Bunga Cinta Yang Tak Akan Layu
Bab 3
Genre: Alternatif
Kategori: Alternatif
Paparan sejak 17 November 2016
Aku memiliki kisah duka tetapi jalan mencari cinta sejati masih terbentang luas. Aku bahagia dan kau orang juga akan bahagia jika kita bersama-sama mengejar cinta yang suci. Raikanlah cinta yang dianugerahkan ini :)
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
569

Bacaan






“Kau tak patah hati ke?”

“Habis tu, kau sedih tak?”

“Dah move on ke?”

Tipulah kalau aku kata aku tak ada langsung rasa hiba. Kepatahan hati aku ni pun boleh sembuh. Daripada hati yang rapuh dan berkecai-kecai boleh bercantum semula. Apabila bercantum, ia menjadi keras dan mantap. Namun janganlah kau orang memiliki hati yang begitu keras sampaikan tidak mahu menerima orang lain dalam hidup. Sekiranya bunga cinta kau untuk orang lain sudah layu, tanamlah bunga yang baharu. Bersabarlah. Bunga yang mahu menguntum mekar juga perlukan masa.

Dalam masa yang sama, tidak perlulah mengenang dan menangis serta meroyan sehingga berbulan-bulan. Cuma aku mahu ingatkan, jika kita ada terasa dengan sesiapa, maafkanlah sesiapa itu. Percayalah, apabila kau orang memaafkan orang lain, kau orang dapat rasa hati ini tenang. Hidup tentunya rasa bahagia dan lancar. Namun jika kau orang hanya melupakan seseorang itu tanpa memaafkannya, hati kau orang sendiri yang akan derita. Dalam otak pasti tiada langsung informasi mengenai dia tetapi hati kau?

Pesanlah juga pada diri sendiri bahawa jangan terlalu asyik menabur benih harapan kepada orang lain. Begitu juga jangan terlalu berharap. Dengan permainan si putera palsu, aku mulai sedar. Aku patut menjaga hati dan menjaga cinta ini sebaik-baiknya. Cinta itu terlalu luas. Aku benar-benar buta ketika dulu. Tentunya mengejar cinta Ilahi lebih bermakna dan kekal abadi.

Walaupun si putera impian palsu menghancurkan angan-angan yang hampir dibina, aku masih berdiri teguh dan berbaik-baik dengannya. Jangan jadi lemah dan melayan sangat emosi pilu. Biasalah, semua orang pasti membuat kesilapan. Betapa teruknya seseorang menyakiti diri, jangan lupa untuk mendoakan orang yang telah menyakiti kita serta memaafkannya. Doakanlah perkara-perkara yang baik untuknya. Jangan pernah simpan perasaan dendam ataupun benci. Jika kau orang ada menyimpan perasaan benci, hati kau orang pasti tidak akan tenteram.

Di sini juga aku ingin menjelaskan hal "what goes around, comes around". Jika sekarang kita ada mempermainkan perasaan orang lain, di masa akan datang mungkin orang lain pula yang akan mempermainkan kita. Sungguh ia berlaku. Aku ada juga memerhatikan putera impian palsu selepas dia meninggalkan aku. Sampaikan ada juga dia menyatakan rasa maaf dan penyesalannya. Kali ini, gadis lain yang dia benar-benar percaya dan sayang pula yang meninggalkan dia. Sudah gadis yang ke berapa, aku juga tidak tahu. Bertukar-tukar pengganti dalam hatinya dan semuanya tidak kekal lama.

Apa-apapun semoga dia bertemu dengan jodohnya. Aku pun tidak teringin lagi menjadi buta seperti dulu. Tidak mungkinlah aku masih terhegeh-hegeh mengejar dia. Kadang-kadang, aku tak faham dengan mereka yang sanggup buat benda-benda yang tak baik hanya kerana untuk mendapatkan seseorang. Cukuplah hanya mendoakan kebahagiaan dia. Namun kalau kau orang memang ada perasaan yang betul-betul mendalam terhadap seseorang, doakanlah kau dan dia berjodoh. Kalau memang dia ditakdirkan untuk kita, bersyukurlah.

Sabar dan sabar. Jika seseorang itu tidak menjadi milik kita, terimalah kenyataan. Jangan meroyan lebih-lebih. Pasti ada lebih baik yang Allah telah rancangkan untuk kita. Dan sekiranya kita menyimpan perasaan sayang ataupun cinta terhadap seseorang, tentunya hal itu tidak berbalas ataupun dihancur-hancurkan. Bagaikan bertepuk sebelah tangan. Sedih. Tetapi apabila letakkan hati ini dan menanam cinta kepada Allah, percayalah bahawa kita tidak akan rugi. Allah akan membalasnya dengan mencintai kita kembali. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sedarkah aku dan kau orang bahawa Tuhan begitu mengasihi kita?

Kadangkala aku alpa dan leka di dunia ini. Sudah cukupkah cinta kita kepada Allah? Adakah kita sering ingat kepadaNya?

Dalam sehari, aku masih tertanya-tanya dengan diri sendiri. Cukupkah amalan aku hari ini? Setiap langkahku pada hari ini, adakah aku ingat kepadaNya? Aku benar-benar malu dengan diri sendiri pada masa dahulu yang buta dengan cinta manusia. Aku kabur dengan cinta yang lebih agung. Padahal Allah yang telah menciptakan aku, melimpahkan begitu banyak nikmat, melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi, menimbulkan sifat kasih sayang dalam diri serta melengkapkan aku dengan hati dan perasaan.

Setiap kali aku terjaga daripada tidur yang lena, aku masih boleh menghirup nafas segar. Limpahan rezeki buat diri sendiri. Masih ada keluarga, sahabat yang saling menyayangi. Rezeki yang dikurniakan begitu luas.

Cuma aku sendiri. Diri aku. Hati aku. Aku yang menentukan sama ada aku mahu berbuat baik atau berbuat jahat. Hati aku sendiri juga yang memilih untuk menyayangi sesiapa…

Alhamdulillah, aku berasa sangat bersyukur dengan datang dan perginya putera impian palsu. Kerapuhan hati yang menjengah bertambah-tambah menjadi kuat. Hari ini lebih baik dari hari-hari yang dulu. Hati aku tidak bergelodak untuk terlalu mencintai manusia. Buat mereka yang patah hati dengan cinta mahupun merasakan dirinya "forever alone" kononnya, sedarlah bahawa masih ramai yang menyayangi diri kau orang. Sedarlah, Allah juga sentiasa ada buat kau orang. Tuhan tetap ada ketika kau orang sedang bahagia ataupun berduka. Saat kau tiada bahu untuk bersandar, masih ada lagi tempat untuk bersujud. Maka berusahalah untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Menurut sabda Rasulullah s.a.w,

“Sesiapa yang keadaannya pada hari ini lebih baik dari semalam maka dialah orang yang beruntung. Sesiapa yang hari ini sama dengan semalam, maka dialah orang yang rugi. Sesiapa hari ini lebih buruk dari semalam, maka dialah orang yang mendapat kutukan.”

Kejap…macam mana untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam? Bagaimanakah cara untuk move on? Senang sahaja. Lakukanlah lebih banyak amalan yang baik. Tidak perlu berpatah balik kepada sesuatu yang membuatkan kau orang berduka dan banyak lagi. Siramlah diri kau orang dengan perkara yang membahagiakan. Namun masing-masing ada cara yang tersendiri. Begitu juga dengan aku…




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku