WIRA
Bab 02
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
150

Bacaan






Argh!!!!!!! Jeritan Listari yang marah akan kebangkitan Wira. Teruk dirinya dibelasah oleh Faizal. Badannya berluka dan mengalir darah dari mulutnya.

“Tidak sangka dia adalah Wira. Aku perlu cari tempat perlindungan.” fikir Listari.

Dengan keadaan yang luka, dia menggagahkan dirinya untuk berjalan di dalam hutan tebal itu dan mencari tempat perlindungan. Akhirnya, hari sudah pun larut malam. Sudah lama berjalan dengan kesakitan yang amat. Riak wajah Listari langsung tidak manis. Perasaan marah dan dendam berbuak-buak di dalam hatinya. Dalam keadaan yang gelap di dalam hutan, dia terlihat sebuah gua. Dia tanpa berfikir panjang terus ke masuk ke gua itu. Dalam keadaan yang kepenatan, dia terlelap di dalam gua itu kerana keletihan tanpa merawat lukanya langsung.

Sementara itu di rumah Nek Timah, Faizal dan Laila masing-masing berdiam diri dan termenung. Nek Timah fikir mungkin mereka masih terkejut dengan apa yang terjadi. Nek Timah membancuh air kopi di dalam teko dan menghidangkannya kepada Faizal dan Laila yang berada di ruang tamu.

“Faizal, Laila. Cubalah bertenang. Perkara yang terjadi bukan kita yang tentukan. Ini semua takdir.” Nek Timah cuba menenangkan Faizal dan Laila.

Namun, mereka berdua bermasam muka sahaja. Langsung tidak berkata-kata. Nek Timah terus ke biliknya dan dibuka sebuah peti di dalam almari pakaiannya. Dikeluarkan sebuah catatan lama dari peti itu. Lalu Nek Timah ke ruang tamu semula.

“Baiklah. Biar nenek cerita perkara yang Faizal perlu tahu. Tapi, nenek rasa Laila juga perlu tahu. Cuba fahami apa yang nenek bacakan dari catatan lama ini.” kata Nek Timah.
Faizal dan Laila memandang dan mendengar bacaan Nek Timah.

“Cerita bermula apabila manusia tamakkan kuasa. Seorang yang terikut nafsu sehingga mahukan umat manusia binasa. Listari namanya. Seorang pemuda yang hitam hatinya. Kononnya, ingin menjadi tuhan dan menguasai alam manusia hanya dengan kuasa cincin saktinya. Segala porak –peranda kacau bilau umat manusia disebabkan oleh Listari dan konco-konconya. Banyak pertumpahan darah terjadi. Tidak kira tua atau anak kecil. Maka, seorang Pendita dari umat manusia bangkit berlawan Listari dan konco-konconya. Diciptanya 4 lagi cincin sakti dan diberi kepada 4 orang anak muridnya yang gagah dan berani. Maka lahirlah golongan wira yang menumpaskan Listari dan konco-konconya. Dalam pertempuran terakhir, golongan wira menggunakan cincin sakti sebagai kunci kurungan Listari. Terkurunglah dia berkurun lama.” bacaan Nek Timah.

Faizal dan Laila hanya mengeluh. Mereka merasakan seolah-olah mereka berdua telah mensia-siakan usaha wira-wira terdahulu.

“Nenek... Faizal sebenarnya rasa bersalah sebab Faizal yang cabut cincin kunci kurungan. Cincin ini nenek. Faizal yang mencabutnya.” kata Faizal sambil menunjukkan cincin sakti kepada neneknya.
“Tak Faizal… Aku yang salah dalam hal ini. Kalau aku tak terhasut dengan suara Listari.” keluhan Laila.
“Sudah tu… Kamu berdua sampai bila nak jadi macam ini? Bermasam muka tak bersuara. Kamu berdua tak bersalah. Ini takdir. Kamu Faizal adalah keturunan Wira. Kalau Listari bebas sebelum masa ini, mungkin ayah kamu atau arwah atuk kamu yang akan jadi Wira. Tapi, rasanya ayah kamu takkan terima tugas ni.” kata Nek Timah dengan agak marah.
“Kenapa pula?” tanya Faizal.
“Ayah kamu tak percaya benda-banda macam ni.” balas Nek Timah.
“Mana nenek dapat buku catatan ini?” tanya Faizal lagi.
“Orang tua yang meninggal tadi, adalah rakan nenek dan datuk kamu. Dialah yang berikan buku catatan ini pada nenek. Sebab dia adalah penjaga kurungan. Mereka dipilih mengikut keturunan sejak zaman dulu. Nenek diberi kepercayaan untuk simpan buku catatan ini. Maklumlah, orang lelaki mana pandai simpan barang.” jelas Nek Timah diselitnya gurau.
“Maafkan kami nenek. Kami tak dapat lindungi pak cik tu.” kata Laila menangis.
“Sudahlah tu Laila. Jangan menangis. Tak perlu menangis pun. Ini semua takdir. Kita terima saja Laila. Sekarang kamu berdua berehat dan tenangkan fikiran.” nasihat Nek timah dan lalu dia terus masuk ke bilik tidurnya.

Laila dari tadi asyik menangis. Faizal pula asyik membelek cincin sakti itu. Faizal tidak tahan mendengar Laila yang asyik menangis lalu diambilnya kotak tisu di atas meja lalu diberikan kepada Laila. Laila mengesat air matanya.

“Sudah Laila. Jangan menangis. Salah kita berdua semua ini terjadi. Aku dah fikir masak-masak. Aku akan jadi wira dengan cincin sakti dan kurungkan Listari semula. Aku kena tebus kesalahan yang aku dah buat.” kata Faizal.
“Aku pun sama. Aku pun akan bantu kau.” kata Laila sambil mengesat air matanya.
“Jangan! Biar aku sahaja yang lawan Listari.” kata Faizal.
“Faizal. Kau juga cakap yang kita berdua bersalah dalam hal ini. Jadi, kita selesaikan bersama.” tegas Laila.
“Tapi ingat Laila… Kita cari cincin sakti sama-sama. Tapi, biar aku yang lawan Listari. Memandangkan aku dah jadi wira, aku akan lindungi kau kalau apa-apa terjadi. ” kata Faizal.

Laila hanya mengangguk. Didatangi lagi Nek Timah ke ruang tamu semula.

“Faizal, Laila. Lupa nenek nak beritahu. Hutan yang kamu pergi tadi, bukannya hutan simpan. Itu hutan kampung. Hutan simpan dekat hujung kampung lagi.” kata Nek Timah
Mereka berdua tergamam mendengar penjelasan Nek Timah. Faizal berasa dirinya seolah-olah dungu kerana hinggakan destinasi hutan pun dia tersalah. Mungkin ini takdirnya. Maka, begitulah mereka berdua menenangkan keadaan dan diri mereka yang dalam kesulitan. Mulai esok pagi, mereka akan kembali ke hutan itu untuk mencari cincin sakti yang hilang.


Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku