WIRA
Bab 06
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
150

Bacaan






Tibanya Faizal dan dua orang pemuda yang menjadi Wira Helang dan Wira Krabau di rumah neneknya.

“Nek! Ooo Nek! Nek!” terjerit-terjerit Faizal memanggil neneknya sedangkan kakinya masih belum menjejak anak tangga rumah neneknya itu.

Neneknya juga terkejut mendengar Faizal yang terjerit-jerit dari luar rumah. Begitu juga Laila. Laila bergegas ke pintu rumah.

“Kau ni kenapa Faizal? Terjerit-jerit.” tanya Laila sambil hairan melihat dua pemuda yang tak dikenali bersama Faizal.

“Laila. Ada berita terkini! Nenek mana?” kata Faizal kepada Laila sambil menjemput dua pemuda itu naik ke rumah neneknya.

“Eh? Kenapa Khairul dengan Saiful ada di sini?” tanya Nek Timah yang sambil duduk di atas kerusi menghadap pintu masuk rumah.

“Assalamualaikum Nek Timah. Nek Timah sihat? Lama kita tak berjumpa.” Pemuda Wira Helang yang bertanya khabar kepada Nek Timah.

“Nek sihat saja.” balas Nek Timah.

Faizal pada mulanya hairan bagaimana Nek Timah mengenali mereka berdua. Ini kerana mereka sekampung. Tanpa membuang masa, mereka dijemput masuk ke rumah Nek Timah dan mereka pun duduk berkumpul di ruang tamu itu. Faizal masih tidak tahu perkara tentang wira.

“Banyak perkara yang masih kamu tidak tahu pasal hal wira dan cincin sakti. Biarlah nenek ceritakan semuanya.” kata Nek Timah.

“Sebelum itu Nek. Biar saya perkenalkan diri dahulu. Nama saya Khairul, pemakai cincin Wira Helang. Dan ini adalah Saiful, pemakai cincin Wira Krabau.” kata pemuda Wira Helang itu.

“Salam kenal. Jadi, nenek pastinya kenala mereka berdua ini. Nampaknya keturunan Wira memang asal dalam kampung ini.” kata Faizal.

Laila hanya berdiam diri dan mendengar apa yang dikatakan oleh mereka. Dia tahu yang dia tidak sepatutnya berada di situ kerana ini adalah hal keturunan mereka. Tetapi, dia sudah pun terlibat dalam situasi ini.

“Baiklah. Faizal. Apa yang kamu nak tahu?” soal Nek Timah.

“Pertama, Faizal nak tahu siapa sebenarnya Listari dan Ban?” tanya Faizal.

“Listari adalah manusia yang sesat dalam kehidupannya. Dia asalnya seorang manusia sama macam kita. Kalau nak tahu, dia juga merupakan asalnya salah seorang pemilik cincin sakti Wira.” jelas Khairul.

“Pemilik cincin sakti?!” Faizal yang terkejut mendengarnya. Begitu juga Laila

“Faizal, menurut datuk aku, sebenarnya, terdapat 5 cincin sakti. Semua cincin sakti ini menguasai kuasa naluri haiwan. Pada zaman dulu, manusia menganggap haiwan adalah makhluk yang hebat. Jadi, pada ketika itu terdapat seorang pendita yang bernama Pendita Guwasira. Tak banyak yang aku tahu pasal pendita itu. Tapi yang arwah datuk aku pernah ceritakan, dia mencipta cincin sakti kerana untuk melindung penempatannya dari ancaman luar. Ketika itu, moyang-moyang kita dan Listari adalah dari penempatan pendita ataupun dengan bahasa yang mudah ialah kampung ini. Moyang-moyang kita memang handal dalam pertarungan. Jadi, Pendita Guwasira memilih 5 orang pemuda iaitu moyang kita dan Listari sebagai pemakainya.” jelas Khairul.

“Hmm.. Jadi kalau Listari adalah salah seorang pemakai cincin itu, maknanya cincin satu lagi sudah ada ditangannya?” tanya Faizal.

“Mesti. Sebab antara kelima-lima cincin sakti itu, cincin sakti Listari adalah paling bahaya. Sebab selepas Listari menguasai cincin sakti itu, dia sudah ada niat yang tidak baik. Dia ingin menguasai dunia dan dia mahu semua tunduk padanya. Akibat niat yang kotor, dia telah mencemari cincin sakti itu.” jelas Nek Timah.

“Jadi maknanya, sebelum ini nenek kata cuma ada 4 cincin sakti itu, adalah tipu?” tanya Faizal pada Nek Timah.

“Maafkan nenek. Nenek cuma tak mahu kamu risau sebab kalau tenaga Listari sudah cukup kuat, dia akan mampu hidupkan kuasa cincin sakti dia. Kamu seorang saja belum cukup kuat berlawan dia. ” jelas Nek Timah.

Faizal kelihatan sudah memahami kisah disebalik cincin sakti itu.

“Ada satu lagi. Apa gelaran wira bagi kelima-lima cincin sakti ini?” tanya Faizal.

“Cincin aku adalah kuasa helang jadi aku adalah Wira Helang. Cincin Saiful pula adalah kuasa kerbau, jadi dia digelar sebagai Wira Krabau. Cincin kau pula Faizal adalah kuasa Harimau. Kau digelar Wira Rimau Belang. Cincin ini pula kuasa Gajah dan pemakainya digelar Wira Gaj’a. Cincin Listari adalah kuasa harimau juga. Tetapi harimau hitam. Dia digelar Wira Rimau Hitam.” jelas Khairul.

“Selain Listari dan Ban, siapa lagi yang bersama mereka?” tanya Faizal.

“Menurut datuk aku dulu, Listari banyak pengikutnya. Tapi, yang paling kuat bersama dia Ban dan seorang gadis lagi tak silap namanya Ringa. Dia juga telah terikut ajakan Listari untuk menguasai dunia.” jelas Saiful pula.

Faizal akhirnya serba sedikit memahami kisah disebalik cincin sakti itu. Dia juga berhasrat ingin membantu Listari pulang ke pangkal jalan seperti apa yang dikehendaki oleh moyangnya itu. Setelah semuanya diceritakan, Khairul dan Saiful ingin pulang ke rumah masing-masing.

“Terima kasih Khairul sebab selamat aku dari Ban tadi.” kata Faizal.

“Kita Wira. Melindungi satu sama lain adalah tanggungjawab kita. Jangan lupa, esok kita akan pergi ke hutan semula untuk mencari di mana Listari bersembunyi. Kita harus hapuskan sebelum terlambat. Dan cincin ini, aku simpan dahulu. Aku akan bertemu Ramli bila tiba masanya. Jangan risau. Ramli pun kenal aku.” kata Khairul. Lalu mereka pun beredar dari situ.

“Faizal, betul kau akan jadi Wira? Kau dah fikir masak-masak?” tanya Laila.

“ Ya. Aku akan jadi Wira. Kau pun tahukan itu tanggungjawab aku. Laila aku rasa baik kau jangan masuk campur hal ini lagi. Esok aku akan hantar kau balik.” kata Faizal.

Laila amat kecewa mendengar kata Faizal, lalu dia membalas “Kenapa?! Kita akan lakukan bersama-sama. Kau dah lupa kan aku yang….”

Belum sempat Laila ingin menghabiskan ayatnya, dicelah oleh Faizal dengan nada yang agak marah.

“Sudah Laila! Kau dengar tadikan? Ini hal keturunan kami. Kau orang luar tak perlu masuk campur. Kenapa kau degil sangat?! Esok, aku hantar kau balik dulu. Muktamad.”

Laila terkilan ketika mendengar kata-kata Faizal ketika itu. Nek Timah mendengar pergaduhan mereka. Laila terus masuk ke biliknya.

“Kau berkeras sangat dengan dia Faizal.” tegur Nek Timah.

“Faizal tak nak orang yang tak berdosa jadi mangsa lepas ini. Lebih baik kalau Faizal hantar dia balik. Biar Faizal dan yang lain lawan Listari di sini.” kata Faizal lalu dia juga terus masuk ke biliknya.



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku