Siri Kak Senah: Misteri Kasih Mansion
BAB 7
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2016
Ini bukan cerita seram tapi cerita misteri (kot.. haha) :P Terima kasih sudi baca.. :) ps: faham ke Kak Senah punya super power tu? -.-
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
229

Bacaan






BAB 7

"ARIA pergi dulu Auntie." Aria melangkah ke pintu. Pagi itu dia ke sekolah dengan menaiki bas sekolah yang akan menjemputnya di perhentian bas di hujung simpang. Disebabkan jaraknya dengan rumah AuntieLaila agak dekat,Aria hanya sekadar berjalan kaki sahaja menuju ke perhentian bas.

"Nanti sekejap Aria." AuntieLaila menahan. Wanita yang dah lengkap berpakaian untuk ke tempat kerja itu, tergesa-gesa menuruni anak tangga.

Aria tak jadi mengorak langkah. Dia bepaling. Dahi sedikit berkerut. "Auntienak bagi duit belanja tambahan ke?" guraunya sambil tersengih.

AuntieLaila hanya mencebik sebagai respon. Membuatkan sengih Aria bertambah lebar. "Auntieharap kamu baik-baik sahaja dekat sekolah." Sepasang keningnya yang elok terbentuk terangkat naik memandang wajah anak kakak sepupunya itu.

"Okay je. Tak ada apa-apa masalah." Aria menjawab.

Mata AuntieLaila mencerun.

"Betul. Aria okay. Tak ada apa-apa masalah. Sumpah." Tangan kanan ditegakkan ibarat orang berikrar.

AuntieLaila menghelakan nafas kelegaan. "Kalau macam tu baguslah. Kekal macam ni. Auntietak nak ada apa-apa masalah timbul." Nada suara wanita itu penuh dengan amaran.

Aria membalas dengan mengangkat dua jari ke dahi. "Roger that."

"How's he?" Teragak-agak AuntieLaila bertanya setelah diam untuk beberapa ketika.

Aria yang dah mula melangkah, terhenti lagi. Dia berpusing. "He's fine."

Melihatkan riak wajah AuntieLaila.. Aria menyambung kata, "Annoying. Suka buat ikut kepala dia je." Senyum pahit dihulurkan. Auntie Laila mengangguk-angguk seolah apa yang Aria huraikan tentang saudara kandungnyaadalah sesuatu yang dah diagak. Apabila melihatkan AuntieLaila diam di muka pintu, Aria berpusing lantas berjalan pergi.

Tatkala dia sedang membuka pagar, suara AuntieLaila menyapa pendengaran. "Aria.. jangan rapat sangat," pesan AuntieLaila.

Aria mengukir senyuman hambar sebelum menghilang di sebalik pagar menuju ke perhentian bas.

****

"Aria.. GPK HEM nak jumpa." Aya sampaikan pesanan elok sahaja kaki Aria mencecah lantai kelas.

Dahi dia berkerut. Otak cuba mencerna sebab-musabab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid nak berjumpa dengan dia. Tak semena-mena wajah KP melayang di ruang mata. "Ughh."

Aya mengangkat kening.

"Aku mana ada buat apa-apa salah minggu ni." Aria berkata menjawab pertanyaan tanpa suara Aya.

Aya tersengih menayang barisan gigi yang putih bersih. "Tak buat salah, buat apa nak takut. Pergi jelah jumpa. Jangan buat cikgu tertunggu-tunggu pulak. Nanti dari tak ada apa-apa.. terus jadi bermasalah."

Aria mengangkat dua jari ke dahi. "Ai..ai captain."

Dalam perjalanan menuju ke bilik GPK HEM.. Aria memaksa otak bekerja mengingat kalau-kalau ada salah laku yang dia terlepas pandang. Tiba di depan pintu bilik GPK HEM.. dia mengalah. Tak boleh nak memikirkan walau satu kesalahan yang dilakukan.

Tapi hati dah berdetak tak enak, menyimpulkan tuduhan yang ini semua berkait rapat dengan Adam Rayyan.

Teragak-agak Aria mengetuk pintu lantas melangkah masuk apabila diberi kebenaran. Turut bersama dalam bilik GPK HEM itu, Zain setiausaha MPP. Apabila mata keduanya bertentang, Zain mengukir sebuah senyuman. Lebar.

Aria membalas. Hati sedikit lega kerana bukan KP yang dia nampak dekat situ. Tapi tetap sahaja tak lega sepenuhnya mengenangkan yang Zain juga merupakan ahli MPP dan daripada apa yang dia perhatikan; kawan baik KP.

"Cikgu nak jumpa saya?"

Cikgu Borhan, GPK HEM yang bertubuh agak gempal memandang Aria dengan senyuman di bibir. "Nak jumpa semua ketua kelas tingkatan lima sebenarnya ni. Tapi..tak apa lah. Kita mula dengan kelas kamu dahulu. 5 Sastera kan?" Cikgu Borhan membelek-belek helaian kertas di atas meja.

"Ya, saya." Aria lega. Semua ketua tingkatan lima dipanggil rupanya. Maknanya ini bukan berkaitan dengan masalah disiplin dirinya.

"Baiklah.. macam ni sebenarnya." Cikgu Borhan berdehem membersihkan tekak. "Memandangkan kamu semua nak SPM tahun ini, sekolah bercadang nak buat sesuatu yang baharu sebelum peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Setiap kelas akan bekerjasama dengan Majlis Persatuan Pelajar untuk jayakan program ini. Pengetua pun dah lantik beberapa orang guru setiap mata pelajaran untuk membimbing kamu semua sepanjang program dijalankan." Cikgu Borhan berjeda. "Err..lebih kurang program mentor mentee lah ni. Tapi bezanya ini antara MPP dan kelas-kelas tingkatan lima yang terlibat. Dan akan dipantau oleh guru berkenaan. Ini juga merupakan percubaan pertama. Bermaksud yang kamu semua merupakan perintis kepada program ini. Kita tengok dahulu macam mana, kalau berjaya dengan cemerlang.. kita akan teruskan untuk tahun-tahun kemudian. Insya-ALLAH."

Aria diam mendengar tetapi dalam hati dah buat sommersault. Oh my, this doesn't sounds good.

"Ketua kelas dan setiap ahli MPP akan bertanggungjawab menjadi ketua yang memimpin sepanjang berlangsungnya program ini. Ahli MPP tingkatan lima ada berapa orang Zain?"

"Termasuk KP ada lima orang, cikgu. Yang lain-lain dah direhatkan." Zain tersengih lucu.

Aria turut tersengih mendengarkan perkataan yang digunakan Zain. Dah menjadi tradisi sekolah itu, selepas peperiksaan pertama, ahli MPP tingkatan lima yang tak memegang jawatan penting akan direhatkan dan hanya bertugas untuk membimbing ahli MPP tingkatan empat yang mengambil alih tugas mereka.

"Dan kita ada lima buah kelas tingkatan lima. Just nice. Nanti saya akan suruh ahli MPP tingkatan empat ambil alih kerja-kerja MPP. Memandangkan mereka masih dalam mode honeymoon.." Cikgu Borhan senyum. Disambut gelak Zain.

Aria teringatkan Sofean. Entah kenapa ketika ini dia berharap benar yang budak itu merupakan ahli MPP. Honeymoon sangat kan?

"Baiklah..itu sahaja. Nanti lepas dah arrange kan kelas dan ahli MPP yang terlibat, saya akan panggil kamu balik."

Aria meninggalkan bilik GPK HEM dengan perasaan yang tak enak. Entah kenapa dia dapat merasakan yang sesuatu yang dia tak suka bakal berlaku. Geh! Lima orang ahli MPP dan lima kelas. Patut ke dia letak jawatan je?

Walaupun Aria merupakan murid baru, dia dijadikan ketua kelas oleh pelajar tingkatan 5 Sastera mainlysebab alasan itu. Mereka tidak mempunyai ketua tingkatan yang tetap. Jawatan itu bertukar di tangan setiap pelajar kelas itu. Bila ditanya sebabnya, kerana masing-masing tak nak memikul tanggungjawab sebagai ketua kelas. Malas. Menyusahkan.

Pelajar terakhir yang menjawat jawatan itu sebelum Aria pindah masuk adalah Haikal. Dan bila Aria muncul dengan pantasnya budak lelaki itu memindahkan beban ke bahu Aria.

Dia tak kisah sebenarnya. Bukanlah nak cakap dia gila kuasa ke apa. Tetapi dengan menjadi ketua kelas tingkatan 5Sastera, secara tak langsung Aria dapat membuktikan kepada AuntieLaila yang dia seorang bertanggungjawab dan tak akan buat benda yang bukan-bukan serta berpegang pada janjinya untuk tidak menyusahkan AuntieLaila.

Tapi sekarang, niat baik dia seolah menjadi tali yang bakal menjerut leher sendiri.

***

"Semalam KP pengsan." Aria cakap dengan Sofean. Straw air kotak digigit-gigit dengan minda yang menerawang entah ke mana. Mereka bertapa di padang, waktu rehat. Ini pun baru dia menemui Sofean -bersandar di bawah pokok- setelah jenuh mencari di sekitar kawasan sekolah.

"So?"

"Kau tahu ke kenapa dia boleh pengsan tiba-tiba macam tu?"

"Risau ke?" Sinis nada suara Sofean.

"Kalau tak nak jawab, tak payah jawab. Nak sindir-sindir pulak."

Sofean mengangkat kening.

"Aku curious. Kau ada buat apa-apa ke dekat dia?"

Diam. Sofean tak berkata apa-apa untuk suatu jangka masa membuatkan Aria berpaling. "Kau buat aku marah, Kak."

Aria terkebil-kebil. Tak menyangka itu pula yang keluar dari mulut Sofean. "Sorry." Dia tak tahu nak cakap apa lagi.

"Kau kena ingat.. yang tak semua apa yang Rayyan buat tu aku ambil kisah. Dan hidup aku tak berputar seputar kewujudan dia sahaja."

"Tapi kau cakap.." Suara Aria menghilang dibawa angin.

"Yang aku benci dia? Yes indeed. Tapi tak bermakna aku nak sibukkan hidup aku dengan hidup dia dua puluh empat jam kan?"

Aria merenung Sofean. Lepas tu dia mengeluh. "Fine. Aku minta maaf. Cuma, aku nak tahu je kenapa dia pengsan semalam. Hari ni pun dia tak datang sekolah. Kalau aku dah buat kau marah, aku betul-betul minta maaf." Dia bangun. Seragam sekolah dikibas-kibas. Aria nak melangkah pergi tatkala Sofean bersuara,

"Mungkin sebab alergik."

"Huh?"

Sofean mengeluh pendek. Dia turut bangun. "Dia punya baju kena basuh guna pencuci khas. Tak boleh guna sabun pencuci sembarangan." Senyum si kucing Cheshire dalam cerita Alice in Wonderlandterukir dibibirnya. "And I might accidentally.. tertuang sikit sabun baju aku dalam cucian dia. Daa. Bye Kak." Sofean mengenyit mata kiri lalu berjalan pergi meninggalkan Aria.

Geh..so much for 'hidup aku tak revolve around hidup dia'.

Aria menghela nafas. Lepas tu dia tersengih jahat. Oh well. You get what you deserveAdam Rayyan. Rasa marah dia sebab kena tuduh hari tu sedikit berkurangan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 | BAB 6 | BAB 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku