WIRA
Bab 04
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
271

Bacaan






“HAHAHAHA! Akhirnya, tubuh aku dah pulih!” Listari yang sambil ketawa kerana tubuhnya sudah pulih.

Namun, tenagaya tidak pula. Dia masih berada di dalam gua tempat dia bersembunyi. Dia membaca satu mentera dan dihadapanya diselubungi asap hitam yang tebal. Kelihatan satu lembaga yang keluar dari asap hitam itu. Susuk tubuh seorang lelaki muncul disebalik asap itu. Berambut tocang belakang, berjanggut bermuka bengis.

“Ban, sahabatku…” kata Listari.
“Listari. Sudah lama aku meninggalkan dunia ini. Kenapa kau seru aku dari alam mati aku?” soal lembaga itu yang bernama Ban.

Ban merupakan sahabat Listari ketika dahulu. Mereka bersama-sama memporak-perandakan umat manusia. Banyak nyawa yang hilang dibunuh oleh Ban ketika itu. Ban dianggap orang kanan Listari yang termakan hasutan Listari untuk menguasai dunia.

“Ban... Aku minta maaf atas kegagalan aku yang tidak dapat melindungi kau ketika dahulu sehingga kau tewas ditangan wira-wira.” kata Listari.
“Jangan risau Listari. Aku mati dahulu atas kelemahan aku sendiri. Tapi sekarang aku dah bangkit dari alam mati dan kau adalah yang menyeru aku. Jadi, aku tidak akan sia-siakan.” kata Ban.

Ketika itu tiba-tiba Listari rebah di hadapan Ban. Ban terkejut dengan kejadian itu.

“Listari?! Kenapa dengan kau?” tanya Ban yang keliru melihat keadaan Listari yang begitu lemah.
“Aku sebelum ini dah gunakan tenaga aku untuk pulih tubuh aku. Dan aku gunakan sisa tenaga untuk seru kau semula.” jelas Listari dengan nada suara yang perlahan tanda dirinya sangat lemah.
“Kenapa kau buat semua ini Listari? Kau harus berehat.” kata Ban.
“Ban, walaupun aku terlepas dari kurungan aku. Tapi, aku tidak berjaya dapat semua cincin sakti wira. Dan yang paling menyakitkan, Wira Rimau Belang telah diwarisi. Wira-wira yang lain juga akan bangkit jika kita terlambat. Kita perlu dapatkan semua cincin sakti dan hapuskan keturunan wira.” jelas Listari walaupun keadaannya lemah.
“Listari, kau berehatlah. Berehatlah seberapa lama yang kau mahu. Sehingga semua tenaga kau dah pulih. Akan aku cuba dapatkan semua cincin sakti itu.” kata Ban.

Maka, terlelaplah Listari. Ban pula keluar dari pintu gua itu dan melihat suasana sekeliling.

“Manusia, tidak pernah jemu menyusahkan Listari.” bisik hati Ban yang agak marah.

Ban berjalan di dalam hutan dan akhirnya terlihat sebuah batu besar. Dia pun duduk bersila di atas batu itu dan dipejam matanya.

“Aku pernah jejaki aura cincin sakti dahulu .Kalau aku masih boleh jejakinya….” Ban pun cuba menumpukan perhatian menjejaki aura cincin sakti.

Sementara itu, di rumah Nek Timah, Laila yang asyik ke dapur dan ke ruang tamu. Pelik Nek Timah melihatnya.

“Laila? Apa yang Laila cari?” tanya Nek Timah.
“Faizal. Dalam bilik, ruang tamu, dapur, bilik air dia tak ada. Dia keluar ke nenek?” tanya Laila.
“Sampai ke bilik air kau cari dia? Entahlah, dia tak beritahu nenek pun dia nak keluar.” kata Nek Timah.

Timbul perasaan risau di hati Laila ketika itu. Ingin dia keluar mencari Faizal namun Nek Timah tidak membenarkannya kerana Nek Timah menasihati Laila bahawa seorang anak gadis tidak baik keluar malam.
Faizal ketika itu sedang berjalan di kawasan kampung dan memikirkan tentang cincin-cincin sakti itu. Dia cuma ingin mengambil angin malam dan menenangkan fikirannya.

“Macam mana aku nak cari semua pemilik cincin sakti dan kurung Listari semula?” bisik hati Faizal.

Ketika dia asyik berjalan, dia terlihat Ramli yang duduk di tepi titi di aliran sungai kampung itu. Ingin dia menegur Ramli tetapi niat dia terhenti serta merta. Dia amat terkejut melihat apa yang Ramli sedang pegang. Amat terkejut Faizal ketika itu melihat Ramli yang memegang cincin sakti.

“Ramli!” Faizal bersuara menegurnya.

Ramli hanya melihat Faizal yang berlari ke arahnya.

“Kenapa kau ada cincin itu? Kau kata tadi kau tak pernah nampak pun cincin macam aku pakai. Maknanya, kau adalah keturunan Wira.” kata Faizal kerana tidak dia sangka selama ini Ramli sudah memiliki salah satu cincin sakti yang hilang.

“Apa masalah kau?” tanya Ramli.
“Ramli. Cincin itu dah jadi milik kau. Kau adalah keturunan Wira.” jelas Faizal.
“Jadi apa yang dikatakan datuk aku dulu betul..” balas Ramli yang seolah-olah tak percaya akan apa yang berlaku.
“Ramli. Apa yang kau cakap ni?! Sekarang musuh kita dah bebas. Kita tak ada masa.” kata Faizal.
“Kalau kau keturunan Wira, kau pasti handal berlawan. Apa kata kita berdua bertarung, siapa yang menang akan bimbing kumpulan wira.” cabar Ramli kepada Faizal.
“Apa masalah kau ni?! Kau tak faham yang sekarang kita tak ada masa untuk semua ni? Kita kena cari keturnan wira yang lain.” balas Ramli yang bengang dengan kata-kata Ramli.
“Datuk aku pernah bercakap, untuk menjadi seorang wira pada cincin sakti, kenalah terima cabaran. Kau ni pengecut rupanya.” kata Ramli sambil mencabar Faizal.
“Aku rasa kau tak layak dipanggil keturunan Wira.” balas Faizal dan terus meluru ke arah Ramli untuk berlawan dengannya.
Ramli sempat mengelak dari capaian tangan Faizal yang ingin dapat cincin itu. Faizal cuba menumbuk perut Ramli namun Ramli menepis tumbukannya.

“Itu saja? Lembik.” kata Ramli.

Maka mereka berdua berlawan. Ramli amat mahir dalam seni pertahankan diri sama seperti Faizal. Pergaduhan itu bukanlah niat sebenar Faizal namun Ramli yang berkeras untuk berlawan dengannya. Faizal juga pantang dicabar.

BOOM!!!!! Tiba-tiba terjadi satu letupan di situ. Tubuh mereka berdua tercampak akibat letupan itu. Mereka berdua amat terkejut. Ketika itu, mereka terbaring kesakitan.

“Woi! Apa masalah kau ni?!” Ramli berkata kepada Faizal dengan marah.
“Bukan aku yang buat!” balas Faizal yang dalam kesakitan akibat letupan itu.

Di dalam kegelapan malam itu, terlihat satu lembaga yang melalui titi itu. Kelihatan susuk tubuh yang sasa dan berwarna gelap. Berwarna merah matanya. Dibawanya sejenis senjata seakan-akan senapang namun bentuknya amat pelik sekali.

“Siapa kau?!” tanya Ramli pada lembaga itu.
“Aku cuma dapat kesan satu. Rupanya dua cincin sudah ada di sini. Sungguh mudah kerja aku. Hei manusia lemah, serahkan kedua cincin itu.” kata Ban.

“Siapa mamat ni?” tanya Ramli kepada Faizal.

Mamat dirujuk kepada Ban kerana rupa dan bentuk badan Ban sama seperti manusia cuma tubuhnya berwarna kehitaman.

“Aku pun pertama kali melihat dia.” balas Faizal.
“Bagaimana? Nak serahkan cincin itu atau tidak?” tanya Ban lagi.
“Aku tak kenal kau siapa. Tapi kalau kau nak cincin ni, maknanya kau sama dengan Listari.” kata Faizal.
“Kau sudah kenal Listari. Jadi, kau adalah manusia yang sudah sakiti dia!!!” kata Ban dengan marah sambil menembak ke arah Faizal dan Ramli dengan senjatanya.

Namun, Faizal dan Ramli sempat mengelak tembakan Ban. Faizal ketika itu nekad untuk berubah menjadi Wira sekali lagi. Dia pun menyarung cincin sakti di jari manisnya. Faizal terus berlari ke arah Ban. Ramli melihat saja tindakan Faizal.

“Bertukar! Wira!” kata Faizal dan cincin sakti itu menyala-nyala. Lalu berubah Faizal menjadi Wira.

Ramli teruja melihat Faizal berubah menjadi Wira. Ramli tidak pernah cuba berubah jadi wira.

“Wira Rimau Belang. Kau adalah keturunan dia rupanya.” kata Ban.
“Aku digelar Wira Rimau Belang rupanya.” bisik hati Faizal.

Faizal pun bertarung dengan Ban. Namun, Ban bukan sahaja pandai menembak malah pandai juga bertarung. Pertarungan yang sengit di antara mereka berdua.

Ramli ketika itu menyarungkan cincin ke jarinya juga. Dia juga nekad berubah menjadi wira. Dia tidak boleh kalah kerana Faizal mampu cuba untuk berlawan Ban.

“Baiklah. Bertukar! Wira!” kata Ramli.

Faizal dan Ban yang sedang bertarung, berhenti dan melihat ke arah Ramli yang bersuara..


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku