway tadi. Tapi aku tak kisah sangat, baru empat ringgit aku habis.

“Thanks.” Mira berkata. Aku tak sure samada dia berterima kasih sebab bagi dia tempat tinggal atau sebab bawak dia pusing kat highway tadi.

“Jap.” Aku memegang dagunya. Kesan merah dekat pipinya dah mula hilang. Mira memejamkan matanya bila aku melihat wajahnya. Dengan lembut, aku lepaskan dagunya.

“Kalau awak rasa nak cerita, cite lah nanti.” Aku berjalan ke lif.

Aku nak angkat beg dia tapi dia dah sandang awal-awal jadi aku rasa tak perlulah aku rajinkan diri. Lif sampai tak berapa lama kemudian setelah butang ditekan. Dari sini, aku tak tahu yang hidup aku akan berubah sepenuhnya kerana menerima dia dalam hidup aku.

Maka kami berdua menaiki lif tersebut.


BAB 3 – MEMBINA KEPERCAYAAN

Rumah flat aku ni ada tiga bilik dan dua bilik air, satu bilik air tu ada dalam master bedroom, bilik yang aku tengah guna sekarang. Lagi dua bilik pada asalnya bilik yang aku sewakan pada member-member aku masa kitorang plan nak stay KL dulu tapi sekarang cuma aku sorang je.

“Okay, kita dah sampai.” Aku berkata sambal membuka pintu bilik rumah aku. Mira mengikut aku masuk ke dalam rumah.

“Sorrylah, rumah orang bujang. Jadi tak berapa nak lawa sangat.” Aku ketawa. Mira sekadar tersenyum. Ambil hati rasanya.

“Awak pilih lah bilik mana yang awak nak duduk.”

“Abang duduk sorang je ke dekat sini?” Aku mengangguk perlahan.

“Panjang ceritanya.” Aku membalas ringkas. Aku terus buka peti dan ambik air tin redbull yang aku dah beli minggu lepas.

Baru aku perasan yang peting aku hampir kering dengan bahan masakan. Yang ada pun cumalah bahan masakan segera, itu pun taklah banyak mana. Mungkin boleh tahan sehari dua dengan adanya Mira. Tapi masa tu aku mula tertanya, betul ke Mira mengandung?

“Mira, dah decide?” Aku bertanya.

“Saya ambik bilik ni lah ye.” Mira memilih bilik yang paling dekat dengan bilik air.

“Letaklah barang dulu.” Mira masuk ke dalam bilik tersebut.

Aku tak risau sangat macam mana dia nak tidur sebab setiap bilik yang kosong dah fully furnished masa member aku duduk dulu. Lagipun, setiap bulan aku selalu je ada tetamu, memang bilik ni tak pernah sunyi lah senang cerita.

Bila memikirkan aku berdua je dengan Mira, timbul pulak fikiran jahat dalam benak kepala aku. Tak boleh nak salahkan aku jugak sebab dia yang relakan. Walaupun aku cuba tau apa alasannya, dia tetap tak nak bukak mulut. Aku melangkah masuk ke dalam bilik Mira.

“Ah.” Mira terkejut kecil apabila ternampak aku di muka pintu bilik. Dia baru saja menanggalkan sweaternya. Aku boleh nampak T-shirt baby warna pink yang dipakainya.

“Awak janji nak bagi saya buat apa-apa je kan dekat awak?” Aku sengaja mengingatkan kembali. Dia terdiam.

“Em.” Wajah Mira berubah masam. Aku tahu dia tak suka dengan keputusan yang dia buat dalam keadaan paksa rela tu.

“Tunjuk perut awak.” Aku memberi arahan. Mira tersentak. Dengan wajah cuak, dia mengangkat sedikit bajunya sampai aku aku boleh melihat keseluruhan perutnya.

Dari muka pintu bilik ini, aku boleh nampak perutnya sedikit buncit tapi nak assume dia mengandung macam terlalu awal sangat. Tapi bila difikir balik, mungkin logic jugak perut dia buncit sebab mengandung. Mustahil badan dia yang kecik boleh ada perut buncit macam tu.

“Camner awak tahu yang awak mengandung.” Aku merapatinya. Aku usap perut dia. Mira memejamkan mata, dia nampak macam takut. Pelik, katanya dah biasa.

“Urine test.” Dengan nada takut, Mira menjawab.

“Awak kata awak dah biasa kan?” Mira mengangguk perlahan, tapi matanya masih belum dibuka. Aku melepaskan usapan tangan aku daripada perutnya.

“Awak boleh masak kan?” Mira membuka semula matanya. Aku memberi isyarat supaya bajunya dilepaskan.

“Boleh.” Mira memandang aku kehairanan.

“Jap ye, saya amik pen dengan kertas.” Aku berlalu pergi dari situ.

Sambil aku pergi mengambil pen dan kertas, ada satu kemusykilan yang aku dapat rasakan tentang Mira. Kalau betul dia dah biasa, mustahil dia buat perangai macam total noob bila aku suruh angkat baju tadi. Dari sudut pandangan aku, Mira tak seteruk yang aku sangkakan sebelum ni.

Boleh jadi dia menipu, walau apa pun alasannya. Kenapalah dia tak boleh nak jujur dengan aku, padahal ini melibatkan soal maruahnya. Pelik aku dengan makhluk bernama perempuan ni. Kalau dia silap langkah dengan kata-katanya, dia boleh jadi hamba seks dah sekarang.

“Awak tulis semua senarai bahan mentah kat atas kertas ni, kalau boleh untuk sebulan terus.” Aku menghulurkan pen dan kertas yang aku ambik dari bilik aku.

“Takper ke?” Mira bertanya perlahan. Dia sedang duduk di birai katil.

“Saya tak pandai masak, so better yang pandai masak decide.” Aku menjawab selamba.

“Oh ya, saya tak makan pedas sangat.” Aku mengingatkan dia sebelum berlalu keluar.

“Okay.”

“Kalau dah setel, datang kat bilik saya.”

“Okay.”

Aku tak pasti sama ada aku salah dengar atau macam mana tapi nadanya kali ni agak bersemangat seolah-olah dia dah tak rasa takut lagi. Aku cuba elakkan dari pandangnya, risau pulak kalau dia salah faham nanti. Tapi satu je yang aku pasti sekarang, Mira bukan perempuan murahan yang boleh dijadikan hamba seks peribadi aku.

Sementara menanti Mira selesai dengan tugasnya, aku layan facebook dulu. Bukannya ada benda penting pun nak buat sekarang. Dalam aku scroll timeline aku, aku ternampak video pagi tadi yang aku tengok.

“Feminism huh?”

Tertarik pula aku nak google dari mana ayat tu datang. Dengan bantuan teknologi, aku dapat tahu yang feminism ni datangnya dari perkataan Latin yang menuntut hak wanita oleh golongan wanita. Feminis ni pulak golongan yang perjuangkan feminism. Macam aku katakan tadi, mereka yang menuntut hak ini ialah perempuan. Sebagai lelaki, aku tak tahu sangat apa pentingnya feminism ni dalam kehidupan kita. Yang aku nampak pun hanyalah pempuan gila yang semangat nak buat tuntutan pelik dengan cara membogelkan diri mereka.

“Abang.” Mira mengetuk pintu bilik aku.

“Dah siap?”

“Dah.”

“Buat mari sini.” Mira masuk ke dalam bilik aku. Dia menghulurkan kertas dan pen tadi.

“Okay, awak boleh pergi buat kerja awak dulu. Kalau nak tengok tv atau layan movie, awak bukak je.”

“Mekasih bang.” Aku dapat lihat, walaupun hanya sesaat. Mira tersenyum. Dia berlalu pergi dari bilik.

“Agaknya Mira ni feminis tak?” Tertanya jugak aku.

Aku capai apa yang patut nak pergi Aeon Big dekat Wangsa Maju sebab makanan dekat dapur tak banyak dah. Sebelum aku keluar dari bilik, aku set up hidden kamera untuk rakam semua kejadian dalam bilik ni masa aku takder. Bukan apa, Mira ni aku baru kenal. Manalah tau dia ada udang di sebalik maggi ke.

“Mira, saya kuar jap.” Aku melaung.

Air pancur dari bilik air ditutup, aku tahu Mira tak dengar aku melaung tadi dengan bunyi air pancur yang agak kuat.

“Apa dia?” Mira melaung. Aku dah agak.

“Saya kuar gi beli barang jap.” Aku melaung lagi.

“Okay.” Mira membuka air pancur balik.

Sebelum aku keluar, aku kunci pintu rumah dari dalam. Risau jugak kalau ada budak hisap gam cuba rompak rumah aku. Susah nak percaya keselamatan dekat kejiranan ni, mungkin sebab tu aku dapat beli flat ni dengan harga murah masa aku tengah cari rumah dulu.

Dengan motor yang sama, aku memecut ke stesen minyak terlebih dahulu. Minyak motor aku tak banyak sangat dah, risau jugak aku kalau motor aku mati secara tiba-tiba. Bila dah selesai isi minyak, barulah aku bergerak ke destinasi aku tanpa sebarang arah panduan.

Barang yang Mira senaraikan boleh tahan banyak jugak, tapi dia macam memahami keadaan aku yang nak kena bawak motor. Bila tengok balik senarai ni, semuanya aku boleh bawak dengan sekali pikul je.

Takder benda menarik sangat dekat shopping mall ni sebab aku terus beli apa yang aku nak beli, aku bukan macam perempuan yang nak kena singgah dekat setiap rak semata-mata nak cuci mata. Kadang aku tertanya jugak tak penat ked orang buat macam tu tiap kali keluar shopping.

Aku teringat balik artikel yang aku baca, pasal feminis. Dari apa yang aku faham, feminis ni ialah golongan perempuan yang tuntut hak sama rata dengan lelaki. Dan punca wujudnya golongan macam mereka ni ialah sebab dorang kena tindas oleh golongan lelaki di sana. Kiranya kalau lelaki berlaku adil, mesti golongan ini takkan wujud.

Aku assume golongan feminis ni ialah golongan wanita yang amat lemah dan perlukan perhatian yang khusus. Pendek cerita, perempuan ialah feminis dan feminis ialah perempuan. Secara amnya, perempuan perlukan perhatian dari lelaki lagi-lagi lelaki yang disayanginya.

Aku tak sedar berapa lama aku mengelamun, tapi semua barang yang Mira senaraikan aku dah dapat. Lepas bayar semua harga barang, aku terus pulang ke rumah. Aku tak tahu kenapa, tapi rasa teruja betul bila ada seseorang menanti aku dekat rumah. Kalau tak, biasanya aku akan lepak tengok wayang atau pergi Low Yat jap.

Perjalanan balik tak lama pun sebab aku tak perlu nak isi minyak motor, bukannya jauh pun tempat yang aku pergi. Lepas parking motor dan lock tayar motor macam kebiasaan, aku naik ke atas dengan semua barang dapur yang aku beli tadi.

“Mira, tolong buka pintu.” Aku melaung dari luar rumah flat aku. Malas nak letak barang dekat atas lantai. Pintu dibuka dengan perlahan tak berapa lama kemudian.

“Oh, abang.” Muka Mira kelihatan takut.

Lepas aku masuk ke dalam, Mira terus menutup pintu dengan cepat. Aku rasa aku boleh teka kenapa dia bertindak macam tu tapi aku nak setelkan barang dapur ni dulu. Bila aku dah letak hampir kesemua barang dapur ke tempat yang sepatutnya barulah aku tanya.

“Kenapa Mira?”

“Ada orang menjerit dekat luar tadi.” Mira menjawab perlahan.

“Dia jerit sambil ketuk pintu ke?” Muka Mira berubah terkejut.

“Macam mana abang tahu?”

“Tu orang gila yang tinggal dekat tingkat bawah sekali, abang tak tahu macam mana dia boleh jadi gitu tapi dia tak kacau orang lain pun setakat ni.” Aku membalas selamba.

“Abang tak takut ke?”

“Tak pun, kenapa nak takut?” Aku membalas balik persoalan Mira dengan persoalan.

“Sebab dia gila.” Mira duduk di kerusi meja makan. Mungkin dia expect perbualan ni akan jadi lebih lama.

“Semua manusia gila, cuma dengan cara mereka sendiri.”

“Maksud abang macam mana?” Mira dah mula curious, aku pulak malas nak berfalsafah banyak.

“Malas la nak citer, mood tak datang.” Aku menjawab selamba. Mira mencebik bibirnya.

“Kalau awak nak makan, masaklah.” Aku melipat plastik yang digunakan nak angkut barang tadi. Kesemua plastik tu aku letak dalam laci yang aku khususkan untuk plastik saja.

“Okay, abang ada nak makan apa-apa ke?” Mira bertanya.

“Nantilah, masak untuk makan malam terus. Saya nak tidur jap.”

Bila aku melintasi ruang tamu, aku perasan album CD yang lari dari susunannya. Mira masih di dapur, mungkin dia nak masak sesuatu untuk dirinya.

“Mira, CD ni kalau taknak tengok kemas balik tau.” Aku memberi pesanan.

“Okay.”

Aku terus masuk ke dalam bilik aku. Perkara pertama yang aku buat ialah tengok rakaman CCTV aku. Sepanjang sejam aku takder kat rumah, tak pernah sekali pun Mira masuk ke dalam bilik aku. Aku terfikir jugak sama ada ini cuma satu taktik untuk Mira pancing aku.

Sumpah, susah nak dapatkan kepercayaan orang dekat sini walaupun dia dalam keadaan yang tak berapa baik sangat. Aku pernah kena masa zaman noob dulu, jadi sekarang aku lebih berhati-hati. Tapi setakat ni Mira tak pernah buat tindakan yang mencurigakan aku, mungkin aku boleh mula percayakannya.

Aku melihat whatsapp aku, ada beberapa mesej masuk dan kesemuanya tak berapa penting. Dalam aku baca semua mesej tu, aku teringat dekat Jai. Aku whatsapp dia, tanya samada esok cuti ataupun tak. Kalau boleh aku nak spent masa dengan Mira, nak kenal Mira lagi dekat. Nak jugak aku tahu macam mana dia boleh jadi bunting macam tu.

Baru je aku nak lelapkan mata, aku terbau masakan yang sedap. Perut aku rasa lapar bila terbau masakan tu. Jadi, aku secara perlahan-lahan pergi intip dari mana bau tu datang. Ia datang dari dapur, Mira sedang berada di situ sambal mengacau sesuatu. Aku assume tu mungkin gulai daripada bau yang aku hidu.

“Masak apa tu awak?” Aku terus tanya Mira. Bau masakan dia terlalu kuat sampaikan aku tak boleh nak tahan diri aku. Mungkin sebab aku tak makan banyak sangat harini. Matahari pun dah ada dekat atas kepala sekarang ni.

“Eh, saya masak gulai ayam je.” Mira macam terkejut dengan kehadiran aku. Mungkin dia ingat aku dah tidur kut. Aku nampak lauk sayur kangkung dah siap dihidang di atas meja makan. Nasi pulak tengah tunggu masak dekat dalam periuk nasi.

“Sedap bau.” Aku memuji. Mira tersenyum malu.

“Mana ada, biasa je nim.”

“Ni awak masak untuk sorang je ke?” Wajah Mira berubah kelat.

“Saya ingatkan abang tak nak makan tadi.”

“Takper, just nak tengok je. Bau sedap sangat.” Aku memuji lagi. Muka Mira berubah merah kembali. Dia ni nampak macam senang kena puji.

“Kalau abang nak, abang makanlah dulu, nanti saya buat yang lain untuk saya.” Mira cuba bersikap baik.

“Takper, takper, lagipun saya nak tidur dah nim. Awak makan je dulu.” Perlahan-lahan, aku menuju ke bilik aku semula.

Aku sebenarnya agak lapar tapi sebab tadi aku dah buat keputusan awal-awal, tak nak la rasa macam bebanan pulak untuk dia. Jadi aku masuk balik ke bilik aku, tutup pintu dengan rapat supaya bau gulai tu tak boleh masuk bilik ni.

Jauh dalam sudut hati aku, aku tau yang aku boleh percayakan Mira dah lepas ni tapi minda aku tetap nak ambik langkah berjaga-jaga jugak. Ni semua salah pengalaman aku yang mudah kena tipu dulu.

Aku set kan semula rakaman video ke dalam bilik aku, bezanya kali ni aku focus pada pintu saja. Nak set up tak susah pun, aku cuma kena adjust angle kamera je sikit. Lepas tu aku just play butang rekod dan semuanya siap. Tunggu masa untuk aku stop je video tu sebelum aku check apa yang aku nak.

Telefon aku berdering secara tiba-tiba, mengejutkan aku yang baru saja nak lena dengan mimpi siangnya. Aku melihat skrin telefon, nama Jai terpapar. Tanpa membuang masa, aku angkat panggilan tu.

“Hello?” Aku membuka kata.

“Kau sakit ke?” Jai bertanya. Nadanya tak kedengaran mengantuk sangat sekarang. Cuma suaranya masih lagi serak.

“Mana ada, apasal?”

“Habis kau mintak cuti ni, manalah tahu kau sakit ke.” Jai berkata lagi.

“Takderlah, aku ingat nak balik kampong jap.” Aku menipu. Sebenarnya aku malas nak terangkan apa yang terjadi sekarang, risau dia salah faham pun ada.

“Minggu ni takder kije penting pun, kalau ada pun aku boleh mintak budak baru ni buat.”

“So, aku leh cuti ke minggu ni?” Aku dah mula excited. Yang aku mintak sikit je, tapi tak sangka aku boleh dapat lebih lagi daripada ni.

“Projek kau semuanya dah siap kan?” Jai bertanya. Nadanya sedikit serious. Dia ni memang jenis orang yang komited dengan kerja rasanya.

“Dah, kau nak aku sent kat kau sekarang ke?”

“Okay gak tu, kau sent kat aku terus lah. Nanti kau dah balik kampong susah lak aku nak contact kau kalau ada error kat coding kau.”

“Okay, jap aku nak gi kat pc aku.” Dengan malasnya aku bangun dari baring aku yang dah indah tadi.

“Okay, apa-apa kau wasap je aku.” Jai matikan telefon sebelum aku sempat berkata apa-apa.

Aku mencampakkan telefon ke atas katil, senang nak usha phone time baring nanti. PC aku yang memang sedia on dari tadi aku sentuh mousenya. Aku transferkan semua kerja yang aku dah siapkan dua hari lepas ke akaun social Jai.

Aku terpaksa menunggu beberapa minit sebab nak pastikan pemindahan data tu tak fail. Kalau fail time aku tengah tidur, boleh mengamuk Jai sebab aku rasa aku bangun tidur malam nanti, beberapa jam jauhnya dari sekarang. Risau jugak kalau cuti aku minggu ni kantoi dengan dia.

Pemindahan fail takder sebarang masalah, ia berlangsung dengan jayanya. Aku menutup semua program yang run kecuali CCTV yang aku dah setup tadi. Macam kebanyakan kaki computer lain, aku lock PC aku secara software dan juga hardware. Hardware, aku kunci kedudukan PC aku dengan safety lock yang aku dapat percuma masa beli set PC baru ni. Software, aku letak password supaya bila staranger nak bukak akaun aku, dorang akan ada masalah.

Dengan selesainya semua tu, aku dapat tidur dengan aman.


BAB 4 – KASIH SAYANG

Aku tersedar dari tidur bila jam hampir menunjukkan pukul sembilan malam. Itu pun lepas Mira mengetuk pintu aku beberapa kali. Lama jugak aku tidur, mungkin sebab malam semalam aku tak cukup tidur. Silap aku jugak ingat harini ada meeting projek Istana Perak tu.

Selepas membasuh muka dan rambut aku dekat bilik air yang memang tersedia dekat dalam bilik aku, aku tengok rakaman hidden camera yang aku rakam tadi. Aku terpaksa fast forward video ni sebab malas nak tengok ikut real time. Sepanjang aku tengok rakaman tu, tak pernah sekalipun Mira masuk ke dalam bilik aku.

“Mungkin aku boleh percayakan dia.” Kepercayaan aku terhadapnya makin membina.

Aku sekadar memakai kain pelekat dan singlet sebelum keluar dari bilik, tak perlu nak formal sangat dengan dia. Lagipun dia yang tinggal menumpang dengan aku jadi dia yang patut sesuaikan diri dengan aku.

“Sedap bau, awak masak apa?” Aku bertanya. Bau daging yang aku beli tadi menusuk hidung aku sedalamnya.

“Daging goreng kunyit, labu sayur dengan sup ayam.” Mira berdiri di sisi meja makan. Lagak dia macam seorang bibik menanti tuan rumah nak menyantap. Kalau ni zaman dahulu kala, mesti aku ni raja dan dia pulak dayang atau hamba abdi.

Mira sekadar memakai sehelai seluar batik yang popular dengan Afdlin Shauki dengan t-shirt baby warna putih. Aku boleh nampak perutnya yang kembung sedikit, bukti kukuh yang dia tengah mengandung.

“Tak payah la diri macam tu, awak ni dah macam bibik lak.” Mira tergelak kecil. Aku duduk di salah satu kerusi yang ada di situ.

“Awak dah makan?”

“Belum.” Mira masih lagi berdiri. Keadaan ini dah makin buat aku rasa awkward.

“Duduklah, takkan nak tengok saya makan je kut.”

“Jap, saya ambik nasi.” Mira terus berlari anak ke periuk nasi. Aku nak bangun tolong tapi dia buat kerja macam lipas kudung. Cepat sangat.

“Ni nasi abang.” Mira meletakkan nasi aku terlebih dahulu sebelum nasinya.

Mira ni okay je aku tengok, dia ada nilai keibuan yang tinggi. Aku tak faham kenapa orang macam dia nak bunuh diri. Tapi bila fikirkan yang dia ni mengandung dan takder tempat bergantung, perkara macam tu mungkin tak mustahil untuk seorang perempuan di Malaysia bunuh diri. Kalau aku dipilih sebagai wira yang menyelamatkan masa depan Mira, aku rasa aku takder masalah dengan tu.

“Alang-alang awak tak duduk lagi, bukak tv jap.” Aku berkata pada Mira sebaik saja dia meletakkan pinggan nasinya.

“Channel berapa bang?” Mira mencapai remote tv yang memang sedia ada dekat atas sofa.

“Tak kisah, saya tak nak rumah ni sunyi je.” Aku berterus-terang. Aku boleh je berdalih tapi apa gunanya, daripada dia fikir yang aku ni ada fetish pelik dengan tv, lebih baik dia tahu perkara sebenar.

“Jom lah makan.” Aku terpaksa panggil Mira bila dia asyik menonton satu drama melayu dekat tv3.

“Oh, lupa pulak.” Lagi sekali aku ternampak. Mira tersengih. Macam siang tadi, aku tak tahu kenapa aku rasa tenang bila aku nampak dia happy gitu.

Masa kami makan, takder satu benda pun yang aku borakkan dengan Mira. Aku dengan khusyuknya menjamah makanan sementara Mira pula asyik menonton drama dekat tv. Malas jugak aku nak tegur sebenarnya sebab aku pun takder menda nak cakap. Perlakuan kami berterusan hinggalah aku dan Mira habis makan, disebabkan aku habis makan dulu jadi aku bawak pinggan aku ke dapur.

“Eh, takper, nanti saya kemas.” Mira berkata lembut.

“Relax, saya leh buat sendiri.” Aku bangun dari kerusi. Aku perasan lauk daging dah sayur dah nak habis. Jadi aku letak semua lauk tu dalam pinggan dia. Macam yang aku sangka, Mira memberikan reaksi terkejutnya.

“Awak kena makan banyak, awak tu ada baby.” Aku berkata selamba. Pinggan mangkuk yang hanya tinggal sisa aku bawak kesemuanya ke dapur.

Macam hari-hari aku membujang sebelum ni, aku basuh pinggan mangkuk yang ada tanpa sebarang kesukaran. Aku lihat Mira sekali imbas, dia nampak macam serba-salah. Aku tak boleh nak salahkan dia, sebab ni baru hari pertama dia tinggal dengan aku.

“Awak dah habis makan?” Aku menjenguk Mira di meja makan bila aku kesemua pinggan dalam sink dah habis dibasuh.

“Sikit lagi.” Mira menjawab dalam kunyahnya. Aku lihat mangkuk sup ayam dah hampir licin, jadi aku bawak mangkuk tu ke sink untuk dibasuh.

“Takper, saya boleh buat.” Mira cuba menghalang aku.

“Awak basuh pinggan yang awak makan je, lagipun awak dah masak tadi.” Aku cuba menenangkannya. Lepas aku basuh mangkuk, aku landing atas sofa depan tv. Mujur rancangan yang Mira tengok tadi dah habis, kalau tak serba-salah jugak aku nak tukar channel tv.

Disebabkan rumah aku takder Astro mahupun HyppTv apatah lagi saluran luar negara yang canggih, aku decide nak layan movie je. Aku cucuk hard disk aku yang ada movie ke panel usb yang sedia ada dekat belakang tv.

“Tengok cerita apa bang?” Mira duduk di sebelah aku, tapi agak jauh jugak.

“Nak tengok movie apa yang belum saya tengok lagi.” Aku menekan butang ke bawah untuk scroll koleksi movie yang aku ada. Aku memilih satu movie fighting yang aku rasakan agak menarik juga.

“Nak tengok cerita sekali dengan saya tak?” Aku mempelawa, lagipun dia dah duduk depan tv.

“Boleh je.” Mira membalas ringkas.

Sepanjang movie berlangsung, aku dan dia langsung tak bercakap macam masa kitorang tengah makan tadi. Aku tak boleh biarkan perkara macam ni berterusan, takkanlah aku nak teruskan hidup macam ni dengan dia sampai dia beranak. Jadi, aku rasa lebih baik aku mulakan langkah pertama dulu.

“Mira.” Aku panggil namanya selembut yang aku mampu.

“Ya?” Mira memandang aku kehairanan.

“Baring atas riba saya.”

“Eh!!” Mira memandang aku dengan cuak. Aku dah jangka dia akan bagi reaksi macam ni, dia bukan perempuan rosak yang tak kisah dengan perkara macam ni.

“Saya just nak belai rambut awak.” Entah kenapa, aku rasa segan pulak bila nak cakap macam tu.

“O-okay.” Mira bersuara sedikit gugup tapi dia rapatkan juga dirinya dekat aku. Perlahan-lahan, bahu kanannya direbahkan ke atas sofa.

Dengan kepalanya dibaringkan di atas pangkuan riba aku, aku mula mengusap rambut Mira perlahan-lahan. Pada mulanya, Mira memejamkan mata tapi lepas beberapa detik berlalu dia buka kembali matanya. Bahunya juga yang tadi dikeraskan kini menjadi lembut, mungkin dia rasa yang dia dalam zon selamat.

“Mira.” Aku memanggilnya lembut. Tangan aku masih lagi membelai rambutnya.

“Hmm.” Mira membalas perlahan.

“Esok saya bawak awak gi klinik okay?”

“Kenapa?”

“Nak check keadaan awak, bahaya kalau jadi apa-apa nanti.” Aku dah mula bersuara macam seorang suami yang risaukan isterinya. Agak fuck jugaklah bagi aku.

“Sorry susahkan awak.” Mira berkata lembut. Aku dapat rasakan peha aku basah sedikit.

“Mira.”

“Sorry, tapi awak baik sangat dengan saya.” Mira bangun dari baringnya. Air mata dia mengalir membasahi pipinya.

“Saya tak nak awak menyesal, tu je.” Aku memeluknya. Mira langsung tak melawan, tapi air mata dia makin berderai di atas bahu aku.

Mira kemudian baring di atas riba aku macam tadi, cuma kali ni dengan sekotak tisu dekat sisinya. Kami berdua menonton beberapa movie yang aku pilih sebab aku nak habiskan koleksi movie yang aku tak tengok lagi. Tak boleh nak salahkan aku, aku tak suka tengok movie sama berulang kali kalau aku tahu ada movie lain yang menarik yang aku boleh tengok.

“Awak nak makan apa-apa tak?” Aku bertanya.

“Tak, abang nak makan ke?” Mira bertanya lembut. Dah tiada tangisan pada wajahnya.

“Tak lah, saja tanya, mana tahu awak lapar ke.” Aku berdalih. Kalau boleh aku tak nak susahkan dia, dah lah dia ada kandungan extra lagi yang nak kena pikul.

Masa tengah layan satu movie ni, ada babak lucah yang agak panjang. Aku terlupa yang masa tu aku tak pakai apa-apa melainkan kain pelekat je. Secara tak langsung asset aku nek. Mira pulak memang tengah baring atas riba aku, jadi aku yakin sepenuhnya yang dia dapat rasa.

“Abang.”

“Ye?” Aku cuba bersuara macho, nak hilangkan rasa malu aku. Mujur aku dilahirkan dengan muka yang agak ketat, jadi lakonan aku boleh dikira menjadi jugaklah.

“Kalau abang nak saya tolong, abang cakap je.” Mira memalingkan kepalanya ke arahku. Aku memang tak sangka dia akan cakap macam tu. Nampak gaya aku tak boleh judge dia berdasarkan personality luaran dia semata-mata.

“Tolong apa?” Aku sengaja buat-buat tak faham. Aku cuba buat mimic muka blur tapi senyuman kat bibir aku dah tak dapat dilindungi lagi.

“Yang ni.” Mira menekan kepalanya di atas riba aku, terasa jugaklah asset aku.

“Mira nak tolong macam mana?” Aku pura-pura tanya. Walaupun aku nak, kalau boleh aku tak nak bebankan dia.

“Mira boleh guna tangan, tapi kalau abang nak lebih, Mira cuba.” Aku perasan penggunaan kata ganti diri pertama Mira dah mula berubah.

Masa tu aku terfikir betapa ‘what the fuck’ nya situasi yang tengah aku alami, aku cuma layan dia dengan baik je dan dia dah rela nak puaskan nafsu batin aku. Dalam masa yang singkat, aku cuba fikirkan apa pro dan con kalau aku terima tawarannya. Setakat yang aku lihat, aku cuma nampak bahagian pro lebih tinggi daripada con.

“Why not.” Aku bersetuju dengan cadangan Mira.

Aku rasa tak perlu la apa yang berlaku antara aku dengan Mira, ia cuma satu handjob yang simple. Tapi agak lama jugak nak setel, mungkin sebab aku tak bernafsu sangat pada mulanya. Aku ada terbaca yang mood perempuan kalau mengandung berubah-ubah, sekejap leh jadi caring, sekejap leh jadi sangap tak tentu pasal.

“Awak tak nak tidur dulu ke?” Aku mengusap lembut kepalanya selepas urusan aku tadi selesai.

“Jap gi.” Mira berkata manja. Dia baring dekat atas riba aku balik. Aku tak faham macam mana dia boleh tahan dengan bau air mani aku.

Tak lama lepas tu Mira tertidur atas pangkuan riba aku, masa tu aku tak sure pukul berapa tapi aku pun dah mula mengantuk balik. Mungkin sebab tenaga aku dah banyak habis masa dapat special service tadi. Aku habiskan dulu movie yang aku tengah tengok sebab rasa malas pulak nak tengok sekali lagi.

Aku angkat Mira ke katilnya, tak boleh nak biarkan dia tidur dekat ruang tamu sorang diri. Mujur badan dia agak ringan, jadi tak susah sangat aku nak angkat dia masuk dekat dalam bilik tidur. Cuma aku kena hati-hati sikit sebab tak nak bagi kepalanya terhantuk kena dinding, dah lama aku tak angkat orang gaya superhero ni.

Masa aku dengan bekas awek aku dulu, Mira jugak, jarang sekali aku dukung dia macam ni walaupun kitorang baru lepas main. Aku tak faham macam mana nama dorang boleh sama, mungkin ini takdir untuk diri aku. At least Mira yang aku dapat kali ni lebih sweet dan serba boleh kalau nak dibandingkan dengan Mira sebelum ni.

Lepas aku selimutkan dia, aku balik ke bilik aku. Aku ambik keputusan nak layan facebook dulu, nak tengok jugak info semasa yang boleh aku cari. Tapi kebanyakan post yang aku nampak dalam timeline aku pasal feminis je. Mujrlah golongan ni banyak aktif dekat luar negara je, bukannya dekat Malaysia.

Dalam aku skrol timeline yang dipenuhi dengan post feminist, aku terbaca post member aku yang berasal daripada Sepanyol. Dalam post bergambarnya, ada satu pic yang menunjukkan feminis berjalan beramai-ramai tanpa memakai pakaian kecuali seluar dalam, badan mereka pula dibasahi dengan cat hitam yang tertulis perkataan yang aku langsung tak boleh baca. Mereka memegang sepanduk sambil menjerit.

Caption This is not real feministada dalam pic ni.

Dalam satu gambar yang lain pula, actually gabungan pic lama menunjukkan gambar tokoh wanita era peperangan dulu. Aku kenal sebahagian kecil dari mereka. Ada satu caption juga di situ yang berbunyi,

This is real feminist

Aku bersetuju dengan pendapatnya, golongan feminis sepatutnya memartabatkan maruah mereka bukannya melakukan perkara semata-mata untuk publisiti murahan. Tapi itulah manusia, popularity merupakan sesuatu yang penting bagi mereka. Tak mustahil ramai generasi mereka yang makin dungu dan sanggup berbogel semata-mata untuk perkara yang tak masuk dek akal fikiran manusia.

Aku lihat jam, dah hampir pukul tiga pagi, aku teringat solat yang aku sengaja tinggalkan hari ini semata-mata nak menikmati tidur petang. Alang-alang aku takder nak buat apa, aku rasa lebih baik aku qada’ dulu solat aku. Dengan malasnya, aku melangkah ke bilik air untuk berwudhuk.

Kadang-kadang aku tak faham dengan diri aku, aku masih lagi buat benda yang dilarang iaitu seks untuk kepuasan diri. Tapi aku tetap buat perkara wajib, bertangguh tu cerita kedua la. Ada member aku pernah tanya, aku tak rasa bersalah ke. Jujur aku cakap, aku langsung tak rasa bersalah sebab ia macam satu keperluan bagi aku.

Setakat ni aku boleh cover perangai aku yang suka main ni, mujur aku bukan jenis yang kaki sangap. Masa aku nak angkat takbir, baru aku teringat yang aku baru melancap tadi. Terpaksalah cancel solat balik. Aku capai kain tuala dan mandi dalam air shower panas, nak mandi air sejuk aku tak mampu waktu malam dingin macam ni.

Lepas aku dah setel dengan mandi wajib ni semua, aku setelkan qada’ solat aku yang agak penat nak buat dalam satu masa. Tapi nak bising tak boleh sebab salah aku sendiri jugak, tak nak ikut jadual yang dah sedia ada. Dengan kesepian malam, aku selesaikan kesemua solat aku yang tertangguh.

“Apa aku nak buat sekarang ya?”

Masa yang ada sebelum waktu pagi agak panjang jugak, biasanya aku habiskan masa ni dengan buat coding tapi sebab coding aku dah siap dan aku takder task baru, malam ni dirasakan agak boring. Aku malas nak kacau Mira yang tengah tidur dekat dalam bilik dia. Walaupun aku tak tau macam mana rasanya mengandung, tapi aku yakin perempuan yang mengandung perlukan banyak masa rehat dan kasih sayang.

Aku ingat nak lepak dekat luar tapi takder member pulak nak ajak, kalau ada pun rasanya dorang dah nak blah sebab matahari dah nak terbit. Nak pergi ke kelab malam bukan style aku sebab aku tak suka bunyi bising yang melampau.

Ada je member aku yang pernah ajak aku pergi ke kelab masa aku duduk uni dulu, sekali je aku pernah join. Masa aku pergi dulu pun sebab member aku yang sorang tu takder teman nak lepak kat kelab. Alasan dia pergi kelab masa tu sebab dia nak layan whiskey, katanya dah sebulan kempunan.

Aku jenis yang tak layan minuman keras, mungkin sebab aku masih ada iman dan pegangan yang agak kuat. Dari zaman sekolah lagi, aku setkan dalam kepala kalau aku nak langgar hukum agama pun, aku cuma nak seks je dan aku takkan pergi lebih dari tu. Itu yang buat member aku berjaya pancing aku teman dia pergi kelab malam, perempuan.

Aku ingat lagi kali pertama aku hilang teruna aku pada perempuan, dia ialah seorang pelacur di Chow kit. Masa tu aku noob lagi, silap aku pulak kawan dengan member yang jenis suka cucuk aku. Atas usaha member-member aku, dorang kenalkan aku dengan seorang pelacur untuk seks selama sejam dengan bayaran RM30 je.

Aku yang tengah sangap terus terima offer tu walaupun aku tahu risiko untuk kena penyakit kelamin agak tinggi. Dapat pulak offer pancut dalam, lagilah aku nak. Tapi masa tengah main tu, aku dapat tahu yang dia ni baru beranak dan sering kena pukul dengan bapak ayam dia. Hilang terus mood aku nak main, tapi sebab tak nak bazirkan duit aku layan jugak sampailah aku pancut.

Itu dulu, zaman aku masa nak kenal erti kejahatan. Sekarang, aku cuma dambakan kasih sayang dari makhluk bernama wanita.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku