WIRA
Bab 03
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
326

Bacaan






Di sebuah gua yang gelap gelita, Listari rebah. Cuba untuk bangun dan merawat lukanya. Dibacanya mantera untuk menyembuhkan luka. Kelihatan asap hitam berkepul-kepul menyelubungi tubuh Listari. Dibacanya manteranya terus menerus. Kelihatan luka-luka ditubuhnya kembali pulih sedikit demi sedikit. Namun, dirinya lemah kerana banyak tenaga yang digunakan olehnya untuk pulihkan tubuh.

“Aku tidak akan tewas ditangan wira-wira lagi. Sekarang cincin-cincin sakti yang lain mesti sudah berada ditangan keturunan wira-wira. Aku harus dapatkan cincin – cincin itu sebelum terlambat.” bisik hati Listari.

Di rumah Nek Timah, Faizal dan Laila bangun di awal pagi. Mereka berdua bersiap sedia untuk ke hutan itu semula. Tanpa berfikir panjang, mereka berdua terus bergerak ke hutan tanpa menjamah sarapan yang disediakan oleh Nek Timah. Nek Timah tidak boleh berkata apa jika itu kemahuan mereka walaupun Nek Timah menegah mereka untuk ke hutan itu semula. Namun, apakan daya bagi dirinya yang telah tua. Hanya kata-kata mampu diberi.

Faizal dan Laila pun tiba di jalan masuk hutan itu. Berdebar-debar hati mereka.

“Laila, kita pergi ke gua tempat Listari dikurung itu semula.” kata Faizal.

Laila hanya mengangguk. Lalu, mereka berdua pun masuk ke hutan itu dan pergi semula ke gua tempat kurungan Listari.

“Faizal, rasa kelakar kan? Tiba-tiba semua ini terjadi.” tanya Laila sambil mereka berdua berjalan di dalam hutan itu.

“Entahlah. Aku cuma rasa yang aku bertanggungjawab dalam semua hal ini.” balas Faizal.

“Faizal, kita boleh lakukan. Yang penting kita berusaha.” kata Laila.

Langkah mereka terhenti. Akhirnya, kelihatan pintu gua itu dihadapan mereka. Selangkah demi selangkah mereka berjalan hingga ke pintu gua itu.

“Laila, kita tangkap gambar kurungan itu dulu. Kita mungkin perlu nak bina balik kurungan ini.”kata Faizal.

Laila mengeluarkan kameranya dan menangkap gambar kurungan itu.

“Faizal, penutup kurungan dah pecah teruk.” kata Laila.

“Semalam aku ada tangkap gambar penutup itu sebelum pecah. Jadi kita mungkin boleh rujuk balik nanti.” kata Faizal.

Sekarang mereka keluar dari gua itu dan cuba untuk ingat ke arah mana cincin-cincin sakti itu keluar.

“Seingat aku, cincin itu semua terbang keluar ke utara pintu gua. Tapi berapa jauh cinicn-cincin itu terbang?” Faizal bingung dibuatnya memikirkan di mana cincin-cincin sakti itu terbang.

“Kita bergerak saja ke utara. Di setiap tempat kita cari, kita ikat pokok guna tali rafia sebagai tanda.” kata Laila.

“Ok. Jom. Sebelum senja kita berhenti.” kata Faizal.

“Tapi Faizal, nenek kau cakap yang cincin sakti Wira perlu dipakai oleh keturunan wira terdahulu. Jadi, macam mana kalau cincin yang lain semua dah ada pada keturunan Wira yang lain? Mungkin cincin sakti tu sudah terbang ke keturunan wira.” jelas Laila.

“Betul juga. Tapi kita cuba cari dulu.” kata Faizal.

Mereka pun bergerak ke arah cincin-cincin itu terbang. Di setiap celah rumput dan semak dicari. Setelah lebih 5 jam mencari tetapi mereka masih tak menjumpai cincin itu. Mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar.

“Faizal, kenapa?” tanya Laila yang melihat wajah Faizal yang murung.

“Macam mana kalau kita tak jumpa langsung cincin-cincin sakti itu?” tanya Faizal pula pada Laila.

Terdiam Laila seketika kerana dia juga memikirkan hal yang sama. Namun, dia tidak mahu pemikiran yang negatif menguasai fikirannya.

“Woi!! Kamu berdua buat apa?!” terdengar suara yang menengking dengan tiba-tiba.

Faizal dan Laila terus berdiri apabila mendengar suara itu. Terlihat seorang pemuda yang menghampiri mereka. Dilihatnya agak sebaya dengan Faizal.

“Kami tak buat apa-apa. Kami cuma nak cari barang yang hilang. Semalam kami datang sini dan barang kami tercicir.” jelas Faizal yang terpaksa menipu.

“Tepi… Habis semua kayu api aku.” kata pemuda itu sambil menyusun semula kayu api yang ditinggalnya di tempat mereka berdua berehat tadi.

“Maaf kami tak sengaja…” kata Laila.

“Orang kampung sini ke? Tak pernah nampak pun.” tanya pemuda itu.

“Tak. Nenek saya orang sini. Nek Timah. Saya Faizal. Dan ini Laila.” kata Faizal.

“Oo.. Cucu Nek Timah. Elok sangat. Separuh dari kayu api ini, Nek timah minta aku tolong carikan. Alang-alang kau cucu Nek Timah, kau tolong angkatkan untuk nenek kau.” kata pemuda itu.

Faizal dan Laila tidak berkata apa. Mereka menolong pemuda itu mengangkat kayu-kayu api untuk Nek Timah. Mereka terpaksa berhenti mencari cincin-cincin itu.

“Kau dah tentu orang kampung sini. Apa nama kau?” tanya Faizal.

Namun, pemuda itu hanya senyap. Tiada langsung kata-kata keluar dari mulutnya.

“Kau ada jumpa tak cincin macam ini di dalam hutan ini?” tanya Faizal lagi sambil menunjukkan cincin dijarinya.

Pemuda itu hanya menggeleng kepala. Perjalanan mereka senyap sahaja.Tiada perkataan yang dikeluarkan dari mulut pemuda itu sehinggalah mereka tiba di rumah Nek Timah.

“Hah! Ingat dah tak mahu balik. Sampai makan tengahhari pun tak balik.” Nek Timah yang melihat Faizal dan Laila pulang.

“Maaf nenek.” kata Faizal.

“Eh? Ramli pun ada? Terima kasih sebab tolong carikan kayu api untuk Nek.” kata Nek Timah yang melihat pemuda itu.

“Oo… Ramli rupanya nama.” kata Laila.

“Nek, ini kayu api yang Nek pesan.” kata Ramli.

“Terima kasih Ramli. Nanti Nek bayarkan. Buat masa sekarang nenek belum ada duit lagi.” kata Nek Timah.

“Eh.. Tak apa… Faizal bayarkan. Berapa upahnya Ramli?” kata Faizal sambil mengeluarkan dompetnya.

“Tak perlu. Kau dah tolong angkat kayu api tadi.” balas Ramli dan terus melangkah pergi.

Ketika itu, Faizal berasakan sesuatu yang tidak kena dengan Ramli. Sombongnya semacam. Mereka pun masuk ke rumah. Faizal dan Laila sangat letih dan mereka berehat di bilik masing-masing. Nek Timah pula yang bertungkus lumus memasak untuk makan malam mereka.

Jam di dinding menunjukkan pukul 8 malam. Mereka sedang menjamah makan malam mereka ketika itu. Namun, dalam pada itu terdetik di hati mereka tentang tidak tahu di mana cincin-cincin yang lain ada.

“Kenapa asyik murung kamu berdua?” tanya Nek Timah.

“Entahlah. Kami risau pasal cincin yang hilang. Dah merata kami mencari.” keluh Faizal.

“Sudah. Cincin itu akan sampai ke keturunan dia juga.” kata Nek Timah.

“Hah? Maknanya, cincin itu semua keturunan mereka dah jumpa?” kata Laila.

“Mungkin. Tapi, arwah atuk kamu tak pernah tahu siapa orang kampung ini yang berketurunan Wira. Tapi memandangkan Listari dah bebas sekarang, mungkin cucu – cucu mereka yang terpilih. Orang muda dalam kampung ni ramai. ” kata Nek Timah lagi.

“Oh ya, nenek. Si Ramli itu ada masalah ke? Dia macam kurang bercampur dengan orang. Sombong pula tu.”tanya Laila.

“Entahlah. Dia memang macam tu. Pendiam sikit orang dia, tapi dia rajin. Kuat bekerja. Dia hidup sebatang kara saja dalam kampung ini. Mak dan ayah dia meninggal dalam kemalangan. Kemudian, dia dijaga oleh datuknya. Tapi sayang, datuknya pun tak panjang umur.” jelas Nek Timah.

“Kenapa Laila? Kau sukakan dia kan…” usik Faizal.

“Kenapa kalau aku sukakan dia? Kau cemburu?” balas Laila.

“Tak ada maknanya…” kata Faizal kembali.

Nek Timah tersenyum melihat gelagat bergurau mereka. Namun, Faizal pula masih merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ramli. Ramli seperti cuba menjauhkan diri apabila Faizal hendak bercakap dengan dia. Apa masalah dia? fikir Faizal.


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku