WIRA
Bab 07
Genre: Fantasi
Kategori: Novelet
Paparan sejak 22 November 2016
Mengisahkan tentang 5 anak muda menggalas tanggungjawab sebagai Wira demi mempertahankan manusia dari Listari.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
238

Bacaan







Jam menunjukkan pukul 7 pagi ketika itu. Faizal yang sudah bersedia menghidupkan enjin keretanya dan menunggu Laila di dalam kereta. Sebak rasa di hati Laila ingin meninggalkan Nek Timah dan Faizal di kampung. Namun, apakan daya kerana Faizal yang berkeras dengan keputusannya untuk menghantar Laila pulang ke rumahnya di bandar.

“Laila, jaga diri ya. Jangan risaukan kami di sini. Faizal tu cuma risaukan kamu. Sebab itu, dia buat keputusan sebegini.” kata Nek Timah untuk menenangkan hati Laila.
“Laila tak faham kenapa Faizal boleh terfikir dengan keputusan ini. Laila tahu Laila orang luar. Tapi, tak perlu sampai marahkan Laila.” kata Laila.
“Laila, lambat laun kamu akan tahu kenapa Faizal buat begitu.” jelas Nek Timah.

Berat kaki Laila ingin melangkah pergi. Selangkah demi selangkah dia turun dari anak tangga rumah dan terus ke kereta Faizal. Nek Timah hanya melambaikan tangannya tanda perpisahan mereka. Laila pula tiba-tiba rasa agak janggal ingin duduk di tempat duduk kereta sebelah Faizal.

“Masam betul muka dia.” bisik hati Laila yang melihat riak wajah Faizal.

Faizal terus memandu keretanya. Sempat Laila melihat Nek Timah yang melihat di muka pintu rumah Nek Timah. Sayu rasa hatinya meninggalkan Nek Timah.
Ketika itu, Khairul pula ke rumah Ramli untuk bertanyakan hal tentang cincin sakti.

“Assalamualaikum, Ramli…. Assalamualaikum…..” Khairul memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Ramli.

Ramli membuka pintu tanpa menjawab salamnya.

“Khairul. Nak apa pagi-pagi buta ni?” tanya Ramli sambil mengusap matanya.
“Ramli, kenapa kau buang cincin ni? Mana tanggungjawab kau?” Khairul pula yang bertanya pada Ramli sambil menunjukkan cincin sakti Wira Gaj’a.
“Cincin tu tak pilih aku. Aku nak buat apa lagi. Aku bukan macam moyang aku. Aku tak layak.” kata Ramli sambil duduk di hadapan pintu rumahnya dengan masih rasa mengantuk.
“Sebabkan sikap kau macam ini, aku rasa cincin sakti ni tak boleh terima kau. Kenapa kau selalu cepat putus asa?” soal Khairul.
“Siapa yang putus asa?! Aku bukan macam kau Khairul. Hidup kau mudah. Macam-macam yang kau ada. Kekayaan, keluarga. Hidup kau tiada dugaan. Bermacam-macam dugaan dan rintangan yang aku hadapi, semuanya beri masalah pada aku.” Ramli bersuara dengan agak marah ketika itu.

Khairul menyimpan cincin sakti Wira Gaj’a di dalam kocek seluarnya.

“Kita tolak hal cincin dan keturunan kita ke tepi dahulu. Aku nak tahu apa masalah kau dengan aku?” tanya Khairul dengan agak marah tetapi cuba mengawal perasaannya.
“Aku tak ada apa-apa masalah dengan kau. Baik kau balik. Aku nak sambung tidur.” kata Ramli dan terus bangun masuk ke rumahnya dan menutup pintu.
“Ramli, aku nak beritahu kau sesuatu. Walaupun hidup aku tak seperti kau, macam-macam dugaan aku hadapi. Kau jangan ingat dalam dunia ini, semua orang tak hadapi cabaran. Ya, mungkin betul cakap kau yang hidup kita berbeza. Jadi cabaran hidup pun berbeza kan? Macam kau kata kekayaan tadi, bukan semua itu harta aku. Itu harta arwah ayah aku. Aku sebagai anak sulung dalam keluarga, aku yang pikul tanggungjawab dia menjaga keluarga. Tapi, sekarang takdir dah berubah. Musuh Wira, Listari sekarang tengah bebas. Kita tak boleh biarkan dia mengambil nyawa yang tak berdosa.” jelas Khairul lalu meninggalkan cincin Wira Gaj’a di hadapan pintu rumah Ramli.
“Aku pulangkan balik cincin ni pada kau. Kau fikirlah. Kami perlukan kau Ramli.” kata Khairul lalu terus beredar dari situ.

Ketika itu, Ramli yang duduk di kerusi rumahnya, mengalirkan air mata.

“Kenapa? Kenapa aku keras hati sangat?” kata Ramli sendirian.

Faizal dan Laila akhirnya tiba di Bandar Batu Putih. Faizal memberhentikan keretanya di hadapan rumah Laila.

“Terima kasih…” kata Laila walaupun berat di bibirnya ketika itu.
“Nanti….” Faizal bersuara.

Laila terkejut kerana Faizal bersuara. Sepanjang perjalanan, Faizal hanya berdiam diri.

“Aku buat semua ni sebab aku tak nak apa-apa jadi kepada kau. Sebab kau sahaja kawan baik aku. Maafkan aku.” jelas Faizal kepada Laila.

Laila terus membuka pintu kereta dan keluar dari kereta itu dan mengambil beg pakaiannya. Faizal terus keluar dari kereta juga.

“Laila, aku tipu satu perkara dekat kau.” jelas Faizal lagi.

Namun, Laila tidak menghiraukannya. Dia terus membuka pintu pagar rumahnya.

“Laila, aku sukakan kau. Lebih dari kawan baik. Sebab itu aku tak mahu benda buruk terjadi pada kau.” Faizal meluahkan perasaan hatinya.

Laila ketika itu menoleh melihat Faizal.

“Maaf Faizal. Aku tak boleh terima lelaki yang mungkir kata-katanya. ” balas Laila dan terus masuk ke rumahnya.

Agak terkilan Faizal dengan kata-kata Laila. Apa maksud Laila berkata begitu fikirnya. Namun, matlamatnya tercapai apabila Laila berada di tempat yang selamat. Dia terus masuk ke kereta dan memandu pulang ke rumah Nek Timah.
Laila sempat mengintai di jendelanya melihat Faizal pergi begitu sahaja.

“Faizal, kau memang seorang yang pelupa. Sampai apa yang kau katakan pada aku tempoh hari kau dah lupa.” fikir Laila sendirian


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku