WIRA
Bab 05
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
112

Bacaan






“Kenapa? Kenapa aku tak boleh berubah jadi wira macam dia?” Ramli amat kecewa ketika itu.

Faizal hanya melihat Ramli yang tidak boleh berubah menjadi Wira sepertinya. Adakah Ramli bukan keturunan wira? Fikiran terhenti kerana pertarungan diteruskan dengan Ban.

“Kenapa? Adakah aku ini tidak layak menjadi keturunan Wira?” fikir Ramli dengan perasaan sedih bercampur marah.

Lalu dia menanggalkan cincin itu dan lari pergi dari kawasan itu. Cincin sakti ditinggalnya di atas tanah.

Faizal yang sedar akan tindakan Ramli itu yang meninggalkan cincin itu di atas tanah, terus untuk mengambil cincin itu. Namun, tindakannya agak lambat kerana Ban telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah Faizal. Maka, jatuhlah Faizal dengan kesakitan walaupun badannya berperisai Wira namun kesan tembakan dapat dirasa juga. Tetapi, dia tetap cuba mengambil cincin itu.

“Ajal kau sudah sampai Wira…” kata Ban sampai menghalakan muncung senjatanya ke arah Faizal.

Tindakan Ban terhenti apabila satu anak panah menusuk lengannya. Faizal juga hairan dan tiba-tiba dia terlihat seseorang di kawasan semak samun itu memegang busur dan anak panah. Faizal sangat terkejut apabila muncul seorang lagi Wira. Berperisai yang mempunyai corak burung helang.

“Wira Helang?” Ban berkata sambil menahan sakit di lengannya.

“Baik kau hentikan tindakan kau. Benar apa yang keturunan aku ceritakan selama ini.” kata Wira Helang.

“Siapa kau?” tanya Faizal.

Ketika Faizal menanya Wira Helang, Ban cuba mencapai senjatanya dan melepaskan tembakan ke arah Wira Helang. Tetapi, muncul seorang lagi yang menahan tembakkan itu dengan perisai.

“Tak guna!” kata Ban dan terus bangkit dan menghilangkan diri dengan kuasa ghaibnya tanpa mengambil cincin sakti itu.

“Terima kasih Wira Krabau” kata Wira Helang.

No Problem. Sikit saja pun.” balas Wira Krabau.

Faizal masih hairan tentang siapakah mereka ini. Wira Helang mengambil cincin di atas tanah yang ditinggalkan oleh Ramli.

“Adakah kamu berdua ini Wira? Sama macam aku?” tanya Faizal.

Wira Helang dan Wira Krabau pun berubah semula menjadi bentuk manusia.

“Panjang ceritanya. Aku pasti kau mesti hairan.” kata pemuda Wira Helang itu.

“Ya. Tentulah aku hairan.” kata Faizal yang juga turut berubah menjadi manusia semula.

“Mesti datuk kau tak cerita habis-habis pasal hal ini.” kata pemuda Wira Helang.

“Kalau pasal wira, datuk aku tak pernah ceritakan. Dia dah lama meninggal. Yang ceritakan pun hanyalah nenek aku.” balas Faizal.

“Begitu…. Jadi maaflah. Ramli mungkin keturunan wira tapi tak pasti kenapa dia tak boleh berubah jadi wira.” kata pemuda Wira Helang.

“Kau kenal Ramli?” tanya Faizal.

“Mestilah, kami semua sekampung. Rasanya, elok kau bawa kami berjumpa nenek kau. Kita boleh bincang serba sedikit hal ini.” kata pemuda Wira Krabau pula.

Faizal juga tidak tahu apa masalah Ramli. Namun, hal itu diketepikan kerana lebih mustahak untuk membawa kedua-dua wira itu berjumpa neneknya. Faizal tanpa berfikir panjang terus mengajak mereka berdua ke rumah neneknya

Sementara itu, Ban yang ghaib tadi pulang ke gua di mana Listari sedang berehat dan mengumpulkan tenaga dalamannya. Berdarah mengalir di lengan Ban akibat dipanah oleh Wira Helang.

“Kanda? Kenapa dengan kanda?” kedengaran suara wanita menegur Ban yang kesakitan.

Ban melihat satu lembaga bersusuk tubuh wanita menghampirinya di pintu gua.

“Ringa, adakah itu kamu?” tanya Ban.

“Ya, sahabatku. Itu Ringa. Aku hidupkannya semula untuk kau sahabat ku.” kata Listari yang kelihatan sihat dan bertenaga.

“Kamu cedera Ban. Biar aku rawati kamu.” kata Ringa dengan suaranya yang lemah lembut.

“ Maafkan aku Listari, aku tidak dapat mengambil cincin-cincin sakti itu. Generasi yang memilikinya kini amat berkuasa. Malah tiga dari Wira sudah bangkit. Mereka memiliki satu cincin sakti tanpa pemakai dan satu lagi cincin sakti aku tak pasti. Maafkan aku Listari. Kau boleh menghukum aku.” kata Ban sambil sujud kepada Listari tanda maaf.

“Tidak mengapa Ban… Ini baru permulaan. Kita sudah terlalu mundur. Manusia sudah menjejak kepada kemajuan. Kita tidak boleh berada di sini lagi. Kita harus melihat kemajuan manusia dan kita hapuskan satu persatu. Kau berehatlah dahulu, kita beredar pada esok hari. Malam ini, kau bersamalah dengan kekasihmu Ringa.” kata Listari.

Ban dan Ringa hanya turuti kata-kata Listari. Ban dan Ringa adalah pasangan kekasih dan mereka berdua amat handal dalam pertempuran. Mereka berdua amat penting bagi Listari.

“Satu lagi perkara Ban. Menurut naluri aku, kau mendekati seorang manusia ketika kau bertemu Wira tadi.” kata Listari.

“Ya. Ada seorang pemuda kampung yang cuba menyarung cincin sakti dan ingin berubah menjadi wira, tetapi dia gagal. Cincin sakti tidak menerima dia.” jelas Ban.

“Sebelum kita beredar, esok kau cari semula pemuda itu. Hasut dia untuk menyertai kita. Jika cincin sakti tidak menerima dia, maka hatinya penuh dengan hasrat kotor. Kita perlukan orang sepertinya.” kata Listari dan lalu beredar dari situ.

Ban hanya mengangguk tanda mengerti akan niat Listari itu. Lalu, Listari pun beredar.

“Ringa dindaku. Maafkan kanda kerana pada hayat yang dulu, kanda tidak mampu mempertahankan dinda.” kata Ban kepada Ringa.

“Dinda tidak pernah marahkan kanda Ban. Dinda tahu bahawa kita pasti akan diketemukan semula. Inilah saatnya. Kita akan bersama-sama menentang umat manusia.” kata Ringa sambil membalut luka di lengan Ban.

“Kanda berjanji bahawa kanda akan melindungi dinda.” kata Ban kepada Ringa.

Maka, tertubuh la semula Listari dan konco-konconya. Setelah berkurun lamanya meraka telah dilenyapkan dimuka bumi, kini mereka akan mulakan semula kerja-kerja jahat mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku