Fikrah Hamra
Bab Fikrah Hamra 1
Genre: Islamik
Kategori: Novel
Paparan sejak 19 November 2016
Hamra seorang sunti yang sedang belajar di luar negara. Teman serumah Hamra tidak seperti yang dijangkakan. Seorang lelaki?! Aisya, sahabat Hamra merasakan sesuatu perlu diperbetulkan! Aisya tidak mahu Hamra terus leka. Tapi bagaimana?
Penilaian Purata:
459

Bacaan






SEJUK. Udara dingin di luar masih terasa. Masih terjuntai di mata butir-butir salji yang berpuput lembut. Sejuk dan comel.

Buat Aisya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke negara orang, tentulah teruja sekali reaksinya. Agak melampau dan kebudak-budakan pun ya. Tapi tidaklah Hamra sanggup mentertawakan Aisya. Biasalah. Kalau dikatakan jakun terang-terangan nanti, jauh hati pula sahabatnya itu. Walaupun hakikatnya Hamra sudah ketawa habis-habisan di dalam hatinya.

Apabila Aisya cuba meniru aksi watak di dalam drama yang menjelirkan lidah untuk merasai butir salji yang terbang turun menyentuh deria rasa, Hamra sudah terhinjut-hinjut tubuhnya menahan ketawa. Kalau tidak ditahan, boleh ketawa lepas Hamra. Hilang keayuan seorang Hamra kelak. Aksi Aisya itu benar-benar seperti seorang kanak-kanak bawah umur. Terus menenggelamkan seorang Aisya yang elegan dalam kesopanan gadis Melayu yang sentiasa pemalu.

Sebelum mereka berdua masuk ke dalam bangunan yang tersergam tinggi itu, sempat Aisya berpusing-pusing menari di bawah renyai salji sambil mendepakan tangan. Dia kelihatan sangat gembira. Sangat bahagia.

Aduhai Aisya...

“Masa kau panjang lagi kat sini. Setiap hari kau boleh ‘mandi’ salji!” Hamra mengeluh.

Aisya menjelirkan lidah kepada Hamra. Akibat kegeraman dan malu kepada orang yang keluar masuk bangunan itu, Hamra menarik keras tangan Aisya yang seperti hilang malu itu.

Behave please!” Tegas Hamra mengarah.

Aisya turutkan jua apabila ada seorang pemuda bermata sepet memandangnya pelik, aneh akan reaksi terujanya barangkali. Pada awalnya Aisya memang menunjukkan tanda-tanda memberontak. Lain benar sikap Aisya sejak dia sampai di sini. Apakah ini yang dikatakan kejutan budaya? Aduh, berat nanang!

Selepas menaiki lif dan berjalan beberapa langkah, Aisya dan Hamra tiba di hadapan sebuah pintu kayu. Selepas Hamra menyentuh beberapa nombor pada alat keselamatan yang terletak di tepi pintu itu, terdengar bunyi pintu dinyahkunci. Tombol pintu dipusing sedikit dan pintu terkuak.

“Masuklah... Selamat datang ke rumah kecil aku” pelawa Hamra ramah dengan wajah comelnya.

“Terima kasih. Besarnya rumah kau! Kau tinggal sorang ke? Banyak duit kau!” kondominium Hamra dilihat penuh kagum.

Kot berbulu dan tebal yang dipakai tadi disangkutkan ke penyangkut yang tegak berdiri.

Hamra ketawa kecil. “Tak lah. Aku tinggal dengan housemate aku”

“Oh okay” Aisya masih tidak puas tengok ‘rumah kecil’ Hamra.

Aisya baru tiba dari Malaysia. Dia baru dapat tawaran sambung belajar di bumi asing ini. Manakala Hamra sudah agak lama berada jauh dari Malaysia. Sejam lepas, Hamra menjemput Aisya dari lapangan terbang. Terus dibawa Aisya ke kondominiumnya. Keesokkan hari, Hamra akan menemani Aisya melihat-lihat universiti yang bakal menjadi medan belajar Aisya .

“Jemputlah duduk. Aku buatkan air sekejap. Kau nak air apa?”

“Ermmm... air apa-apa pun boleh. Hehe...” Aisya buat mimik comel. “Mana housemate kau?” tanya Aisya selepas dia melabuhkan duduk.

Hamra mendongak melihat sekeliling rumah sebelum menjawab. “Entah, dia keluar kot. Tak pun dalam bilik dia”

“Kau tak rapat ke dengan housemate kau?”

“Kenapa kau tanya?” Hamra membawa dua biji mug berisi air coklat panas. Nyaman terasa kalau minum coklat panas dalam cuaca sejuk bersalji begini.

“Saja tanya” pendek jawapan Aisya.

Kedengaran pintu bilik di hujung sana terbuka. Seorang pemuda keluar menghampiri. Terbuntang mata Aisya. Mujurlah dia masih berhijab! Kalau tidak, naya!

“Hamra, aku keluar pergi beli barang kejap. Kau nak apa-apa tak?” tidak beriak wajah pemuda itu bertanya dalam bahasa Mandarin.

“Ermmm... belikan aku gula-gula sebungkus. Itu sahaja. Thanks” Hamra senyum tanda terima kasih. Tetap juga menjawab dalam bahasa tempatan.

“Oh, kenalkan ini kawan aku dari Malaysia. Aisya namanya” tangan Hamra menunjuk kepada Aisya.

“Aisya, ini Wafiy”

Hello Aisya, nice to meet you. Got to go now. Bye

Aisya hanya mengangguk hormat tanpa melihat kepada pemuda yang bermata sepet bernama Wafiy itu.

Tertutup sahaja pintu utama kondominuim itu, terus meluncur soalan daripada Aisya.

“Siapa tadi?” Nada suara Aisya sudah lain.

Memanglah Abu Hurairah r.a. menyampaikan sabda Rasul bahawa berprasangka baik termasuk ibadah yang baik, tapi dalam situasi ini, bagaimana hendak berprasangka baik?!

Wajah Aisya penuh curiga. Tajam memandang Hamra. Manakala Hamra hanya bereaksi selamba.

Well...

Hamra menyandarkan belakang kepada sofa. Dengan tenangnya dia menjawab.

“Dia housemate aku”

What?!”

Kuat Aisya menjerit.

Hamra gigit bibir bawah. Dia sudah menjangkakan ekspresi Aisya. Sempat matanya menjeling ke tepi melihat Aisya yang sesungguhnya tidak dapat menerima berita itu.

“Kau waras tak? Kau sedar tak ni?!”

Hamra diam sebelum menjawab. “Aku tak gila lah”

Sempat dia menyisip minuman coklat panasnya.

“Habis apa yang kau buat ni tak gila?!” Nampak benar Aisya marah.

Hamra mendengus. “Well, aku cuma duduk serumah dengan dia je. Bukan sebilik pun”

Aisya menggeleng tidak percaya. Benarkah ini Hamra sahabatnya? Lancang sekali lidah bertutur! Oh Tuhan, sudah kiamatkah dunia?

“Kau tahu, Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya seperti lembu memainkan lidah!”

Hamra hanya diam.

“Apa yang kau dah buat ni Hamra?” Soalan retorik dari mulut Aisya. Jelas kekecewaannya.

“Aku ingat housemate kau perempuan. Sebab... Sebab mana ada perempuan tinggal dengan lelaki bukan mahram! Kalau ada pun, married couple saja” Aisya urut dahinya, cuba menenangkan diri.

Hamra diam lagi.

“Hamra, apa yang kau fikir? Hamra, jawab soalan aku!” Aisya mendesak.

Hamra mencembungkan pipi sambil mata memandang Aisya. Kemudian mengeluarkan udara panas dari mulutnya tanda mengeluh.

“Betul kau nak tahu? Aku takut kau tak boleh terima nanti” Hamra meminta kepastian.

“Kalau kau tak cerita, aku keluar dari rumah ni sekarang!” Aisya mengugut.

Okay keluarlah. Banyak anjing liar malam-malam ni!”

“Aku keluar sekarang!” Aisya nampak nekad.

Okay, aku cerita!” Pantas tangan Aisya yang sudah mahu berdiri disambar.

Risau pula Hamra akan Aisya itu. Sudahlah baru sampai sini. Ada hati nak berkeliaran di luar. Cuaca sejuk pula itu.

“Kau... dah terlanjur dengan dia ke? Sampaikan duduk sekali ini?” Nada Aisya kini berubah menjadi lebih lembut. Nada simpati mungkin.

“Kau rasa?”

Aisya membuntangkan mata.

“Kau jangan buat onar Hamra!” tinggi dan keras nada suara Aisya.

Terpejam mata Hamra mendengar nada tinggi yang membingitkan gegendang telinganya itu.

“Betul ke?” suara Aisya kembali lembut. Anak mata Hamra ditatap dengan empati. Sungguh dia cuba untuk memahami situasi sahabatnya itu tetapi masih belum mampu.

Hamra pandang Aisya lama sebelum meletus ketawanya.

“Kau ni! Aku masih belum segila itu lah!”

“Habis?”

Hamra sambung ketawa.

“Kau jangan buat aku ternanti-nanti...” Suara berbaur ugutan dari Aisya.

Okay, aku cerita sekarang. Begini...”

Tekun Aisya mendengar cerita Hamra. Berkerut-kerut dahinya cuba menghadam. Sebentar bulat matanya, sebentar picing sepet pula.

“Kau tahu perkara ini masih salah bukan?”

“Aku tahu...” meleret jawapan Hamra.

“Kenapa tak nikah sahaja?”

Belum sempat Hamra membuka mulut, pintu utama rumah itu kedengaran terbuka. Pemuda yang bernama Wafiy itu melangkah masuk. Kemudian menyangkutkan kot tebalnya di penyangkut di tepi pintu.

I’m back. Ni gula-gula kau” bungkusan kecil berisi gula-gula itu dibaling kepada Hamra. Pantas Hamra menangkapnya.

Thanks

“Aku masuk bilik dulu”

Okay

“Dia tu muslim ke?” Tanya Aisya setelah dia yakin pemuda itu telah menutup pintu biliknya.

“Ya. Jadi kenapa?”

“Tak lah. Tak kan dia pun tak kisah...”

“Dia dah 6 bulan jadi housemate aku okay

Aisya diam. Dia tetap tidak dapat menerima perbuatan Hamra walau alasan apa sekalipun.

“Dia tu baik je. Murah je tangan dia belikan itu ini, tak pernah berkira pun. Pasal rumah ni, aku kongsi bayar duit sewa dengan dia. Kitaorang okay je”

Aisya mengeluh.

“Dah lewat malam ni, esok permulaan hari baru untuk kau. Rehatlah puas-puas”

Benar. Aisya perlukan rehat secukupnya. Dengan jet-lag nya. Apatah lagi tentang housemate Hamra itu. Aduh, pening sungguh!

Bersambung...

Jemput ke blog nureelimanina.blogspot.com



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku